Gempar Giler!!! (Gambar2) 4 Ekor Lembu Curi Disumbat Dalam Kereta Wira Akhirnya Kantoi.. Jom Terjah!!!


Dua lelaki kecewa selepas empat ekor lembu yang dicuri terpaksa ditinggalkan di dalam kereta Proton Wira selepas kereta rosak di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas.





Lembu-lembu ditemui pada jam 7 pagi lebih kurang 15km dari lokasi kandang itu dicuri di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.
   
Lembu disumbat di bahagian but dan tempat duduk penumpang belakang. Pemilik ternakan telah pun melaporkan kejadian di Balai Polis Lunas pada jam 5 pagi


Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim Deputi Superitenden Chin Soo Song berkata kesemua lembu itu ditemui semula pada 7 pagi ini iaitu kira-kira 15km dari lokasi kandang ternakan haiwan itu dicuri, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.
    
"Keempat-empat ekor lembu itu disumbat di bahagian but dan tempat duduk penumpang belakang yang telah dibuang bagi membolehkan kesemua lembu itu diisi di dalam kereta itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
    
Pemilik ternakan melaporkan kejadian itu di Balai Polis Lunas pada 5 pagi ini, katanya.
    
"Polis dengan kerjasama orang awam menjumpai semula ternakan itu yang ditinggalkan (dalam kereta) di tepi jalan di Kampung Siam, dekat sini," kata Soo Song.
    
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, Asisten Supritenden C. Tharmalingham di talian 04-4906222 atau balai polis berhampiran. 


- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.