“Saya pangku tugas presiden buat sementara sampai sihat.
Pentadbiran dan pengurusan parti berjalan macam biasa,” katanya.
Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dalam satu
kenyataan hari ini berkata pemimpin berusia 69 tahun itu dijadualkan akan
menjalani rawatan intensif di sebuah hospital di ibu negara, bermula esok.
Katanya, kepimpinan PAS mengajak ahli dan penyokong parti itu
supaya berdoa dan menunaikan solat hajat agar Abdul Hadi selamat menjalani
rawatan berkenaan.
Tuan Ibrahim dalam pertemuannya dengan Abdul Hadi pagi tadi,
berkata, ahli parlimen Marang itu kelihatan ceria dan sempat bergurau
dengannya.
“Saya jumpa dia pagi tadi keadaan dia sangat baik, sihat dan ceria
dan sempat bergurau,” katanya.
PAS bagaimanapun enggan menamakan hospital mana rawatan akan
dijalankan.
Tuan Ibrahim turut berkata parti itu akan mengeluarkan maklumat
dari semasa ke semasa.
“Status kesihatan dia akan dimaklumkan setiap hari dan parti akan
buat kenyataan rasmi pada 18 hari bulan ini,” katanya.
Abdul Hadi dilaporkan semakin uzur sejak beberapa tahun
kebelakangan ini.
Oktober tahun lalu, akibat jadualnya yang ketat, beliau terpaksa
dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi rawatan susulan biasa dan
dibenarkan pulang beberapa hari kemudian.
Bagaimanapun, sebulan kemudian, iaitu pada November lalu, beliau
dimasukkan pula ke sebuah hospital di Terengganu selepas mengadu keletihan.
Pada Mei 2015, Abdul Hadi dirawat di sebuah hospital di Istanbul
selepas mengadu sesak nafas semasa lawatan beliau ke Turki.
Beliau juga dilaporkan terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital pada
bulan April 2008 kerana diserang strok yang ringan.
Minggu lalu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali
memberitahu media beliau tidak akan mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS
itu berhubung tindakan parti Islam untuk memutuskan hubungannya dengan PKR
kerana Abdul Hadi dijadual menjalani pembedahan.
0 comments:
Post a Comment