Terkini!!! Inilah Wajah Pelajar Malaysia Yang Ditikam 14 Kali Selepas Tonton Bola Sepak Di Nottingham, United Kingdom.. Jom Terjah!!



Seorang pelajar Malaysia terpaksa menerima 11 jahitan selepas cedera ditikam 14 kali oleh tiga remaja dalam satu kejadian di Nottingham, United Kingdom semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa, Ahmad Izat Ahmad Mazni dikatakan baru pulang daripada menonton perlawanan bola sepak.

Kajang Oh Kajang!!! DS Anwar Jelaskan Kenapa Bertanding Di Kajang? Ini Jawapannya.. Jom Terjah!!


Anwar Ibrahim dikerumuni media selepas mengadakan sidang akhbar mengenai isu konsesus negara di Ibu Pejabat PKR di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Januari, 2014.Anwar Ibrahim dikerumuni media selepas mengadakan sidang akhbar mengenai isu konsesus negara di Ibu Pejabat PKR di Kuala Lumpur. Selepas diserang bertalu-talu di media sosial berhubung keputusannya untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan beliau akan menjelajah kawasan tersebut bagi memberikan penerangan.
Anwar juga berkata beliau akan menjelaskan mengenai keputusan dan strategi seterusnya dalam menjadikan kerusi DUN Kajang bagi melonjak Pakatan Rakyat (PR) ke Putrajaya.

Gempar!!! MB Selangor Umum Ketua Pembangkang, DS Anwar Sebagai Calon PRK DUN Kajang, Apa Sebenarnya? Jom Terjah!!!




Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada pilihan raya kecil akan datang.

Terkini!!! 20 Pelajar KUIN Tersesat Di Gunung Jerai Ditemui Selamat.. Alhamdulillah


Seramai 20 pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) tersesat di Gunung Jerai dekat sini selepas menaiki gunung tersebut sejak pagi semalam, berjaya ditemui anggota penyelamat, malam tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata pihaknya menerima maklumat daripada polis bahawa 18 pelajar wanita dan dua pelajar lelaki dipercayai hilang, pada pukul 6.24 petang semalam.

Al-Fatihah: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib Kembali Ke Rahmatullah, Solat Jenazah 10.00 Pagi Nie..


KUALA LUMPUR:
 Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib kembali ke rahmatullah di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 12.05 tengah malam ini.

Demikian dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Katanya, perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh anak Allahyarham.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri memberitahu jenazah Almarhum Ustaz Harun dijangka disolatkan pada jam 10 pagi nanti di Markas Tarbiyah Kubang Lembik, Manir, Kuala Terengganu.

Sehubungan itu, beliau menjemput seluruh ahli PAS agar beramai-ramai hadir mendoakan kebaikan untuk almarhum.



“Moga Allah merahmati roh beliau dan meletakkan beliau bersama roh para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.

Bongkar!!! Tudiaaa Jelas Sudah: Konflik Penyingkiran Azmin Ali Terjawab.. Jom Terjah!!!

PETALING JAYA: Persoalan mengenai siapa yang bertanggungjawab dalam konflik penyingkiran Mohamed Azmin Ali daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akhirnya terjawab apabila minit mesyuarat menunjukkan kegagalan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) memuktamadkan status keanggotaan Adun Bukit Antarabangsa itu ketika proses lantikan semula dibuat sebagai punca kepada segala kemelut ini.
Kekeliruan bermula apabila MMKN yang bersidang pada 13 November tahun lalu dan dipengerusikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hanya meluluskan dua nama untuk menganggotai ahli lembaga pengarah PKNS tanpa menyebut secara jelas atau bertulis mengenai status Mohamed Azmin.

Hangit!!! Zizan Bercumbuan Dengan Emma Maembong Di Atas Kapal Terbang, Ini Jawapan Zizan.. Jom Terjah!!!

Zizan menafikan berkelakuan tidak senonoh dengan Emma Maembong seperti didakwa dalam sebuah ruangan gosip pada Ahad lalu.
PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Zizan Razak menafikan dia dan aktres Emma Maembong bercumbuan dan bersikap tidak senonoh di dalam kapal terbang ketika penerbangan ke Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Zizan atau nama sebenarnya, Razizan Razak, 30, berkata, gosip yang ditimbulkan itu tidak masuk akal kerana pemergian mereka ke negara itu turut disertai oleh pengurus dan beberapa krew penggambaran.
"Pemergian ke Amerika Syarikat bukan kami berdua sahaja tetapi pengurus dan beberapa krew turut ikut. Takkan saya hendak buat perkara macam itu di hadapan mereka semua.

Gempar!!! DS Anwar Lagi.... TERBARU, Jom Terjah!!!

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) dihalang memasuki Jepun oleh pihak imigresen negara tersebut pagi tadi.

Anwar yang dikatakan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada jam 6.45 pagi bukan sahaja gagal melepasi pemeriksaan imigresen bahkan diarahkan pulang menaiki penerbangan pertama dari Tokyo.

"Saya dihalang ketika untuk memasuki Jepun dan diarahkan untuk pulang ke Malaysia sekiranya tidak berbuat demikian pihak berkuasa akan menahan saya," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Alhamdulillah (Gambar2) Ustaz Don Sudah Bergelar Bapa.. Tahniah!!!

Tahniah diucapkan buat pendakwah dan penyampai rancangan kuliah interaktif  30 minit Ustaz Don di TV Alhijrah, Don Daniyal Don Bijayid malam tadi telah menjadi seorang bapa.

Berita gembira itu dikongsikan Don Daniyal atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Don menerusi laman sosial Facebooknya.

Ustaz Don berkata, bayinya itu telah selamat dilahirkan pada jam 10.25 malam tadi waktu Malaysia dengan berat 3.5 kilogram.

Allahu Akbar!!! (Gambar) Awat La Sampai Macam Nie Sekali.. Lelaki Ini Lakukan Perbuatan "Terlampau" Ketika Solat.. Jom Terjah!!


Sumber -Na'imNikmat.blogspot.com

Allahu Rabbi.. BERAPI!!! (Gambar) Inilah Seorang Guru Besar Yang Didakwa Berada Atas Tubuh Guru Wanita Tanpa Seluar.. Jom Terjah!!


KOTA BHARU - Seorang guru besar dan guru sebuah sekolah rendah di Pasir Mas diarah Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam supaya membela diri atas tuduhan mukadimah zina, April lalu.

Perintah dibuat Hakim Syarie, Nik Najib Che Hassan terhadap guru besar berusia 54 tahun dari Kampung Perupok, Chetok, Pasir Mas, dan pasangan berusia 26 tahun dari Taman Lubok Jong, daerah sama.

BERAPI!!! Kemelut Tamatkan Jawatan YB Azmin Dari PKNS Makin Berapi.. JomTerjah!!!!


Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkata keputusan untuk menamatkan jawatan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai ahli PKNS dibuat oleh mesyuarat exco.

Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek berkata, jawatan Azmin ditamatkan melalui surat bertarikh 8 Januari lalu, sebenarnya dibuat selaras dengan mesyuarat exco pada 13 November dan disahkan pada 4 Disember tahun lalu.

Hangat!!! Gugurkan Azmin Ali Selaku Lembaga Pengarah PKNS Adalah Kerja Orang Ini.. Jom Terjah!!!


SHAH ALAM – Keputusan untuk menggugurkan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali selaku ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Selangor (PKNS) dibuat oleh itu Pengurus Besar PKNS, Othman Omar.

Perkara ini didedahkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, hari ini.

Gempar!!! 'Sultan Melaka' Ditahan Polis, Ini Butirannya.. Jom Terjah!!!


Jasin: Lelaki yang mendakwa dirinya sebagai `Sultan Melaka’ Noor Jan Tuah, 56, ditahan polis ketika cuba menaiki feri untuk ke Pulau Besar, pagi tadi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menganjurkan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Asisten Komisioner Raja Sharom Raja Abdullah berkata, tangkapan itu dibuat di Jeti Anjung Batu, Serkam, di sini, kira-kira jam 10.50 pagi tadi.

Ganas!!! Punca Timbalan Menteri Pendidikan II Ditumbuk Seorang Pemuda Di Pejabat Ahli Parlimen Itu Terdedah.. Jom Terjah!!

kamalanathanTimbalan Menteri Pendidikan II, P.Kamalanathan mengadu ditumbuk seorang pemuda di pejabat Ahli Parlimen Hulu Selangor, petang Ahad.
Kejadian dipercayai berpunca rasa tidak puas hati pemuda terbabit ketika ayahnya berjumpa Kamalanathan sebelum insiden yang berlaku di pejabat wakil rakyat itu kira-kira jam 2.30 petang.

Terkini!! Kedah Umum Cuti Thaipusam Sebagai Cuti Peristiwa Setelah Mendapat Perkenan.. Jom Terjah!!!

BALING: Kerajaan Kedah mengumumkan 17 Jan ini sebagai cuti peristiwa sempena sambutan perayaan Thaipusam.
Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata perkara itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Sultan Kedah.
Katanya kerajaan negeri telah berusaha menjadikan sambutan perayaan Thaipusam sebagai hari cuti di negeri ini, dan ia menjadi kenyataan apabila diperkenan menjadi cuti peristiwa untuk tahun ini.

Aduhai!!! (Gambar2) Menteri Nie Buat Kenduri Dua Hari Berturut2 Di Hotel Mewah Dalam Masa Rakyat Terbeban, Ini Penjelasannya.. Jom Terjah!!!

gambar majlis resepsi perkahwinan jovian nina

Ia digelar "perkahwinan paling hebat tahun ini" kerana kemewahannya, tetapi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempertahankan dan berkata majlis perkahwinan serta resepsi makan malam mewah anak perempuannya diadakan di Kuala Lumpur sebagai perbelanjaan berhemah ketika Putrajaya mengambil langkah penjimatan.

Gempar Giler!!! MB Selangor Buat Bikin Gempaq Lagi.. Pengerusi PKR Bakal Digugur Dari PKNS, Ini Ceritanya.. Jom Terjah!!!


Isu pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kini semakin hangat apabila ura-ura sejak Oktober lalu menyatakan Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali bakal digugurkan dari memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS mewakili komponen parti PKR untuk penggal ini bakal terjawab.

Menurut sumber, PKNS telah menghantar surat kepada Azmin memberitahu beliau tidak dipilih semula menganggotai ahli Lembaga Pengarah PKNS untuk penggal baru, kira- kira jam 11 pagi semalam.

Azmin bagaimanapun dalam kiriman SMS kepada Sinar Harian hanya menjawab 'Ya' ketika ditanya mengenai perkara itu.

Gempar!!! (Gambar) Pesawat Cessna 172 Terhempas Di Empangan Batu, Ulu Yam... Ini Kisahnya.. Jom Terjah!!!



KUALA LUMPUR - "Kami dengar bunyi seakan benda terjatuh dan meletup kira-kira pukul 5 petang. Saya ingatkan bunyi mercun, tak sangka pula bunyi pesawat terhempas," kata seorang penduduk kawasan perumahan Empangan Batu, Ulu Yam di sini.
   
Khairul Abidah Basir@Anis hanya mengetahui bunyi itu datang daripada pesawat yang terhempas apabila beberapa anggota bomba dan penyelamat datang ke kawasan itu dan mencari suaminya yang bertugas sebagai pengawal di Empangan Batu.
   

Kemalangan Ngeri: Pemandu Lotus Berpantang Maut Sebelum Ajal, Kereta Lotus Rosak Teruk

MUAR: Meskipun keseluruhan badan kereta mewah jenis Lotus yang dipandunya berkecai dan hanya tinggal rangka, seorang lelaki terselamat daripada maut selepas terbabas melanggar bukit di Kilometer 147.2 Lebuhraya Utara Selatan dekat Pagoh di sini, awal petang tadi.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa, Lim Lik Wie, 40, dipercayai berasal
dari Johor Bahru cedera parah manakala anjing peliharannya mati di tempat kejadian.
Sebelum kejadian, dia yang dipercayai memandu laju kenderaan berkuasa tinggi itu.


Foto
PEMANDU cedera di beberapa bahagian badan dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan kecemasan.

Hangat!!! (Video) Wacana Sinar Siri Ke 24: Kejutan Ekonomi Selepas PRU13


Membawa tajuk 'Kejutan Ekonomi Selepas PRU13', Sinar Harian menampilkan barisan panelis yang tidak asing lagi, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Malaysia (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed dan pakar ekonomi dari Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Amir Hussin Baharuddin.

DI kala semua jari menuding ke arah kerajaan ekoran kemelut ekonomi negara yang semakin meruncing, bebanan hidup yang terus menekan rakyat, desakan demi desakan daripada pakatan pembangkang, muncul satu karakter yang layak digelar anak jantan.

Rakan seangkatan beliau seboleh-bolehnya mengelak menjawab persoalan ekonomi yang disifatkan membunuh namun, hari ini, pentas wacana Sinar Harian siri ke-25 yang mengangkat tajuk ‘Kejutan Ekonomi Selepas PRU13’ menjadi saksi apabila Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed tampil berdepan dengan masyarakat.

Keberanian beliau disifatkan sebagai anak jantan oleh moderator wacana kali ini, Dr Maszlee Malik.

Hangat Terkini!!! Akhirnya Perdana Menteri Umumkan Letak Jawatan.. Jom Terjah!!!


Perdana Menteri Tunisia, Ali Larayedh akan meletak jawatan dan menyerahkan kuasa kepada pentadbiran sementara, sebagai salah satu janji beliau kepada pembangkang untuk meletakkan demokrasi di negara ini kembali ke landasan sebenar.

Hong Leong Bank Berhad Nafi Dakwaan Tidak Benarkan Solat Di Surau Cawangan Bagi Kakitangan Bank, Tapi.. Jom Terjah!!!


Hong Leong Bank Berhad hari ini menafikan dakwaan ia tidak membenarkan sesetengah anggota Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (Nube) beragama Islam menunaikan solat di surau cawangannya di Kelantan dan Kuantan.

Dalam kenyataan akhbarnya, bank itu secara tegas berkata ia sentiasa menghormati semua amalan agama dan menyokong kebebasan beragama.

"Anggota Nube berkenaan bukan staf cawangan tertentu itu dan oleh demikian mereka tidak boleh memasuki kawasan keselamatan di mana terletaknya surau dan bilik kebal utama.

Terkini!!! Himpunan Aman Depan Hong Leong Bank.. Pasal Apa Pulak Nie, Mana 'Pejuang Kalimah Allah'? Jom Terjah!!!


Sewaktu aku melewati Jalan Perak yang menempatkan Wisma Hong Leong Bank dan sesiapa sahaja yang melalui kawasan itu akan melihat setiap hari akan adanya piket-piket dan bantahan oleh kakitangan Bank tersebut.

Bantahan demi bantahan dan tiada tindakkan dari pihak pengurusan,dan itulah selalu terjadi di Malaysia tercinta ini,walaupun Pemimpin-pemimpin kita terutamanya Pemimpin UMNO menyatakan kita sebuah negara Islam contoh.

Gila Babi: (Video & Gambar) Suami Paksa Isteri Muda Lakukan Seks Dengan Sepupu Umur 15 Tahun Untuk Dirakam.. Jom Terjah!!


Arau: “Dia tak patut hidup lagi di dunia ini kerana perangainya lebih teruk daripada binatang,” kata seorang isteri muda yang menjadi mangsa deraan seksual suaminya apabila dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang remaja berusia 15 tahun.

Malah, dalam kejadian yang berlaku jam 3 petang, 1 Januari lalu, si suami durjana itu turut membantu remaja terbabit merogol mangsa yang sedang hamil apabila wanita berkenaan meronta.

Hangat!!! Gara2 Bergambar Dengan DS Anwar Ibrahim Pemuda Ini Difitnah, Satu Laporan Polis Telah Dibuat.. Jom Terjah!!!


Malang betul mamat ni.. Gara-gara memuatnaik sekeping gambar yang telah dirakam bersama Anwar Ibrahim beberapa bulan lalu kelaman Twitter, beliau terus difitnah oleh macai sebagai 'Jambu' Anwar Ibrahim..

Seorang lelaki yang pernah bergambar bersama Anwar Ibrahim membuat laporan polis terhadap satu page yang dituduh memfitnah beliau.

Page Anti Semua Salah Umno di FB dituduh melakukan fitnah apabila mendakwa Afiez Saputra sebagai 'jambu' Anwar Ibrahim yang baru.

Allahu Rabbi: (Video & Gambar) Pensyarah IPTA Bunuh Isteri Sendiri Dengan Kejam Di Bilik Hotel, Suspek Turut Mati Selepas Kelar Diri Sendiri.. Jom Terjah!!

Polis mengusung mayat wanita yang dipercayai mati dibunuh oleh suaminya di sebuah hotel di Klang
Polis mengusung mayat wanita yang dipercayai mati dibunuh oleh suaminya di sebuah hotel di Klang
KLANG: Seorang wanita ditemui mati di sebuah hotel di sini manakala lelaki yang didakwa membunuh wanita itu mencederakan lehernya dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Kedua-duanya, mangsa dan suspek berusia 58 tahun itu berkongsi alamat yang sama berdasarkan kad pengenalan mereka, namun hubungan antara kedua-duanya masih belum dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Shukor Sulong berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.10 pagi Isnin apabila pekerja hotel mendengar bunyi bising dari bilik mangsa di mana kedua-duanya mendaftar masuk pada malam sebelumnya.
“Apabila pekerja terbabit datang untuk membuat pemeriksaan, dia mendapati lelaki tersebut menyerang wanita berkenaan,” katanya sambil menambah bahawa pekerja tersebut dengan segera menghubungi pihak polis berhubung kejadian yang berlaku.

Terkini!! Mahkamah Rayuan Ketepi Pengharaman BERSIH 3.0.. Jom Terjah!!!

Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara mengetepikan arahan Majistret Kuala Lumpur Zaki Asyraf yang mengharamkan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 2012, bawah Seksyen 98 Kanun Acara Jenayah (KAJ).

Panel tiga anggota, diketuai oleh Hakim Datuk Linton Albert, mempertimbangkan perintah arahan itu sebagai cacat, ekoran rayuan oleh Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (bawah) dan Ketua PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin.

Gempar Giler!!! (Gambar2) 4 Ekor Lembu Curi Disumbat Dalam Kereta Wira Akhirnya Kantoi.. Jom Terjah!!!


Dua lelaki kecewa selepas empat ekor lembu yang dicuri terpaksa ditinggalkan di dalam kereta Proton Wira selepas kereta rosak di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas.

PANAS!!! Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim Buat Hal Pulak, Apa Kata PM Haji Najib Lepas Nie? Jom Terjah!!!


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menyertai debat isu Allah apabila meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendiriannya sambil menegaskan dia tidak menyokong cara Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu Persatuan Bible Malaysia (PBM) yang merampas 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban.
"Jika Jais rasa ada tindakan yang melanggar undang-undang, mereka sepatutnya memanggil pihak berkenaan untuk memberi penjelasan.
"Tetapi anda tidak boleh berbuat tindakan drastik sedemikian kerana akan dilihat sebagai tindakan anti Kristian.

Gempar!! Menteri Akui Rakyat Terbeban Dengan Kenaikan Kos Sara Hidup : Hanya 3 Barang Naik, 10 Kerajaan Bantu.. Jom Terjah!!!


Meskipun rakyat terbeban dengan kenaikan kos sara hidup terutamanya kenaikan harga petrol, gula dan tarif elektrik, namun mereka tidak perlu melupakan 10 bantuan yang masih diberikan kerajaan, kata Datuk Ahmad Maslan (gambar).
Timbalan Menteri Kewangan itu berkata 10 bantuan rakyat itu termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia, bantuan kepada nelayan dan pesawah serta peruntukan kesihatan yang 99% disubsidikan kerajaan.
"Ini bukan pengumuman baru yang saya sebutkan. Tidak ada negara dalam dunia ini memberikan pakej bantuan sebanyak ini kepada rakyat.

Allahu Rabbi!! Amanah Dikhianati: YDP 2 Perkim, Profesor Emeritus Datuk Dr. Ariffin Suhaimi Disabitkan Kesalhan Menipu RM3.612 Juta.. Jom Terjah!!

Yang Dipertua 2 PERKIM dan dua ahlinya disabit menipu RM3.612 juta

SHAH ALAM: Yang Dipertua 2,Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Profesor Emeritus Datuk Dr. Ariffin Suhaimi, dan dua bekas ahli PERKIM; Datuk Baharin bin Baba, dan Abas bin Adam disabitkan dengan kesalahan menipu.

Mereka didakwa menipu sebagai Pemegang Amanah kepada Projek Menaikkan Taraf Laluan B9/ FT015 dari Lapangan Terbang Subang ke Hospital Sungai Buloh (Fasa 1) berjumlah RM3.612 juta.


Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah Khas (Rasuah), M.Bakri bin Abdul Majid menjatuhkan hukuman tersebut  di akhir kes pembelaan pada pagi tadi.

Hangat!!! Kenyataan Mufti Perak Disangkal Pelbagai Pihak.. Mantan Mufti Perlis Ada Penjelasannya.. Jom Terjah!!!


Semalam ada pihak yang bertanya saya tentang mereka yang memakai kasut semasa solat. Soalan itu merujuk kepada kumpulan anak-anak muda yang membantah kenaikan harga barang yang bersolat dalam keadaan memakai kasut di tempat mereka berkumpul.

Ada pula yang cuba menyatakan solat itu tidak sah, bahkan ada yang menyatakan itu seperti menghina solat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.