Titah Sultan: Kenyataan Akhbar PAS Selangor Mengenai kedudukan Exco PAS



PAS Selangor telah mengambil maklum terhadap Titah Tuanku DYMM Sultan Selangor melalui kenyataan khas terhadap kedudukan Exco PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor. Kenyataan ini juga sekali gus mengambil maklum terhadap pendirian yang telah dibuat oleh PKR melalui kenyataan Presidennya sejurus selepas mesyuarat Biro Politik mereka. PAS menjunjung kasih dan menghargai kepercayaan yang diberikan oleh DYMM Tuanku Sultan serta berterima kasih atas pendirian yang telah dibuat oleh PKR.

Isu 3 Exco PAS di Selangor: Akhirnya MB Azmin 'MENANG'.. PKR Makin Celaru La....



SHAH ALAM – PKR setuju dengan pendekatan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengekalkan tiga wakil Pas dalam Exco Kerajaan Negeri.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Biro Politik PKR yakin terhadap kepimpinan Azmin untuk terus menerajui Kerajaan Negeri dan melaksanakan pembangunan negeri demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Selangor.

Wakil Rakyat PKR, Wong Chen Tak Puas Hati Cara Kerajaan Selangor Audit Pusat Khidmat, Apa Sebenarnya?



Anggota Parlimen Kelana Jaya Wong Chen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap cara audit yang dijalankan ke atas pusat khidmatnya oleh Perbendaharaan Negeri Selangor.

Menurut Wong Cheng, audit yang dijalankan pada Mac 2016 ke atas perbelanjaan di pejabat beliau di Kelana Jaya pada 2014 dan 2015, dibuat tanpa pengetahuannya.

"Perbendaharaan Negeri Selangor tidak cuba beritahu kami, melawat pejabat atau mendapatkan penjelasan daripada kakitangan saya.

TuDia... Datang Solat Terawih dapat RM10.00 Kalau Mai Penuh Sebulan Dapat RM300.00, HEBAT SURAU NIE...



BANDARAYA MELAKA - Surau Muhammad Al-Waliyah, Pulau Gadong di sini, memperuntukkan RM10 bagi setiap anak muda bawah 15 tahun yang datang menunaikan solat tarawih di surau berkenaan sepanjang bulan Ramadan nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Klebang Besar, Datuk Mohd Yusof Abu Hasan berkata, ia sebagai satu usaha untuk mengimarahkan surau berkenaan oleh kalangan anak-anak muda.

TERKINI!!! Dr. Zakir Naik Dapat Kerakyatan Arab Saudi..



ARAB Saudi memberikan kerakyatan negara itu kepada pendakwah Dr. Zakir Naik yang mendapat notis merah daripada Interpol.

Dr. Zakir merupakan individu dikehendaki di India kerana didakwa membiayai aktiviti keganasan dan terlibat dalam pengubahan wang haram.

Menurut laporan Middle East Monitor, pendakwa berusia 51 tahun itu meninggalkan India tahun lalu untuk mengelak daripada ditahan.

Subhanallah!! Jenazah Adik Thaqif Masih Elok Seperti Baharu Dikebumi Semalam...



SHAH ALAM - Jenazah pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 10, yang meninggal dunia 26 April lalu masih elok dan tidak berbau ketika digali semula pagi ini.

Kisah itu dikongsikan bapa saudara Allahyarham, Mas Arip kepada majalah Mingguan Wanita, hari ini.

Menurut perkongsian itu, jenazah Mohamad Thaqif perlu digali semula oleh pihak hospital dengan kebenaran dari mahkamah serta bersaksikan polis bagi mencari punca kematiannya.

Gempar!!! Dalam Majlis PM Najib Ada Selebriti Terkenal Ditampar, Memalukan.. (Video)



PUTRAJAYA: Majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN2015) pada Rabu kecoh selepas pelawak Mat Over menampar produser filem David Teo di depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Insiden itu berlaku ketika majlis dialog berlangsung apabila David dilihat mahu memberi pendapatnya dan pengacara Datuk Rosyam Nor membuka ruang kepada produser itu selama satu minit.

David dikatakan tidak berpuas hati cara Rosyam mengendalikan majlis sebagai moderator.

Insentif RM20,000 Setiap Pemain, Jika Skuad Hijau Kuning Menang Dalam Final Piala FA...


ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengumumkan bonus buat pemain skuad hijau kuning jika berjaya menewaskan Pahang dalam final Piala FA, Sabtu ini.

Beliau yang juga presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menjanjikan insentif RM20,000 setiap seorang pemain jika mereka berjaya membawa pulang Piala FA ke Alor Setar.

Makin PANAS!!! PKR Arah Semua Lantikan Politik di Kelantan Letak Jawatan Serta Merta.. Apa Motifnya?



Biro Politik PKR malam ini memutuskan supaya semua lantikan politik PKR dalam kerajaan negeri Kelantan dilepaskan berkuatkuasa serta merta.

Dalam kenyataan yang dibaca Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, perkara itu juga telah disampaikan kepada pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan.

"PKR juga telah membuat keputusan bahawa semua lantikan politik PKR di dalam kerajaan negeri Kelantan diminta melepaskan jawatan-jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta.

Terkini!!! Alhamdulillah.. Tuan Guru Presiden Selamat Jalani Pembedahan Ganti Injap Jantung




Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini selamat menjalani pembedahan mengganti injap jantung di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.

IJN dalam satu kenyataan ringkas berkata pembedahan selama tiga jam itu diketuai oleh Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub dan kumpulannya.

“Ketika ini, Abdul Hadi ditempatkan Unit Rawatan Intensif (ICU) dan keadaannya akan dipantau untuk beberapa hari akan datang sebagai rutin dalam pembedahan bedah jantung.

Terkini!! Tuan Ibrahim Sahkan Memangku Tugas Presiden PAS Sehingga Pembedahan Selesai Dan Sihat



Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan dirinya akan memangku tugas-tugas presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehingga beliau selesai menjalani rawatan insentif berhubung masalah jantung yang dihidapinya.

“Saya pangku tugas presiden buat sementara sampai sihat. Pentadbiran dan pengurusan parti berjalan macam biasa,” katanya.

Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dalam satu kenyataan hari ini berkata pemimpin berusia 69 tahun itu dijadualkan akan menjalani rawatan intensif di sebuah hospital di ibu negara, bermula esok.

Terkini!!! Tuan Guru Presiden PAS Jalani Rawatan Intensif Di Hospital, Doakan Kesihatan Tuan Guru...


PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dimasukkan ke hospital di Kuala Lumpur untuk menerima rawatan intensif, Isnin.

Setiausaha PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan berkata kemas kini mengenai perkembangan ahli Parlimen Marang itu akan dikeluarkan apabila diperlukan.

WoW!!! Pelakon Ashraf Muslim Diapit DUA Isteri Ke Malam ABPBH 3.0



PUTRAJAYA: Buat julung kali dalam sejarah, pelakon Ashraf Muslim, 36, hadir bersama dua isterinya ke malam Anugerah Bintang Popular BH edisi ke-30 (ABPBH 3.0), yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam ini.

Ashraf diapit kedua-dua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Saburi ketika melintasi karpet merah.

Makin PANAS!!! 3 Exco PAS Di Selangor Lepas Jawatan, Benarkah?



KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pas Pusat masih belum menerima sebarang surat daripada pejabat Menteri Besar Selangor berhubung permintaan kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri untuk melepaskan jawatan Exco.

Malah, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan turut meragui tindakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tidak menyatakan pendirian rasmi.

Lang Merah Terbang Tinggi: BERTEMU PAHANG DI FINAL PADA 20 MEI 2017... (Gambar & Video)



PETALING JAYA: Pasukan Kedah menempah tiket ke final Piala FA 2017 selepas menewaskan Terengganu 3-0 pada pusingan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam Sabtu.

Skuad Lang Merah itu menang dengan agregat 4-0.

Pasukan tuan rumah cuba memadam defisit jaringan tewas 0-1 pada aksi separuh akhir pertama menerusi percubaan Lazaro Vinicius tetapi tersasar.

Kedudukan Tiga EXCO PAS di Selangor.. Ini Kata Timbalan Presiden PAS...



PETALING JAYA: PAS mungkin terpaksa akur jika benar Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta tiga exconya melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata walaupun belum mendapat maklumat lengkap, beliau maklum bahawa pelantikan exco terletak di bawah bidang kuasa Sultan.

"Bagi PAS, kita akur sebab pelantikan exco ini di bawah kuasa Tuanku Sultan Selangor (Sultan Sharafudin Idris Shah).

Keputusan MSU: Tahaaluf Siyaasi PAS dan PKR Batal - Ini Kenyataan Rasmi PAS Selangor


PAS Selangor akur dan menghormati keputusan Majlis Syura Ulamak PAS  yang telah memutuskan bahawa hubungan politik Tahaaluf Siyaasi antara PAS dan PKR telah terbatal.


Oleh hal yang demikian PAS Selangor tidak lagi akan terlibat dalam sebarang kerjasama dan rundingan politik dengan PKR dan sebaliknya akan mengukuhkan kerjasama dalam Gagasan Sejahtera khususnya dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Terkini!!! Pasaraya Giant Di Ipoh Terbakar..



IPOH: Pengunjung pasaraya terkemuka Giant cawangan Bandar Sunway Ipoh di sini mengalami detik mencemaskan apabila satu kebakaran berlaku di dalam pusat membeli-belah tersebut petang tadi.
 
Dalam kejadian sekitar 3:30 petang itu, suasana menjadi tegang dan kecoh apabila orang ramai mula menjerit dan memberikan amaran mengenai kebakaran yang berlaku di bahagian rak tuala pasaraya itu.

Akhirnya.. MSU Umumkan Tahaluf Siyasi PAS Dengan PKR Kini SAH Terbatal




Majlis Syura Ulama (MSU) hari ini menerima usul dibawa dalam muktamar PAS lalu bagi memutuskan bahawa tahaluf siyasi mereka dengan PKR terbatal.

Perkara itu diumumkan setiausaha MSU, Datuk Dr Nik Zawawi Salleh.

"Majlis Syura Ulama memutuskan bahawa dengan merujuk begitu banyak pelanggaran syarat tahaluf siyasi, maka hubungun politik telah terbatal," kata Nik Zawawi.

Terkini!!! Murid 12 Tahun Ditemui Mati Tergantung Di Dapur Rumah, Apa Puncanya?



JOHOR BAHRU 11 Mei - Seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Cahaya Baru, Pasir Gudang ditemukan mati tergantung di rumahnya di Felda Cahaya Baru, Masai dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Jokhiri Abdul Aziz berkata, mayat mangsa yang berusia 12 tahun ditemukan dalam keadaan tergantung pada bahagian dapur rumah kira-kira pukul 5.30 petang.

MEMALUKAN!!! CEO Zakat Pulau Pinang Direman SPRM, Nama & Gambar2 mereka Didedahkan...



GEORGE TOWN – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Zakat Pulau Pinang (ZPP), Datuk Dr. Azman Abdul Samat bersama tiga pegawai kanannya dan tujuh kontraktor ditahan reman selama tujuh hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri semalam bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dan rasuah wang dana organisasi itu semalam.

Azman yang berusia 50 tahun diberkas di pejabatnya di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah pada pukul 10.40 pagi manakala yang lain dipercayai ditahan di beberapa lokasi berasingan di negeri ini dalam operasi Ops Miskin.

Allahu Akbar!!! Pengantin Meninggal Dunia 30 Minit Sebelum Nikah



PALEMBANG: Tiada siapa yang pernah meminta majlis akad nikah yang dirancang, bertukar menjadi satu majlis pengebumian.

Namun itulah yang berlaku kepada sebuah keluarga di Palembang, Indonesia, apabila pengantin perempuan, Elsa Putri Julita, 20, meninggal dunia hanya 30 minit sebelum akad nikah dijadual berlangsung.

Segalanya bermula apabila Elsa yang sepatutnya bernikah dengan pasangannya, Darmadi, 19, pada Ahad, mengadu sakit di bahagian dada dan sesak nafas.

Tidak lama kemudian dia rebah, namun masih dalam keadaan sedar. Ketika itu akad nikah akan bermula dalam masa dua jam.

TERKINI!!! Perkembangan Kerjasama Politik Selangor PAS & PKR , Ini Penjelasan MB Azmin..



SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengambil pendekatan tunggu dan lihat terhadap perkembangan kerjasama politik antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS yang akan dimuktamadkan oleh Majlis Syura Ulama PAS dalam masa terdekat.

Beliau berkata buat masa ini, pentadbiran kerajaan Selangor gabungan PKR, DAP dan PAS akan terus bekerja sebagai satu pasukan berdasarkan mandat yang diberikan rakyat pada pilihan raya umum (PRU) lepas.

MACAM2: Fitnah Songsang PAN & Datuk Mahfuz Omar Gagal Lagi, Ini Penjelasannya...


KOTA BHARU - Pas menjelaskan pertukaran jawatan lama Datuk Mustafa Ali sebagai Pengarah Pilihan Raya parti bukan sengaja digugurkan tetapi dilakukan atas permintaan beliau sendiri.

Penjelasan tersebut sekali gus menafikan pandangan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mendedahkan bahawa kecenderungan ke arah Pakatan Harapan punca sebenar Mustafa digugurkan daripada jawatan lamanya.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Mustafa mengadakan pertemuan dengan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan hasrat tersebut sebelum pemilihan berlangsung.

Pendedahan: Artis Popular - "Saya Tak Layak Jadi Ikon Poligami Walau Bahagia Beristeri Dua" (Gambar2)




Tidak semua kehidupan bermadu berakhir hingga ke hujung nyawa, bagaimanapun kalau dilihat kehidupan Ashraf Muslim yang mempunyai dua isteri, mereka begitu bahagia sekali. Namun Ashraf merasakan dirinya masih belum layak untuk diangkat sebagai ikon poligami.

GEMPAR!! Penolong Pengurus Belia Persatuan Balasepak Kedah (KFA) Direman Empat Hari Bersabit Penipuan RM3.5 Juta..




ALOR SETAR - Penolong pengurus belia Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) direman selama  empat hari untuk membantu kes penipuan  pelaburan tukaran mata wang asing (Forex) membabitkan kerugian berjumlah RM3.5 juta.

Perintah tahanan reman bermula hari ini sehingga 12 Mei dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Wan Nor Fadzilah Wan Ibrahim.

Perintah tahanan reman itu bagi membolehkan siasatan dijalankan ke atas suspek lelaki berusia 41 tahun mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Terkini!! Bekas Gabenor Jakarta, AHOK Dikenakan Hukuman Penjara 2 Tahun




JAKARTA: Bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok dijatuhi hukuman penjara.

Ahok yang berketurunan Cina dan beragama Kristian didapati bersalah menghina agama Islam hingga mencetuskan situasi tegang di negara yang didiami umat Islam paling ramai di dunia itu.

Hakim Dwiarso Budi Santiarto dalam penghakimannya di Mahkamah Jakarta memaklumkan, ternyata Basuki bersalah dan dikenakan hukuman penjara dua tahun.


- AFP

Apa Nie: Kumpulan G25 Bimbang Dengan Kenyataan Dr Zakir Naik... Jom Terjah!!!



PETALING JAYA: Kumpulan 25 Melayu Terkemuka (G25) bimbang kenyataan negatif Dr Zakir Naik terhadap agama lain akan menyemarakkan semangat ulama Malaysia untuk mengikuti gaya 'toleransi' beliau.

"Maklum balas yang kita lihat di kumpulan sembang menunjukkan bahawa orang bukan Islam gentar terhadap trend terbaru ini di mana pegawai tinggi agama seolah-olah mempunyai imuniti dalam menyatakan pendapat mereka dengan begitu bebas tanpa mengambil kira perasaan kaum lain," kata kata kumpulan itu dalam satu kenyataan pada Isnin.

Akhirnya Pihak MADA Dedahkan Punca Berlakunya Banjir Kilat Di Sekitar Bandaraya Alor Setar



ALOR SETAR - Banjir kilat yang melanda beberapa kawasan sekitar bandaraya pada Jumaat, adalah berpunca daripada turunan hujan yang lebat dalam tempoh singkat, mengakibatkan beberapa tempat di kawasan perbandaran tidak dapat menampung jumlah air untuk dialirkan keluar.

Dalam suatu kenyataan dikeluarkan Pejabat Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), memaklumkan, keadaan itu kemungkinan bertambah buruk akibat daripada keadaan saliran setempat yang tidak berfungsi pada tahap optimum.

TERKINI!! Ahli MT UMNO Gesa SPRM Siasat Sumber Kewangan INVOKE, NOW.. Mengapa?



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat sumber Kewangan dua badan bukan kerajaan yang disokong PKR, INVOKE dan Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW). Gesaan itu dibuat Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim, kerana persoalan mengenai ketelusan penggunaan dana oleh NGO itu dibangkitkan sendiri Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rusly.

"Jika dakwaan daripada Adam benar, siasatan oleh SPRM perlu segera dijalankan. Saya yakin, rakyat juga mahu tahu ke mana dan bagaimana dana yang disumbangkan oleh rakyat dibelanjakan. "Sudah seharusnya dana itu diguna untuk tujuan lebih murni dan bukan mengadakan program propaganda yang menghasut dan memfitnah. "

TERKINI!! Senarai Penuh AJK PAS Pusat, Pesuruhjaya Negeri2 & Portfolio



PAGI tadi telah berlangsung Mesyuarat Khas PAS Pusat dengan agenda perlantikan jawatan-jawatan utama, perlantikan AJK PAS Pusat tambahan dan pembentukan portfolio-portfolio.

Mesyuarat Khas Pas Pusat: Lantikan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Dan Pengerusi/ Timbalan Pengerusi Lajnah-Lajnah

Berikut merupakan lantikan yang telah dibuat:

Memalukan: Insiden Pukul Di Hadapan Surau Gambarkan Toleransi Masyarakat Rapuh


JOHOR BAHRU: Kejadian seorang lelaki dipukul gara-gara membunyikan hon kenderaan ketika solat Jumaat sedang berlangsung di sebuah surau di sini semalam, membuktikan secara jelas betapa rapuhnya sikap toleransi dalam kalangan masyarakat di negara ini.


Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata masyarakat sepatutnya menjadikan peristiwa rusuhan pada 13 Mei 1969 sebagai iktibar untuk tidak mengulangi mana-mana kesilapan berkaitan toleransi termasuk mencetuskan insiden terbabit.

Terkini!!! Bank Rakyat Bayar Dividen 15 Peratus



KUALA LUMPUR: Bank koperasi Islam terbesar di Malaysia, Bank Rakyat mengumumkan dividen tunai sebanyak 15 peratus, berjumlah RM450 juta, bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2016 berbanding 13 peratus pada 2015.
Bank tersebut mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.74 bilion berbanding RM2.01 bilion dicatatkan pada 2015.

VIRAL: Memalukan... Kisah Di Sebalik 2 Lelaki Larikan Lori Milik Penguatkuasa Majlis Bandaraya P.Pinang (Video)



GEORGE TOWN: Dua lelaki telah bertindak membawa lari lori milik penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) gara-gara bengang gerai mereka diserbu.

Dalam kejadian di Jalan Tanjong Tokong pukul 8.50 malam Khamis itu, seorang lelaki telah memandu lori MBPP dalam keadaan marah, manakala seorang lagi rakannya merakam video mereka sambil mengeluarkan kata-kata kesat kepada MBPP.

Budaya Politik Matang Dan Sejahtera: TG Presiden PAS Hadir Di Majlis Pelancaran Program Tukun Tiruan Oleh Menteri

MARANG, 7 Syaaban 1438H, Khamis – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui kehadiran beliau pada majlis pelancaran program tukun tiruan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini adalah permulaan kepada politik matang antara parti itu dan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Anggota Parlimen Marang turut berterima kasih kepada Ahmad Shabery atas undangan untuk menghadiri program tersebut.
“Terima kasih kerana beri peluang untuk saya sama-sama menyertai program ini yang sangat bermakna untuk semua, untuk orang politik, dapat kembali semula kepada politik matang.

PERINGATAN PRESIDEN: PAS Bukan 'Hotel Persinggahan'



ALOR SETAR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan ahli parti dan entiti politik lain bahawa PAS bukanlah 'hotel persinggahan' untuk dijadikan batu loncatan.

Tanpa merujuk mana-mana parti atau individu, Abdul Hadi menyifatkan pihak tersebut bersifat oportunis atau gemar mengambil kesempatan dan menjadikan PAS sebagai pangkalan persinggahan atau tangga untuk dipanjat.

"Hal ini sudah ditapis, ia turut melibatkan ahli dalam parti ini, bukan sahaja parti politik lain.

Muktamar Melabuhkan Tirai: MENINGGALKAN KEDAH DENGAN RASA KEHARUAN...




Kompleks PAS Kota Sarang Semut menjadi saksi mata akan perjalanan sebuah harakatul ummah yang sentiasa menjadi bualan hangat warga negara ini. Kompleks yang berdiri diatas tanah seluas 17 ekar ini menampung puluhan ribu perwakilan dan pemerhati yang datang daripada seluruh negara, dengan beragam latarbelakang dan status sosial.

Kedah semenjak tertubuhnya PAS di negeri itu 65 tahun yang lepas telah empat kali menjadi tuan rumah Muktamar PAS Pusat. Muktamar pada kali ini paling menjadi buruan lensa wartawan dan juga pencandu-pencandu politik kerana tragedi ribut dan juga keributan dalam hubungan pemuafakatan politiknya dengan parti yang muncul dengan bantahan awam akibat kezaliman regim Mahathir pada tahun 1998. Media sosial juga bukan kepalang sibuknya bergentayangan dengan memaparkan berita-berita PAS samada positif ataupun negatif.

TERKINI!!! SENARAI AJK KERJA PAS PUSAT UNTUK SESI 2017-2019.. Tahniah



AJK PAS PUSAT 2017 – 2019

Pen. Tetap : 
Hj Hussin Ismail
Tim. P. Tetap : 
Us Kamal Ashaari
  
Presiden : 
YB DS TG Hj Abd Hadi Awang
Tim Presiden : 
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Pres 1 : 
YB Us Idris Ahmad 
Naib Pres 2 : 
YB Dato Nik Mohd Amar 
Naib Pres 3 : 
YB Dato Ir Iskandar Abd Samad 
 
AHLI JAWATANKUASA :
1. YB Us. Nik Abduh Nik Abd Aziz
2. YB Dato Dr Fadzli Hasan
3. Dr Us Ridhuan Mohd Nor

LIVE! Muktamar Penuh PAS Pusat Kali Ke 63 : Hari Ke-3 (HARI TERAKHIR)


LIVE! Muktamar Penuh PAS Pusat Kali Ke 63
Hari Ke-3  (HARI TERAKHIR)
Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut
1 MEI 2017

PANAS!!! AWAT JADI MACAM NI? Ahli Parti Bakar Baju Dan Borang Keahlian..


DUNGUN - Seramai 30 ahli Bersatu Bukit Besi bertindak membakar baju dan borang keahlian parti sebagai tanda kecewa serta memprotes sistem pentadbiran yang didakwa tidak telus.

Serentak dengan itu, mereka mengisytiharkan keluar parti dan secara rasmi menganggotai Umno serta berikrar untuk terus setia bersama parti itu yang dirasakan membawa perjuangan sebenar.

Sejarah Terukir : Muktamar PAS Bersetuju Usul Tahaluf Siyasi Antara PAS - PKR DIPUTUSKAN


MUKTAMAR Tahunan PAS ke-63 di Kota Sarang Semut menerima usul tahaluf siyasi antara PAS dengan PKR diputus tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulamak berdasar kepada perlembagaan PAS.

Usul tersebut dibentang oleh AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Zulkifli Ismail yang mewakili 23 PAS kawasan dan Dewan Ulamak PAS Pusat serta Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Katanya keputusan itu dibuat dengan merujuk kepada panduan dalamperlembagaan PAS iaitu Fasal 5, Fasal 6 dan Fasal 7.

LIVE: Muktamar Penuh PAS Pusat Kali Ke 63 Hari Ke-2 Sesi Petang


LIVE! Muktamar Penuh PAS Pusat Kali Ke 63
Hari Ke-2 - Pembentangan & Perbahasan Usul
Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut
30 April 2017 - 2.30 Petang

Ribut Kuat Di Muktamar PAS: Kisah Badai Diceritakan Sendiri Oleh Saksi Yang Berada Di Tempat Kejadian



Saya sedang sibuk dengan persiapan Majlis Makan Malam Kompleks PAS Kedah sempena Muktamar PAS Kali ke 63 di dalam khemah murquee tent petang Kelmarin. Selepas itu keluar dari khemah untuk masuk ke pejabat.

Melihat Khairul Nizar dan keluarga sedang makan di khemah gerai tepi merquee tent dan jemput saya untuk makan bersama. Tak lama kemudian Dato' Dr Hamdan juga bersama family sampai dan join kami, kemudian datang pula Awang Salahuddin dan Badrul Hisham dari unit kebersihan duduk bersama sampai menikmati kotiew goreng dari food truck. 

TERKINI: Akhirnya Ketua Jurulatih Kedah Pergi Jua.. Moga Skuad Hijau Kuning Terus Terbang Tinggi




"PEMAIN datang dan pergi, begitu juga jurulatih tetapi kecemerlangan pasukan perlu diteruskan untuk penyokong yang setia bersama Kedah."

Itu komen bekas Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe yang akhirnya dilepaskan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagi memberi laluan kepadanya menjawat jawatan penolong jurulatih skuad Harimau Malaysia.


Kata-kata semangat itu ditinggalkan Cheng Hoe kepada pasukan dan penyokong skuad hijau kuning yang akan melayan kunjungan Terengganu dalam separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Aman malam ini.

Terkini... Kenyataan Rasmi Pihak Panitia Muktamar Tahunan PAS ke 63 Rentetan Musibah Ribut Malam Tadi..


Pihak Panitia Muktamar Tahunan PAS ke 63 melahirkan rasa simpati ke atas mangsa-mangsa bencana ribut yang berlaku di Kompleks PAS Kedah sejurus selepas azan Maghrib dan mendoakan kesejahteraan mereka.

LIVE! Muktamar Penuh PAS Pusat Kali Ke 63 Hari Ke-2 - Pembentangan & Perbahasan Usul

LIVE! Muktamar Penuh PAS Pusat Kali Ke 63

Hari Ke-2 - Pembentangan & Perbahasan Usul

Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut

30 April 2017 - 8.30 Pagi

Allahu Rabbi... (Gambar2) Muktamar PAS Dibadai Ribut Kuat, Ramai Cedera Dan Terperangkap Bawah Runtuhan Khemah..


ALOR SETAR: Kemeriahan Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Kompleks PAS di Kota Sarang Semut di sini bertukar tragedi apabila sekurang-kurangnya 10 orang cedera dan terperangkap dalam runtuhan khemah akibat ribut kuat petang tadi.

Berdasarkan laporan awal, empat pengunjung yang menghadiri bazar jualan bersebelahan kompleks itu hilang dalam kejadian tersebut.

Terkini.. PAS Tetap Teruskan Terap Dan Amal Budaya Politik Matang Dan Sejahtera (BPMS): TG Presiden




ALOR SETAR - Pas akan meneruskan pendekatan mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera (BPMS) yang diperkenalkan sebelum ini.


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pendekatan ini dilihat lebih berkesan dalam masyarakat Malaysia yang bencikan suasana negatif dan penuh kebencian.

"Mesej ini kita bawa menerusi Pas bertujuan untuk menyelamatkan manusia bersama Islam memandangkan masyarakat tidak suka akan budaya keras serta politiking melampau.

RAKAMAN PENUH MAJLIS PERASMIAN MUKTAMAR TAHUNAN PAS KALI KE- 63.. JOM IKUTI

JOM IKUTI PERASMIAN PENUH MUKTAMAR TAHUNAN PAS KALI KE- 63

bertempat di Dewan Dato' Haji Fadzil Mohd Noor, Kompleks PAS Kedah,
Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah Darul Aman.






PAS mempunyai cara mereka tersendiri untuk berdepan dengan pelbagai masalah negara seperti isu BMF dan 1MDB. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS juga komited memperjuangkan agar negara ini terus bebas rasuah serta mempunyai pentadbiran yang telus.

"PAS akan terus komited memperjuangan Malaysia yang bebas rasuah dan pentadbiran yang telus dengan cara yang membina sebagaimana yang kita tunjukkan selama ini.

"Selama puluhan tahun ini juga lah PAS telah menentang penyelewengan sumber dan dana negara dalam isu BMF, skandal matawang asing Bank Negara (forex), PKFZ, Skandal MAMINCO, Perwaja Steel, 1MDB dan lain lainnya, dengan cara kita sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar presiden di Muktamar Tahunan PAS ke-63 hari ini. Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu dalam ucapannya di muktamar tersebut yang berlangsung di Alor Setar, Kedah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.