TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Inilah Wajah Wanita Yang Memotong Kemaluan Jirannya Dan Dibawa Ke Balai Polis Sebagai Bukti Lelaki Ini Cuba Merogolnya...

Inilah Monju Begum, 40 tahun, dari Bangladesh yang memotong alat kemaluan seorang lelaki yang cuba merogolnya dan membawa kemaluan tersebut ke balai polis sebagai barang bukti.

Hal tersebut terjadi di desa Mirzapur, Jhalakati, sekitar 200 kilometer selatan ibu kota Dhaka.

Monju adalah ibu dengan tiga anak. Dia menyatakan kepada polis bahawa jirannya Mozammel Haq Mazi memaksa masuk ke biliknya dan kemudian beliau bertindak menyerangnya.

Walau bagaimanapun Mazi menyangkal tuduhan tersebut dan beliau sudah dibawa ke hospital terdekat.

"Kami akan menahannya apabila beliau sembuh," kata jurucakap polis Bangladesh Abul Khaer.

"Dia menyatakan dirinya menyerang balik, memotong kemaluan Mazi dan membawanya ke pejabat polis kami dalam kantong plastik untuk membuktikan Mazi berusaha meroogolnya," kata Khaer.

"Dia melaporkan kes tuduhan merogol," katanya.

"Ini suatu peristiwa tidak biasa. Sepanjang saya ketahui, untuk pertama kalinya wanita membawa potongan penis ke balai polis sebagai barang bukti."

Serangan balas dendam

Moju Begum sebenarnya sudah mengeluh kepada polis bahawa Mazi, ayah lima anak, selama enam bulan terakhir terus mengganggunya.

Tetapi Mazi menyangkal tuduhan tersebut.

"Kami menjalinkan hubungan dan baru-baru ini dia mengisyaratkan kami berdua dapat pergi dan pindah untuk hidup di Dhaka," kata Mazi di hospital di dekat Barisal.

"Saya menolak dan mengatakan kepadanya bahawa saya tidak dapat meninggalkan isteri dan anak-anak, kerana itulah dia membalas dendam."

Profesor AMSM Sharfuzzaman - pakar bedah kanan di Universiti Kedoktoran dan Hospital Sher-e-Bangla di kota Barisal- menyatakan bahawa tidak mungkin menghubungkan kembali penis ke tubuh Mazi.

"Polis membawa penis beberapa jam setelah kejadian," katanya.

"Kami merawatnya agar dia tetap dapat buang air kecil tanpa penis."

Bolehkah BN Penang Dedahkan Butiran Perjanjian Walaupun Ianya Sulit Dan Bukan Haknya Untuk Buat Pendedahan?? KM Jawab...

Kerajaan Negeri Pulau Pinang kesal dengan BN Pulau Pinang yang telah memilih untuk mencari publisiti politik murahan dengan mendedahkan butiran perjanjian penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Perjanjian tersebut adalah rahsia dan sulit di mana hanya Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan mempunyai hak untuk mendedahkan butiran perjanjian tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan nampaknya lupa bahawa beliau bukan lagi memimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Adakah Teng telah lupa bahawa beliau telah ditolak oleh pengundi di Pulau TIkus sekaligus telah kalah dalam pilihan raya umum lalu? Beliau juga tidak memegang sebarang jawatan dalam Kerajaan Persekutuan.


Apa hak dan atas nama siapa beliau wakili untuk membuat pengumuman yang sepatutnya hanya boleh diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri sahaja?

Rundingan perjanjian air tersebut telah diputuskan dua bulan lepas dan sedang menunggu kelulusan daripada Kabinet. Upacara menandatangani perjanjian akan diadakan di Putrajaya pada Khamis ini bersamaan dengan 2 Jun 2011 antara Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui dan saya sendiri.

Jika ada sesiapa yang membuat pendedahan, seharusnya ia datang dari pihak Peter Chin mahupun Kerajaan Negeri, bukannya Teng yang tidak mempunyai sebarang hak untuk melakukannya.

Perkara ini dilihat sebagai perilaku tidak bertanggungjawab Teng kerana beliau kini bukan lagi ahli EXCO kerajaan negeri mahupun pegawai Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada awalnya enggan untuk meluluskan penghijrahan aset air kerajaan negeri kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) di bawah Kerajaan Persekutuan.

Walau bagaimanapun, sebagai Pengerusi Perbadanan Bekalan Airi (PBA), saya tidak mempunyai pilihan lain melainkan mencari penyelesaian memandangkan Kerajaan Negeri BN sebelum ini telah bersetuju untuk menyerahkan aset air Negara kepada Kerajaan Persekutuan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Atas alasan tersebut, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang berkeras supaya beberapa syarat penghijrahan aset air sedia ada yang dicadangkan diperbaiki.

Seperti mana yang dimaklumkan oleh Teng, pembinaan Empangan Mengkuang bernilai RM1.2 bilion dengan peningkatan kapasiti simpanan air sebanyak 3.8 kali ganda berbanding sekarang akan dilaksanakan. Di bawah pemerintahan Kerajaan BN sebelum ini, RM1.2 bilion hanya digunakan sebagai pinjaman tanpa faedah.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang berkeras untuk menukarkan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM1.2 bilion ini kepada geran sebagai syarat untuk meningkatkan penghijrahan aset air.

Sebaik pembesaran empangan ini selesai, empangan tersebut akan menjadi milik tetap Kerajaan Negeri. Perkara ini akhirnya telah mendapat persetujuan Kerajaan Persekutuan.

Teng sekali lagi tidak jujur dengan mengatakan bahawa Kerajaan Negeri perlu menjawab butiran lanjut mengenai projek pembesaran yang bernilai RM1.2 bilion ini.

Disebabkan RM1.2 bilion ini adalah peruntukan dari Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Persekutuan mempunyai hak untuk memutuskan kepada siapa peruntukan tersebut diberikan sama ada melalui sistem tender terbuka mahupun tidak.

Selain terus memuji baik kepada Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri atas persetujuan untuk menukarkan RM1.2 bilion pinjaman tanpa faedah kepada geran yang nyata memberi manfaat dan kebaikan kepada penduduk Pulau Pinang berbanding syarat yang ditawarkan sebelum ini, Dr Teng telah memilih untuk mempolitikkan isu ini dengan mendakwa bahawa BN tidak pernah meminggirkan Pulau Pinang walaupun kehilangan negeri?

Mengapa Teng tidak memberi penghargaan sedangkan penghargaan itu sepatutnya diberikan atas kejayaan kerajaan negeri PR Pulau Pinang untuk menukarkan pinjaman RM1.2 bilion kepada geran?

Saya akan mendedahkan peningkatan lain yang telah berjaya dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang selepas ini.

Saya kesal dengan Teng dan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang sekali lagi bertindak tidak bertanggungjawab dan sangat tidak profesional dengan melanggar privasi dan perjanjian sulit berkaitan perjanian tersebut semata- mata untuk mencari publisiti murahan.

Saya akan mengarahkan pejabat kerajaan negeri untuk mengemukakan pertanyaan kepada Kerajaan Persekutuan sama ada butiran perjanjian antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan ini telah diberikan kepada ahli politik BN yang tidak memegang sebarang jawatan rasmi.

LIM GUAN ENG

Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada 31 Mei 2011 di Komtar, George Town.

Maklumat yang sepatutnya sulit tu kini bukan lagi Sulit baca dibawah...

Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kementerian Kewangan telah mencapai persetujuan di mana Kerajaan Negeri akan bersetuju untuk memindahkan aset teras Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sebagai pertukaran penyelesaian penstrukturan semula baki pinjaman Persekutuan yang dimiliki oleh Pulau Pinang.

Kementerian Kewangan mewakili Kerajaan Persekutuan dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), salah sebuah syarikat di bawah Perbadanan Kementerian Kewangan. PAAB akan memikul tanggungjawab untuk projek bekalan air di bawah ‘National Water Services Industry Restructuring Initiative’.

Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Water Services Industry Act 2006-WSIA) yang berkuatkuasa pada 2007 dan telah bersetuju bahawa Kerajaan Negeri kini akan mengambil alih bidang kuasa pembekalan air. Objektif utama WSIA adalah:

• Resolusi kepada pinjaman air Kerajaan Persekutuan

• Penyediaan air sebagai hak asasi

• Kerajaan Negeri akan mempertahankan pemilikan ke atas tanah tadahan air

• Kerajaan Negeri akan mempertahankan hak ke atas bekalan air mentah

Di bawah WSIA, semua syarikat bekalan air akan dikawal selia dan dilesenkan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). SPAN bertanggungjawab untuk menetapkan serta memantau pengoperasian syarikat-syarikat bekalan air. Penstrukturan semula diperlukan untuk meningkatkan kualiti air dan meringankan bebanan pembiayaan pembangunan infrastruktur air yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri dan syarikat-syarikat konsesi, yang mana kini menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dan PAAB. PAAB dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan untuk memudahkan pemindahan serta menyediakan peruntukan kewangan demi pembangunan bekalan air di masa hadapan.

Ketua Menteri, Y.A.B Lim Guan Eng berkata bahawa Kabinet telah meluluskan penstrukturan dan pemindahan latihan berdasarkan terma-terma serta syarat-syarat berikut:

• Pinjaman Kerajaan Negeri berjumlah RM655.24 juta kepada Kerajaan Persekutuan akan diberikan tanpa faedah dan tanpa batasan pemsempadanan berkaitan aset air terhadap PAAB bagi tempoh 45 tahun. PAAB akan menyewa kembali aset air kepada PBAPP untuk tempoh 45 tahun. PBAPP akan membayar PAAB kadar sewaan tahunan sejumlah RM14.56 juta sehingga tamat tempoh 45 tahun, secara automatik tanah akan dikembalikan kepada negeri.

• Pembiayaan projek pembesaran Empangan Mengkuang berjumlah RM1.2 bilion akan diberikan sebagai geran oleh Kerajaan Persekutuan;

• Segala semakan semula atau kenaikan kadar tarif air mestilah mendapat persetujuan dan kelulusan Kerajaan Negeri.

Hal ini adalah peningkatan dari terma-terma sebelumnya sebagai pinjaman negeri berjumlah RM655.24 juta yang seharusnya dikenakan kadar faedah sebanyak 3%. Berbanding kadar faedah 3% yang dikenakan, kini ia akan bebas kadar faedah dan akan dibiayai oleh PBAPP. PAAB juga akan menyediakan peruntukan pada kadar terendah mengikut harga pasaran semasa kepada PBAPP bagi projek baharu dan projek peningkatan infrastruktur bekalan air di Pulau Pinang.

Tambahan pula, sejumlah RM1.2 bilion akan ditukar menjadi geran dan bukannya pinjaman bebas kadar faedah yang akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri. Akhirnya Kerajaan Negeri dapat mengawal kadar tarif air dan bukannya Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kementerian Kewangan dan PAAB akan menandatangani Perjanjian Penstrukturan (Restructuring Agreements) pada 2 Jun 2011 di Putrajaya. Manfaat utama ’National Water Services Industry Restructuring Initiatives’ terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah:

1. Tidak perlu membayar semula RM655.24 juta pinjaman bekalan air kepada Kerajaan Persekutuan, di mana akan dibiayai oleh PBAPP.

2. Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan diberi peruntukan geran sejumlah RM1.2 bilion untuk projek pembesaran Empangan Mengkuang di Pulau Pinang.

3. Kerajaan Persekutuan akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap projek pengendalian sumber bekalan air.

4. Meringankan bebanan kewangan untuk pembangunan dan peningkatan penyediaan bekalan air.

5. Membolehkan PBAPP menfokuskan sepenuhnya terhadap penyediaan bekalan air dirawat dan penyediaan perkhidmatan serta tumpuan terhadap pencapaian operasi yang efisien, peningkatan kualiti air dan lain-lain perkhidmatan.

6. Membolehkan PBAPP bergerak ke arah pemulihan kos dan kemandirian kewangan untuk jangka masa panjang.

7. Mempertahankan kawalan terhadap penentuan kadar tarif air Pulau Pinang oleh warga Pulau Pinang sendiri.

Geran yang bernilai RM1.2 bilion untuk projek pembesaran Empangan Mengkuang akan dipercepatkan pemindahannya. Pada masa ini, kapasiti Empangan Mengkuang adalah 23 juta meter padu dan akan diperluaskan serta ditingkatkan kapasitinya kepada 78 juta meter padu serta mampu menampung keperluan air semasa dalam negeri sehingga tahun 2020.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang memerlukan modal yang besar untuk sistem bekalan air dan penstrukturan semula perlu dilaksanakan bagi memastikan operasi dan pembekalan bekalan air mencukupi. Kami berharap agar inisiatif ini dapat meringankan bebanan kewangan negeri dalam membangunkan sumber bekalan air dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan bebanan untuk meninjau kenaikan kadar tarif air pada masa hadapan. Pulau Pinang bergantung kepada janji Kerajaan Persekutuan bahawa Kerajaan Negeri dan PBAPP tidak perlu bergantung pada peruntukan pinjaman dari mana-mana institusi kewangan pada masa hadapan.

Kesungguhan Kerajaan Negeri untuk memeterai perjanjian bersejarah berkaitan penstrukturan semula bekalan air dengan Kerajaan Persekutuan menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional demi kepentingan nasional dan manfaat kepada rakyat.

LIM GUAN ENG

Gambar2 Majlis Pernikahan & Kenduri Pasangan Pengantin Baru Ahmad Fedtri Yahya, Pengacara MHI TV3 - Tahniah

Tahniah buat Ahmad Fedtri Yahya yang telah selamat bernikah dengan kekasih hatinya, Nurul Anati pada 28 mei 2011 yang lalu.. Ahmad Fedtri Yahya yang popular setelah menjadi host bagi rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) melangsungkan majlis pernikahanya di Masjid Ar-Rahman dengan penuh meriah sekali.. Dengan hanya sekali lafaz sahaja, Nurul Anati telah sah menjadi isteri kepada Ahmad Fedtri Yahya..

Pada 29 Mei 2011 pula telah berlangsungnya majlis kenduri kesyukuran bagi meraikan kedua-kedua pengantin baru ni.. Majlis diadakan di rumah pengantin perempuan yang terletak di Kampung Pengkalan Machang, To’ Uban, Pasir Mas, Kelantan…

Ahmad Fedtri nikah

gambar pernikahan Ahmad Fedtri

Ahmad Fedtri nikah

Ahmad Fedtri kahwin

Ahmad Fedtri nikah

pernikahan Ahmad Fedtri

perkahwinan Ahmad Fedtri

nikah Ahmad Fedtri

Ahmad Fedtri mhi kahwin

Ahmad Fedtri mhi nikah

kahwin Ahmad Fedtri

perkahwinan Ahmad Fedtri

Ahmad Fedtri kahwin

Gambar perkahwinan Ahmad Fedtri

Gambar perkahwinan Ahmad Fedtri

Gambar perkahwinan Ahmad Fedtri

Gambar: odisistudio

Kisah PBT Ambil Tindakan Keterlaluan Kepada Peniaga - Mana Budi Bicara Yang Dicanang "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"?


Belum selesai isu perobohan gerai pulut udang di Stadium Darul Aman oleh Majlis Bandaraya Alor Setar, muncul cerita baru mengenai roboh gerai di Sungai Petani. Kali ini 12 buah gerai yang berderetan di hadapan Kelab Cinta Sayang dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).

Gerai tersebut bukan gerai roda tiga atau pemegang lesen penjaja mudah alih yang hanya bertenggek di situ pada waktu tertentu, tetapi gerai yang dibina seolah-olah mahu berniaga kekal di situ. Sebahagian gerai makanan itu sudah beroperasi lebih 10 tahun.

Ia memang menyalahi peraturan dan para peniaga juga sedar mereka telah melakukan kesalahan. Tetapi dalam dunia ini ‘kesalahan’ disahkan hanya apabila terdapat penguatkuasaan terhadap peraturan atau undang-undang.

Terdapat di kalangan rakyat negara ini yang tidak memakai topi keledar ketika menunggang motorsikal namun mereka tidak dianggap melakukan kesalahan sehingga polis menahan dan mengeluarkan notis saman.

Dalam suasana yang tidak ada penguatkuasaan, ramai yang tidak ambil peduli tentang kesalahan. Apatah lagi jika apa yang hendak dilakukan itu adalah perkara baik; berniaga barang yang halal untuk menyara keluarga.

Timbul persoalan mengapa penguatkuasaan tidak dibuat sewaktu tiang mula dipacak oleh peniaga untuk mendirikan gerai? Selepas mereka berniaga dengan maju, sehingga berbelas tahun baru MPSPK berfikir untuk bertindak.

Para penguatkuasa MPSPK dikatakan datang ‘ala gengstar’ beroperasi sewaktu pelanggan sedang menjamu selera di waktu pagi, sewaktu hidangan lauk pauk tersusun rapi di atas meja. Adakah ini cara bertindak yang rasional?

ADUN kawasan terbabit yang juga merupakan Exco kerajaan negeri, S. Manikumar berkejar ke tempat kejadian. Beliau cuba mempertahankan peniaga, menghalang gerai dari dirobohkan. Tapi pihak penguatkuasa tidak hiraukan Exco kerana kononnya hanya mahu mengikut arahan ‘dari atas’. Siapakah yang lebih atas dari Exco itu? Manikumar tidak berputus asa terus cuba menghalang tetapi dia ditolak ke tepi macam polis bertindak terhadap peserta demonstrasi. Sungguh biadap.

Akhirnya gerai-gerai tersebut dirobohkan. Para peniaga mula menghala persoalan kepada kerajaan negeri yang sedang giat memperkasa visi ‘Kedah Sejahtera’. Rupanya ahli-ahli MPSPK juga tidak tahu menahu mengenai operasi tersebut. Menteri Besar, Exco dan ADUN jauh sekali dari diberitahu. Tindakan penguatkuasa lebih sudu dari garpu, menggambarkan seolah-olah ada dalang di belakang mereka.

Ahli-ahli MPSPK menjelaskan bahawa mereka telah membuat satu ketetapan dalam mesyuarat kerajaan tempatan iaitu tindakan pencegahan atau perobohan hanyalah untuk geri-gerai baru yang sedang dibina.

Manakala bagi gerai-gerai yang sudah lama beroperasi, ruang niaga alternatif mesti disediakan terlebih dahulu kepada mereka sebelum bertindak. Itu cara berfikir dan bertindak orang politik. Sekarang waktu yang hampir dengan pilihanraya.

Kerajaan yang memerintah harus mengambil langkah terbaik untuk mengelak kontroversi. Meroboh dan mengusir adalah istilah yang sangat buruk di mata rakyat terhadap sesebuah kerajaan.

Kerajaan Pakatan Rakyat di mana-mana negeri pun terpaksa berhadapan dengan manipulasi media.
Kekuatan BN masih pada penguasaan media-media utama. Mereka hanya mengambil aspek yang ‘nampak zalim’ untuk dimomokkan kepada rakyat, sedangkan scenario asal terhadap tindakan tidak diceritakan. Inilah yang mahu dielakkan oleh kerajaan PR.

Malangnya ketetapan yang dibuat oleh ahli-ahli majlis tersebut dicabul oleh pihak penguatkuasa. Mereka seolah-olah dipaksa untuk mendengar satu arahan lain. Ia memberi dua andaian; pertama pegawai yang berkuasa yang mengarahkan kepada tindakan betul-betul bertindak secara professional berdasarkan peraturan.

Aspek lain, selain peraturan, bukan menjadi kriteria langsung untuk dipertimbangkan termasuklah aspek untung rugi politik.

“Kerana kami pentadbir, bukan orang politik,” mungkin hujah mereka.

Andaian kedua, ialah terdapat ‘grand design’ untuk mencipta isu-isu yang boleh boleh mencetuskan kemarahan rakyat.

Kita berharap semoga apa yang berlaku bukannya kerana andaian yang kedua tersebut kerana di Kedah, zahirnya para pegawai tiada yang menikam kerajaan dari belakang. Justeru kepimpinan kerajaan negeri perlu berbincang dan membuat keputusan terbaik dengan para pegawai yang merancang penguatkuasaan. Jangan beri ruang langsung pada musuh mengeksploit isu.

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.