Inilah Kereta Untuk Jaguh Badminton Nombor Satu Negara


Tengok Kat Bawah la Pulak......

JULIA Georges bergaya disamping trofi dan hadiah kemenangan berupa kereta Porsche Carrera GTS, selepas menumpaskan Caroline Wozniacki (gambar kecil), pada final Kejohanan Tenis Grand Prix, di Stuttgard, awal pagi ini. Georgers mengejutkan pemain nombor satu, Wozniacki 7-6 6-3. - Foto Reuters

Hangat: Lisa Surihani Intim Dengan Yusri KRU, Lisa Tiada Masalah Jika Calon Suaminya Seorang Duda

Ibarat bunga sedang berkembang, begitulah dapat disimpulkan mengenai hubungan mesra yang terjalin antara pengarah, Yusry Abdul Halim dan aktres Lisa Surihani. Meskipun kedengaran klise, kedua-keduanya tidak menafikan rapat dan sedang mengenali hati budi masing-masing.

Bagai mengiyakan lagi hubungan mesra itu, Yusry memegang tangan Lisa yang menjerit ketakutan di dalam pawagam ketika menonton filem Seru bersama.

Mengulas mengenai insiden itu, Lisa berkata dia dan Yusry bukan sengaja mahu mempamerkan kemesraan dan tidak merasakan Yusry mahu mengambil kesempatan.

“Saya memang penakut apatah lagi bila menonton filem seram. Yusry ketika itu hanya mahu menenangkan saya. Saya rasa ia tidak seharusnya diperbesar-besarkan.

“Ya, saya akui rapat dengan Yusry semenjak dua bulan lalu. Saya senang berkawan dengannya kerana dia bijak, sopan-santun, mempunyai visi dan misi dalam hidup. Kami juga banyak berbual dan berbincang mengenai pelbagai topik,” katanya kepada Sinar Harian.



Ketika ditanya apakah dia tidak kisah memilih duda sebagai calon hidup, Lisa berkata dia tidak meletakkan apa-apa kriteria mengenai calon suaminya.

“Soal jodoh pertemuan, Allah tentukan. Sebagai hambanya, saya tidak pernah meletakkan sebarang kriteria tentang calon suami. Saya mahu ia berlaku secara semula jadi.


“Sebagai wanita, saya rasa tidak manis jika saya bercakap secara berlebihan mengenai hubungan ini. Masih terlalu awal untuk saya meramal apa yang akan berlaku selepas ini,” jelas Lisa.

Sementara itu, Yusry yang dihubungi Sinar Harian mengakui selesa bersama Lisa dan menyifatkan Lisa sebagai wanita paling rapat dengannya sekarang.

“Saya rasa perkataan intim yang disiarkan dalam akhbar baru-baru ini mungkin kurang tepat. Tapi saya akui kami rapat. Cuma masih terlalu awal untuk saya mengatakan akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini.

“Lisa seorang yang sopan, baik budi pekerti dan saya selesa bila berada di sisinya. Saya akui, bila ada masa terluang, saya akan keluar bersama Lisa. Jika benda itu berlaku, saya tidak kisah mengakui perkara yang berlaku.

“Buat masa ini saya masih belum membawa Lisa berjumpa keluarga. Masih terlalu awal untuk berbicara soal perkahwinan. Apa yang penting saya ikhlas mahu berkawan dengan Lisa,” katanya.

Mengulas mengenai isu memegang tangan Lisa baru-baru ini, Yusry berharap perkara itu tidak diperbesarkan kerana dia hanya mahu menenangkan Lisa yang ketakutan ketika itu.

Siapa RPK, Kenapa Polis Tak Dapat Ambil Keterangan Raja Petra, Tapi Wartawan TV3 Boleh? Siap Wawancara Lagi....

April 24, 2011


KUALA LUMPUR, 24 April — Raja Petra Kamarudin belum memberikan sebarang kenyataan kepada polis Malaysia di Bangkok ekoran pertikaian mengenai tujuan siasatan polis ke atas blogger kontroversial itu, kata peguamnya hari ini.

Malam tadi, polis mahu mendapatkan keterangannya di Kedutaan Malaysia di Bangkok.

“Tiada kenyataan diberikan kepada polis setakat malam tadi,” kata peguam Haris Ibrahim kepada The Malaysian Insider menerusi kenyataan SMS sebentar tadi.

Dalam pada itu, maklumat diperoleh dari portal Malaysia Today pagi ini menyebut polis mahu menyiasat Raja Petra (gambar) berhubung aduan bahawa dia telah berbohong dalam temu bual disiarkan TV3 dua minggu lalu.

Oleh itu, entri ringkas Malaysia Today hari ini berkata wujud ‘kebuntuan’ dan peguam-peguamnya meminta polis yang mahu bertemu dengan Raja Petra menunjukkan salinan aduan dibuat ke atasnya.

“Nampaknya polis mahu mengambil keterangan Raja Petra di bawah Seksyen 203, satu jenayah membuat kenyataan palsu berhubung temu bual dengan TV3 di Perth, Australia.

“Satu laporan polis dibuat terhadap Raja Petra mendakwa dia berbohong dalam temu bual TV3,” kata tulisan itu.

Tahniah!! Kenapa Sampai 16 Khemah Didirikan Di Majlis Pertunangan Pelakon Ashraf Muslim (Ust. Amirul)? Majlis Ini Turut Dihadiri Menteri

Ashraf dan Dayana menunjukkan cincin tunang di jari manis masing-masing selepas selamat bertunang di Villa Bestari, Kampung Sungai Pusu, Gombak, Sabtu. - Foto M AZHAR ARIF

KUALA LUMPUR: Pelakon Ashraf Muslim, 30, dan Noor Dayana Lokman, 24, diraikan dengan penuh meriah seperti ‘kenduri kahwin’ dalam majlis pertunangan di rumah Dayana di Villa Bestari, Kampung Sungai Pusu, Gombak, di sini, Sabtu.

Majlis besar-besaran itu siap dengan 16 buah khemah yang dipasang di luar rumah bakal isterinya itu.

Antara tetamu yang memenuhi rumah keluarga Dayana untuk melihat lebih dekat bakal pengantin.

Malah kehadiran Ashraf yang memakai sepasang baju Melayu putih dan bersamping ungu mencuri tumpuan ramai dan dilihat seolah-olah hendak bernikah lagaknya.

Bagaimanapun, pengacara Nasi Lemak Kopi ‘O’ dan Gadis Melayu di TV9 itu menjelaskan, majlis tersebut diadakan sedemikian kerana mereka turut melangsungkan majlis perasmian Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah di tempat dan hari yang sama.

“Pada mulanya kami tidak merancang untuk melakukan majlis perasmian serentak dengan majlis pertunangan tetapi setelah memikirkan majlis ini turut melibatkan saudara-mara, jadi saya rasa tidak salah untuk dilakukan sekali,” ujarnya yang turut menjemput ramai ahli keluarga dan sanak saudaranya.

Ashraf dan Dayana merakamkan gambar kenangan dengan ibu dan bapa Dayana.

Ashraf merupakan anak sulung daripada lapan adik-beradik. Antara ahli keluarganya yang hadir adalah bapanya dan ibu saudaranya, Fatimah Azil yang menyarungkan cincin pertunangan di jari manis Dayana. Ibu Ashraf telah meninggal dunia pada enam tahun lalu akibat kanser payu dara.

Ashraf dan Dayana akan bernikah pada 30 Ogos tahun ini sempena Hari Raya Puasa di Mekah.

Beralih kepada kariernya sebagai pengamal perubatan Islam di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, Ashraf mula mempelajari cara mengubati pesakit menggunakan ayat-ayat al-Quran, mendidik dan memberikan kaunseling kepada pesakit sejak dua tahun lalu.

Ashraf dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kiri) melepaskan rama-rama sebagai tanda perasmian Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah.

“Selepas mengubati pesakit, saya menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan. Selain itu, saya turut membekalkan mereka dengan ayat-ayat al-Quran dan doa untuk diamalkan sementara benar-benar sembuh.

“Apabila membaca al-Quran, diri kita akan lebih dekat dengan Tuhan. Kadangkala, saya ada juga meminta bantuan daripada Dayana untuk mengenal pasti sesuatu penyakit itu menggunakan kaedah perubatan moden kerana dia sedang belajar dalam bidang perubatan,” katanya.

Pusat rawatan yang digelar sebagai klinik oleh Ashraf itu boleh merawat penyakit seperti semua jenis kanser, SLE, kanser otak, AIDS atau HIV, gangguan sihir, penyakit kanak-kanak, penyakit kesuburan, diebetes, darah tinggi dan masalah akhlak.

Inilah Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah di Kampung Sungai Pusu, Gombak.

Dalam perkembangan lain, Ashraf yang masih meneruskan kariernya dalam bidang lakonan turut menganjurkan pakej umrah di bawah Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah dengan kerjasama ZHB Holidays Sdn Bhd.

Dia dijangka akan bertolak ke Mekah pada 17 Ogos tahun ini bersama-sama bakal bapa mertuanya, Lokman Abdul Hamid dan ahli rombongan umrah yang terhad kepada 40 orang sahaja.

Giliran Kenari Dibaham Harimau Muda 2-1... Sambut Jurulatih Baru Dengan Kekalahan

Harimau Muda A pula menebus kekalahan 1-0 ke atas Kedah pada Rabu lalu apabila menang 2-1 di Stadium Darul Aman.

Penyerang kebangsaan, Izzaq Faris Ramlan membuka tirai jaringan pada minit ke-29 sebelum Mohd. Fandi Othman menambah jaringan Harimau Muda A pada minit ke-55 hasil daripada sepakan percuma. Kedah mendapat gol tunggal melalui sepakan penalti yang diambil Baddrol Bakhtiar pada minit ke-63.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu menewaskan Perak 3-0 bagi mengekori rapat kedudukan Selangor manakala Johor FC juga mencipta kemenangan penting 2-1 ke atas T-Team di Stadium JCorp, Pasir Gudang.

di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Semalam selepas enam perlawanan, Mohd. Azraai Khor Abdullah akhirnya mengecap kemenangan pertama bersama Negeri Sembilan dengan kemenangan 3-1 ke atas Pahang.

Kejayaan itu hadir selepas keputusan berani bekas pengendali Harimau Muda itu menggunakan tiga pemain Piala Presiden di dalam kesebelasan utama selain memilih menggunakan khidmat Mohd. Farizal Harun selaku penjaga gol utama menggantikan Farizal Marlias.

Negeri Sembilan sudah berada di hadapan semenjak minit ke-13 apabila Shahurain Abu Samah menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada ke-13.

Semangat Pahang untuk melawan semakin longlai pada minit ke-28 selepas pemain tinggi lampai, G. Mahathevan menanduk masuk hasil bola yang berpunca daripada sepakan sudut daripada sebelah kiri.

Kedudukan skuad Hoben Jang Hoben bertambah kukuh apabila penyerang muda, Mohd. Firdaus Azizul merembat deras dari penjuru kiri gol Pahang pada minit ke-58.

Pahang mendapat gol saguhati pada minit ke-77 menerusi percubaan jarak jauh menarik daripada R. Kartigesu.

Di Stadium Likas, pendahulu liga, Selangor bangkit daripada ketinggalan untuk mengatasi Sabah 2-1. Rosdin Wasli terlebih dahulu meletakkan Sabah di hadapan pada minit ke-11.

Namun, Selangor berjaya mendapat kemenangan bagi mengekalkan kelebihan empat mata di atas pencabar terdekat Terengganu menerusi jaringan daripada Bunyamin Umar pada minit ke-35 dan Amri Yahyah pada minit ke-65.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.