Bekas Menteri Ini Buat Kejutan Buat PM Najib 28 April Nanti.... Jom Terjah!!!



Bekas menteri Kabinet Tan Sri Abdul Kadir. — Gambar faSHAH ALAM, 22 April — Bekas menteri Kabinet Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir hari ini mengumumkan akan menyertai perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih, Bersih 3.0 yang dijangka berlangsung di Dataran Merdeka 28 April ini.
Abdul Kadir yang merupakan bekas Menteri Penerangan berkata, dalam pembentukan negara demokrasi, pilihan raya yang benar-benar adil dan telus, adalah elemen yang paling penting.
"Pilihan raya yag adil dan bersih adalah perkara utama dalam sistem demokrasi, termasuk juga media yang bebas.
"Saya menyokong perhimpunan Bersih 3.0, dan akan turut serta dalam perhimpunan itu," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Hala Tuju Felda anjuran Gerakan Selamatkan Felda di sini.
Jelas timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) ini berkata, beliau tidak menolak kenyataan dirinya merupakan sebahagian daripada kerajaan pada suatu masa dahulu, namun atas faktor situasi yang tidak "sedap", beliau memutuskan untuk berjuang demi mempertahankan hak rakyat.
"Zaman sekarang sudah berubah. Rakyat sudah cerdik.
"Najib bohong bila kelam kabut gubal undang-undang, konon nak tunjuk kepada rakyat ada transformasi, tapi sebenarnya untuk pilihan raya," tegasnya merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika sidang Dewan Rakyat di Parlimen pada 19 April lalu yang berakhir jam 3.20 pagi.
Tambah bekas ahli majlis tertinggi Umno ini juga, kepimpinan parti tersebut adalah pihak yang bertanggungjawab menjadikan parti itu mengalami banyak penyelewengan dan ketirisan.
"Bukan ahli bawahan Umno yang salah. Mereka kerja bertungkus lumus untuk parti. Tapi pimpinan parti yang menjalankan kegiatan penyelewengan.
"Kita perlu ubah perkara itu. Kita kena pakat ubah mereka,  suruh mereka berubah, kalau tidak kita akan ubah mereka," katanya disusuli tepukan gemuruh daripada sekitar 800 peserta konvensyen yang hadir dari seluruh negara di Universiti Industri Selangor (Unisel)  di sini.

Panas!!! Nabil Raja Lawak Dedahkan Petua2 Yang Diamalkan Bersama Isteri Demi Dapatkan Zuriat... Datuk Siti Nurhaliza Tak Nak Ambil Ke Petua Nie...

Susu Kambing, Buah Kurma Rahsia Isteri Nabil Hamil

Teks oleh Haswari Ali

Semalam adalah detik paling bahagia buat juara Raja Lawak 2, Nabil apabila isterinya Nazirah Ayub telah disahkan hamil lima minggu dan dijangka melahirkan bayi sulung mereka pada Disember tahun ini.

Gembira dengan perkhabaran itu selepas berusaha keras untuk mendapatkan cahaya mata sejak mendirikan rumah tangga lebih enam bulan lalu, Nabil bagaimanapun tidak mahu terlalu ghairah sebaliknya berharap agar kandungan itu berada dalam keadaan selamat sehingga dilahirkan kelak.

Bercakap kepada portal murai.com.my ketika dihubungi sebentar tadi, Nabil berkata dia amat bersyukur apabila permintaannya untuk dikurniakan cahaya mata telah dimakbulkan Tuhan.

"Alhamdulillah, akhirnya usaha kami berbaloi. Banyak juga cara yang telah kami lakukan bersama dan saya juga banyak membaca blog dan mendapatkan nasihat daripada ustaz bagi membolehkan impian kami suami isteri tercapai.

"Akhirnya kami telah dipertemukan dengan petua mujarab iaitu dengan mengamalkan minum susu kambing dan buah kurma setiap hari yang telah saya dan isteri amalkan sejak beberapa bulan lalu," katanya berkongsi petua.

Kerana mahu kesan yang mujarab, Nabil telah membeli 100 botol susu kambing asli dari Kedah untuk diminumnya setiap hari bersama-sama buah kurma dengan disusuli bacaan selawat Nabi setiap kali sebelum minum.

Bukan saja lazat, tapi kata Nabil khasiat minuman berkenaan telah membantu dia serta isteri untuk sentiasa bersama dan akhirnya memberi keputusan yang cukup berkesan.

"Buah kurma akan saya genggam dan berselawat Nabi sebanyak tiga kali. Kemudian buah kurma tadi saya kisar dan campurkan ke dalam air susu kambing. Kalau ikutkan, saya perlu minum sekali saja dalam sehari tetapi kerana rasanya lazat, saya minumnya lebih kerap.

"Saya percaya, amalan meminum susu kambing ini telah banyak diamalkan ramai pasangan suami isteri yang ingin mendapatkan zuriat dan Alhamdulillah ianya berkesan kepada saya," katanya tanpa berselindung.

Sedar bahawa kandungan isterinya itu masih diperingkat awal, jadi kata Nabil dia akan memastikan isterinya tidak melakukan kerja berat supaya bayinya itu nanti berada dalam keadaan sihat terutama dalam tempoh dua bulan pertama.

Malah, perancangan bersama isterinya untuk berbulan madu di luar negara pada Mei ini terpaksa dibatalkan sebaliknya hanya akan bercuti dengan mengunjungi beberapa destinasi hebat di dalam negara sebagai ganti.

"Terus terang, saya tak kisah jika bayi yang akan lahir itu nanti lelaki atau perempuan dan saya tak mahu terlalu ghairah kerana sembilan bulan adalah tempoh yang lama.

"Kita tak tahu apa akan terjadi dalam temph itu. Tapi sama-samalah kita doakan agar semuanya ok.

"InsyaAllah saya akan mengadakan majlis doa selamat dalam tempoh terdekat di Klang dan saya juga akan mengurangkan aktiviti seni untuk memberi tumpuan kepada isteri apabila dekat tempoh kelahiran itu nanti.

[Gambar] Terkini Dari Dataran Merdeka: Polis dan DBKL Rampas Khemah Dan Tangkap 2 Orang Aktivis Tanpa Sebab






Pagi tadi kira-kira jam 8 pagi DBKL dan Polis menyerbu tapak Occupy Dataran dan merampas sebanyak 64 buah khemah telah dirampas oleh pihak DBKL, selain itu bekalan makanan dan kelengkapan mereka juga telah dirampas. 



2 orang Aktivis iaitu Fahmi Reza dan Omar telah ditangkap dan dibawa ke balai polis Dang Wangi, dab berita terkini orang ramai kini sedang berkumpul di Dang wangi.



Takziah: Inilah Punca Seorang Pelajar Perempuan Tahun Tiga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Maut Terjun Dari Tingkat 4


Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan tahun tiga Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) terjun dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu di sini, petang semalam.

Menurut sumber, pelajar berusia 23 tahun dan bakal menamatkan pengajiannya dalam dua semester itu, dipercayai telah mencederakan dirinya sebelum nekad terjun bangunan.

"Terdapat kesan darah pada dinding koridor di tingkat empat bangunan di mana pelajar terbabit dipercayai terjun.





"Kesan itu menunjukkan pelajar ini telah cedera dan nekad terjun bangunan," katanya ketika ditemui Sinar Harian. Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika kebanyakan pelajar tamat kuliah tambahan.

Kata sumber itu lagi, mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala dan patah kaki.
Ketika kejadian, katanya, mangsa berpakaian muslimah, berseluar trek dan bertudung.
"Menurut rakan-rakannya, sebelum ini pelajar yang berasal dari Johor Bharu itu dilihat murung dan sering bercakap sendirian dan berkemungkinan menghadapi tekanan," katanya.

Sinar Harian cuba menjejaki rakannya, namun masih gagal kerana mangsa berkemungkinan tidak tinggal di kolej kediaman tetapi tinggal di kediaman luar kampus.

Dalam pada itu, seorang pembaca Sinar Harian Online dalam mesej Facebook menulis bahawa "seorang mahasiswi Upsi semester empat, minor Bahasa Arab terbunuh setelah terjatuh dari Bangunan E-Learning sekitar jam 5.30 - 6.00 petang tadi."

"Kami diberitahu dari tingkat empat dan identiti mangsa juga telah dikenal pasti dan akan disiarkan sebaik sahaja disahkan," kata pengunjung itu.

-Sinar Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.