Langsung Dari Mahkamah : Perbicaraan DS Anwar Sambung Pemeriksaan Semula Saksi Pendakwa - Siapa Lelaki 'Y'

Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan pemeriksaan semula ke atas saksi pendakwaan Dr Seah Lay Hong oleh timbalan pendakwa raya Noorin Badaruddin.

Semalam, doktor kanan dari Jabatan Kimia itu memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menemui satu sampel “DNA Y” yang tidak dikenali pada satu bahagian di seluar dalam pengadu dalam kes ini – Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Di samping itu, satu sampel DNA 9.39am:sama juga telah ditemui pada empat spesimen yang diambil daripada bahagian anus dan usus besar Saiful.

Penemuan DNA lelaki misteri inilah yang menjadi perhatian di peringkat perbicaraan ini.

Sementara itu, pihak pembelaan juga dijangka akan menyoal balas Seah hari ini.

LAPORAN LANGSUNG

10.08am: Ram Karpal membangkitkan spesimen yang diambil dari anus Saiful dan membandingkannya dengan carta analisis genetik oleh Seah.

Seah semalam memberitahu mahkamah bahawa tiga sampel DNA berbeza yang diperolehi daripada spesimen itu adalah milik tiga lelaki – Saiful, “Lelaki Y” dan seorang lagi yang tidak dikenali.

9.58am: Seah menafikan bahawa perisian yang digunakan untuk menjalankan analisis genetik itu tidak berfungsi dengan baik.

Beliau menyatakan demikian ketika disoal balas oleh peguam Ram Karpal Singh.

9.39am: Karpal yang mengetuai pembelaan terus membantah tindakan pendakwaan untuk mengemukakan carta ujian DNA yanfg dijalankan Seah sebagai bukti.

Karpal memberi alasan, carta itu dijana oleh komputer. Katanya lagi, bahan berkenaan boleh dikemukakan semula ketika pemeriksaan semula.

Hakim membenarkan carta berkenaan dikemukakan sebagai bukti, tetapi hanya untuk pemeriksaan balas.

9.32am: Pendakwaan mahu carta yang digunakan oleh Seah untuk ujian ke atas sample DNA dikemukakan sebagai bukti.

Tindakan ini dibantah oleh peguam Karpal Singh.

Seah sebelum itu telah menjelaskan peralatan yang digunakannya dalam ujian DNA itu.

9am: Perbicaraan disambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.