Lagi 15 Hari... Ramai Sangat Yang Akan Sertai PAS di Kedah.. Ada Kejutan... Tunggu..

PAS kawasan Alor Star menjangkakan lebih ramai lagi ahli akar umbi Umno di situ akan keluar parti menyertai PAS menjelang 28 Mei ini.

Ketua penerangan PAS kawasan berkenaan, Zulkifli Yahaya menjangka kira-kira 23 ahli Umno di Taman Wira Mergong - yang terletak dalam bahagian Alor Star - akan menyertai parti itu pada tarikh tersebut.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan sama ada mereka itu ahli biasa atau memegang jawatan terpenting dalam Umno.

Katanya, mereka bakal menyerahkan borang permohonan menyertai PAS kepada ADUN Alor Mengkudu - yang merupakan ADUN angkat bagi kawasan Mergong.

"Kebanyakan mereka adalah dari kalangan ahli Pemuda (Umno) di taman itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Beliau mendakwa kebanyakan mereka telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Umno di Kedah.

Umno bahagian Alor Star diketuai oleh Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Kedah.

Zulkifli berkata blog pro-PAS - Kedahlanie - turut menyiarkan perkara itu.

Sebelum ini, 65 ahli Umno dari Taman Wira Mergong telah menyertai PAS Mac lalu.

Ia diikuti oleh 55
ahli Umno dari DUN Alor Mengkudu yang bertindak keluar parti dan menyertai PAS.

"Tunggu, kita tak mahu umum awal. Nanti depa (mereka) lari kacau pulak," kata Zulkifli lagi.

PAS Alor Star setakat ini mempunyai 50 cawangan - bertambah lapan cawangan selepas pilihan raya umum Mac 2008.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.