Jom Infaq!!!

Jom Infaq!!!

TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Ada Benda Yang Menghairankan...Mana Sasaran TPM 6000 Orang Tue... Walaupun Kalah Undi PR Meningkat 95 Undi


HULU SELANGOR, 25 April — Barisan Nasional (BN) merampas balik kerusi Parlimen Hulu Selangor daripada Pakatan Rakyat dalam pilingan raya sengit yang dianggap sebagai penentuan referendum, tetapi majoriti diperoleh tidak sebesar disasarkan sebelum ini.

Pun begitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gembira dengan pencapaian ini dengan menyifatkan rakyat mula menerima dasar BN dan konsep 1 Malaysia di bawah pimpinannya.

Hari ini genap sebulan penyandang kerusi Hulu Selangor ini meninggal dunia.

“Ini satu permulaan yang baik bagi BN,” kata Pengerusi BN ini sambil menambah, pihaknya gembira dengan prestasi hari ini kerana BN terpaksa berhadapan dengan jentera kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat.

Keputusan diumumkan kira-kira 9.15 malam di Kompleks Sukan Kuala Kubu Baru di sini dengan dihadiri Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyddin Yassin sendiri.

Calon Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan dari MIC, muka baru dalam pilihan raya, menerima 24,997 undi manakala calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim memperioleh 23,272.

Walaupun BN menang dengan majoriti 1,725 undi, tetapi ia jauh lebih kecil daripada kira-kira 6,000 yang disasarkan oleh Muhyiddin.

Undi rosak direkodkan ialah 731 - separuh sahaja berbanding 1,461 undi rosak dua tahun lalu.

“Kemenangan Kamalanathan akan membawa erti kepada BN kerana berdasarkan keputusan 2008 dan masa sekarang terdapat perubahan sokongan kepada BN hampir 2,000 undi,” katanya.

“Perubahan ini sangat bermakna kerana kami bersaing di negeri yang dikuasai oleh pembangkang tetapi kami berjaya merampas balik bahagian ini,” kata Najib pada sidang media selepas keputusan diumumkan dengan diapit oleh Muhyiddin dan Kamalanathan.

Najib yang juga Presiden Umno berkata, pihaknya akan bersama rakyat untuk melihat lebih banyak keputusan positif.

“Mereka gembira dengan pengumuman, dengan pemikiran dan hala tuju dasar tetapi kita mesti memastikan bahawa kita menyajikan hasilan,” kata yang berkempen hampir setiap hari selepas pulang dari lawatan ke Amerika Syarikat dan Jepun.

Menjawab soalan berhubung majoriti lebih kecil berbanding sasaran 6,000 diletakkan oleh Muhyiddin, Najib memberitahu majoriti diperoleh mengecil kerana kerajaan negeri tidak dikawal oleh BN.

“Kami menyedari ini negeri pembangkang. Pada masa lalu kami mengawal negeri, kami ada kekuatan antara kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan. Jadi dalam konteks ini, saya gembira dengan keputusan ini,” kata beliau.

Berhubung kekalahan di kawasan-kawasan majoriti pengundi Cina, Najib melihat ada peningkatan berbanding pilihan raya umum 2008.

“Saya tidak mahu membuat rumusan cepat walaupun kami tewas di kebanyakan peti undi di kawasan masyarakat Cina. Kami tewas tetapi berdasarkan pada permulaan kempen, saya percaya ada peningkatan,” kata Najib yang juga Pengerusi Umno Selangor.

Pada sidang tengah hari tadi, Muhyiddin berkata, pihaknya meletakkan sasaran KPI majoriti 6,000 undi dengan mengambil kira prestasi peringkat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri pada 8 Mac 2008 yang dimenangi BN.

Sebelum keputusan diumumkan, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang ditemui wartawan berkata, pihaknya tetap gembira dengan pencapaian walaupun meletakkan awalnya meletakkan sasaran lebih tinggi.

Tengku Adnan juga mengakui BN tidak memperoleh undi yang memuaskan daripada kalangan masyarakat Cina di Hulu Selangor.

“Undi yang kami peroleh daripada masyarakat Cina lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2008. BN menerima sokongan besar daripada kalangan pengundi Melayu dan India.

“Kami akan lakukan bedah siasat mengapa pengundui Cina tidak memihak kepada BN dan akan membantu menyelesaikan isu mereka hadapi,” katanya.

Di peringkat awal perjumlahan rasmi undi, Zaid, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR mendahului Kamalanathan ketika keputusan 100 daripada 137 peti undi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Ketika di peringkat itu Zaid berada di depan dengan majoriti antara 1,000 hingga 1,500 undi.

Bagaimanapun, Kamalanathan mengatasi kedudukan itu apabila peti-peti undi dari kawasan Felda diumumkan.

Kamalanathan, Ketua Penerangan MIC pusat pula berkata beliau akan menyenaraikan senarai masalah dan janji kepada penduduk Hulu Selangor.

“Ini akan menjadi keutamaan saya,” katanya.

Dalam pilihan raya umum 2008, PKR menang dengan majoriti 198 undi.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan peratusan keluar mengundi 75.9 peratus atau 48,935 pengundi.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Kamalanathan, 45, dan Zaid 59.

Pada hari penamaan calon, SPR menerima borang daripada empat calon termasuk dua calon Bebas. Bagaimanapun kedua-dua calon Bebas terbabit menarik diri.

Ini adalah pilihan raya kecil ke-10 sejak selepas pilihan raya umum 2008 dan pilihan raya kecil pertama di negeri Selangor.

Kawasan itu mempunyai 64,500 pengundi dengan 34,020 atau 52.7 peratus adalah Melayu, 16,964 atau 26.3 peratus Cina, 12,453 atau 19.3 peratus India dan kira-kira 1,000 Orang Asli.

Kerusi Parlimen kawasan itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR pada 25 Mac akibat barah otak. Penamaan calon telah diadakan pada 17 April lalu.

Zainal Abidin memenangi kerusi kawasan itu pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 198 undi selepas menewaskan Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel yang menyandang kerusi itu selama empat penggal.

*************************************

Keputusan Hulu Selangor yang Menghairankan?

Dari keputusan rasmi yang saya baru dapat:
PKR - 23,272
BN - 24,997
Majoriti - 1725
Saya mengucap syukur kepada Allah SWT kerana telah mentaqdirkan keputusan seperti ini. Ia bermakna kekuataan PR masih utuh dan kuat. BN dengan menggunakan segala kekuatan dan keupayaan mereka cuma mampu meraih 1725 majoriti sahaja

Secara mudahnya, majoriti BN itu didapati dari undi pos (650) serta undi-undi rosak pada 2008 yang kembali pada BN (1466)

Apabila dijumlah keduanya menjadi 2110 undi. Dan majoriti BN yang baru didapati hanyalah 1725, dibawah undi rosak yang kembali + undi pos.

Perlu diingat, ini adalah kawasan yang PALING KUAT UMNO dalam Selangor dan dalam Malaysia. Sekiranya keputusan ini dijadikan rujukan, maka ia bermakna UMNO akan KEKAL KALAH di Selangor dan di semua kerusi yang mereka menang tempohari.

KEPUTUSAN YANG MENGHAIRANKAN. ADA PENGUNDI HANTU?

Keputusan baru Hulu Selangor ni juga satu bentuk keputusan yang menghairankan. Mengapa saya kata demikian? K

Kerana Undi PKR NAIK berbanding 2008:
2008 : 23,177
2010 : 23,272
Bererti kenaikan sebanyak 95 undi. TAPI dalam naik pun PKR tetap kalah.

Saya menghidu terdapatnya RAAMAAAIIII hantu2 yang telah mengundi, ditambah lebih 1000 pengundi yang telah di buang nama mereka dari senarai oleh SPR.

Suka tak suka, perlu ada siasatan terhadap keputusan ini. Saya menghidu penipuan sekali lagi.

Kepada penyokong dan pendokong PR, jangan jatuh semangat. Kita kena tipu dan di masa lain mereka tak boleh tipu lagi, inshaalah.

Tulang Besi

PRK Parlimen Sibu: Calon BN Robert Lau Hui Yew - Seorang Lawyer

Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) sebulat suara memilih peguam Robert Lau Hui Yew sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu akan datang, kata Presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan Hong Nam.

"Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti bersetuju Robert Lau Junior dipilih sebagai calon pada pilihan raya kecil Sibu kerana beliau merupakan calon terbaik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat CWC selama tiga jam di ibu pejabat parti di sini hari ini.

Dr Chan, yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata sebagai pelan kontinjensi, parti itu juga mempunyai calon pilihan kedua "jika pucuk pimpinan BN berpendapat Hui Yew masih belum mempunyai merit untuk menjadi calon BN.

"Kami telah memilih satu lagi nama jika sesuatu berlaku...lebih baik mempunyai seorang lagi (calon) sebagai langkah bersiap sedia," katanya tanpa mendedahkan nama calon berkenaan.

Dr Chan berkata nama kedua-dua calon telah diserahkan kepada Ketua Menteri dan pengerusi BN negeri Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada Jumaat untuk diputuskan.

Mengenai peluang SUPP mengekalkan kerusi Sibu, katanya parti itu yakin dapat mengekalkan kemenangan berikutan perpaduan erat dalam kalangan parti komponen B Nnegeri dan maklum balas positif rakyat kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui konsep 1Malaysia.

Hui Yew, 45, lebih mesra dikenali sebagai Robert Lau Junior, merupakan dua sepupu kepada penyandang kerusi Sibu selama lima penggal, mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew.

Beliau diuar-uarkan dipilih sebagai calon BN berikutan penyertaan aktif beliau dalam parti dan perwatakannya yang mesra dan mudah didekati, khususnya dalam menyelesaikan masalah penjaja di bandar Sibu.

Hui Yew, yang telah menjadi anggota SUPP selama 17 tahun adalah penolong bendahari SUPP cawangan Sibu.

Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu diadakan berikutan kematian penyandangnya Robert Lau, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan pada 9 April lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 Mei sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 16 Mei.

Sementara itu, Dr Chan berkata, parti itu memutuskan untuk mencalonkan anggota Parlimen Serian selama lima penggal Datuk Richard Riot untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Menteri peringkat persekutuan yang diperuntukkan kepada parti itu.

Keputusan Rasmi : BN menang majoriti 1725 Undi... Tahniah BN.. Nanti Kita Berjumpa Lagi..



Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon BN Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.

KUALA KUBU BARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor kali ini adalah permulaan yang baikkepada parti itu untuk merampas semula Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, kemenangan itu membawa erti yang besar kepada BN kerana ia menunjukkan berlakunya peralihan sokongan kepada parti itu.

"Sudah berlaku peralihan (sokongan) kepada BN kerana (majoriti) menghampiri 2,000.

"Ini merupakan satu sokongan yang sangat besar ertinya kerana kita bertanding di negeri yang dikuasai pembangkang, tak seperti pada 2008, kita bertanding di negeri yang kita kuasai," katanya dalam sidang media selepas pengumuman keputusan bagi pilihan raya berkenaan di sinimalam ini.

Pada pilihan raya kecil ini, calon BN, P. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.

Kamalanathan memperoleh 24,997 undi manakala Zaid mendapat 23,272 undi.

Selain itu Najib berkata, pada pilihan raya ini ia memperlihatkan perubahan sokongan yang baik kepada BN.

"Saya percaya telah berlaku perubahan, saya percaya ada perubahan...tapi belum sepenuhnya," katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kekalahan BN di majoriti kawasan pengundi Cina, Najib berkata: "Kita akan buat analisa tentangkeputusan ini, saya tak mahu buat kesimpulan terlalu cepat sebab kitakena kaji perkara ini dengan mendalam.

"Walaupun kita kalah di kawasan pengundi Cina, tapi berdasarkan kepada keputusan, ini adalah permulaan yang baik," katanya.

Najib turut mengucapkan terima kasih kepada semua jentera BN yang diketuai Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas kerja keras selama ini.

Najib juga berkata, BN akan memastikan segala janji kepada pendudukHulu Selangor akan ditunaikan.

Lintas Langsung Terus Dari Hulu Selangor : Hingga 3.00 petang: Peratusan Keluar Mengundi ialah 67.18 (Dah 43,333 orang)


Hujan rahmat telah menyirami bumi Batang Kali di Hulu Selangor.. Rasa mengantuk semakin menjadi-jadi. Insya Allah PR akan memenangi Pilihanraya ini kali. Petanda dari langit, turut membuat penyokong-penyokong BN makin berkurangan. Takut dengan hujan gamaknya...

Sehingga jam 3 petang, peratusan keluar mengundi ialah 67.18 peratus atau 43,333 sudah keluar mengundi. Kedudukan ini, dijangka berpihak kepada Pakatan Rakyat... Sama-sama kita nantikan. Waktu pembuangan undi hanya tinggal lagi satu jam.

Masalah BerukBand la pulak..... Kacau, kacau... Celcom tolong la bagi laju sikit belah sini

Lintas Langsung Terus Dari Hulu Selangor : Kita Layan Gambar2 Sekitar Pilihanraya La Pulak

Aksi-aksi Penyokong Barisan Nasional......dan YB muda PR

Polis mengiringi Menteri, membangkitkan kemarahan Penyokong PR.








Panasss... DISERANG: CheGuBard Masih Berada Di Balai Polis Serendah Untuk Siasatan


Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Badrul Hisham Shaharin (CheGuBard) diserang oleh seorang penyokong Barisan Nasional yang membawa sebilah parang selepas beliau melawat pusat pengundian di Felda Sungai Buaya hari ini.

Kejadian berlaku sekitar pukul 12.30 tengahari selepas beliau dan beberapa petugas keluar dari pusat pengundian di tempat tersebut.

"Ketika kami keluar sekumpulan penyokong BN yang menaiki motorsikal menendang pintu kereta dan dan salah seorang mengeluarkan parang ke arah kami. Menurut penduduk di situ penyerang itu adalah penagih dadah.

"Saya berjaya meredakan keadaan tetapi ketika kami mula bergerak semula penyokong BN yang berparang itu menendang pintu belakang menyebabkan salah seorang petugas kami tersepit," CheGuBard menerangkan.

Beliau kesal sikap anggota polis yang tidak mahu menghentikan kenderaan ketika kejadian berlaku.

"Saya terkilan kerana sikap anggota polis yang tidak peduli walaupun kami memberi isyarat meminta pertolongan.

"Malah saya pula ditahan dan pemandu serta penumpang yang tersepit diambil kad pengenalan mereka dan di bawa ke balai polis. Yang peliknya pihak polis tidak pula menahan penyerang tersebut dan kami ada bukti gambar," katanya lagi.

Menurut CheGuBard pemandu serta penumpang kini berada di Balai Polis Serendah untuk siasatan.

TPM: Sasar 6,000 Undi Majoriti Untuk BN - Boleh Malu Kut Nanti...

TERGARU KEPALA BUDAK NIE.. BILA TPM BAGITAU BN BOLEH MENANG...
BOLEH CAYER KE BRO..

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata BN meletakkan sasaran 6,000 undi sebagai KPI mereka dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hari ini.

Katanya, sasaran itu dibuat berdasarkan kepada pencapaian BN di peringkat DUN dalam pilihan raya umum yang lalu.

Dalam pilihan raya umum lalu, BN menguasai ketiga-tiga DUN - Hulu Bernam, Kuala Kubu Bahru dan Batang Kali tetapi tewas di peringkat parlimen dengan majoriti tipis 198 undi.

Ditanya mengapa meletakkan saran tersebut, Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN berkata, beliau tidak perlu terang, sebaliknya menegas supaya memastikan pekerja parti perlu kerja dengan lebih keras.

Muhyiddin menambah, beliau optimis bahawa BN akan dapat mencapai kejayaan kali ini, berdasarkan dua minggu turun di Hulu Selangor.

"Sentimen kebanyakan pengundi pro-BN, saya harap diterjemahkan menjadi satu undi (kepada kita)," katanya dalam sidang media di Ibu pejabat polis Daerah Kuala Kubu Bharu.

Ditanya berhubung tinjauan pelbagai badan yang meramalkan kemenangan tipis dalam pilihan raya ini, Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata:

"Kita tidak perlu membuat spekulasi, proses pengundi masih berjalan," katanya.

Sementara itu, mengulas kewujudan pondok panas oleh kedua-dua pihak, walaupun dilarang oleh SPR, Muhydin berkata beliau berharap selepas ini SPR dapat mencadangkan garis panduan yang lebih jelas dan spesifik berhubung perkara itu.

Ini kerana katanya jarak antara pusat mengundi dan kawasan penyokong berhimpun sukar untuk ditentukan.

"Saya, kalau tidak ada halangan, saya hendak duduk depan pintu sekolah," katanya.

Bagaimanapun beliau menegaskan bahawa tiada masalah berlaku, walaupun pihak pembangkang dilihat "lebih agresif".

Ditanya mengenai dakwaan yang menyatakan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim tidak dapat menghampiri kawasan pengundian, kerana dihalang oleh penyokong BN, Muhyiddin berkata:

"Dia tak berani turun, dia takut kena boo sebab ada banyak penyokong BN. Tapi kalau saya, saya salam dengan semua penyokong PKR dan PAS," katanya.

Muhyiddin yang juga mengetuai jentera pilihan raya BN di Hulu Selangor, menyifatkannya sebagai satu semangat muhibbah.

Lintas Langsung Terus Dari Hulu Selangor : Setakat 2 petang, keluar mengundi meningkat kepada 41,112 orang atau 63.74 peratus - Masih Berbaki 2 Jam





Sehingga pukul 2 petang, jumlah keluar mengundi ialah 41,112 orang atau 63.74 peratus.

Maklumat dari sahabat di SK Ulu Bernam berlaku perbalahan dan tumbuk menumbuk antara penyokong PKR dan BN sampai berdarah mulut dan bengkak dahi. Insiden melibatkan pemuda Melayu. Difahamkan penyokong BN adalah dari Gombak.

Di SJK (T) Sungai Choh, Taman Bukit Teratai, suasana di sini begitu panas dan kelihatan Penyokong Pakatan semakin ramai menjelang sesi pengundian sebelah petang.

Kami merasakan peluang Zaid mendahului amat cerah melihat kepada sambutan pengundi yang datang ke barong PKR sejak pagi tadi berbanding barong BN.

Langsung Dari Hulu Selangor: Dah Letih... Mengantukkkk La Pulak.... 1 Tengahari ini, 56.82 Peratus atau 36,650 Sudah Keluar Mengundi


1.30 tengahari:Sehingga jam 1 tengahari ini, 56.82 peratus atau 36,650 sudah keluar mengundi.

12.42tengahari: Pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor berjalan lancar sehingga kini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

12.30pm: Menurut petugas PKR, di Sekolah Kebangsaan Hulu Yam Baru, 765 daripada 1,749 pemilih telah keluar mengundi.

Manakala anggota polis ditempatkan mengawal di antara penyokong PKR dan BN.

Penyokong BN, sebahagian besarnya terdiri daripada remaja Melayu, India dan Cina, melaungkan "kaki judi" "lumba kuda" - merujuk kepada calon PKR.

12.30 tengahari: Sehingga jam 12 tengahari ini, 49.4 peratus atau 31,632 sudah keluar mengundi.

Lintas Langsung Terus Dari Hulu Selangor : Bendera KEADILAN Mula Dipijak Penyokong BN di SK Batang Kali... Jom Kita Pi Sana Pulak...


Maklumat yang diberikan sahabat

Bertempat di Sekolah Kebangsaan Batang Kali para penyokong Barisan Nasional mula bertindak ganas dengan adegan tolok menolak dengan penyokong Pakatan Rakyat serta memijak bendera KEADILAN kira-kira pukul 12 tengahari.

Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa bertindak meleraikan penyokong kedua belah pihak sebelum tercetus pergaduhan yang lebih serius.

Sementara itu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menemui penyokong di Sekolah Rendah Agama Hulu Bernam pukul 12.10 tengahari.

Beliau sempat bersalaman dengan pengundi dan penduduk setempat sambil penyokong Pakatan Rakyat melaungkan slogan 'Rasuah, Apco' di hadapan penyokong BN.

Di Felda Sungai Tengi, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dimalukan apabila pengundi wanita dan lelaki tidak mahu bersalaman dengan beliau.

Beberapa pengundi enggan bersalam dengan Maslan atas alasan adalah haram bersalaman dengan lelaki bukan muhrim. Pengundi lelaki pula tidak mahu bersalam dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu kerana mereka mendakwa tangan beliau kotor disebabkan menerima rasuah

Emak YB Saifuddin Nasution Meninggal Dunia



Ibu kepada Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail meninggal dunia di Singapura semalam.

YB Saifuddin juga adalah Ahli Parlimen Machang yang turut membantu kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Kami semua di Hulu Selangor turut berasa sedih dan mengucapkan takziah kepada YB Saifuddin dan ahli keluarganya. Semoga bersabar dengan dugaan Allah SWT. Moga Roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan mereka yang beriman.

Lintas Langsung Terus Dari Hulu Selangor : Perkembangan Semasa Hingga 12.00 tgh jumlah keluar mengundi - 31,632 atau 49.04 peratus




11.00 am - Dari TVSelangor:



11.12 am Calon PKR Datuk Zaid Ibrahim tiba di SK Bandar Utama Batang Kali, melambai tangannya kepada para penyokong.

11.15 am Sejumlah 16,932 pengundi atau 26.25 peratus dari 63,701 pengundi di Hulu Selangor telah membuang undi setakat jam 10 pagi tadi.

Jurucakap Suruhanjaya Pilihanraya mengumumkan pengundian berjalan lancar dan ramai pengundi tampil membuang undi di awal pagi kerana cuaca yang mengizinkan.

11.15 am Sukarelawan PKR, Maznah Abdul Aziz, 59 mendakwa seramai empat pengundi kaum Tionghua di Sek. Keb. Batang kali Baru terkejut apabila dimaklumkan SPR bahawa nama mereka masing-masing telah dipindahkan ke Parlimen Kepong.

11.30 am SPR menyatakan 24,645 telah mengundi pada jam 11 pagi atau 38.21 peratus dari 63,701.

11.40 am TVS melaporkan Sekurang-kurangnya dua lelaki yang memakai kemeja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Sekolah Menengah Ampang Pecah, dikesan berkempen untuk Barisan Nasional dengan mengajak pengundi memangkah BN.

Tindakan mereka ini dikesali dan seakan-akan mengesahkan dakwaan betapa suruhanjaya itu berlagak sebagai parti komponen BN.

11.55 am Jalan sesak menuju ke Pusat Mengundi Batang Kali, bandar Kuala Kubu Baru & Kg Chuang Rasa.

12.00 tghari Malaysiakini melaporkan Exco Selangor, Elizabeth Wong mengesahkan 'halangan' di dua kampung Orang Asli telah dibuang selepas jam 3 pagi tadi, setelah laporan polis dibuat mengenainya

*******************************************************

Dari Sumber Mstar

HULU SELANGOR: Berikut ialah perkembangan pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor hari ini:

12:30 Petang: Sehingga pukul 12 tengah hari, jumlah keluar mengundi - 31,632 atau 49.04 peratus.

12:15 Petang: Calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim berhenti makan tengah hari di Kuala Kubu Baru sebelum melawat ke pusat pengundiaan Rasa.

11:40 Pagi: Sehingga pukul 11 pagi, jumlah keluar mengundi - 24,645 atau 38.21 peratus.

11:25 Pagi: Bekas calon bebas, VS Chandran tiba beri sokongan kepada BN di pusat mengundi SMK Ampang Pecah.

11:30 Pagi: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Afdal meninjau pusat mengundi SMK Ampang Pecah.

10:50 Pagi: Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat pusat mengundi di SMK Ampang Pecah.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN meluangkan masa lebih 10 minit berjumpa dengan penyokong BN.

55 ahli Umno Bahagian Alor Setar Menyertai PAS : Serah Borang Kepada Ustaz Idris


Alor Mengkudu, 24 April: 55 ahli Umno bahagian Alor Setar isytihar keluar Umno untuk menyertai PAS dalam satu majlis yang diadakan di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Alor Mengkudu.

Penyerahan borang diakukan oleh Encik Zainal Abdul Rahman, 55, Timbalan Ketua Umno Cawangan Alor Keriang yang juga adalah bekas AJK Pemuda Umno Bahagian Pokok Sena. Borang kepada Encik Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat.

Zainal menjelaskan, antara sebab beliau keluar Umno dan sertai PAS adalah kerana merasa kesal dengan sikap pemimpin Umno yang gemar memperbodoh-bodohkan rakyat.

“Mereka kononnya memperjuangkan rakyat tetapi sebenarnya memperjuangkan kedudukan diri mereka semata-mata, rakyat terbanyak tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

“Hari ini rakyat makin hari makin susah akibat kenaikan kos sara hidup dan peningkatan pelbagai cukai yang dikenakan kepada rakyat,” ujarnya.


Menurut Zainal, jika Umno terus diberi mandat maka negara akan hancur kerana mereka tidak bertanggungjawab terhadap masa depan rakyat Malaysia.

Sementara itu, ADUN Alor Mengkudu, Dr. Ismail Salleh sewaktu berucap di majlis tersebut telah membongkar habis-habisan salah laku Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah yang disifatkannya sebagai ‘Karam Singh Walia Kedah’.

“Dia turun bukan ikhlas untuk menyelesaikan masalah rakyat, tetapi turun dengan tv, radio dan akhbar yang mereka kuasai untuk menonjolkan kononnya dialah hero menyelesaikan masalah rakyat dan memburukkan saya seolah-olah saya wakil rakyat yang tidak bertanggung jawab,” ujar Dr. Ismail.


Beliau turut mendedahkan bagaimana Bashah selaku pengerusi Keda telah bertindak zalim terhadap penduduk di Kampung Berjaya. Setelah pihak Keda meluluskan peruntukan membina rumah, tuan rumah merobohkan rumah lama untuk di bina rumah baru.

“Apabila kontraktor menghantar batu-bata untuk memulakan kerja Bashah telah menyekat, kerana kononnya kerana pemohon itu orang PAS.

“Kalau tak mau buat dari awal tak payah suruh dia roboh rumah asal, sekarang dia sudah tiada rumah menumpang di rumah bapanya, tiba-tiba cadangan buat rumah disekat. Ini tindakan zalim,” tegasnya.

Majlis penyerahan borang menyertai PAS dari bekas ahli Umno ini adalah yang kedua dalam masa terdekat di kawasan Alor Setar, di mana pada 18 Mac lalu seramai 65 ahli Umno Taman Wira Mergong isytihar keluar parti untuk sertai PAS.

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Terus Dari Hulu Selangor - 10.20 am : Tercetus kekecohan apabila Ketua Wanita Keadilan DiTolak Sekumpulan Penyokong BN


10.35 am : Di Sek. Keb. Bukit Rasa- Ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut laungan 'Yahudi', 'Israel', 'Umno Israel' dan 'rasuah' oleh penyokong Pakatan Rakyat.

Jumlah keluar mengundi di sini seramai 366 orang setakat jam 10 pagi ini.



10.23 am : Di Sek. Ren J.K.C Khing Ming, Kuala Kubu-Sekumpulan petugas SPR mengarahkan pondok panas yang didirikan kedua dua parti bertanding berdekatan pusat membuang undi dialihkan.

Penyokong bagaimanapun dilihat akur dengan arahan tersebut, dan beramai ramai mengusung khemah yang dijadikan pondok panas dan dialihkan ke kawasan lain.



10.20 am : Tercetus kekecohan apabila Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Salleh sampai di sini.

Sekumpulan penyokong BN menolak beliau sehingga hampir jatuh.

Dua remaja dari pihak masing-masing hampir bertumbuk tetapi sempat ditenangkan pihak Polis




10: 17 am : Sek. Keb. Bandar Bharu Batang Kali. suasana mula hingar bingar mula berlaku ekoran saling berbalas sorakan oleh kedua-dua belah pihak penyokong.

Para wartawan berkumpul di sini sekoran menunggu ketibaan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.




10:15 : 4 buah tarak FRU lagi dilihat tiba di sini menjadikan jumlah keseluruhan 9 buah.



10.00 am : 5 buah trak FRU penunh dengan anggota tiba di Sek. Ren J.K.C Khing Ming, Kuala Kubu untuk megawal sebarang kemungkinan. Suasana bagaimanapun masih terkawal manakala lalu lintas masih bergerak perlahan.


9.50 am : Calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim akan memulakan sesi lawatan ke pusat mengundi di Sek. Keb. Bandar Bharu Batang Kali jam 10.00 pagi ini.


9.40 am : Pimpinan PAS Kelantan termasuk Exco kerajaan YB Baihaqi Atiqullah serta Ahli Parlimen Rantau Panjang bersama penyokong Pakatan merayu undi di Sek. Keb. Batang Kali.

Sekumpulan remaja lelaki membuat aksi 'wheely' sambil mengibar bendera BN dihadapan pemimpin dan penyokong pakatan.



9.30 am : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim juga tiba di Sek. Ren J.K.C Khing Ming, Kuala Kubu meninjau suasana pengundian.

Beliau disambut penyokong dan juga pengundi di kawasan berkenaan.

Sehingga kini, hanya penyokong Pakatan Rakyat sahaja berbaris di tepi jalan menuju ke pusat pengundian di sini manakala penyokong BN masih belum kelihatan.


9.27 am: Sekumpulan pemuda Pakatan Rakyat sedang berbalas sorakan dengan puteri Umno dan pemuda BN di Sek. Keb. Batang Kali.

Pemuda PR melaungkan 'tutup aurat' dan dibalas sorakan oleh pemuda BN.


9.25 am : Exco Selangor, Rodziah Ismail bertemu pengundi di Sek. Keb. Batang Kali.


9.20 am : Pengarah Pilihanraya PKR, Fauziah Salleh tiba di Sek. Ren J.K.C Khing Ming meninjau suasana.


9.15 am : Penyokong Pakatan Rakyat dan BN sedang hangat berbalas sorakan di sepanjang jalan Sek. Keb Batang Kali. Jalan pada waktu ini penuh sesak.

Para pengundi dilihat mula ramai datang dan masuk ke kawasan pusat mengundi.


9.00 am : Jalan menghubung pekan-pekan utama di Hulu Selangor kini sesak dengan kenderaan.

Kenderaan dari jalan Kuala Kubu menuju ke Batang Kali juga kini dilaporkan tidak bergerak akibat kesesakan.


8.50 am: Di pusat pengundian Sek. Ren J.K.C Khing Ming, kawasan pengundi Cina, keadaan juga masih lagi lengang.

Peyokong Pakatan Rakyat dari PKR, PAS dan DAP berbaris di sepanjang jalan membawa bendera dan poster calon.

Hadir sama, Exco kerajaan negeri Selangor, Ronie Liu. Penyokong BN bagaimanapun tidak kelihatan.




8.30 am : Didapati suasana pengundian sehingga jam 8.30 pagi ini masih belum rancak. Kehadiran pengundi masih lengang di kebanyakan pusat mengundi.



8.20 am : Sekumpulan penyokong BN dipercayai pemuda lasak Umno mula menunjukkan aksi nakal kepada penyokong PR di Sek Keb Bukit Sentosa. Keadaan bagaimanapun masih lagi terkawal.



8.15 am : Difahamkan jam 5 pg tadi, pemuda AMK menahan sebuah bas yang didakwa membawa pengundi hantu berdekatan IKBN Ampang Pecah. Mereka kemudiannya dikepong oleh sekumpulan pemuda lain namun berjaya dikawal pihak keselamatan.


8.05 am : Di Sek Keb. Rasa, Para petugas dari PAS dan Keadlilan memulakan tugas di barung dan tepi jalan dengan mengibarkan bendera parti dan poster calon.


8.00 am : Proses pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor bermula sebaik sahaja 48 pusat mengundi dibuka tepat jam 8.00 pagi.

Ianya akan tamat jam 5 petang dan semua peti undi akan dikumpulkan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Hulu Selangor.

Lintas Langsung Dari Hulu Selangor: Sehingga Jam 10 pagi: 16932 PENGUNDI ATAU 26.25 % SUDAH MENGUNDI

SPR mengumumkan bahawa kira-kira 16932 atau 26.25 % pengundi sudah membuang undi masing-masing sehingga jam 10.00 pagi.

Berita Sebelumnya....

BN DIJANGKA MEMPEROLEHI SEKURANG-KURANGNYA 900 UNDI POS

Pemerhati politik meramalkan BN sudah pasti memperolehi sekurang-kurangnya 900 undi pos dari jumlah keseluruhan undi pos sebanyak 1016 undi. 799 undi terdiri dari anggota Tentera dan Polis manakala 217 lagi terdiri dari para petugas sementara SPR.

Dijangkakan dari 799 undi tentera dan Polis, BN akan memperolehi 790 undi dan PKR dijangka hanya mendapat 9 undi sahaja. Ini bermakna dari 217 undi pos dari kalangan petugas SPR, PKR dijangka hanya mendapat 100 undi sahaja.

Semua orang tahu bahawa undi pos memang dipertikai ketelusan dan kerahsiaannya.

Lintas Langsung Dari Hulu Selangor: Aduan polis Orang Asli 'dihalang' mengundi

Anggota exco Selangor Elizabeth Wong membuat laporan polis awal pagi ini di pejabat polis Kuala Kubu Bahru kerana mendakwa terdapat percubaan untuk menghalang pengundi dari dua perkampungan Orang Asli daripada keluar mengundi dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hari ini.

Dalam laporannya, Elizabeth yang juga ADUN Bukit Lanjan mendakwa beliau menerima aduan daripada rakan-rakan dari kalangan Orang Asli yang mendakwa terdapat 'samseng' yang mengawal jalan masuk ke perkampungan mereka.

Seorang individu yang cuba mengambil gambar telah ditumbuk oleh salah seorang lelaki di sekatan di pintu tersebut.

Elizabeth berkata, beliau telah mengenal pasti dua perkampungan terbabit sebagai Kampung Orang Asli Kirling dan Kampung Orang Asli Pertak.

Elizabeth percaya ia bertujuan untuk menghalang Orang Asli daripada keluar mengundi hari ini.

Difahamkan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan sebahagian besar masyarakat Orang Asli mencenderung menyokong PakatanRakyat dan mungkin mengundi PKR hari ini.

Elizabeth berkata, beliau mahu polis bertindak segera membuang halangan di dua perkampungan Orang Asli terbabit.

Lintas Langsung Terus Dari Hulu Selangor : Hulu Selangor: Sudah 12 % Keluar Undi Satu Jam Pertama


HULU SELANGOR, 25 April — Kira-kira 12 peratus pemilih telah keluar mengundi dalam tempoh satu jam pertama dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Ia bersamaan dengan 7,891 pengundi.

Bahagian Hulu Selangor mengandungi 64,500 pemilih layak mengundi.

“Proses pengundian berjalan lancar dengan kesemua 136 saluran dibuka serentak pukul 8 pagi tadi,” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar kepada The Malaysian Insider.

Berita Sebelum...

Jumlah pengundi: 64,500 - Melayu (34,020 - 52.7%), Cina (16,964 - 26.3%), India (12,453 - 19.3%), Orang Asli (1,000). [Klik 'Refresh' atau 'Reload' untuk mendapat maklumat terkini]

------------------------------------------------------------------------
Proses mengundi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor bermula pagi ini sebaik sahaja 48 pusat mengundi dibuka jam 8 pagi ini

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tiba di kawasan majoriti pengundi Cina di Baru Kelompang. Penyokong Pakatan di hadapan 'pondok panas' MCA mengusik beliau sambil melaungkan "Dato, marilah sini ambil gambar."

Chua hanya tersenyum dan melambai tangannya. Katanya, beliau yakin BN akan menang. "Saya yakin BN akan menang, tapi dari segi peratus tak tau."

Beliau mengaku bahawa strategi kempen MCA yang hanya ditumpukan kepada isu kampung baru dan pembangunan setempatan, tidak mampu menarik sokongan pengundi muda Cina dan pengundi yang tinggal di luar kawasan itu.

9.42pagi: Penyokong BN di Rasa, Kuala Kubu Bahru (kawasan majoriti pengundi Cina) lebih ramai daripada penyokong Pakatan. Mereka kelihatan 'mengejek' kenderaan yang membawa bendera PKR. Ada sesetengahnya cuba menutup tingkap kenderaan yang bergerak perlahan itu dengan bendera BN.

Penyokong kedua belah pihak yang berjumlah sekitar 70 orang, hampir bergaduh apabila seorang yang memprotes pembinaan menara TNB di Rawang naik angin dan mahu berdepan dengan penyokong di sebelah BN. Bagaimanapun anggota polis berjaya menenangkan keadaan.

Penyokong Pakatan melaungkan "Reformasi" manakala penyokong BN menjawab "Sudah Basi".

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat 'pondok panas' BN di kawasan majoriti Melayu di Sungai Buaya. Kelihatan sekitar 100 penyokong BN dan Pakatan berdiri di kiri kanan jalan mencari undi bagi calon masing-masing.

9.24pagi: BN sediakan 'pondok panas' di sebuah rumah berhadapn dengan pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan KKB,kawasan majoriti Melayu. Tiada kelihatan 'pondok panas' PKR di situ.

9.10pagi: Calon BN P Kamalanathan beredar dari pusat mengundi Sungai Choh untuk meninjau pusat mengundi yang lain. Beliau menyifatkan sambutan para penugndi sebagai 'fantastik'.

Agak ramai pengundi yang beratur untuk membuang undi, sebahagian besarnya wanita dan warga emas. Kelihatan kira-kira 20 penyokong BN dan Pakatan berdiri di kedua belah jalan, sambil memujuk pengundi yang lalu lalang di situ supaya mengundi calon mereka.

Beberapa kenderaan yang lalu di situ membunyikan hon masing-masing sebagai tanda sokongan.

8.42pagi: Di Kuala Kubu Bahru, walaupun SPR telah memberi amaran semalam, namun PKR telah menyediakan tempat untuk pengundi menyemak pusat mereka mengundi.

Tetapi petugas yang memperkenalkan dirinya sebagai Mr Siaw berkata SPR, yang turut menyediakan tempat yang sama, telah mengarahkan mereka supaya menutupnya.

Sementara itu,

Pusat pengundian tersebut menyediakan 136 saluran di 47 sekolah dan dewan masyarakat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyelia proses pengundian hari ini, dengan diketuai oleh pegawai pengurus pilihan raya, Nor Hisham Ahmad Dahlan. Parlimen Hulu Selangor mempunyai seramai 63,701 pengundi.

Nor Hisham yang juga pegawai daerah Hulu Selangor menasihatkan mereka supaya datang ke pusat mengundi awal kerana tengah hari dijangka hujan.

Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian penyandingnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia bulan lalu akibat barah otak.

Ia menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara ketua penerangan MIC P.Kamalanathan dari BN dan bekas ahli parlimen Kota Bharu Datuk Zaid

Polis pula menggerakkan lebih 1,000 petugas dan beberapa helikopter bagi memastikan proses mengundi berjalan lancar.

Proses mengundi akan tamat jam 5 petang dan semua undi itu kemudiannya akan dikumpulkan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Hulu Selangor.

Keputusan pengundian dijangka paling awal dapat diketahui sekitar jam 9.30 malam.




Proses mengundi PRK Parlimen Hulu Selangor bermula

HULU SELANGOR 25 April - Proses mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor bermula pagi ini sebaik sahaja pusat-pusat mengundi dibuka pukul 8 pagi ini.

Sejumlah 48 pusat mengundi yang ditempatkan di 47 sekolah dan dewan masyarakat yang menyediakan 136 saluran mengundi mula dibuka untuk pengundi pagi ini, dengan diselia oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ia diketuai oleh pegawai Pengurus Pilihan Raya, Nor Hisham Ahmad Dahlan yang merupakan Pegawai Daerah Hulu Selangor.

Seramai 63,701 pengundi dijangka mengundi hari ini untuk memilih Anggota Parlimen baru kawasan itu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meninggal dunia pada bulan Mac lalu.

SPR menjangka kira-kira 80 peratus pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi pada PRK ini dan beliau menasihatkan mereka supaya datang ke pusat mengundi awal kerana tengah hari dijangka hujan.

Polis menggerakkan lebih 1,000 petugas dan beberapa helikopter bagi memastikan proses mengundi berjalan lancar.

Di beberapa pusat mengundi kelihatan para pengundi sudah mulai beratur sebelum pusat mengundi dibuka lagi, seakan-akan tidak sabar untuk memilih antara ketua penerangan MIC P. Kamalanathan, 44, dari Barisan Nasional (BN) dan bekas Anggota Parlimen Kota Baharu Datuk Zaid Ibrahim, 59, dari PKR; untuk mewakili mereka di Parlimen nanti.

Proses mengundi akan tamat pada pukul 5 petang, diikuti dengan proses menghitung undi di semua pusat mengundi.

Semua undi itu kemudiannya akan dikumpulkan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Hulu Selangor di sini, dan paling awal keputusan dijangka dapat diketahui ialah pukul 9.30 malam.

Jom Telusuri Pelbagai Kepincangan Dalam YBK... Sapa Nak Jawab


Laporan audit ke atas dana dan aset Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) menunjukkan pelbagai kepincangan di samping penguasaan keluarga Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Sakom sebagai pemegang amanah yayasan itu.

Menurut laporan itu, tanah milik YBK didapati telah digunakan oleh badan itu untuk membangunkan projek komersil atas tanah untuk orang miskin serta mencagarkan tanah-tanah lain kepada pihak ketiga serta tidak membayar cukai tanah.

Laporan itu juga mendapati Zainal Abidin yang juga bekas ADUN Batang Kali, menjadi pengerusi YBK sejak badan itu ditubuhkan pada 1990 dan isteri beliau, Hartini Osman menjadi pemegang amanah YBK.

Zainal turut menjadi ahli lembaga pengarah permodalan YBK Sdn Bhd selain mempunyai kepentingan dalam syarikat yang berurusan dengan YBK.

Fail-fail diambil oleh SPRM

Lebih mengejutkan laporan itu mendedahkan juru audit kerajaan tidak
dapat menyiasat status projek tertentu di Hulu Selangor kerana fail-fail berkaitan sudah diambil terlebih dahulu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

6. Menurut Selangorkini, semakan audit mendapati:

16 lot tanah YBK digadaikan kepada individu dan syarikat untuk berjuta-juta ringgit. PYBK terbabit dalam lima cagaran itu membabitkan RM102 juta. Ia tersasar dari tujuan asal untuk membasmi kemiskinan.

Cagaran itu menyebabkan tanah yang sepatutnya dibangunkan untuk membantu orang miskin beralih ke tangan pihak ketiga.

YBK dan anak syarikatnya diberikan hampir 2,000 ekar tanah dan tidak membayar tunggakan cukai tanah berjumlah RM7.36 juta kepada kerajaan negeri.

Dalam pada itu sumber-sumber memberitahu YBK menjalin kerjasama dengan tujuh syarikat termasuk empat anak syarikat – PYBK Usahasama, PYBK Resort and SPa, Servecare dan Serendah Height Sdn Bhd yang ditubuhkan dengan modal berbayar RM2 dan RM3.
YBK dan anak syarikatnya yang dianugerahkan 1,977.428 ekar tanah dibeberapa daerah tidak menjelaskan cukai tanah berjumlah RM7.36 juta.

Tiada bayaran atau laporan terhadap tanah yang dikurniakan di Serendah sejak 13 tahun lalu.

Projek penempatan rakyat termiskin daerah Gombak dibatal dan digantikan dengan pembangunan bercampur melibatkan pembinaan 410 unit rumah kedai dan pangsapuri.
YBK tidak pernah memohon secara rasmi membina universiti daripada mana-mana agensi kerajaan yang terlibat.
Laporan kewangan YBK di laman webnya tidak memperincikan aktiviti syarikat subsidiari seperti cagaran tanah.

Ada rumah-rumah projek perumahan rakyat termiskin diduduki bukan golongan miskin.
Zainal mempunyai saham dalam syarikat PYBK Usahasama Prihatin Ehsan, PYBK Usahasama, Servecare dan Serendah Sdn Bhd yang menjalankan projek-projek YBK.

Apabila pasukan audit dalaman cuba mendapatkan maklumat lanjut mengenai aset YBK di pejabat Tanah Hulu Selangor mereka diberitahu fail berkaitan sudah tiada lagi dalam simpanan.

Pegawai pejabat berkenaan melaporkan fail-fail berhubung urusan tanah YBK telah diambil oleh SPRM yang dikatakan juga sedang menyiasat kes yang sama.
Dalam pada itu sumber-sumber kerajaan negeri memberitahu akaun YBK tidak telus dan tersasar dari perlembagaan YBK.
Contohnya, undang-undang tubuh YBK mensyaratkan badan itu harus membelanjakan 70 peratus pendapatan untuk melaksanakan projek membantu orang miskin tetapi ini tidak dilakukan.

Pada 1996, hanya 15 peratus daripada pendapatan RM23 juta dibelanjakan untuk projek.
Pada tahun 2007, YBK mempunyai aset atau harta bernilai RM20 juta. Ini juga tidak dimanfaatkan mengikut garis panduan YBK untuk membantu golongan miskin.
Penyata kewangan YBK 2008 tidak telus

Laporan audit juga mendapati penyata kewangan 2008 yang disiarkan dalam laman YBK tidak telus, tidak mempunyai pecahan atau nota terperinci sebagaimana seharusnya.
Kerajaan negeri Selangor mengarahkan siasatan audit ini diadakan selepas YBK enggan bersikap telus dan menolak keperluan menteri besar dan barisan exco mengambil peranan langsung dalam menguruskan YBK.

Ini untuk memastikan segala sumbangan kerajaan negeri dimanfaatkan sepenuhnya untuk golongan miskin dan tidak dibolot oleh pemimpin tertentu.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji laporan audit berkenaan dan mengatur langkah untuk memastikan tiada lagi penyelewengan atas tanah-tanah yang disumbangkan kepada yayasan tertentu untuk tujuan amal.

Najib Bersumpah Lagi.. Tak Kenal Pun Altantuya?? Zul Londeh Habis Kisah Anwar Kepada Najib..


HULU SELANGOR, 24 April — Selepas tiga hari mengingatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sudah mengetahui “kesemua” rahsia Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, Datuk Seri Najib Razak bersumpah sekali lagi - beliau tidak sama sekali kenal wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh empat tahun lalu.

Perdana Menteri dengan membacakan ayat-ayat suci bersumpah ketika berucap dalam kempen pilihan raya kerusi Parlimen Hulu Selangor di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung kira-kira 10.30 malam tadi.

Hari ini hari terakhir kempen pilihan raya kecil ini.

Najib ucapkan sumpah beliau selepas menyentuh kes liwat kedua Anwar membabitkan bekas pembantu peribadinya Mohd. Saiful Bukhhari Azlan.

“Saya sudah bersumpah sebelum ini, di masjid, saya bersumpah sekali lagi hari ini,” kata Najib yang juga Presiden Umno.

Turut hadir pada persinggahan kempen di sini — malam terakhir kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor ialah bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Najib membuat sumpah berhubung isu kematian wanita Mongolia ini ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh Ogos 2008.

Ketika itu beliau merupakan timbalan perdana menteri.

“Saya tak kenal dia,jangan tuduh,” kata Najib lagi.

“Satu pembohongan besar dan dahsyat,” kata beliau.

Sejak Altantuya dibunuh banyak tuduhan dilemparkan terhadap Najib, antara lain mendakwa beliau ada hubungan wanita berkenaan.

Malam ini, Najib juga berkata, beliau telah dimaklumkan segala-galanya oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin kepada beliau baru-baru ini.

Zulkifli yang kini merupakan Ahli Parlimen Bebas selepas dipecat oleh PKR mengikuti rombongan lawatan ke luar Washington, diketuai Najib, baru-baru ini.

Najib berkata, Zulkifli selaku bekas peguam salah seorang tertuduh kes Altantuya, Azizul Azilah Hadri tahu segala maklumat mengenai kes itu.

Ketika berkempen di sini tiga hari lalu. Najib berkata dua wakil Bebas yang mengikuti beliau ke Washington baru-baru ini - bekas wakil rakyat PKR - sudah mendedahkan segala perkara berkaitan dengan fitnah dan strategi pembunuhan karektor digerakkan oleh Anwar selama ini.

Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim dan Zulkifli telah mengadakan pertemuan dengan Najib, yang disifatkan Perdana Menteri “sebagai hampir setiap malam” ketika berada di Washington.

“Saya tahu semua, sampai seluar dalam pun. Dia dah cakap segala-segalanya (kepada saya),” kata beliau.

Kira-kira dua minggu sebelum menyertai rombongan Najib, Zahrain dan Zulkifli telah mendedahkan sedikit sebanyak gerak-geri Anwar termasuk rancangan 16 September mahu mengambil alih kerajaan pusat ketika sesi perbahasan di Parlimen.

Zulkifli pula mendedahkan isu berkaitan pembunuhan wanita Mongolia.

Ekoran pendedahan itu Najib berkata beliau bersedia untuk bertemu dengan Zulkifli yang mendedahkan telah ditawarkan ganjaran lumayan untuk mengaitkan beliau dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan Altantuya.

Zulkifli juga mendedahkan bahawa beliau telah mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dengan kes pembunuhan sekitar tahun 2004.

Bas Disimpan Di sini...IKBN Pertak Sorok Pengundi Hantu? Jom Serbu, Betul Ke Tak??


KUALA KUBU BAHARU 25 Apr - Petugas KEADILAN berjaya menahan beberapa buah bas di IKBN Pertak, Kuala Kubu Baharu awal pagi ini yang dipercayai digunakan untuk mengangkut pengundi hantu ke pusat-pusat mengundi di Hulu Selangor.

Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Fariz Musa yang mengetuai operasi 'menangkap' penghuni hantu yang di bawa oleh Umno-Barisan Nasional bagi memastikan kemenangan mereka pada pilihan raya kecil hari ini berkata, sebanyak kima buah bas kilang didapati diparkir di luar IKBN Pertak sejak pukul 3 pagi tadi.

"Apabila kami sampai sebanyak 15 buah kereta keluar dari IKBN dan kesemua kereta mempunyai antara 5 hingga 6 orang.

"Kita tidak tahu sejak pukul berapa mereka melakukan operasi memnbawa pengundi hantu tetapi kami percaya ramai yang telah di bawa keluar," kata Fariz.
Fariz berkata pihaknya telah memaklumkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan tetapi sehingga kini tidak ada respons.

Petugas KEADILAN kini sedang mengawal laluan agar pengundi hantu tidak keluar daripada IKBN sementara menunggu ketibaan polis.

Itulah BN, Nak Tolong Rakyat Bersebab... Kenapa Ler Hampa Janji di Waktu Ini,Padahal Boleh Janji Waktu Lain??...

Projek Lebuh Raya Bertingkat Bukan Projek Khas Pilihan Raya - Shaziman


BUKIT BERUNTUNG: Kementerian Kerja Rakyat menyifatkan pembinaan projek pembinaan persimpangan bertingkat Sungai Buaya di Lebuh Raya Utara-Selatan yang menelan belanja kira-kira RM85 juta, adalah projek lazim bagi kerajaan dalam usaha menyediakan kemudahan asas kepada rakyat.

Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor, bagaimanapun menolak dakwaan pihak tertentu yang mendakwa pembinaan persimpangan bertingkat itu sebagai 'projek khas' bagi menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Sebaliknya beliau berkata, projek itu sememangnya sudah dirancang kerajaan sejak dari dulu lagi termasuk dengan pembinaan persimpangan bertingkat di Alur Pongsu dan Bukit Gambir.

"Jika ada orang kata persimpangan bertingkat ini adalah penipuan daripada kerajaan, bagaimana dengan persimpangan bertingkat di Alur Pongsu dan Bukit Gambir yang hari ini ia sudah ditender dan ini menunjukkan sudah menjadi perkara lazim untuk kerajaan melakukan pembangunan secara terancang.

"Bagi kementerian saya dari segi projek persimpangan bertingkat ini, ia bukan perkara istimewa ataupun khas untuk Hulu Selangor. Ini perkara lazim yang kementerian kami lakukan, tradisi kerajaan membangunkan infrastruktur dibawah kawal selia kementerian ini," katanya selepas menyampaikan hadiah pertandingan mewarna kepada kanak-kanak di Sungai Buaya di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan perkara itu yang sememangnya dinantikan oleh kira-kira 5,000 penduduk Bandar Sungai Buaya dan hampir 20,000 penduduk sekitarnya apabila yang sememangnya mengharapkan kemudahan itu.

Pembinaan persimpangan bertingkat itu kata Perdana Menteri, bukti kerajaan Barisan komited mengatasi masalah rakyat terutama di kawasan berkenaan selaras dengan slogan 'rakyat didahulukan'.

Shaziman berkata, beliau yakin dan akan memastikan projek berkenaan dapat disiapkan mengikut jadul yang ditetap. Syarikat yang akan melaksanakan projek berkenaan tersenari di Bursa Saham dan mempunyai keupayaan mencukupi.

Katanya, difahamkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sedang mengadakan perbincangan dengan pelbagai agensi termasuk pejabat daerah dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) bagi proses pengambilalihan tanah.

"Ini lazimnya memerlukan 20 hingga 25 hektar tanah untuk diambil alih dan sebenrnya sebab itu hari ini kita melihat kerajaan negeri pun tidak menafikan perkara ini... realitinya dia tahu LLM sudah berbincang dengan pejabat daerah dan UPEN. Jadi bagaimana hendak katakan ini projek tidak betul.

"Saya mengharapkan kerajaan negeri... berhubung perkara pengambil alihan tanah ini, jangan melengah-lengahkan perkara ini kerana tujuan kesejahteraan rakyat. Beri kerjasama sebaik mungkin kepada LLM dan kerajaan pusat supaya projek ini dapat dilaksanakan dengan cepat itu saya minta," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.