HOT!!! DS Shahidan Dedahkan Siapa 'BAYAR' Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP: Bantu' Cari #MH370.. Jom Terjah!!!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan kerajaan mengupah 'Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP' yang muncul di KLIA untuk 'membantu' mencari pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing.

"Tentang bomoh tadi, saya percaya tidak dibuat oleh Umno, oleh BN dan tidak dibuat oleh mana-mana agensi kerajaan kerana cara perlakuan bomoh itu.

"Pertama, dibuat di tempat orang ramai. Dia pakai pakaian macam cerita (P Ramlee, Laksamana) Do Re Mi.

"Jadi bayangkan, takkan kita nak buat macam itu," katanya sewaktu menjawab soalan wartawan.

Terkini!!! Siasatan Terhadap Seorang Krew MH370 Dan Penumpang Warga China Etnik Uighur Tidak Benar: Polis.. Jom Terjah!!!

Hadi Ho Abdullah

SEPANG: Bukit Aman menafikan laporan di beberapa laman portal online dan akhbar tempatan bahawa polis sedang memberi tumpuan kepada siasatan terhadap salah seorang krew MH370 dan seorang warga China berusia 35 tahun dari etnik Uighur.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata beliau tidak pernah memberikan sebarang kenyataan berhubung siasatan berhubung kehilangan MH370 kepada media. 

Allahu Rabbi.. (Gambar) Amat Terdesak: Awat La Sampai Jadi Lagu Nie?? Jom Terjah!!!


Demi Mendapat Undi Rakyat Bawahan Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat sanggup menyuap 'kuih' ke mulut bekas polis Abd Malek Man, 90 tahun, semasa kempennya ke Sg Sekamat, Kajang.

- sumber: Mstar

Terkini!!! Objek Terapung Dikesan Oleh Satelit China - APMM Dikerah Ke Lokasi... Jom Terjah!!!


SEPANG – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengerahkan sebuah pesawat ke Laut China Selatan bagi menyiasat objek terapung yang dilapor dikesan oleh satelit China, tatkala operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 diperhebat.
“APMM sudah mengerahkan pesawat Bombardier untuk menyiasat dakwaan penemuan serpihan oleh satelit China,” kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi Twitter hari ini.

BERAPI!! Inilah Wajah Pelakon Lagak Ngeri "Marco Polo" Antara Penumpang Pesawat #MH370 Yang Hilang.. Jom Terjah!!!

Pelakon lagak ngeri "Marco Polo" antara penumpang MH370

12 Mac – Pelakon lagak ngeri untuk beberapa buah filem lakonan Jet Li, Ju Kun adalah salah seorang daripada 227 penumpang yang terlibat dalam insiden kehilangan pesawat Malaysian Airlines MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Sabtu lalu.
Menurut laporan Deadline, berita ini telah disahkan oleh Netflix dan The Weinstein Company yang berkata, "Kami sangat sedih dengan berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Ju Kun yang merupakan salah seorang daripada penumpang merupakan sebahagian daripada produksi kami dan seorang yang berbakat. Ingatan dan doa kami adalah bersama keluarganya dalam tempoh yang sukar ini," ujar Netflix dan The Weinstein Company.

Terkini!!! MH370: Satelit China Kesan 3 Objek DiKaitkan Dengan Kehilangan Pesawat Yang Disyaki Terhempas Ke Laut.. Jom Terjah!!!

MH370: Satelit China kesan 3 objek dipercayai ada kaitan dengan kehilangan pesawat

KUALA LUMPUR: Satelit negara China mendakwa menemui tiga objek yang terapung di perairan Laut Cina Selatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Boeing 777 - MH370 Sabtu lalu.

Menurut laporan berita saluran CNN itu, objek-objek  terabit dianggarkan berukuran sekitar 13 kali 18 meter, 14 kali 19 meter dan 24 kali 22 meter.
Mh370

Terkini!!! MH370 : Identiti Mayat Yang Ditemui Di Selat Melaka Didedahkan.. Jom Terjah!!!

MH370: Mayat ditemui di Selat Melaka bukan penumpang pesawat yang hilang

KUALA LUMPUR: Mayat yang dilaporkan ditemui di perairan Selat Melaka pada awal hari ini disahkan bukan penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang sehingga ini masih hilang selepas dikesan kali terakhir pada Sabtu lalu.

Polis Indonesia mengesahkan mayat itu sebagai Abdi Sasmita, 54 tahun, warga Desa Bangun Sari di Deli Serdang, Sumatera Utara.

Lelaki itu disahkan seorang pemancing yang hilang di perairan dekat Pantai Kuala Aceh, pada petang Ahad.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.