TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Subhanallah!!! Gambar2 - Inilah Keajaiban Ilahi Beginilah Perut Wanita Ini Yang Melahirkan Anak Kembar 11.. Apa Pendapat Ibu-Ibu Dalam Hal Ini???

Kuasa Tuhan memang sesiapa pun tidak menduga dan inilah yang terjadi di negara India, di mana seorang wanita bersalin dan 11 orang anak kembar dalam satu masa.


Bayangkan seorang bayi dalam perut pun dah cukup besar, inikan pula 11 orang. Macam mana lah rupa perut ibu bayi-bayi kembar nie kan. Nak tengok? Jom…


Tiada yang mustahil dalam dunia nie kan?

Apakah Tindakan Yang Bakal Diambil Terhadap Menteri Ini Bila Menteri BN Anggap Selcat Sebagai "Mahkamah Kanggaru"


Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) adalah "mahkamah kanggaru" yang bertujuan untuk menutup salah laku dan kepincangan kerajaan negeri, kata timbalan pengerusi badan perhubungan BN Selangor Datuk Seri Noh Omar.

NONEMenurut Noh, pendengaran Selcat sebelum ini seringkali mencapai kesimpulan bahawa mereka "berpuas hati" dengan penjelasan kerajaan negeri dan membiarkan pesalah laku bebas.

"Mereka hanya dedahkan sahaja, mereka tidak pernah menghukum sesiapa, (jadi) apa gunanya?" soalnya kepada pemberita pada satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Ditanya sama ada beliau akan menghadiri pendengaran yang sedang berlangsung itu, Noh menjawab: "Hanya buang masa!"

"Mereka tidak pernah disepina saya. Sepatutnya, mereka perlu sepina saya jika mereka mahu saya datang. Mereka juga minta saya untuk memohon kebenaran."

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan MCA Selangor, Wong Koon Mun berkata kerajaan negeri hanya bersandiwara dengan meminta Selcat untuk menyiasat skandal perlombongan pasir.

Katanya, Selcat sebenarnya, tidak mempunyai kuasa dan siasatan terhadap skandal itu tidak akan menyelesaikan masalah.

NONE"Memandangkan kerajaan negeri tidak dapat menyelesaikan isu kecurian pasir, mereka hanya bersandiwara dengan meminta Selcat, yang tidak mempunyai kuasa, untuk menyiasat supaya orang ramai akan berfikir bahawa mereka serius dalam isu ini.

"Selain itu, mereka meletakkan tanggungjawab itu kepada saksi dengan mendakwa bahawa mereka tidak hadir dan enggan membantu pendengaran Selcat dan kemudiannya menggunakan alasan bahawa mereka tidak mempunyai bukti sebagai satu usaha untuk menutup perkara itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau yang juga ADUN Kuala Kubu Baru juga berkata, kerajaan negeri tidak menyiasat isu itu malah selepas mereka menerima aduan.

"Laporan Ketua Audit Negara 2009, melaporkan bahawa kes kecurian pasir menjadi serius dan selepas Kuala Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) mengambil alih, satu juta tan pasir dicuri.

"Ini bersamaan dengan RM1.82 juta dalam bentuk cukai,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search