Syabas!!! Zahrain Telah Kembali Sertai Umno Semula,



Bekas pemimpin KEADILAN, Zahrain Mohamed Hashim hari ini menyerahkan surat sokongan kepada Perdana Menteri, Najib Altantuya menyatakan niatnya untuk menyertai semula Umno, lapor The Star Online.

Beliau dilaporkan membawa bersama 346 ahli yang kununnya dikatakan dari Cabang KEADILAN Bayan Baru, Jelutong dan Bukit Gelugor.

Menurut akhbar dalam talian berbahasa Inggeris itu lagi, surat hasrat telah diserahkan kepada Najib selepas majlis makan tengah hari awam di pejabat Umno Bahagian Bayan Baru.

Terkini!! Ustaz Azizan, MB Kedah Buat Kecoh Lagi, UMNO Makin Meracau Untuk Jatuhkan MB Ku Ini.. Jom Terjah!!


(Lebih 20,000 memenuhi Stadium Sultan Abdul Halim mendengar ucapan MB Kedah)

ALOR SETAR: Negeri Kedah akan mempunyai sebuah kampus universiti bernilai RM330 juta apabila kampus Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dibuka di Kuala Ketil, Kedah Januari depan.

Dengan siapnya kampus ini, Kuala Ketil dijangka bakal menjadi satu pusat pertumbuhan baru di negeri Kedah selepas Sungai Petani dan Kulim.

"Kampus ini akan dibuka Januari ini, tiga bulan lebih awal dari tarikh yang dijangkakan sebelum ini," umum Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak.

Dari Allah Kita Datang, Kepada Dia Juga Kita Kembali.. Al Fatihah Buah Allahyarham Abdullah Omar, Bekas OCPD Slim River..



Bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Slim River, Abdullah bin Omar telah kembali kerahmatullah jam 6 pagi tadi di kediamannya di Kampung Baru, Kamunting, Taiping, Perak.

Allahyarham yang juga bekas ketua cawangan khas (SB) Perak merupakan ahli dan aktivis PAS selepas beberapa tahun bersara sebagai anggota polis.

Maklumat ini disampaikan menerusi kiriman di Facebook sebentar tadi.

Allahyarham adalah individu yang bertanggunjawab membongkar penipuan Umno menghantar ribuan warga Kemboja dan Myanmar yang berjaya digunakan untuk merampas Terengganu dari PAS pada pilihanraya umum 2004 lalu.

Terkini!!! Umno Kedah Takkan Mampu Dapat Semula Perintah Negeri Kedah... Himpunan Kebangkitan Rakyat Sebagai Bukti... Jom Terjah!!!!


Alhamdulillah seperti dijangka lebih 50 ribu membanjiri padang Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat untuk negeri Kedah. Sejak petang ribuan rakyat Kedah sudah membanjiri tempat perhimpunan mengisi program santai anak muda bersama Ustaz Azhar Idrus.

Selepas solat Maghrib berjemaah orang ramai mengadakan Solat Hajat memohon Allah SWT memberi kemenangan untuk perjuangan Islam. Solat diimamkan oleh Tuan Guru Haji Salleh Musa.

Kemuncak ceramah di sebelah malam ialah ucapan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tuan Haji Mohamad Sabu dan YB Lim Kit Siang.

gambar2 di bawah:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.