Saiful: 'Jangan Ugut Saya'

Saksi utama yang juga pengadu dalam kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Mohd Saiful Bukhari Azlan berkata beliau silap mentafsirkan soalan wartawan apabila diajukan sama ada ini kali pertama dia diliwat.

Sebelum itu, selepas hakim, Datuk Mohamad Zaibidin Mohd Diah menolak permohonannya untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu keputusan rayuan, peguambela Karpal Singh menunjukkan saiful sebuah artikel di Malaysiakini yang bertarikh 15 Ogos 2008 dengan tajuk 'Saya diliwat tanpa rela'.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden membantah.

Namun, Mohd Zabidin menolak bantahan itu dan membenarkan Karpal untuk meneruskan soal balasnya. Saiful kemudiannya diminta membaca laporan itu secara senyap.

Laporan bertarikh 15 Ogos 2008 ini adalah berdasarkan sidang akhbar yang diadakan oleh Saiful selepas beliau bersumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan bahawa dia diliwat oleh Anwar.

Selepas Saiful selesai membaca laporan Malaysiakini yang agak panjang itu, Karpal bertanya: Adakah laporan itu betul?

Saiful menjawap: “Ada kesilapan bila saya kata ini kali pertama saya diliwat. I silap interpret soalan.."

Berikut transkrip wawancara Malaysiakini dengan Saiful.

Wartawan: Ini kali pertama kamu diliwat?

Mohd Saiful: Ya, pertama kali.

Karpal kemudiannya terus mengasak Saiful.

Karpal: Ada bahagian lain artikel itu betul?

Saiful: Jangan ugut saya.

Karpal: Yang lain benar? Mengapa awak begitu takut?

Saiful: Saya tidak boleh mengesahkan ia betul. Saya tidak boleh mengesahkan artikel itu 100 peratus betul.

Anwar, 63, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

1 comments:

  1. budak 'sialfool' tak faham soalan kot. siapa pulak yang nak ugut dia? karpal tanya bukan ugut yop. jangan gabra la bang......'kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai'.apabila kamu ditanya hendaklah kamu jawab dengan lidah yang fasih jangan gentar...(talkin).
    jangan jadi peeellaaak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.