Jom Infaq!!!

Jom Infaq!!!

TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Feri Penumpang Ke Langkawi Tenggelam Di Jeti Kuah

LANGKAWI - Sebuah feri yang sebelum ini diguna membawa penumpang dari Kuala Perlis ke Langkawi tenggelam ketika disenggara di Jeti Kuah di sini.

Pengarah Urusan JMV Ferry Service, Ku Azhar Ku Abdul Razak berkata, insiden itu disedari berlaku kira-kira pukul 9.30 malam tadi oleh pekerja syarikat tersebut.

Feri itu tenggelam sepenuhnya pukul 7.30 pagi tadi, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Beliau berkata, feri tersebut yang boleh memuatkan sehingga 90 penumpang dihantar untuk penyenggaraan selepas berlaku kebocoran pada bahagian ekzos.


Kerugian ditaksir lebih RM1 juta.

Difahamkan usaha menaikkan feri seberat 25 tan dengan panjang lebih 20 meter itu sedang dijalankan menggunakan kren.

Sementara itu tinjauan di tempat kejadian mendapati, anggota Jabatan Laut sedang mengawal tumpahan minyak dari feri tersebut.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Mohamad Sayuti Sapie berkata, pihaknya telah mengambil sampel tumpahan minyak di kawasan kejadian.

"Kita sedang bekerjasama dengan Jabatan Laut untuk memantau keadaan kawasan itu," katanya. - Bernama

Pusat Hiburan Diserbu Polis - Jho Lo Antara Pengunjung Yang Disaring

Thaek Jho Lo, individu yang terlibat dalam pembangunan komersil tanah lapangan terbang Sungai Besi milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuala Lumpur adalah antara 800 pengunjung yang disaring polis dalam satu serbuan disebuah pusat hiburan di Pulau Pinang.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan, beliau berada di pusat hiburan terbabit bersama beberapa rakannya ketika sebuan itu dijalankan pada awal pagi Ahad lalu.

Pusat hiburan yang dikunjunginya adalah antara pusat hiburan yang diserbu oleh polis pada jam 1.30 pagi dalam operasi cegah jenayah yang dilancarkan oleh sepasukan anggota polis yang diketuai oleh ASP Fauzi Mohd Yusof.

Bagaimanapun beliau dilaporkan tidak terbabit dengan kumpulan 101 pengunjung yang di bawa ke balai polis untuk tujaun ujian air kencing dan seterusnya menyaksikan lima lelaki dan enam perempuan ditahan kerana didapati positif dalam ujian dadah yang dijalankan manakala seorang lagi turut ditahan di bawah seksyen 147 kerana merusuh.

Turut ditahan dalam serbuan tersebut ialah 14 remaja bawah umur.

Ketua Polis George Town OCPD ACP Gan Kong Meng berkata pemilik pusat hiburan terbabit disaman kerana tidak memenuhi syarat-syarat pelesenan dan serbuan tersebut adalah operasi biasa memerangi jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Difahamkan Jho Lo keluar dari premis pusat hiburan terbabit di Upper Penang Road pada jam 5.30 dan kehadiran beliau telah menarik perhatian umum apabila mengetahui beliau adalah antara pengunjung yang disaring oleh polis di pusat hiburan terbabit.

Beliau juga telah menjawab pertanyaan media yang mengerumuninya dan memberitahu mereka beliau sampai di Pulau Pinang pada pagi Sabtu lalu dan berada di pusat hiburan terbabit atas jemputan rakan-rakannya.

Jho Lo, sebelum ini mencetuskan kontroversi serta mencuri perhatian apabila dilaporkan oleh akhbar New York Post sebagai rakyat Malaysia yang berbelanja ratusan ribu dolar untuk mendampingi selebriti Hollywood.

Mengikut New York Times, Jho Low didakwa membelanjakan AS$50,000 semalaman untuk berhibur dan menghadiahkan 200 botol arak berjenama bernilai AS$1,000 sebotol kepada pelakon Hollywood, Megan Fox.


800 screened in raid at nightspot in Penang

GEORGE TOWN: An early morning raid at an entertainment joint here generated excitement when one of the revellers turned out to be businessman Jho Low.

The so-called international man of mystery, who made headlines after his “tell all” exclusive interview with The Star in July, was attending a gathering with friends from Penang, Singapore and Germany at the outlet in Upper Penang Road.

He was not hauled up nor detained during the raid. It is learnt that the raid was a routine operation in which bona fide customers were not affected.

Pressmen rushed to talk to Low as he walked to his car at about 5.30am and he politely answered their questions.

He said he arrived in Penang on Saturday morning and was to have left for Singapore yesterday before heading to the Middle East.

“My friends asked me out for a gathering as we have not seen each other for a while.”

A police team headed by Asst Supt Fauzi Mohd Yusof raided the place at 1.30am in an operation Ops Bersepadu which lasted till 6am.

They screened 800 revellers and took 101 of them to the police station for urine tests.

Police said five men and six women were tested positive for drugs.

One man was arrested under Section 147 for rioting.

Fourteen underaged patrons were also picked up.

George Town OCPD Asst Comm Gan Kong Meng said the owner of the outlet was issued with a summons for not fulfilling the licensing terms and that the raid was a routine one to check on drugs and other crimes. -The Star

Wan Chik Daud Tanggung Perbelanjaan Kos Perubatan RM300 Ribu M Rajoli?

KUALA LUMPUR - Isteri kedua Allahyarham M. Rajoli, Wan Chik Che Daud@Othman, 70, menafikan dakwaan beliau telah menyalahgunakan harta arwah suaminya dan berada di Amerika Syarikat sewaktu jenazah pelakon terkenal itu dikebumikan tiga hari lalu.

Wan Chik atau lebih mesra dipanggil Kak Wan berkata, beliau selama ini hanya mendiamkan diri kerana mahu menjaga imej suaminya.

Namun selepas tidak tahan dengan pelbagai tohmahan termasuk dakwaan menyalahgunakan wang dan kereta Mercedes Benz arwah suaminya, Wan Chik yang berkahwin dengan M. Rajoli pada tahun 1986 terpaksa membela diri.

Sebagai isteri kedua, beliau selama ini menjaga protokol dan menganggap isteri pertama suaminya, Hashimah Mohd. Din, 56, dan anak-anak mereka lebih berhak terhadap arwah.

"Dakwaan yang mengatakan Kak Wan salah guna duit arwah tidak betul.

"Sebenarnya kos perubatan abang bernilai RM300,000 tidak perlu dibayar kerana Kak Wan pesara kerajaan dan arwah menggunakan kemudahan itu dengan percuma," tambah Wan Chik ketika dihubungi di sini semalam.

Munajat DiTanah Suci Oleh 40 Ulamak Dan Tok Guru Pondok - Isu Royalti Minyak

Exco perancangan ekonomi, kewangan dan kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa menyeru rakyat bersama-sama bermunajat bersama 40 ulamak serta tok guru pondok dari seluruh pelusuk negeri berhubung isu kes tuntutan royalti minyak daripada Petronas, lapor Suara Keadilan.

Husam menerusi twitternya berkata sebuah laman web, www.munajatroyalti.com serta laman sosial facebook - www.facebook.com/pages/Misi-Munajat-Royalti-Rakyat telah diwujudkan bagi rakyat melayari dan seterusnya menyatakan sokongan mereka kepada usaha itu.

Menurut laman itu, kutipan derma telah dilancarkan bagi menampung kos membawa 40 ulamak serta tok guru pondok dari seluruh Kelantan untuk bermunajat secara khusus selama 40 hari dan 40 waktu di Mekah.

Majlis membaca doa dan beribadah di kota suci itu bertujuan untuk memberi sokongan spiritual kepada seluruh rakyat negeri itu berhubung tuntutan berkenaan.

"40 ulamak dan tok guru pondok dari seluruh Kelantan akan bermunajat untuk memohon kerahmatan dan kesejahteraan khusus buat rakyat negeri Kelantan semuanya dan untuk seluruh rakyat Malaysia amnya.

"Tujuan kami adalah untuk mempertahankan dan memartabatkan kepimpinan ulamak, alim ulama dan ahli agama di dalam kehidupan hal ehwal seharian kita sebagai umat Islam," menurut laman itu.


Tuntutan royalti minyak Kelantan dianggarkan bernilai lebih RM800 juta setahun sejak 2005 dan sehingga tahun ini jumlah terkumpul dianggarkan sebanyak RM4.8 bilion.

Kerajaan negeri Kelantan mendakwa Petronas melanggar Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 kerana tidak membayar royalti, hasil daripada minyak dan gas di perairannya dan di kawasan laut yang bertindih di antara Kelantan - Thailand, Kelantan - Vietnam dan Kelantan - Terengganu.

Berikutan dinafikan royalti minyak itu, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos lalu.

30 Pemuda PAS Kuala Selangor Sertai UMNO... Ramai Tu, Tengok Sat, Pasaipa La Jadi Macam Ni....

KUALA SELANGOR - Seramai 30 ahli Pemuda Pas Kuala Selangor sepakat keluar parti dan menyertai UMNO dengan menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Kuala Selangor Datuk Amiruddin Setro di sini, kelmarin.

Bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas Cawangan Kuala Parit, Sharudin Mohd Nri berkata, beliau dan beberapa ahli lain membuat keputusan setelah merasa perjuangan Pas sudah terpesong semenjak parti ini bergabung dalam Pakatan Rakyat (PR) yang disertai DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, sebagai bangsa Melayu dia dan yang lain merasa tertindas kerana tujuan asal tidak diperjuangkan dan kebanyakan pemimpinnya tidak sepakat serta ada yang mempunyai kepentingan peribadi di dalam parti.

“Lebih mengecewakan lagi masjid pun dijadikan tempat berpolitik sedangkan UMNO tidak pernah berbuat demikian.

“Saya menyertai Pas semenjak berumur 18 tahun dan disebabkan kekecewaan dengan apa yang berlaku ini, saya dan ahli lain mengambil keputusan untuk menyertai UMNO,” katanya kepada media.

Menurutnya, sebelum ini Pas dilihat benar-benar memperjuangkan Islam tetapi semenjak Selangor diperintah Pakatan Rakyat (PR), Pas seolah-olah hilang pedoman hinggakan masjid turut dijadikan lokasi berpolitik.

“Kami menyertai UMNO dengan harapan dapat menyatukan bangsa Melayu dan memperjuangkan Islam kerana parti inilah yang dilihat mampu melakukannya.

“Saya kecewa dengan senario politik Pas sekarang semenjak parti ini bergabung dengan PR yang menyebabkan bentuk perjuangan mereka kabur, umpama lalang ditiup angin hingga merasakan perjuangan terhadap Islam seolah-olah diketepikan demi perjuangan PR,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Amiruddin Setro berkata, peristiwa ini amat bersejarah dan merasa bersyukur kerana mereka membuat keputusan yang bijak kerana memilih UMNO sebagai parti yang menyatukan bangsa Melayu dan menegakkan Islam.

“Pemuda di kampung ini telah timbul kesedaran mereka tentang pentingnya memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu.

“Ini adalah satu penghijrahan yang baik sempena Syawal yang mulia ini dan berharap semua Pemuda meneruskan hala tuju generasi Melayu yang akan datang,” katanya.

Menurutnya, UMNO Kuala Selangor tetap mengamalkan prinsip ‘Yang muda disayangi dan yang tua dihormati’.

“Semoga lebih ramai golongan belia di kampung ini menyertai UMNO kerana hanya parti inilah yang dilihat mampu memperjuangkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu,” katanya.

Dalam pada itu, penyerahan borang diadakan di rumah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Bukit Kuching merangkap Ketua UMNO Cawangan Bukit Kuching, Noh Buang.

3 Sekolah Dan 60 Buah Rumah di 15 Kampung Rosak Dilanda Ribut

TEMERLOH – Lebih 60 buah rumah dan tiga buah sekolah di 15 buah kampung di Kuala Krau mengalami kerosakan akibat dilanda ribut petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Supt. Zundin Mahmood berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang dan melibatkan antaranya Kampung Baduk, Teluk Sentang, Paya Sendayan, Pulau Pasir Mandi, Kerai dan Lipat Kajang.

"Tidak ada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira 20 minit itu,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata, kebanyakan kerosakan pada bangunan melibatkan bumbung, kecuali tiga buah rumah yang ranap dihempap pokok.

Kerugian dianggar melebihi RM150,000, katanya.

– Bernama

Sedaka Sejahtera Turut Terkena Jangkitan Malware

Blogger yang menggunakan blogspot ketara menghadapi masalah diserang oleh malware. Saya telah memeriksa beberapa sebab yang memungkinkan hal tersebut berlaku dan cuba untuk mencari jalan mengatasinya.

Jika blog yang anda lawati itu sudah ada menyimpan jangkitan malware, sebarang penerusan mengakses blog tersebut tanpa menghiraukan amaran risiko yang dikeluarkan oleh browser anda seperti Google Chrome dan Firefox, akan menyebabkan komputer anda djangkiti dengan malware tersebut.

Sebelum ini GB ada menulis mengenai serangan Malware ini. Di situ GB menyatakan bahawa blogger tidak spatutnya meletakkan iklan dari Innity dan manggaonline. Sebarang iklan darinya akan menyebabkan blog anda akan gagal diakses.

Namun nampaknya masih banyak lagi blog-blog yang terus gagal diakses. Setelah pemerhatian dibuat berikut ialah langkah-langkah penting yang perlu diambil oleh para blogger sekalian bagi mengelakkan blog anda dari terkena jangkitan malware.

Blog-blog yang menggunakan "icon" di dalam menetapkan senarai rakan blogger adalah yang menjadi penyebab kepada masalah ini. "favicon.ico" merupakan sebuah fail yang menjadi sasaran serangan malware dan sebarang pengaksesan terhadapnya akan menghasilkan tanda amaran dan pengabaian terhadapnya mendedahkan komputer anda diserang oleh malware berkenaan. Cuba lihat gambar di sebelah.

Cara Mengatasi.

Pastikan anda tidak milih tanda "icon" semasa menetapkan penyenaraian blog rakan-rakan anda semasa "Configure Blog List".

Pergi ke Dashboard anda pilih Design -> Page Elements -> My Blog List

Kemudian pastikan anda tidak meletakkan tanda semakan di kotak "icon", biarkan ia kosong. (Lihat gambar sebelah).

Setelah itu barulah anda klik "Save".

Hanya langkah itu saja yang mampu membersihkan blog anda dari dijangkiti malware yang terhasil dari fail "favicon.ico" berkenaan.

Setelah selesainya, anda perlu membersihkan "cache" dan "cookies" di browser anda. Dan tutup browser anda.

Buka semula dan cuba buka blog anda kembali. Tanda amaran malware itu telah tiada.

Bagi komputer yang telah terkena jangkitan malware, pastikan anda menggunakan perisian malware yang baik. Sebarang penggunaan perisian anti-malware percuma belum tentu menghapuskan malware malah ada kemungkinan perisian anti-malware itu sendiri pembawa malware yang lebih dasyat.

Gunakan perisian anti-malware yang disahkan saja. Diantara perisian anti-malware terbaik ialah Malwarebytes Anti-Malware dan juga Ad-Aware Free Internet Security 8.3.1

Kedua-dua perisian tersebut telah disemak oleh CNET dengan pemarkahannya menghampiri 5 bintang.

Sekian selamat berblogging.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.