Feri Penumpang Ke Langkawi Tenggelam Di Jeti Kuah

LANGKAWI - Sebuah feri yang sebelum ini diguna membawa penumpang dari Kuala Perlis ke Langkawi tenggelam ketika disenggara di Jeti Kuah di sini.

Pengarah Urusan JMV Ferry Service, Ku Azhar Ku Abdul Razak berkata, insiden itu disedari berlaku kira-kira pukul 9.30 malam tadi oleh pekerja syarikat tersebut.

Feri itu tenggelam sepenuhnya pukul 7.30 pagi tadi, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Beliau berkata, feri tersebut yang boleh memuatkan sehingga 90 penumpang dihantar untuk penyenggaraan selepas berlaku kebocoran pada bahagian ekzos.


Kerugian ditaksir lebih RM1 juta.

Difahamkan usaha menaikkan feri seberat 25 tan dengan panjang lebih 20 meter itu sedang dijalankan menggunakan kren.

Sementara itu tinjauan di tempat kejadian mendapati, anggota Jabatan Laut sedang mengawal tumpahan minyak dari feri tersebut.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Mohamad Sayuti Sapie berkata, pihaknya telah mengambil sampel tumpahan minyak di kawasan kejadian.

"Kita sedang bekerjasama dengan Jabatan Laut untuk memantau keadaan kawasan itu," katanya. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.