TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Kenapa Bekas Isteri Datuk K Memilih Datuk Joseph King, Duda Anak 2???

pengganti datuk k, janda datuk k, tengku zawiyah

Datuk Rayyan dan Tengku Zawiyah

Tengku Zawiyah Tengku Izham, bekas isteri Datuk K kini sudah ada pengganti. Tengku Zawiyah bercerai dengan Datuk K sejak 2005 setelah Datuk K berkahwin dengan Datuk Siti Nurhaliza.

Tengku Zawiyah merupakan kerabat diraja Kedah akan manamatkan zaman jandanya dengan Datuk juga yang merupakan seorang ahli perniagaan. Pengganti Datuk K ini ialah Datuk Joseph King atau nama Islam nya Rayyan JK Abdullah.

datuk joseph king, datuk k

Tengku Zawiyah bakal menamatkan zaman jandanya

Pelbagai persiapan telah dibuat untuk majlis perkahwinan Tengku Zawiyah dengan pasangannya. Majlis perkahwinan Tengku Zawiyah dan Datuk Rayyan JK Abdullah akan diadakan pada bulan Mei ini.

Majlis pernikahan mereka dijangka akan berlangsung pada 12 Mei ini. Datuk Rayyan JK Abdullah berasal dari Sabah dan mula memeluk Islam awal Februari lalu.

Jodoh pertemuan ditangan Tuhan, kami doakan semoga mereka berbahagia

datuk joseph king

Datuk Rayyan

Pelakon Watak Halimah Jonggang Tertekan Lantaran Kontroversi, Rezeki Berlakon Tergugat....

Foto

Foto

ENGGAN memperbesarkan isu yang dianggap tidak tahu di mana hujung pangkalnya, Sheera Iskandar lebih senang berdiam diri sekali pun mengakui agak tertekan dengan bermacam-macam dakwaan dilemparkan oleh penerbit drama, A Aida.
Isu potong rambut nyata masih bertebaran selain dakyah penyampai yang suka menokok tambah cerita supaya tampak lebih kontroversi dan panas, membuatkan ramai produser lain takut mengambilnya terbabit dalam produksi mereka.

Tuduhan tamak dan melanggar kontrak antara penambah rencah yang menghangatkan lagi kronologi di sebalik tabir pembikinan musim baru Halimah Jongang hingga anak gadis Aznah Hamid itu sudah tidak menerima tawaran berlakon kebelakangan ini.

Jika selama ini ibunya menjadi jurucakap memperjelas kenyataan A Aida yang tidak putus-putus tampil di TV mahu pun akhbar, Sheera yang enggan memburukkan keadaan pula mula bersuara selepas ditanya bertalu-talu.

“Selama ini pun saya tidak mahu dianggap celupar. Jadi lebih baik berdiam daripada membidas isu yang tiada. Macam dijelaskan ibu saya, ia hanya diluah selepas beberapa bulan penggambaran drama bersiri itu selesai dan disiarkan di TV.

“Kenapa tidak menegur ketika saya berada di lokasi dengan rambut pendek? Sedangkan waktu itu, segala-galanya berjalan lancar. Seperti musim terawal, watak Halimah Jongang memang memakai rambut palsu.
“Jadi, tiada beza kalau saya berambut pendek pun,” katanya selepas sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010.

Pada majlis yang bakal berlangsung pada 3 April ini di Arena of Stars Genting Highlands, Sheera atau nama sebenar Tengku Sheera Ilani Tengku Iskandar, 26, diundang sebagai antara penyampai trofi.

Gadis lemah lembut itu hanya tersenyum tatkala diasak satu persatu pertanyaan membabitkan soal perasaannya kini. Gerak badan yang ditunjukkan itu memang sudah untuk menduga sama ada amarah atau sebaliknya.

Namun begitu, Sheera jelas memang tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Apatah lagi untuk mewujudkan persengketaan yang berpanjangan.

Katanya, tidak guna menyimbah minyak ke dalam api yang sedang marak apatah lagi dia sendiri masih tercari-cari penyebab yang membuatkan produser yang selama ini dihormatinya boleh ‘meletup’ tiba-tiba-selepas beberapa bulan drama bersiri Halimah Jongang siap!

Sebagai anak, yang menyentap kebimbangan adalah perasaan ibunya selepas cerita terbabit masih diperkatakan namun kata-kata perangsang daripada mereka yang mengetahui situasi sebenar menyuntik semangatnya.

“Saya tidak mahu perkara ini berpanjangan. Bukan tidak mahu meminta maaf, saya tidak tahu kesalahan saya. Jika dia tidak berpuashati sedari awal, mengapa menegur perbuatan saya memotong rambut ini sebelum penggambaran bermula.

“Itu yang saya pelik, hanya selepas disiarkan, baru isu ini timbul. Lebih pelik, tiada pula saya dengar mengenai perihal rombakan skrip ketika penggambaran sedang berlangsung. Kenapa tiada seorang pun tampil menegur atau memarahi saya ketika itu,” jelasnya lagi.

Tunggu dan lihat saja

Kekecewaan Sheera kini bukan disebabkan tiada tawaran berlakon sebaliknya ‘mulut penyampai’ yang melemparkan pelbagai kisah kurang enak semata-mata mahu memburukkan lagi namanya sekali gus menutup rezekinya di arena lakonan.
Katanya, mujur drama Iparku Diva yang bakal disiarkan di saluran TV berbayar dalam tempoh terdekat itu diterima sebelum kontroversi ini hangat diperkatakan.

“Saya malu keluar ke tempat awam kerana pasti ada yang mengerling. Tapi berkurung di rumah pun membuatkan saya tertekan. Saya cuma tidak mahu memperbesarkan lagi masalah. Tapi sekarang kalau tengok aksesori seperti rambut palsu dan topi, mesti saya teringat watak Halimah Jongang yang hampir membunuh kerjaya saya,” katanya.

Apa pun segala tohmahan diterima dengan hati terbuka malah ia dianggap dugaan hidup yang menguji sejauh mana kesabarannya.

Mengenai tindakan mahkamah yang mahu diambil A Aida Production, katanya dia hanya berserah selain menunggu sebarang perkembangan lanjut.

“Saya hanya tunggu dan lihat saja. Nak melawan balik saya bukan orang senang. Keluarga pun menasihatkan supaya tidak cepat melatah. Lagi pun dunia lakonan ini kecil saja, pusing-pusing jumpa orang sama,” ulasnya lagi yang dilihat hadir ke majlis itu ditemani jejaka bernama Syan.

Seri wajah si gadis menyerlah semula tatkala diaju persoalan mengenai teman barunya. Cukup sekadar menyatakan anak muda berusia 25 tahun itu masih belajar di sebuah universiti, soal melangkah ke fasa seterusnya belum difikirkan lagi.

Tidak berselindung, akuinya jejaka berkenaan adalah teman akrabnya ketika ini dan Syan yang sentiasa menemaninya ke mana-mana acara majlis jika ibunya mempunyai hal lain yang tidak dapat dielakkan.

“Bukan disebabkan serik dengan sejarah putus tunang sebab ia cerita lama. Syan masih belajar, jadi tidak perlu terburu-buru. Jika ada jodoh tak ke mana,” dedahnya mengenai hubungan yang sudah berlangsung selama tiga tahun itu.

INFO: Sheera Iskandar
  • Dilahirkan di Kelantan pada 18 April 1985.
  • Anak sulung daripada tiga bersaudara.
  • Mula menceburi arena lakonan pada usia empat tahun.
  • Pemegang diploma Pengurusan Perniagaan dari Yayasan Pelajaran MARA
  • Antara drama Janji Diana, Bintang Di Hati Bintang Di Langit, Mengejar Awan, Jangan Ada Dusta, Pinggiran Hati, Janjiku, Usia, Fatimah Najwa dan Siong.
  • Mula diperkenalkan di layar perak menerusi filem Bicara Hati.
  • Filem lakonan KL Menjerit 1, Sembilu 2005, Cinta Yang Satu
  • Anak Buat Pendedahan Penyelewengan Felda... UMNO Semakin Tertekan, Pelbagai Gangguan Dibuat Di PRK Kerdau

    Persatuan Anak Felda Kebangsaan (ANAK) kesal ceramah sulungnya dalam kempen pilihan raya kecil Kerdau disambut sekumpulan belia yang didakwa mempamerkan kain rentang menyifat NGO pro-PAS itu sebagai "haram jadah" dan bukan "anak soleh".

    NONEPresidennya Mazlan Aliman (kiri) bagaimanapun enggan melayan "provokasi" pihak didakwa "diperalatkan Umno" itu.

    "Saya tidak ada masalah. Saya tidak bermusuh dengan warga Felda...," kata Mazlan Aliman yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS.

    "Tetapi saya bermusuh dengan mereka yang cuma mengambil kepentingan atas keringat peneroka untuk mengaut keuntungan dan memangsakan peneroka hingga menjadi korban kepada golongan yang tidak bertanggungjawab ini."

    Sehubungan itu, menjawab soalan pemberita, Mazlan menolak mengadukan perkara itu kepada pihak berkuasa.

    Menurutnya lagi, percubaan menghalanya itu telah berlalu beberapa kali sebelum ini.

    NONESemalam, sebuah blog pro-BN Pisau.net melaporkan, ceramah Mazlan di Felda Jengka 23 disambut jeritan: "Ini ANAK bukan anak yang soleh tapi anak haram jadah".

    Kumpulan anak muda itu didakwa secara terang-terangan membawa bendera BN bagi membantah ceramah Mazlan di hadapan kira-kira 60 peserta.

    Felda lawan syarikat swasta

    Gambar yang dipaparkan dalam blog itu juga menunjukkan sekumpulan pemuda memegang kain rentang bertulis "Mazlan Aliman Kau Jahanam".

    Sementara itu, bercakap dalam sidang media harian PAS di Kerdau hari ini, Mazlan turut mengasak Felda - yang dianggap penentu utama kemenangan kedua-dua calon bertanding - dengan menyerang anak syarikat Felda Techno Plant Sdn Bhd pula.

    NONEMazlan mendakwa, Felda Techno sebagai pengendali kerja penanaman semula sejak 2005 ketinggalan daripada banyak aspek jika dibandingngan dengan syarikat swasta lain.

    Contohnya, tambah beliau, kos penanaman semula oleh Felda dan sebanyak RM10,503 berbanding Sime Darby (RM3,120) dan Kumpulan IOI (RM1,998).

    Manakala untung bersih berdasarkan keluasan ladang untuk seekar pula didakwa amat jauh berbeza, seperti berikut: Wilmar International (RM1,050), Kumpulan IOI (RM366.30), Sime Darby (RM114).

    "Felcra pula jauh lebih kecil sebanyak RM14.29 seekar untuk sebulan. Adakah ini pengurusan profesional?" soal Mazlan lagi.

    Turut hadir salam sidang media itu Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad dan anggota parlimen Padang Terap Nasir Zakaria.

    Anuar Zain Sanggup DiPeluk Dan Dicium Bagi Meraikan Hari Setiausaha, Harga Tiketnya Lebih RM550.00

    Anuar Zain dijangka menyampaikan 10 lagu popularnya dalam majlis makan tengah hari Minggu Setiausaha di Pusat Konvensyen Sime Darby, 6 April depan. - Foto The Star oleh LOW BOON TAT

    KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal Anuar Zain, 41, yang bakal mengadakan persembahan Amazingly Anuar Zain April's Affair sempena Minggu Setiausaha di Pusat Konvensyen Sime Darby pada 6 April depan, rela diperlakukan apa sahaja oleh peminatnya sekalipun aksi tersebut kurang disenangi segelintir pihak.

    Menjawab pertanyaan berhubung reaksi peminat yang teruja sehingga sanggup memeluk, mencium dirinya pada acara yang serupa tahun lalu, Anuar berkata, perkara itu sebaliknya telah disensasikan daripada realiti sebenar.

    "Memang benar peminat menyerbu, memeluk dan melakukan macam-macam apabila saya menghampiri mereka dalam persembahan tetapi perkara itu lebih disensasikan daripada kenyataan yang sebenar.

    "Sebagai penyanyi, mereka (peminat) adalah keutamaan saya. Saya rela diperlakukan dengan apa juga reaksi spontan mereka," jawabnya sambil menguntumkan senyuman.

    Tambah penyanyi yang kini popular dengan lagu Sedetik Lebih itu, dia tiada sebarang masalah dengan keterujaan mereka walaupun ke tahap melakukan aksi yang dianggap keterlaluan oleh segelintir pihak.

    "Bukan saya mahu galakkan atau sokong peminat bertindak memeluk dan melakukan aksi yang mungkin dianggap keterlaluan, cuma ia berlaku secara spontan dan tidak boleh dielakkan.

    "Acara begini hanya berlangsung setahun sekali dan sememangnya untuk meraikan para peminat daripada golongan setiausaha, jadi biarlah.

    "Saya rela dan tidak kisah pun selagi tindakan itu masih boleh dikawal, tidak mengganggu persembahan dan tidak melanggar batas," katanya yang dijangka menyampaikan sepuluh buah lagu dalam majlis itu.

    Selain Anuar, majlis Amazingly Anuar Zain April's Affair turut menampilkan pelakon Fahrin Ahmad (kanan) selaku pengacara majlis.

    Bertemakan Taman Romantik, majlis makan tengah hari pada 6 April depan itu bakal diacarakan oleh pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad bermula 12 tengah hari hingga 3 petang.

    Dalam majlis itu peminat diminta untuk berpakaian mengikut tema warna iaitu putih, merah jambu atau lavender (ungu muda).

    Peminat yang mengenakan pakaian terbaik berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik termasuklah lima set rantai mutiara berjumlah RM25,000 sumbangan Rafflesia, pakej penginapan di PNB Darby Park dan percutian ke Paris, Perancis.

    Bayaran bagi menyaksikan minggu setiausaha anjuran PNB Darby Park ini dikenakan di antara RM450++ hingga RM550++ bagi setiap orang. Untuk tempahan dan keterangan lanjut, hubungi 03-7490 3443/3496/3579 atau layari www.pnbdarbypark.com.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Powered by Blogger.

    Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

    Search

    Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.