Dr Razali Dari HKL: Tiada Koyak Tapi Ada Tembusan

Perbicaraan liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi diadakan secara tertutup hari ini.

Bagaimanapun kali ini, ia hanya untuk selama kira-kira 13 minit untuk membolehkan peguam Karpal Singh memeriksa balas saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan, sebelum orang ramai, termasuk wartawan dibenarkan semula ke galeri awam.

Ia bersambung dengan saksi kedua, pakar bedah Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim dipanggil memberi keterangan.

Pakar itu memberitahu mahkamah bahawa dia telah menjalankan pemeriksaan ke atas lebih 100 pesakit yang mempunyai masalah dubur.

Beliau menjelaskan prosedur pemeriksaan dengan sampel dari dubur diambil melalui calitan kapas ataupun dengan picagari.

"Kedua-dua peralatan mesti disteril."

Karpal yang kurang senang kerana doktor berkenaan memberi keterangannya dalam Bahasa Melayu.

Ini menyukarkan pihak pembelaan yang terpaksa menterjemahkan pengakuan itu kepada pakar forensik, Dr David Wells yang dibawa dari Australia hari ini.

Dia diterbangkan untuk meneliti pengakuan yang dibuat oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa Saiful setelah mendakwa dia diliwat.

Wells adalah profesor madya di Jabatan Kriminologi di Universiti Melbourne dan juga ketua perubatan forensik di Victorian Institute of Forensic Medicine, Australia

Karpal membangkitkan isu bahasa kerana pakar forensik pihak pembelaan, Dr Wells tidak dapat memahami keterangan saksi yang diberi dalam bahasa Melayu.

Pertikaman lidah berlaku lagi sehingga memaksa mahkamah berehat seketika.

Ia bersambung semula pada jam 11.26 pagi dengan Dr Razali berkata dia mengambil tiga sampel daripada Saiful - satu di bahagian bawah rektum, satu lagi di bahagian atas rektum dan yang ketiga dari bahagian perianal.

Katanya, pelincir digunakan bagi memasukkan peralatan khas ke dubur Saiful.

"Saya perhatikan terdapat lembapan."

Dr Razali berkata laporan perubatannya menyatakan empat calitan kapas itu menunjukkan kehadiran air mani.

Selepas merujuk laporannya sendiri dan juga laporan dari makmal jabatan kimia, Dr Razali berkata dia membuat rumusan bahawa ada kesan tembusan dengan zakar.

"Ini konsisten dengan rentetan peristiwa oleh mangsa.”

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa laporan perubatannya menyatakan bahawa tiada bukti yang tidak dapat dipertikaikan bahawa tembusan melalui zakar berlaku kerana tiada kesan koyak, kecederaan atau luka mempertahankan diri.

Namun katanya, bukti klinikal itu bukan menyeluruh jika tanpa laporan makmaj jabatan kimia.

Karpal cuba memperolehi kebenaran untuk menyoal balas Dr Razali pada masa yang lain, tetapi ia dibantah oleh pihak pendakwaan.

Semua pihak yang terbabit kemudiannya beredar ke kamar hakim dan berbincang selama kira-kira 15 minit.

Perbicaraan kes itu akhirnya ditangguhkan sehingga esok selepas mahkamah membenarkan permohonan Karpal yang ingin merujuk kepada pakar forensik dari Australia itu sebelum mula menyoal balas Dr Razali.

Meskipun mendapat bantahan, hakim membenarkan permohonan itu. Perbicaraan akan bersambung jam 9 pagi, esok.

Liwat II: Perbicaraan Diteruskan Secara Tertutup

Saksi utama kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Mohd Saiful Bukhari Azlan yang juga pengadu kes itu, yang selesai memberi keterangannya pada Isnin lalu, hari ini sekali lagi diarahkan tampil ke kandang saksi.

Peguam Karpal Singh menyoal Saiful berhubung insiden di sebuah masjid di Wilayah Persekutuan di mana dia bersumpah dengan al-Quran bahawa dia diliwat oleh bekas majikannya, Anwar, sehari sebelum hari penamaan calon Permatang Pauh, dua tahun lalu.

Saiful sekali lagi berkata, jangka masa kedua-dua peristiwa itu adalah kebetulan.

Karpal kemudian bertanya kepada Saiful sama ada dia mengetahui bahawa Faez Khairi telah bernikah dengan adik perempuannya, Saidati Adha.

Saiful menjawab mereka melarikan diri. “Saya tak pasti,” katanya.

Apabila diasak oleh Karpal, sama ada dia mengenali Faez dan hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengarahkan Saiful untuk menjawab soalan berkenaan, Saiful berkata dia mengetahui bahawa Faez telah bernikah dengan adiknya.

Karpal k
emudian bertanya sama ada dia sedar bahawa Faez diancam, - Ketua pendakwa, Datuk Mohd Yusof membuat bantahan.

Sebaliknya Karpal berkata dakwaan liwat pada 26 Jun itu tidak berlaku tetapi Saiful tidak bersetuju. Katanya, kejadian berkenaan memang berlaku.

Menurut Karpal, semasa kejadian yang didakwa itu, Anwar berada di Unit 11-5-2.

Saiful
: Tidak, Anwar di 11-5-1.

Karpal: Kau menipu.

Saiful: Saya tak setuju. Anwar di 11-5-1.

Karpal kemudian memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan telah mengemukakan notis alibi dan Anwar tidak berada di unit berkenaan semasa dakwaan liwat itu berlaku.

Beliau
kemudiannya memohon perbicaraan diteruskan secara tertutup. Hakim membenarkan permohonanan itu dan meminta orang ramai meninggalkan galeri.

Sebelum itu, pagi tadi pihak pembelaan membuat lawatan ke kondominium Desa Dammansara di Kuala Lumpur, lokasi di mana Saiful mendakwa dia diliwat.

Mereka melawat Unit 11-5-2 pangsapuri itu yang terletak bersebelahan dengan Unit 11-5-1.

Karpal sebelum ini berhujah bahawa Anwar dan tetamunya bermesyuarat di Unit 11-5-2, bersebelahan unit yang Saiful dakwa dia diajak mengadakan hubungan seks selepas menghantar dokumen kepada bekas ketuanya itu.

Selasa lalu, peguamnya gagal melawat unit kondominium itu apabila pihak polis dikatakan membawa kunci yang salah.

Kedua-dua Unit 11-5-2 dan Unit 11-5-1 dimiliki oleh seseorang yang dikenali sebagai Hasanuddin, yang dikatakan adalah sahabat akrab Anwar. Unit 11-5-2 kini dihuni oleh Hasanuddin tetapi beliau sekarang menghabiskan masa dengan keluarganya di luar Kuala Lumpur.

Pasukan peguambela Anwar yang diketuai oleh Karpal meninggalkan kondominium Desa Damansara selepas meninjau kawasan itu kira-kira 20 minit.

“Kami berpuas hati dengan perkembangan ini,” kata Karpal kepada pemberita selepas lawatan itu.

Pakar foren
sik dari Australia, Dr David Wells yang tiba di Kuala Lumpur pagi tadi tidak datang bersama dalam lawatan itu.

Dia diterbangkan ke mari untuk meneliti pengakuan yang bakal dibuat oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa Saiful setelah mendakwa dia diliwat.

Wells adalah profesor madya di Jabatan Kriminologi di Universiti Melbourne dan juga ketua perubatan forensik di Victorian Institute of Forensic Medicine, Australia

Pertubuhan pro-Israel tertua di dunia: DS Anwar Ancaman Kepada Yahudi

Pertubuhan pro-Israel tertua di dunia, B'nai B'rith International, yang menyifatkan diri mereka sebagai jagoan Yahudi sejagat, mengisytiharkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ancaman kepada kaum Yahudi.

Dalam gesaan rasmi badan itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John F Kerry, B'nai B'rith mendesak Washington DC memutuskan semua hubungan dengan Anwar Ibrahim kerana membangkitkan kebencian terhadap Israel dan Yahudi-Zionis.

B'nai B'rith ditubuhkan pada 13 Oktober 1843 - ia mempunyai 200,000 anggota dan penyokong di 50 buah negara dan dikatakan sebagai gerakan yang paling aktif memperjuangkan kepentingan rejim Israel.

Harakah Daily dan juga TV Selangor mengeluarkan kecaman badan Yahudi itu terhadap Anwar dalam portal berita mereka.

Kecaman terhadap Anwar yang juga ketua umum PKR itu dibuat menerusi rasmi B'nai B'rith kepada John F Kerry, bertarikh 25 Mei lalu.

Ia melahirkan kebimbangan di atas kenyataan-kenyataan Anwar yang dikatakan anti-Israel semasa mendedahkan hubungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan firma perunding Apco Worldwide pada 30 Mac lalu di parlimen.

TV Selangor juga memetik B'nai B'rith yang memandang serius ucapan Anwar yang mereka sifatkan anti-Israel semasa membongkar pencerobohan perisik rejim Tel Aviv di ibu pejabat polis Bukit Aman.

"Manusia seperti Anwar Ibrahim tidak sewajarnya diberi penghormatan yang sekarang ini diterimanya hasil dari hubungan baik dengan Amerika Syarikat," tegas Presiden B'nai B'rith Dennis W Glick.

"Serangan beliau terhadap kerajaan Perdana Menteri Najib Abdul Razak disadur dengan fitnah yang anti-Yahudi dan anti-Israel," menurut surat itu lagi.

Anwar sebelum ini turut diserang portal rencana The New Ledger kerana mempersoalkan ikatan kerajaan Najib dan Apco Worldwide.

Penulis terbabit, Rachel Motte, menuduh Anwar sebagai ekstremis dan membidas tindakan beliau membantah "keberanian Najib" menurut kehendak Washington menekan Republik Islam Iran.

"Orang-orang kanan Anwar berkata kerajaan Malaysia melantik syarikat (Apco Worldwide) yang di dakwa mempunyai talian erat dengan rejim Zionis di Israel. Mereka mendakwa panel penasihatnya terdiri dari bekas ketua keselamatan kerajaan Israel dan ramai pekerjanya adalah bekas anggota Agensi Keselamatan Israel," kata Rachel Motte.

"Anwar terus membangkitkan sentimen anti-Semitik dengan mendakwa adanya perisik Israel dalam unit Teknologi Maklumat PDRM," menurut rencana itu lagi.

Penulis bagaimanapun tidak menampilkan bukti menunjukkan sebaliknya, mahupun bukti Apco Worldwide atau pekerjanya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan rejim Tel Aviv.

Anwar mendedahkan pencerobohan ejen perisikan Israel di Bukit Aman di Dewan Rakyat pada 6 April lalu berdasarkan kepada laporan Pengarah Bahagian Logistik PDRM Datuk Mahsuri Zainal.

Pasukan Komando Israel Hanyalah “Anjing-Anjing Liar” Washington “lemah dan berat sebelah”


Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad mengutuk tindakan Israel yang menembak mati para aktivis yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. Dalam ucapannya yang disiarkan oleh TV Iran pada 1 June 2010, Presiden Mahmoud Ahmadinejad meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk membuat resolusi yang dapat memotong tangan Israel supaya negara Zionis itu tidak dapat melakukan lebih banyak kejahatan.

“Saya meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk mencegah Zionis Israel dari melakukan kejahatan dan menyekat tangan mereka daripada melakukan jenayah-jenayah dengan satu keazaman kuat, “ kata Presiden Mahmoud Ahmadinejad ketika melakukan kunjungan ke kota Ilam, 700km sebelah tenggara Teheran.

Ahmadinejad juga mengatakan bahawa pasukan Komando Israel hanyalah “anjing-anjing liar” dan mengkritik Washington “lemah dan berat sebelah” dalam pendiriannya terhadap keganasan Israel.

Ia juga memperingatkan bahawa kemarahan negara-negara Islam akan membinasakan Israel.

Kekejaman Regim Israel: PM tolak jemputan sertai dialog Pakatan esok

KUALA LUMPUR, 3 Jun — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan menyertai rundingan meja bulat anjuran Pakatan Rakyat esok bagi membincangkan isu serangan tentera Israel ke atas kapal “Mavi Marmara” yang membawa misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, Isnin lepas.

Sebaliknya kata Najib, beliau sendiri akan membentangkan usul di Dewan Rakyat pada Isnin ini bagi isu itu dibahaskan.

Najib berkata demikian selepas melakukan tinjauan mesra di kawasan Taman Sea Park, Petaling Jaya.

Keputusan untuk pembentangan usul di Parlimen dibuat dalam mesyuarat Kabinet semalam.

Pakatan Rakyat bercadang untuk mengadakan rundingan meja bulat di Kelab Sultan Sulaiman esok sebelum menyerahkan memorandum mengecam serangan Israel kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS).

Kelmarin, Najib berkata bahawa Malaysia akan mengusulkan agar pencabulan dan keganasan yang dilakukan oleh Israel itu dibawa ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Seramai 12 rakyat Malaysia termasuk dua wartawan stesen televisyen Astro Awani berada dalam kapal Turki, “Mavi Marmara”, dan mereka dilaporkan selamat dalam serangan itu yang mengakibatkan beberapa sukarelawan terbunuh.

Israel, yang dikecam hebat oleh masyarakat antarabangsa, dilaporkan berkata ia akan mengusir keluar kesemua 682 sukarelawan dari 35 negara yang ditahannya dalam serangan itu.

Dalam pada itu, kapal utama tajaan Perdana Global Peace Organisation (PGPO) MV Rachel Corrie akan meneruskan perjalanan mereka ke Gaza dalam mencapai misi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin.

Penasihat PGPO Datuk Mukhriz Mahathir berkata walaupun sebuah kapal dari Turki, “Mavi Marmara” diserang oleh tentera Israel, PGPO masih bersemangat untuk memberi bantuan kepada rakyat Palestin dan berharap kapal Rachel Corrie akan diberi laluan selamat dan semuanya akan berjalan lancar.

Muhkriz meminta orang ramai memberi pandangan dan sokongan mereka terhadap misi bantuan kemanusiaan itu dengan melayari laman web www.perdana4peace.org.

Pada 30 Mei lepas, tiga kapal daripada PGPO berlepas ke Gaza dari Pelabuhan Malta dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.

Dua lagi kapal PGPO ialah “Challenger 1” dan “Challenger 2” akan bertolak dari Pelabuhan Cyprus.

Misi berkenaan turut disertai enam kapal dari kumpulan bantuan kemanusiaan antarabangsa yang lain seperti “Turkish Relief Foundation”, “European Campaign to End the Siege of Gaza” dan “Swedish and Greek Boat to Gaza Initiatives”.

"Israel Telah Mengasari dan Mengaibkan Kami Termasuk Aktivis Wanita dan Kanak-Kanak" - Walid al-Tabtabai

Israel malukan aktivis


Tentera Israel mengawal salah sebuah kapal ‘Flotila Pembebasan’ yang mereka tahan di pelabuhan Ashdod, kelmarin. – REUTERS


ALLENBY BRIDGE Jordan 2 Jun - Beratus-ratus aktivis pro-Palestin yang ditahan dalam satu serbuan Israel ke atas flotila yang membawa bekalan bantuan ke Gaza sebaik-baik tiba di Jordan hari ini memberitahu bahawa mereka telah dikasari dan dimalukan sebelum rejim Yahudi itu mengusir mereka.

Seramai 124 aktivis dari 12 negara Islam yang kebanyakannya tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, menyeberangi Jambatan Allenby dengan menaiki lima buah bas Jordan.

Jambatan tersebut merentasi Sungai Jordan yang berada di bawah kawalan Israel yang menghubungkan Jordan dengan Tebing Barat.

"Israel telah mengasari dan mengaibkan kami termasuk aktivis wanita dan kanak-kanak.

"Mereka sangat kejam dan bongkak, namun mesej kami sampai ke seluruh pelusuk dunia yang menyatakan sekatan ke atas Gaza tidak adil dan perlu ditarik balik segera," kata penggubal undang-undang Kuwait Walid al-Tabtabai yang turut berada di atas sebuah daripada kapal terlibat bersama-sama aktivis dari negara-negara lain.

Penggubal undang-undang berjambang itu berkata, para aktivis yang mengikuti konvoi tersebut langsung tidak membawa sebarang senjata.

Aktivis Algeria Izzeddine Zahrour berkata, rejim Yahudi itu turut tidak membenarkan aktivis makan, minum, tidur dan menggunakan tandas.

"Ia adalah satu tindakan penculikan yang dahsyat disusuli layanan kejam Israel. Mereka menggari, menolak dan memalukan kami," katanya.

Aktivis dari Mauritania Mohammed Gholam berkata, Israel memaksa aktivis menandatangani dokumen yang menyatakan aktivis memasuki wilayah mereka secara haram.

"Kami enggan menandatangani sebarang dokumen dan memberitahu rejim itu kami langsung tidak berharap untuk datang ke Israel, tetapi ke Gaza, namun komando mereka menculik kami di perairan antarabangsa," tambahnya. - AP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.