Jom Infaq!!!

Jom Infaq!!!

TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Menteri UMNO Peralatkan Budak Sekolah Demi Kemenangan DI DUN Merlimau

Klik Imej untuk besarkan

Umno/BN semakin terdesak untuk menghadapi pilihanraya N 27 Merlimau. Pelbagai taktik kotor mula digunakan yang sudah menjadi lumrah Umno/BN setiap kali pilihanraya. Jika sebelum ini guru-guru di Merlimau diperalatkan dalam kempen politik yang dihadiri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, kali ini budak sekolah pula menjadi mangsa.

Berlindung di sebalik nama Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, pelajar sekolah menengah di sekitar Merlimau telah dikerah kononnya menghadiri program Sambutan Maulidur Rasul. Perasminya ialah 'ustazah' Senator Shahrizat Jalil bertempat di Dewan Serbaguna Merlimau Timur pada 16 Febuari lalu.

Walhal dalam majlis itu, Shahrizat berucap merasmikan gerak kerja pilihanraya wanita Umno sempena PRK Merlimau. Malah dengan nada angkuh Shahrizat berkata dalam sidang akhbar selepas itu bahawa beliau akan mengerah 5000 wanita Umno untuk mengempur Merlimau. Adakah yang 5000 ribu tu termasuk budak-budak sekolah di Merlimau?

Apa yang lebih malang lagi kerana politik sempit Umno, pelajar sekolah di Merlimau sehari suntuk meninggalkan kelas waktu persekolahan yang akan menjejaskan sesi pembelajaran. Malah tindakan mengerah pelajar ke program berkenaan dibuat tanpa melalui pihak Pejabat Pendidikan Daerah Jasin dan Jabatan Pelajaran Negeri seperti prosedur yang sepatutnya. Di samping itu pelajar dibawa ke program berkenaan tanpa mengisi borang kebenaran ibu bapa dan penjaga untuk aktiviti luar. Siapa yang akan bertanggungjawab jika berlaku hal yang tidak diingini menimpa pelajar berkenaan?

Apakah pihak PPD dan JPN hanya membutakan mata dan memekakkan telingga dalam hal ini? Adakah ini semakin mengesahkan intitusi pendidikan juga menjadi alat politik dan kuda tunggangan Umno/BN?

SPR Akur - PRK Dun Kerdau Serentak Dengan Dun Merlimau


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DUN Kerdau diadakan pada 6 Mac dan penamaan calon pada 26 Februari, yang diadakan serentak dengan pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Pilihan raya itu diadakan ekoran penyandangnya Zaharuddin Abu Kassim daripada BN yang meninggal dunia pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung.

Ia merupakan pilihan raya kecil kali ke-16 bakal diadakan selepas pilihan raya umum 2008.

Ia juga pilihan raya kecil pertama di Pahang.

Dalam pilihan raya umum lalu Zaharuddin menang kerusi DUN Kerdau dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.

Protes Mahasiswa Berjangkit Di UPM - Replika Keranda dan Jenazah Diarak Ke Bangunan Pentadbiran

Kira-kira 50 aktivis Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Putra Malaysia(UPM) berarak membawa replika keranda serta berkumpul di bangunan pentadbiran bagi membantah tindakan universiti yang didakwa menghalang calon mereka daripada bertanding dalam pilihan raya kampus.

Selepas berjaya menyerahkan memorandum itu hampir jam 4 petang tadi, seorang pelajar dilihat mengeluarkan 'jenazah' daripada 'keranda' itu dan menyiramkan dengan cecair berwarna merah.

NONEIa kemudiannya diikuti dengan laungan "hidup mahasiswa" daripada peserta yang hadir.

Semalam dalam bantahan untuk kes yang sama di Universiti Malaya (UM), gimik yang hampir sama diadakan kumpulan itu apabila membaringkan empat patung mayat.

Memorandum itu juga menggesa supaya pilihan raya kampus itu ditunda kerana mendakwa terdapat campurtangan sebuah partipolitik.

Mereka mendakwa bahawa perkara itu dikesan melalui satu kempen pilihan raya yang diadakan antara 7 hingga 9 Januari lalu yang didakwa dihadiri presiden parti itu.

Tajaan RM59,000 parti luar

Memorandum itu mendakwa parti itu menyumbangkang RM59,000 bagi membantu calon tajaan mereka di seluruh kampus di Malaysia.

NONESebelum itu, kumpulan itu yang diketuai pengerusi pro-M Syed Syafiq Syed Hashim itu pada awalnya berkumpul sejak jam 2.40 petang di sebuah kawasan letak kereta.

Pelajar berkenaan kemudiannya berarak dengan membawa sepanduk, antaranya bertulis "Mahasiswa tolak campur tangan parti politik" dan "parti politik jangan masuk campur."

Sepasukan kira-kira 10 orang anggota keselamatan kampus, turut berkawal di bangunan pentadbiran tersebut.

Pasukan berkenaan menghalang kumpulan pelajar berkenaan di perkarangan bangunan pentadbiran itu pada kira-kira jam 3 petang.

Lima orang wakil pelajar itu bagaimanapun dibenarkan menghantar memorandum kepada pihak pentadbiran, setelah rundingan selama kira-kira 10 minit.

Lima wakil

NONESelain Syed Syafiq, turut dibenarkan presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM Muhamad Hazim Mohd Noh dan wakil Gerakan Mahasiswa Maju kampus itu Swee Nee.

Dua lagi yang turut serta ialah pelajar yang dibatalkan pencalonan bagi pilihan raya kampus itu -- Mohd Akmal Hakim dari Fakutli Bioteknologi dan Zuhairah Hayati Mohd Zureth dari fakulti sama.

Memo dihantar kepada naib canselor universiti Datuk Dr Radin Omar.

Ketika berarak, kumpulan pelajar berkenaan turut melaungkan pelbagai slogan antaranya "bangkit mahasiswa, "hancur kezaliman" dan "tolak penindasan."

Semalam, pencalonan enam calon kumpulan pelajar pro-M universiti itu ditolak atas alasan borang pencalonan mereka tidak lengkap.

Mereka antara 41 calon pro-M yang mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding dalam pilihan raya kampus yang dijadualkan Isnin depan.

Sebanyak 43 kerusi dipertanding tahun ini di UPM, meliputi tujuh kerusi umum, 32 kerusi fakulti dan empat kerusi siswazah.

ADUN Pelabuhan Klang - ADUN Mahkamah Yang Sah

Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bahawa Badrul Hisham Abdullah masih merupakan ADUN Pelabuhan Klang.

Hakim Zaleha Yusof membuat keputusan tersebut selepas mendengar hujah berdasarkan kepada saman pemula.

Kerusi DUN Pelabuhan Klang itu telah diisytiharkan kosong oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 19 Januari lalu.

NONEMenurut Teng, Badrul Hisham, tidak menghadiri sidang dewan tanpa cuti selama lebih kurang enam bulan sejak bulan 16 Julai tahun lalu.

Mengikut Perlembagaan Selangor, kerusi DUN dianggap kosong jika wakil rakyatnya tidak hadir sidang dewan tanpa cuti selama enam bulan.

Badrul Hisham telah memfailkan saman pemula untuk mengisytiharkan bahawa pengumuman Teng itu tidak sah dan terbatal, serta memfailkan injunksi untuk menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada mengisytiharkan pilihan raya kecil di DUN yang diwakilinya.

Beliau diwakili oleh peguam Hafarizam Harun dan Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.

Manakala SPR pula diwakili oleh peguam kanan persekutuan Kamaluddin Md Said.


Datuk Siti Nurhaliza Hadir Majlis Perasmian Masjid Al-Khalidiah, Kampung Permatang Pasir, Kuala Muda Oleh Sultan Kedah Pagi Esok

Datuk Siti Nurhaliza

PETALING JAYA: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa akan hadir bagi mengikuti majlis perasmian Masjid Al-Khalidiah, Kampung permatang Pasir, Kuala Muda, Kedah, Sabtu.

Masjid yang dibangunkan oleh Yayasan Nurjiwa, itu akan disempurnakan pelancarannya oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bermula pukul 11.30 pagi.

Yayasan Nurjiwa dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Jumaat berkata, masjid yang dibina sejak 2009 itu telah siap sepenuhnya dan boleh digunakan.

“Sultan Kedah berkenan mencemar duli bagi merasmikan masjid berkenaan. Datuk Siti Nurhaliza dan juga suami akan hadir pada majlis itu,” kata kenyataan tersebut.

Yayasan Nurjiwa yang ditubuhkan pada 21 Ogos 2006 adalah satu badan kebajikan yang diilhamkan oleh pasangan suami isteri berkenaan.

Ia bertanggungjawab untuk membantu golongan yang memerlukan terutamanya anak-anak yatim dan juga mangsa bencana alam.

Yayasan itu turut berfungsi dalam pembangunan agama khasnya pembinaan serta baik pulih masjid dan surau terutamanya di kawasan kampung-kampung.

Langsung Dari Mahkamah : Perbicaraan DS Anwar Sambung Pemeriksaan Semula Saksi Pendakwa - Siapa Lelaki 'Y'

Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan pemeriksaan semula ke atas saksi pendakwaan Dr Seah Lay Hong oleh timbalan pendakwa raya Noorin Badaruddin.

Semalam, doktor kanan dari Jabatan Kimia itu memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menemui satu sampel “DNA Y” yang tidak dikenali pada satu bahagian di seluar dalam pengadu dalam kes ini – Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Di samping itu, satu sampel DNA 9.39am:sama juga telah ditemui pada empat spesimen yang diambil daripada bahagian anus dan usus besar Saiful.

Penemuan DNA lelaki misteri inilah yang menjadi perhatian di peringkat perbicaraan ini.

Sementara itu, pihak pembelaan juga dijangka akan menyoal balas Seah hari ini.

LAPORAN LANGSUNG

10.08am: Ram Karpal membangkitkan spesimen yang diambil dari anus Saiful dan membandingkannya dengan carta analisis genetik oleh Seah.

Seah semalam memberitahu mahkamah bahawa tiga sampel DNA berbeza yang diperolehi daripada spesimen itu adalah milik tiga lelaki – Saiful, “Lelaki Y” dan seorang lagi yang tidak dikenali.

9.58am: Seah menafikan bahawa perisian yang digunakan untuk menjalankan analisis genetik itu tidak berfungsi dengan baik.

Beliau menyatakan demikian ketika disoal balas oleh peguam Ram Karpal Singh.

9.39am: Karpal yang mengetuai pembelaan terus membantah tindakan pendakwaan untuk mengemukakan carta ujian DNA yanfg dijalankan Seah sebagai bukti.

Karpal memberi alasan, carta itu dijana oleh komputer. Katanya lagi, bahan berkenaan boleh dikemukakan semula ketika pemeriksaan semula.

Hakim membenarkan carta berkenaan dikemukakan sebagai bukti, tetapi hanya untuk pemeriksaan balas.

9.32am: Pendakwaan mahu carta yang digunakan oleh Seah untuk ujian ke atas sample DNA dikemukakan sebagai bukti.

Tindakan ini dibantah oleh peguam Karpal Singh.

Seah sebelum itu telah menjelaskan peralatan yang digunakannya dalam ujian DNA itu.

9am: Perbicaraan disambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.