Mana PERKASA Tak Mahu Ikut Demo Pasai Kerajaan Lulus Judi Bola...


KUALA LUMPUR : Dewan Pemuda PAS pusat (DPPP) mencabar pemuda Umno dan PERKASA agar mengeluarkan suara dan menyatakan pendirian mereka berkait lesen judi yang telah dihalalkan oleh kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional(BN) baru-baru ini.

Bagi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan At Tantawi, jika PERKASA dan umno tidak menyatakan pendirian mereka ini menunjukkan wajah sebenar mereka yang hanya menggunakan agama hanya untuk kepentingan politik dan meraih undi bagi meneruskan perjuangan politik sempit mereka.

"Bolehlah dikatakan laungan mereka sebelum ini untuk mempertahankan agama di dalam negara ini hanyalah retorik semata-mata," kata Nasrudin dalam kenyataan medianya kepada erapakatan.com.

Menurut beliau, jika dilihat kepada tindak tanduk PERKASA dan Umno sebelum ini berkaitan kes-kes yang melibatkan agama dan akidah, mereka begitu ke hadapan, kononnya mereka pejuang agama yang sejati.

Ketika kempen Pilihan Raya Kecil P094 (PRK P094), PEMUDA Umno juga begitu konsisten dalam memperkatakan tentang arak,judi dan akhlak dengan menyerang peribadi calon yang mewakili Pakatan Rakyat (PR) iaitu Datuk Zaid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Begitu juga di dalam kes yang melibatkan penggunaan kalimah ‘ALLAH’ oleh orang bukan Islam, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas dengan lantang menyatakan pendirian yang hanya orang Islam sahaja yang boleh menggunakan kalimah tersebut sehingga sanggup menulis surat kepada Pope di Vatican City.

"Beliau juga menyatakan bahawa PAS dan PKR tidak tegas di dalam hal ini hanya kerana hendak menjaga ‘sahabat’ di dalam PR," kata beliau lagi.

Pemuda Umno juga kata beliau tidak kurang hebatnya dengan melancarkan demonstrasi jalanan di beberapa tempat.

"Jadi persoalannya, mengapa dalam isu judi ini, mereka hanya berdiam diri? Apakah judi itu bukan satu dosa? Bukankah judi itu haram disisi agama? Atau benarkah judi sebenarnya merupakan sumber pendapatan bagi mereka?," soal beliau.

4 comments:

  1. Bos PERKASA dok tibai duit judi,macam mana dia nak joint demo hentam aktiviti judi,nanti saham menguncup.

    ReplyDelete
  2. PERKASA dan PEMUDA UMNO hanya bercakap pasal MELAYU SAHAJA....bab berkaitan agama tobat lahum depa takkan kata apa-apa.....depa kan pendokong Melayu..tak kira Melayu lulus judi ke...Melayu lulus lesen arak ke..Melayu beli kilang arak ke..Melayu jadi Ahli Lembaga Syarikat Arak ke...Melayu makan rasuah ke....Melayu tipu Melayu ke....janji Melayu......MEREKA INILAH SEBENARNYA SEHAPRAK-HAPRAK MELAYU...yang hilang jati dirinya.

    Yang penting bagi mereka ialah PERUT DAN PERUT MEREKA.......

    ReplyDelete
  3. melor45: baca quran dak g...p baca dulu sblm kutuk org...ang tau ka dia ambik...mulut belacan tul...hampa smua ni kerang bekulat...kalu dia member PAS hampa mesti xmarah dia lulus judi bola...kalu UMNO smua yang betui pun hampa kata salah..biaq la...kalu dia wat salah doakan utk dia agar ke jln yg betul...jgn jadi setan dok kutuk sesama Islam...bodo sungguh org kampung ni no...

    ReplyDelete
  4. azman...ish2 mulut...masuk kubuq berulat mulut baru tau ni...xtau dosa ka ha..be an open minded la bro...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.