Apa Sebenarnya Disebalik Sumbangan RM4 Bilion Untuk PAS Kelantan...


ADIK TOK GURU KENA TIPU?


Jom kita lihat laporan berita seperti berikut;

Berita Harian;

KOTA BHARU: Sebuah syarikat tempatan mengumumkan sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan atas alasan untuk membantu kerajaan negeri membangunkan prasarana beberapa jajahan yang mundur di negeri ini.

Pengerusi Eksekutif I'DA World Group Sdn Bhd (I'DA World), Abdul Rahim Abdul Wahab, mendakwa sumbangan itu bukan membalas ganjaran diberikan Kerajaan Kelantan kepada syarikat itu membangunkan projek di Tumpat, Kelantan, yang bernilai lebih RM300 bilion. Sumbangan I'DA World ini tidak ada kena mengena dengan projek diperoleh syarikat daripada kerajaan negeri yang bernilai lebih RM300 bilion, malah ia lebih kepada membantu membangunkan beberapa jajahan di negeri ini seperti pekan Rantau Panjang, yang kelihatan mundur dan memerlukan bantuan untuk pembangunan, katanya.


Beliau memberitahu pemberita selepas majlis pelancaran projek dan makan malam I'DA World yang dihadiri lebih 200 tetamu di Hotel Renaissance di sini, malam kelmarin. Bagaimanapun, tiada kenamaan selaku wakil kerajaan negeri hadir pada majlis itu.[sila
klik]

KOMEN:

apa persepsi yang UMNO/BN mahu timbulkan?

kerajaan kelantan adalah kerajaan yang mundur.

LAGI;

Sejurus penyampaian surat pelantikan kontraktor itu selesai, Abdul Rahim membuat kejutan apabila mempamerkan replika cek memaparkan nilai RM4 bilion atas nama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) selepas pengacara majlis membuat pengumuman mengenai sumbangan firma itu kepada Kerajaan Pas Kelantan.

komen:

Apa persepsi yang BN/UMNO mahu timbulkan?

Kononnya PAS kelantan terlibat dengan Rasuah.

PERSOALANNYA?

apakah benar wujud projek yang di maksudkan?

jawapannya;

Menteri Besar [tok guru nik abdul aziz] itu berkata,
kerajaan negeri juga tidak pernah meluluskan projek untuk membangunkan Pantai Sri Tujoh, Tumpat seperti yang didakwa oleh Pengerusi Eksekutif I'Da World, Abdul Rahim Abdul Wahab. [sila klik]

lagi;

Pihak yang tampil menerima replika cek berjumlah RM4 bilion daripada syarikat I’DA World Group Sdn Bhd di sini malam kelmarin menjelaskan kehadiran di majlis itu tidak mewakili Menteri Besar seperti dilaporkan.

Nik Din Nik Mat adik kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu kehadiran di majlis berkenaan di atas kapasiti peribadinya sendiri setelah menerima jemputan.

“Saya tidak mewakili Menteri Besar di majlis berkenaan. Malah saya juga terkejut tiba-tiba dipanggil untuk menerima replika cek terbabit.

“Memang Ayah Din tak tahu menahu tentang perkara itu, Ayah Din pergi hanya memenuhi jemputan, siapa Ayah Din untuk mewakili kerajaan negeri dan Menteri Besar,” katanya ketika dihubungi di sini. [sila
klik]

JUSTERU;

Ini propaganda UMNO/BN yang baru. ia ingin melahirkan persepsi, kononnya PAS terlibat dengan rasuah. dan lagi, mereka mahu gambarkan kononnya Kelantan adalah negeri yang mudur.

Peliknya, nak bagi derma kepada PAS kelantan sehingga mencapai RM 4b, tapi
seorang pun pimpinan PAS kelantan tidak tahu menahu tentang derma itu? yang peliknya lagi, macam mana adik tok guru yang tidak ada kena mengena dengan PAS dan Kerajaan negeri, boleh dijemput hadir sebagai penerima cek besar tu?

Cuba siasat sama, apakah wujud sebuah syarikat yang mempunyai eset sampai AS$2trilion????

sekian

pesanan kepada UMNO/BN - Kalau nak menipu, atau nak buat propaganda pun, biar logik sikit. Jangan sampai, budak belajar PASTI pun boleh perasan.

Wallahu 'Alam -Al-Bakistani

Ulasan GB

GB telah mengesani lebih awal sewaktu mula-mula berita ini tersiar di Berita Harian/ Harian Metro. GB tidak terus menyalin-tampal. Biar betul, RM4b, dalam hati kecil GB berkata.

Akhirnya terbukti ia hanyalah permainan UMNO untuk menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan.

Tetapi ada juga yang tertipu. Termasuk para blogger PAS yang begitu cepat tangannya untuk salin-tampal sebelum merujuk hal sebenar sehingga merekalah yang menyebabkan puak UMNO melebar-luaskan ketawa mereka.

Dan yang penting, jangan percaya kepada UMNO walau rapat macamana sekalipun. Tengoklah bagaimana adik TGNA sendiri ditipu oleh rakan baiknya sewaktu sekolah dulu. UMNO menggunakan iblis yang bijak menipu.

1 comments:

  1. Sumbangan jika ikhlas dengan niat kerana Allah apatah lagi jika untuk membangunkan Syariat Islam adalah amat baik dan terpuji. dan sudah semestinya ganjaranNya amat besar. Namun dalam keadaan sekarang pihak PAS atau siapa2 saja MESTI berhati-hati dalam apa2 juga perkara yang boleh atau akan melibatkan PAS kerana kita amat sedar dan tahu musuh-musuh PAS (ISLAM) sedang mengatur strategi untuk menggagalkan usaha untuk mengambil alih pemerintahan yang sesat lagi menyesatkan sekarang ini. Segala macam bentuk fitnah di susun reka sebaik-baiknya untuk menjatuhkan PAS sebagai peneraju utama kearah pembentukan pemerintahan yang berteraskan ISLAM yang Syumul. Jadi berhati-hatilah dan bertawakkal lah kepada ALLAH. Pepatah orang tuan juga ada menyebut "Pelanduk Selalu Melupakan Jerat Tetapi Jerat Tidak Pernah Melupakan Pelanduk". Namun maksud Firman Allah "Mereka merancang dan Allah juga Merancang dan Sesungguhnya Allah adalah Sebaik-baik Perancang" .. Bertawakkallah kepada Nya dan terus berusaha dan lebih bijak dalam melakukan sesuatu tindakan yang selalunya akan menimbulkan Fitnah kerana ianya telah dirancang sebaiknya oleh musuh Allah. Wallahualam...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.