Semakin hari semakin banyak parti liar yang diadakan di negara kita. Terbaru bertempat di Pool, Jalan Ampang pada 11 April ini, satu lagi parti liar akan dianjurkan. Satu lagi parti yang melalaikan anak anak muda Malaysia bertemakan bikini dan minuman keras hendak dianjurkan. DBKL, JAWI dan JAKIM harus bertindak mengharamkan atau menarik balik lesen penganjuran parti ini. Parti sebegini tidak sepatutnya diadakan di negara kita walau atas apa alasan sekalipun.
Tahun Melawat Malaysia 2014 bukan tahun membuat parti-parti liar yang tidak mendatangkan faedah. Pelancong luar datang ke Malaysia hendak menikmati pantai kita yang cantik, hendak berhibur dengan tarian kebudayaan dan keindahan Malaysia, makanan kita yang pelbagai yang enak-enak dan bukannya parti buih, parti telanjang dan sebagainya.