Inilah Wajah Penyanyi Terkenal Yang Didakwa Melakukan Hubungan Seks Dengan Peminatnya Sendiri Hingga Hamil.. Jom Terjah!!!

Justin Bieber
LOS ANGELES: Penyanyi lagu Baby, Justin Bieber dituduh telah menghamilkan seorang peminatnya bernama Mariah Yeater.

Menurut laporan Star Magazine, gadis berusia 20 tahun itu tampil membuat pengakuan telah melahirkan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan yang merupakan anak kepada penyanyi tersebut.

Justeru itu, Mariah telah menuntut Bieber dan kekasihnya Salena Gomez untuk memberi nafkah kepada bayi tersebut.

Bagaimanapun, pihak pengurusan Bieber telah mengeluarkan kenyataan menafikan tuduhan itu dan menganggap ia sebagai fitnah.

"Kami belum terima apa-apa tuntutan rasmi dari wanita tersebut dan menganggap ia sebagai fitnah.

"Malah kami akan mengambil tindakan mahkamah jika tuduhan tiada bukti ini diperbesarkan," ujar pihak pengurusan Justin Bieber dalam satu kenyataan media.

Gambar2 - MBku Melawat Dan Sumbangan Untuk Mangsa Ribut Di Kuala Sedaka... Ringankan Beban Mangsa Ribut!!!

  

YAN, 3 Nov: Kesemua 35 mangsa ribut yang mengalami kerosakan rumah akibat bencana alam yang berlaku pada Ahad dan Isnin lalu menerima bantuan kewangan dari Tabung Bencana Alam Daerah Yan.

Bantuan disampaikan sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Adun Sungai Limau pada pertemuan dengan mangsa tersebut di Surau Kampung Kuala Sedaka, petang semalam.

Hadir sama Pegawai Daerah Yan, Zahari Ismail, isteri kepada Ahli Parlimen Jerai, Kasmuri Jaafar dan Pegawai Khas Kawasan, Muzaini Azizan.

Terdahulu, Pejabat Menteri Besar Kedah melalui wakilnya juga telah melawat kesemua mangsa dan menghulurkan bantuan kewangan sehari selepas kejadian alam itu menjadikan keseluruhannya berjumlah RM600 setiap mangsa.

Azizan dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri bersimpati dengan mereka yang terbabit dengan bencana itu dan berharap bantuan yang disalurkan dapat meringankan bebanan membaik pulih kerosakan rumah yang dialami.

"Saya sedih kerana ketika kejadian saya tak ada di sini, dan apabila mendapat berita saya telah arahkan pegawai menghulurkan bantuan segera kepada mangsa yang terlibat.

"Saya berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung akibat kejadian bencana alam yang berlaku tanpa kehendak manusia," katanya.






YAB MB Kedah bersama Pegawai Daerah Yan, En. Zahari Ismail (kanan sekali), MKK serta Saab Md Arof, Pengerusi JKKP Kg. Kuala Sedaka, Yan (paling kiri) ketika meninjau kwsn yg dilanda ribut di Sedaka, Yan. YAB MB turut menyampaikan sumbangan kpd semua 35 mangsa.

Azizan kemudiannya dibawa melawat rumah-rumah yang mengalami kerosakan akibat bencana itu.

Oleh: Mohd Shubihi Muhamad Zain




 

Penjaga Gol Harimau Malaya "Bersosial Seksi" Ditegur Tegas Oleh Mufti.. Moga Tidak Berlaku Di Masa Akan Datang!!!

Elak majlis hidang arak

KOTA BHARU: Biarpun mendakwa dirinya tidak mengambil minuman keras tetapi penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat, 22, atau lebih dikenali sebagai Apek, perlu mengelak daripada mengunjungi tempat berkenaan kerana tindakannya ke situ turut dikira bersubahat.


Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed, berkata orang Islam wajar mengelak menghadiri majlis yang menyediakan benda haram seperti arak.

“Perumpamaannya mudah dan diibaratkan seperti kita ke tempat menjual minyak wangi. Badan kita sudah tentu berbau harum kerana minyak wangi dan begitu jugalah situasinya jika berada di majlis yang menyediakan minuman keras.

“Dalam isu ini, penjaga gol itu seharusnya mengelak daripada menghadiri majlis berkenaan kerana memang ada benda terlarang (haram) disediakan dan boleh bersubahat berada dalam keramaian yang menyediakannya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mengulas mengenai perkara itu, Mohamad Shukri berkata orang Islam yang tidak mengetahui majlis dihadiri itu menyediakan minuman keras tidak dikira bersubahat, tetapi dianggap sebaliknya jika perkara itu diketahuinya terlebih dulu. -hm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.