(Lebih 20,000 memenuhi Stadium Sultan Abdul Halim mendengar ucapan MB Kedah)
ALOR SETAR: Negeri Kedah akan mempunyai sebuah kampus universiti bernilai RM330 juta apabila kampus Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dibuka di Kuala Ketil, Kedah Januari depan.
Dengan siapnya kampus ini, Kuala Ketil dijangka bakal menjadi satu pusat pertumbuhan baru di negeri Kedah selepas Sungai Petani dan Kulim.
"Kampus ini akan dibuka Januari ini, tiga bulan lebih awal dari tarikh yang dijangkakan sebelum ini," umum Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak.
Pengumuman ini dibuat beliau semasa berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Kedah yang berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti dekat ini.
Ustaz Azizan berucap hampir setengah jam di depan lebih 20,000 penyokong Pakatan yang memenuhi stadium terbuka itu.

Di samping Azizan, turut serta dalam himpunan ini adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang serta pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.
Himpunan kebangkitan rakyat peringkat negeri Kedah ini adalah yang ke empat selepas Seremban, Kota Bharu dan Batu Pahat, Johor.
Esok himpunan akan diadakan di Melaka, Ahad ini di Pahang dan 14 dan 15 Disember depan di Paka, Terengganu.
Selain kampus yang serba baru, Kuin juga kini mempunyai fakulti perubatan sendiri yang bakal mengeluarkan para doktor perubatan.
"Mulai tahun depan, kita akan mengambil lebih ramai pelajar di kampus baru ini," kata Azizan.
Selain itu, Ustaz Azizan juga mengumumkan akan membuka Maahad Tahfiz Sains di pulau Tuba, Langkawi.
Di samping projek pendidikan, kata Azizan, Kedah juga akan mempunyai 1,000 ekar ladang buah-buahan mulai tahun depan berhampiran Tasik Pedu, Padang Terap.
"Pelbagai jenis buah-buahan akan kita tanam di ladang ini," kata Azizan yang kesal dengan tuduhan kononnya kerajaan negeri menggondolkan hutan di negeri ini.
"Bila nak buat ladang, kena tebanglah pokok yang ada," kata beliau.
Ini semua, kata Azizan, adalalh perkara-perkara awal yang boleh dibuat oleh kerajaan negeri untuk sessi pertama pemerintahan Pakatan di Kedah.
Untuk penggal pertama ini, kata Azizan, kerajaan negeri Kedah terpaksa menghabiskan wang dan tenaga yang banyak untuk menyelesaikan masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan negeri BN yang lalu.
"Semalam saya diberitahu oleh pengurus besar sebuah anak syarikat kerajaan negeri kita kalah dalam satu kes saman yang melibatkan belasan juta ringgit.
"Semua ini terpaksa kita pikul dari kerajaan lalu kerana kita kerajaan," kata Azizan kesal.
Kedah harus kerja keras, kemenangan bukan kerana ramainya penyokong.Tetapi kemenangan berdasarkan strategi dan akidah yang kukuh..trg pernah alami kejadian seperti ini..pastikan senarai pengundi dibersihkan..
ReplyDeleteTuan tolong listkan blog ambe www.kakisembang.com dalam list tuan..sekian