Kes Saiful: Penangguhan Prosiding Ditolak - Perbicaraan Kes Diteruskan...

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan penangguhan prosiding yang dikemukakan oleh peguambela Karpal Singh sementara menunggu keputusan rayuan.

Menurut hakim, Datuk Mohamad Zaibidin Mohd Diah, tidak ada alasan istimewa bagi menangguhkan prosding sambil berkata keputusannya semalam adalah sesuatu yang mengikut procedure dan non-appeable(tidak boleh dirayu).

Justeru, katanya, perbicaraan mesti disambung.

Pagi tadi, sebaik sahaja sessi mahkamah bermula, Karpal memohon prosiding perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditangguhkan.

"Prosiding sepatutnya ditangguhkan sehingga rayuan didengar di Mahkamah Rayuan,” kata Karpal.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden membantah permohonan penangguhan prosiding itu sementara menunggu keputusan rayuan.

Katanya, sebarang keputusan yang dibuat semasa prosiding berjalan adalah non-appeabledan alasan rayuan ada merit adalah tidak relevan.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan peguam Karpal bagi mendapatkan kenyataan beramaran daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan yang diberikannya kepada polis.

Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan memerlukan keterangan itu kerana terdapat percanggahan antara keterangannya kepada polis dan pertuduhan liwat yang dikenakan terhadap Anwar.

Karpal berkata Saiful, dalam keterangannya kepada polis dan keterangannya di mahkamah, menyatakan dakwaan liwat itu dilakukan tanpa kerelaannya manakala pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan adalah persetubuhan yang dipersetujui.

Mohamad Zabidin, bagaiamanpun menolaknya dengan alasan tidak ada percanggahan dalam keterangan Saiful kepada polis dan keterangannya di mahkamah, dan terpulang kepada peguam negara untuk menetapkan pertuduhan terhadap seseorang itu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.