Alhamdulillah... Inilah Gambar Terkini Abby Fana Yang Anggun Bertudung Selepas Sekembalinya Dari Menunaikan Ibadah Haji..

Pengacara MHI dan dj radio Sinar fm, Abby Fana atau Habsah Omar kini tampil dengan imej bertudung selepas bergelar hajjah. 

Alhamdulillah, ramai peminat Abby seronok melihat penampilan baru Abby. Ramai artis artis yang telah berhijrah dengan imej yang islamik seperti Catriona Ross, Shah Kamikaze, Bob Lokman, Diana Amir , Ashraf Muslim, Jojie dan beberapa lagi artis lagi.


Abby Fana selamat menunaikan ibadah haji baru baru ini, dia kemudian tampil dengan imej bertudung (Gambar)




Abby Fana atau Habsah Omar berumur 45 tahun pernah mengacara Selamat Pagi Malaysia dia kini bertugas sebagai pengacara di MHI tv3 dan menjadi dj di Radio Sinar FM.  

Suka sangat dengar Abby Fana berceloteh di radio, dia sorang pun boleh buat kita terhibur dan gelak dengan lawak dia bila duk dalam kereta memang tak boring la..ada je ayat ayat gile-gile dari Abby dan teka teki dia tu..best sangat.. semoga Abby Fana kekal dengan imej ini. Amin.

Gambar2 Anggota Polis Wanita Islam Pertama Bertudung Di Sweden

Donna Eljammal yang berusia 26 tahun, merupakan polis Muslimah pertama di Sweden yang mengenakan tudung. Demikian dilaporkan Metro Se, Rabu (7 / 12).

Dia mendedahkan bahawa keinginannya untuk menjadi anggota polis jauh sebelum dirinya memakai tudung. "Sejak saya masih kecil, saya ingin membantu orang lain sehingga boleh bergerak dan bukan hanya duduk di depan komputer," katanya.
Beberapa tahun yang lalu mengenakan tudung menjadi mungkin, sebagai sebahagian daripada pakaian seragam polis, pasca beberapa perdebatan. Menurutnya, Sweden ialah sebuah negara multikultural dan itu penting dimana dalam setiap bidang, akan ada orang-orang dari latar belakang yang berbeza, kerana ingin meningkatkan pengetahuan dan pemahaman.

"Saya membesar di Piteå kecil dan kami berada di antara keluarga pendatang pertama di sana. Bahkan ketika saya bekerja di lapas (Lembaga Pemasyarakatan), saya adalah orang pertama yang memakai tudung. Tapi tidak ada banyak komentar tentang tudung ketika mereka harus tahu saya sebagai peribadi," jelasnya.
 
Eljammal tidak berfikir untuk membuka jilbabnya semasa bekerja. Dia melihat tudung sebagai sebahagian daripada dirinya dan boleh melakukan segala sesuatu dengan tudung, sehingga dia melihat tidak ada gunanya untuk membukanya.
 
Lagi gambar-gambar Donna Eljammal, polis wanita Islam pertama bertudung di Sweden.

PAS Tawar 10 Agenda, Janji Tunai Penggal Pertama - Inilah Negara Berkebajikan Yang DiTawarkan : Hampa Nak Sokong BN Lagi Ker???


KUALA LUMPUR, 11 Dis ― PAS yang akan melancarkan dokumen Negara Berkebajikan petang ini, dengan 10 agenda utama merangkumi bidang politik, ekonomi dan sosial, berjanji akan melaksanakannya pada penggal pertama pemerintahan jika Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat.

Parti Islam itu dilihat melancarkan dokumen itu, susulan ucapan dasar muktamar presidnnya Jun lalu, sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13. Selain PAS, Pakatan Rakyat dianggotai DAP dan PKR.

Agenda pertama dasar Negara Berkebajikan PAS menyentuh aspek kerajaan beramanah, adil dan bersih ― yang mahu memperkukuh sistem federalisme, mengkaji semula peruntukan dalam Perlembagaan untuk memperkasakan kembali amalan pemisahan kuasa, menjamin sistem pilihan raya yang bebas, adil dan bersih sebagaimana dituntut Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil, memulihkan agensi-agensi awam seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia dan mewujudkan suruhanjaya berkaitan siasatan awam untuk bertindak terhada aduan-aduan rakyat termasuklah bertanggungjawab mengdakan pungutan suara yang diletakkan di bawah Parlimen.

Di bawah agenda kedua yang menyentuh aspek masyarakat penyayang, aman dan bersatu, dokumen Negara Berkebajikan ini, yang diperoleh The Malaysian Insider menekankan, parti Islam itu akan memperbanyak kewujudan badan masyarakat madani dan organisasi perniagaan sosial, menyemak semula jumlah pengurangan dan pelepasan cukai debgan matlamat meningkatkan penyertaan individu dan syarikat ke arah mewujudkan masyarakat penyayang dan prihatin, dan menubuhkan Majlis Dialog Kebangsaan.

Berkaitan agenda ekonomi mampan, seimbang dan saksama, PAS berkata dokumen Negara Berkebajikan akan menyusun kembali keutamaan pembangunan supaya ‘pertumbuhan’ tidak diukur daripada kegiatan pembinaan dan infrastruktur mega-mewah, tetapi mahu ia selaras dengan matlamat dan strategi pembangunan mampan.

Ia termasuklah penekanan sewajarnya terhadap program-program pembasmian kemiskinan berasaskan keperluan dengan berusaha mengeluarkan 40 peratus rakyat Malaysia yang berpendapatn isu rumah RM1,500 ke bawah daripada belenggu tersebut.

Di bawah agenda itu, dokumen tersebut mahu membudayakan penggunaan dinar emas dan dirham sebagai alat tukaran alternatif dalam transaksi perdagangan dan perniagaan.

“(Juga) akan menyemak kembali peraturan-peraturan yang mengawal pasaran dan persaingan termasuklah pemberian permit import bagi barangan makanan utama.

“(Dan) mewujudkan mekanisme yang akan memperbanyakkan pembekalan barangan-barangan keperluan pengguna seperti membuka pasaran yang lebih luas kepada kemasukan barangan dari negara-negara membangun dan memperluas jaringan rantaian perbekalan,” kata dokumen 60 halaman, bertajuk Negara Berkebajikan Tawaran PAS, yang akan dilancarkan oleh Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Shah Alam, petang ini.

Dokumen itu, PAS berkata, dasar Negara Berkebajikan pihaknya menghayati semangat kebersamaan dan permuafakatan politik Pakatan Rakyat sebagaimana termaktub dalam Dasar Bersama perikatan tersebut.

Agenda keempat dokumen Negara Berkebajikan menggariskan lima inisiatif, antaranya “memberi yuran pengajian percuma kepada anak-anak dari keluarga luar bandar berpendapatan RM1,500 ke bawah dan keluarga bandar berpendapatan RM2,500 ke bawah untuk memasuki universiti-universiti awam.

PAS juga menyenaraikan inisiatif mewujudkan Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional bagi kumpulan rakyat yang tidak mempunyai skim perlindungan kesihatan daripada majikan masing-masing, dan menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan untuk mempertimbangkan skim perkhidmatan kesihatan yang lebih munasabah.

Agenda kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat menggariskan enam inisiatif.

Inisiatif-inisiatif itu termasuklah memperkukuh dan memperkemas pengurusan zakat, wakaf dan lain-lain dengan memberikan lebih kuasa dan peranan kepada masjid sebagai pusat sehenti kebajikan masyarakat Muslim setempat, meminimumkan karenah birokrasi sehingga penyampaian perkhidmatan dan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan boleh berlaku dengan cekap dan cepat kepada penerima dan meningkatkan harga hartanah rakyat dengan menukarkan status hartanah kediaman daripada status pegangan pajakan kepada status pegangan bebas bagi memberikan pengiktirafan hak milik yang kekal dan boleh diwarisi.

Tiga inisiatif di bawah agenda itu ialah menjamin keberhasilan ekonomi dan jaminan hidup generasi kedua dan ketiga peneroka Felda yang memerlukan dengan mengagihkan tanah melalui Felda Plantation, membanyakkan jumlah peruahan kos rendah dan mampu milik, dan mewujudkan rumah-rumah sewa di bawah Majlis Kerajaan Tempatan di bandar-bandar besar dengan sewa yang minimum untuk keluarga-keluarga yang memerlukan kediaman transit sebelum memiliki kediaman sendiri.

Agenda ketujuh juga menawarkan lima inisiatif, antaranya memupuk gaya hidup kekeluargaan yang memenuhi fitrah semula jadi manusia melalui kempen-kempen berterusan seperti menggalakkan kawasan kediaman bebas daripada sebarang aktiviti ‘selepas tengah malam’, dan mewujudkan tabung khas khusus untuk suri rumah sepenuh masa di bawah akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja suami mereka bagi membela nasib ibu-ibu tunggal yang tidak berkerjaya selepas ditinggalkan atau kematian suami.

Dokumen Negara Berkebajikan PAS meletakkan aspek belia, pekerja produktif, berdaya saing dan terbela sebagai agenda kelapan.

Antara inisiatif itu ialah mengadakan kuota minimum 15 peratus bagi tenaga kerja di semua peringkat dan bidang bagi menjunjung dan menginsafi hakikat bahawa setiap generasi berhak dan bertanggungjawab ke atas aspirasi dan kemaslahatannya sendiri serta bagi memastikan proses peralihan generasi berlaku secara sihat dan teratur.

Dua inisiatif lain ialah mengkaji semula struktur gaji dan terma perkhidmatan sektor awam ke arah mewujudkan struktur gaji sektor awam yang lebih saksama untuk merapatkan jurang pendapatan sektor awam dan sektor swasta selaras dengan haja tuju menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi dan menaikkan Elaun Sara Hidup (Cola) sehingga RM500.

Agenda itu juga mahu meminda akta berkaitan dengan gaji minimum berdasarkan pemuafakatan di antara majikan dan kesatuan sekerja dan meletakkan seluruh kesatuan atau persatuan yang berkaitan dengan pekerja di bawah Akta Kesatuan Sekerja.

Dua agenda lain ialah kemudahan prasarana berkualiti, cekap dan bertaraf dunia, dan alam sekitar segar, terpelihara dan lestari.

Gambar2 Sekitar Program Asyura' Perdana PAS Kawasan Jerai - MBku Turun Padang Agihkan Bubur Asyura... HEBAT!!!


 
MB menyerahkan bungkusan bubur asyura PAS JERAI kepada wakil konvoi Pemuda utk diagihkan kepada masyarakat di sekitar Jerai



Terima kasih MOHD SHUBUHI (http://www.facebook.com/mshubihz)

Siapa Akan Bertindak!!! Video Sembang Rakyat - Hina hukum Allah, GAMIS buat laporan Polis!!!

GABUNGAN Mahasiswa Islam SeMalaysia telah membuat satu laporan polis, di Balai Polis Dang Wangi semalam terhadap video Sembang Rakyat yang disebarkan di laman YouTube.


Video tersebut yang berjudul 'Musim Hudud Pas' dan 'Lagi Hudud' dikhuatiri akan mencetuskan salah faham serta penghinaan terhadap hukum Islam yang juga menjatuhkan kesucian agama Islam.

Di bawah ini salinan laporan Polis yang telah dibuat oleh Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia, saudara Akram Ikrami Taib Azamudden.




Bagi memudahkan kerja Polis dan SKMM untuk menyiasat siapakah dalang di sebalik video penghinaan terhadap Hukum Allah (Hudud) ini, di bawah ini disertakan satu pendedahan yang telah dibuat oleh hanief.
 

Sumber: [GAMIS]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.