TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Polis tidak rancang kaji semula saman ekor - Ketua Trafik

KUALA LUMPUR 9 Julai – Polis tidak merancang untuk mengkaji semula saman ekor ekoran rungutan orang ramai mendakwa tidak menerima notis saman, yang kebanyakannya timbul akibat mereka tidak mengemas kini alamat masing-masing.

Ketua Trafik Persekutuan, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, polis menyediakan saluran mudah untuk pemeriksaan saman seperti khidmat pesanan ringkas (SMS 32728) atau akses internet (www.myeg.com.my).

"Bukankah sudah diberitahu, orang ramai yang sudah berpindah perlu beritahu pada kita atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenai alamat baru itu dalam masa seminggu,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Abdul Aziz mengulas mengenai rungutan pelaksanaan saman ekor menyusahkan orang ramai kerana tidak menerima notis saman.

Beliau berkata, tindakan menyenaraihitamkan pemilik kenderaan itu bukan untuk menghukum tetapi bertujuan memberi pengajaran kepada mereka untuk lebih bertanggungjawab.

Kebanyakan saman dikeluarkan kerana memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat dan polis mempunyai bukti seperti rakaman gambar kesalahan sebelum mengeluarkan saman berkenaan.

Sejak Sept 2009, pihaknya telah mengeluarkan notis saman kepada lebih 2.5 juta pengguna jalan raya dan tempoh notis juga memadai untuk pesalah membayar sama bagi mengelak daripada disenarai hitam. – Bernama

KDN tubuh jawatankuasa pantau berita palsu

Kementerian Dalam Negeri telah menubuhkan jawatankuasa untuk merangka strategi komunikasi kerajaan selain menangani berita palsu yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata jawatankuasa itu turut dianggotai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim manakala Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri adalah urusetianya.

"Selama ini kerajaan tidak mengambil tindakan undang-undang yang tegas tetapi kali ini kerajaan berpendapat, jika pembohongan dan berita palsu ini dibiarkan berterusan, pihak tidak bertanggungjawab ini akan menganggap tindakan mereka betul dan rakyat akan terus tertipu," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Hishammuddin berkata bahawa pada mesyuarat pertama jawatankuasa itu tiga hari lalu, dua ketetapan telah diambil iaitu mewujudkan satu pasukan bertindak tahap tinggi dan mengadakan mesyuarat jawatankuasa itu sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.

Mesyuarat pertama jawatankuasa itu, yang turut dihadiri Nazri dan Rais, membincangkan juga pindaan undang-undang, latihan untuk pegawai penyiasat, layanan terhadap saksi dan definisi "berita palsu".

Hi
shammuddin juga berkata Kementerian Dalam Negeri akan melaksanakan apa yang dinamakan "Liga Balai" untuk mengukur tahap prestasi dan perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat oleh setiap balai di seluruh negara.

"Balai-balai polis yang menunjukkan prestasi cemerlang akan diberikan penghargaan dan pengiktirafan manakala anggota serta pegawainya akan diberikan insentif.

"Insentif ini adalah sebagai rangsangan untuk memupuk budaya kerja cemerlang dan persaingan sihat di kalangan anggota dan pegawai," katanya.

- Bernama

'Biasiswa khas' untuk aktivis pelajar OLeh Kerajaan Selangor

Seorang pemimpin pelajar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) yang pinjaman pendidikannya digantung kerana didakwa terbabit dengan pilihan raya kecil Hulu Selangor akan diberikan biasiswa khas.

Aktivis pelajar itu yang juga ahli Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), berkata beliau menerima berita baik itu daripada kerajaan Selangor semalam.

"Saya gembira kerajaan negeri menawarkan biasiswa dan ia mengurangkan beban kewangan saya,” katanya.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebelum ini menggantung pinjaman Ahmad Shukri Kamaruddin's student loan bersama 1,500 lagi pemohon dari KUIS kerana didakwa terbabit dengan pilihan raya.

Ahmad Shukri bagaimanapun menafikan yang beliau berkempen tetapi hadir pada pilihan raya kecil itu atas kapasiti sendiri dan tidak menyokong mana-mana parti.

Mesyuarat dengan MB

Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau berkata dia tidak mempunyai maklumat tambahan berhubung biasiswa itu.

"Saya percaya biasiswa itu hasil perjumpaan saya dengan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan exco pelajaran Dr Halimah Ali pada 23 Jun lalu berhubung pinjaman pelajaran saya,” kata Ahmad Shukri, yang berperanan aktif dalam politik kampusnya.

Beliau mengikuti kursus empat tahun bagi mendapatkan Ijazah Pengajian Islam (Syariah) dan mempunyai setahun lagi sebelum tamat pengajiannya.

Dekan Hael Ehwal Pelajar KUIS, Muhammad Subari Ramli berkata pihaknya tidak dimaklumkan berhubung biasiswa yang ditawarkan kepada Ahmad Shukri.

"Tetapi 1,500 permohonan baru sedang diproses oleh PTPTN dan tidak ada masalah berhubung perkara itu,” katanya.

Dilema Ahmad Shukri mendapat perhatian umum apabila Mohd Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) membawa masalah pelajar itu ketika membahaskan Rancangan Malaysia ke -Sepuluh di Dewan Rakyat pada 17 Jun lalu.

Kawasan Penemuan Baru Lembah Bujang Dicalon Tapak Warisan Dunia

KUALA LUMPUR: Kawasan penemuan baru tamadun Lembah Bujang di Kedah, bukti tamadun terawal di Asia Tenggara, akan dicalonkan sebagai tapak warisan dunia dalam setahun dua akan datang.

Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Mohd Mokhtar Saidin berkata, usaha pihaknya dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu perlu dibangunkan dengan teratur.

Katanya, ia supaya bahan-bahan yang ditemui di Sungai Batu di situ dapat dipamerkan dengan menggunakan teknologi terkini selain mampu menarik minat orang ramai.

Bercakap kepada pemberita selepas perasmian Persidangan Antarabangsa mengenai Lembah Bujang dan Tamadun Awal di Asia Tenggara di sini, Selasa, katanya, masyarakat perlu berbangga dengan penemuan baru itu kerana ia menggambarkan satu tamadun asal yang cukup kuat dengan struktur sosial yang tersusun dan berteknologi tinggi.

Menurut beliau, berdasarkan 10 daripada 87 tapak yang telah dibuka, pihaknya telah menemui dua pusat peleburan besi, tiga jeti yang dibina di tepi sungai dan sebuah bangunan ritual yang masih lengkap, di samping beberapa struktur yang tidak lengkap seperti dewan dan stor. - BERNAMA

Tka Habis-Habis Najib Perlekeh Peneroka

Khabarnya peneroka akan diberi duit raya. PM akan mengumumkannya pada minggu pertama bulan puasa. Harap-harap PM itu masih bernafas sehingga ke saat itu untuk membolehkannya menunaikan janji.

Yakinlah, selepas pengumuman dibuat, orang ramai akan bertepuk sorak. Kalau semua 112,635 orang peneroka hadir ke majlis itu dan semuanya bertepuk dan bersorak, saya fikir gajah di hutan pun akan lari lintang-pukang. Gajah fikir dunia sudah kiamat.

Berapa setiap keluarga peneroka akan dapat? RM1,000 atau RM10,000? Kalau dapat RM2,000 sekeluarga, berapa lama wang sejumlah itu boleh tahan? Dua tahun atau dua dekad?

Tahun depan dapat lagi. Mungkin sebanyak itu juga atau lebih banyak. Orang ramai pun bertepuk tangan dan bersorak lagi. Gajah di hutan pun hairan lagi, mengapa dunia kiamat sampai dua kali?

Saya tidak berkata saya tidak bersetuju dengan pemberian itu. Sebenarnya lagi banyak lagi bagus. Itu meringankan beban peneroka untuk menampung keperluan keluarga. Sekurang-kurangnya dapat juga di kalangan mereka yang daif merasai nikmat menyambut lebaran.

Tetapi persoalannya ialah, sampai bila peneroka akan diperlekeh oleh pemimpin BN? Setelah berpuluh tahun keringat mereka diperah oleh Felda, keringat itu hanya dibayar dengan RM1,000 @ RM2,000 @ RM10,000 setahun? Adakah itu harga keringat mereka selama ini?

Wang hari raya tidak boleh mengeluarkan mereka dari belenggu kehidupan mereka kini. Terlalu ramai peneroka yang hidup di bawah paras kemiskinan. Anak-anak mereka menganggur. Kehidupan mereka terdesak.

Kekayaan Felda tidak boleh dilonggok di KL, tetapi perlu dilonggok untuk kepentingan peneroka. Jangan ada pemimpin negara yang mengambil kesempatan di atas keringat peneroka untuk kepentingan sendiri dan keluarga.

Bolehkah Najib berbangga dengan MRSM Felda di Trolak yang belum tentu boleh dimasuki oleh anak-anak peneroka? Sebenarnya membina generasi bukan bermula dari tingkatan satu, tetapi lebih awal daripada itu.

Sebenarnya kerajaan sudah terlambat. Hari ini kerajaan sudah kehilangan punca untuk menangani masalah yang dihadapi di Felda. Mereka mungkin boleh berbangga dengan bangunan pencakar langit yang dimiliki Felda dimana-mana, tetapi bolehkah mereka berbangga dengan kehidupan sebenar peneroka?

Mengapa kini baru dibina MRSM Felda? Mengapa tidak dua puluh tahun dulu? Mengapa hari ini baru kerajaan terhegeh-hegeh memberi duit raya kepada peneroka, sebelum ini bagaimana?

Inilah modal politik BN. Biarkan rakyat susah dan merempat, kemudian jadikan wang sebagai umpan mengail undi.

SUMBER

Harakah Jawab Surat Tunjuk Sebab KDN Petang Tadi

Lidah rasmi PAS, Harakah hari ini menjawab surat tunjuk sebab yang diterimanya daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam.

Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamaruddin Jaafar yang juga ahli parlimen Tumpat berkata surat itu diserahkan oleh Pemangku Ketua Pengarang Harakah, Taufek Yahya kepada Timbalan Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran di KDN, Abdul Razak Abdul Latif di Putrajaya pada jam 3.30 petang.

"Surat jawapan itu ditandatangani saya memandangkan ia ditujukan kepada saya semalam. Dalam jawapan itu, kami menjawab semua isu yang dibangkitkan," katanya.

Semalam, KDN menghantar surat tunjuk sebab berhubung tiga perkara iaitu lambat menghantar lapan salinan Harakah kepada KDN setiap isu, menjual kepada bukan anggota PAS dan menjual di luar daripada tempat yang dibenarkan iaitu di pejabat dan markas PAS sahaja.

Mengenai permit penerbitan Harakah yang tamat dua hari lalu, Kamaruddin berkata akhbar berkenaan masih dicetak dan diedarkan hari ini memandangkan pihaknya telah membuat permohonan memperbaharui permit.

"Biasanya, sementara menunggu keputusan KDN mengenai pembaharuan permit sepertimana penerbitan lain, kami dibenarkan membuat penerbitan sehingga keputusan permohonan diperolehi," katanya.

- Bernama

PM, AG tak hadir Persidangan Antarabangsa Undang2 ... Kenapa???

Majlis Peguam hari ini mengesahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak akan menghadiri persidangan undang-undang selama tiga hari pada 29 hingga 31 Julai di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi (kiri), Menteri Perdagangan Dalam Negara dan Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Abu Kassim Mohamed (kanan), telah mengesahkan kehadiran mereka.

Timbalan pengerusi Majlis Peguam, Lim Chee Wee (kanan), ketika dihubungi, mengesahkan Najib dan Abdul Gani tidak akan hadir meskipun jemputan diedarkan awal sebelum ini.

"Kami menerima surat daripada pejabat Perdana Menteri memaklumkan yang beliau akan ke luar negara. Bagaimanapun kami tidak diberitahu sebarang sebab daripada Abdul Gani," kata Lim.

Menurut beliau, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mengesahkan kehadirannya.

Lim, yang mempengerusikan jawatankuasa yang menganjurkan persidangan antarabangsa itu berkata buat kali pertama pemimpin daripada parti politik yang tidak sehaluan itu dijemput.

"Majlis Peguam adalah pertubuhan bukan politik. Justeru, tahun ini, kita menjemput pemimpin dari kerajaan dan juga pembangkang,” katanya.

Ditanya berhubung 'cakap-cakap' di Twitter, kononnya Najib (kiri) dan Abdul Gani (kanan) menolak jemputan itu kerana kehadiran Anwar, Lim berkata beliau tidak boleh berkata ia sebagai alasan berkenaan.

"PM tidak bersemuka dengan saya dan memberitahu sebab yang beliau tidak akan hadir. Beliau hanya memaklumkan yang dia akan berada di luar negara ketika itu,” katanya.

Sejumlah 82 penceramah dijangka hadir pada persidangan tiga hari itu, termasuk tokoh dari luar negara seperti bekas hakim Mahkamah rayuan dari Singapura dan beberapa hakim Mahkamah Tinggi luar negara.

Lim berkata 220 orang telah mengesahkan kehadiran mereka dan pihak menganjur berharap 300 peserta yang akan berdaftar.

Surat terbuka DPPP kepada Tan Sri Aziz, Pengerusi SPR


Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Malaysia

7hb julai 2010

Assalamualaikum Wrh Wbt,

Tan Sri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof, Pengerusi SPR


Tan Sri,
Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan tahniah kepada Tan Sri, ahli Suruhanjaya dan semua pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) atas kepekaan pihak Tan Sri terhadap teguran-teguran yang telah dibuat khususnya daripada pimpinan Pakatan Rakyat (PR)berhubung dengan ketelusan undi pos. Kenyataan media Tan Sri telah disiarkan oleh media arus perdana pada 26hb & 27hb Mei 2010, iaitu selepas sepuluh hari pilihanaraya kecil (PRK) Sibu , Sarawak. Yang terbaharu dikeluarkan oleh Malaysiakini 6hb Julai 2010.

Berdasarkan kepada laporan media arus perdana bolehlah saya simpulkan seperti berikut :

a. Pihak SPR mengakui bahawa sistem undi pos yang sedang berjalan sekarang kurang telus, terlalu teknikal dan menyusahkan pengundi pos sendiri.

b. Sistem pengundian awal akan menggantikan sistem undi pos di mana pengundi akan dikumpul di suatu dewan untuk mengundi. Masanya adalah 2-3 hari sebelum pengundian awam bermula. Bentuk pengundian adalah seperti pengundi awam iaitu hanya perlu memasukan kertas undi dalam tong undi tanpa perlu mengisi Borang 2 dan memulangkannya semula secara pos.

c. SPR berkemungkinan besar akan mula menggunakan sistem pengundian awal bermula Julai 2011.

d. Sistem pengundian awal ini tidak terpakai untuk pelajar di luar negara dan mereka yang bertugas di luar negara.


Tan Sri,

Seramai 179 daripada 290 atau 62% petugas Petugas SPR di Sibu tidak mengembalikan kertas undi mereka. Daripada jumlah ini terdapat lebih 200 orang petugas SPR telah membawa pulang kertas undi mereka. Walaupun dari segi peraturan undi pos tidak salah tetapi insiden ini mendedahkan kepada penjualan kertas undi kepada sindiket. Persoalannya mengapa petugas SPR yang sepatutnya mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap pilihanraya tidak mengembalikan kertas undi mereka?

Saya pernah menyebut kepada Tan Sri dalam suatu pertemuan antara pimpinan PAS Pusat dengan SPR di Putrajaya pada Oktober 2009 bahawa peraturan undi pos yang sedia ada boleh menyebabkan kertas undi dijual kepada sindiket di luar.

Pada masa itu Tan Sri meragui pandangan saya. Tan Sri ada menyebut “Saya tak fikir ada orang sanggup menjual kertas undinya”. Akhirnya telah terbukti dalam PRK Sibu terdapat ramai petugas SPR tidak memulangkan sampul B yang terkandung di dalamnya kertas undi. Dengan lain perkataan kertas undi petugas SPR majoritinya tidak dipulangkan.

Mengikut pandangan ejen undi pos PR, kertas undi ini berkemungkinan telah dijual kepada sindiket . Malang kepada sindiket ini kerana mereka gagal memulangkan semula kertas undi tersebut secara berkelompok sebelum jam 5.00 petang pada 16hb Mei 2010 di Wisma Sanyan, Sibu kerana ejen undi pos PR mengawalnya 24 jam.

Ejen undi pos PR telah dapat mengesan beberapa kejadian sindiket ini cuba untuk membuang undi di Wisma Sanyan. Al-hamdulillah ejen undi pos PR dapat mengawal pengundian proksi sindiket daripada berlaku secara berleluasa.

Inilah punca utama mengapa proksi petugas SPR tidak memulangkan semula kertas undi pos sebelum masa yang ditetapkan. Saya rasa inilah juga punca mengapa 62% petugas SPR gagal mengembalikan kertas undi mereka.

Cadangan pihak Tan Sri untuk membuat perubahan besar terhadap undi pos dengan mengganti sistem lama kepada Sistem Pengundian Awal menjelang Julai 2011 sangat-sangat saya alukan.

Pastinya sebagaimana kebiasaan, dalam hal ini pihak Tan Sri perlu mendapat persetujuan daripada pihak Jemaah Menteri terlebih dahulu. Barisan Nasional (BN) mendapat kemenangan undi pos di Sibu sebanyak 33 kali ganda daripada yang diperolehi oleh DAP-PR sedangkan BN kalah pada undi awam.

Selama ini undi pos merupakan fixed-deposit kepada undi BN. Ruang manipulasi terlalu besar dalam sistem undi pos. Saya tidak fikir BN dengan mudah akan bersetuju dengan cadangan Tan Sri. Pernah berlaku sebelum ini dalam pilihanraya umum 2004, SPR telah mengeluarkan peraturan yang tidak membenarkan parti yang bertanding membuat pondok panas di sekitar tempat mengundi .

Parti pembangkang mematuhi peraturan ini tetapi malangnya semua ejen BN tidak mematuhi. Akhirnya SPR mengikut keputusan BN dan pondok panas terpacak juga di sekitar tempat mengundi semasa Pilihanraya Umum 2004.

Keduanya pada pilihanraya umum 2008, SPR telah membelanjakan wang rakyat dengan jumlah yang besar untuk membeli dakwat hitam bagi menanda jari untuk tujuan pengesahan pengundi. Namun apabila ada pihak yang berkepentingan tidak bersetuju, akhirnya SPR telah akur kepada pihak tersebut seterusnya membatalkan penggunaan dakwat hitam seperti yang dirancang.

Ketiga, dalam pilihanraya umum 2008, SPR menetapkan setiap calon yang bertanding perlu mendapat pengesahan Pesuruhjaya Sumpah terlebih dahulu sebelum penamaan calon. Tetapi ramai calon UMNO/ BN tidak sempat untuk membuat pengesahan Pesuruhjaya sumpah tersebut , lantas peraturan ini dibatalkan pada saat akhir.
Saya sendiri telah membuat bantahan terhadap calon BN bagi DUN Kempas, Johor yang tidak membuat pengesahan tersebut, malangnya saya pula dimarahi pegawai SPR di Putrajaya dan meminta saya membawa kes ini ke mahkamah.

Saya yakin cadangan Tan Sri terhadap Sistem Pengundian Awal akan menerima nasib yang sama. Masakan Dato Seri Najib Tun Razak boleh setuju dengan cadangan Tan Sri sedangkan beliau sendiri telah menyiapkan dirinya dengan undi pos yang banyak di Pekan.

Kalau Tan Sri berkeras juga , saya bimbang bukannya sistem undi pos yang dimansuh tetapi nama Tan Sri yang akan dimansuhkan daripada SPR. Inilah demokrasi ala Malaysia, Tan Sri.

Sistem Pengundian Awal ini sebenarnya masih tidak menyelesaikan sepenuhnya masalah ketidaktelusan dalam undi pos. Ruang-ruang ketidakadilan dan manipulasi masih terdapat dalam beberapa perkara. Antaranya, kita melihat bagaimana hanya pihak Kerajaan BN sahaja dibenarkan masuk ke kem untuk berkempen.

Contohnya semasa Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang yang lalu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri dibenarkan masuk berkempen dalam kem. Saya masih lagi menyimpan ucapan menteri-menteri tersebut yang membuktikan bahawa mereka telah berkempen dalam kem tentera.

Bagaimanapun jentera pilihanraya PAS tidak pula dibenarkan berkempen. Begitu juga di Sibu, sebanyak dua kali pertemuan telah diadakan di antara Perdana Menteri dengan anggota tentera tetapi pihak DAP tidak pula mendapat sebarang peluang untuk berkempen terhadap mereka. Bentuk demokrasi apakah ini, Tan Sri?

Bila kita ajukan kepada SPR, seperti biasa SPR akan menjawab bahawa mereka tiada kuasa menghalang atau membenarkan calon berkempen dalam kem. Itu namanya padang permainan yang tidak sama rata, Tan Sri.

Sistem Pengundian Awal ini akan menyebabkan semua anggota tentera, polis dan SPR berkumpul di satu tempat untuk mengundi. Bagaimana SPR mahu mengarahkan pihak tentera untuk tidak membuat sebarang aktiviti di luar kem pada masa mereka mengundi ?.

Kes di Bagan Pinang dan Sibu, pada hari mengundi terdapat beratus-ratus anggota tentera membuat latihan menembak di luar kem. Sama ada dirancang atau kebetulan saya tidak pasti. Tetapi yang pasti anggota tentera ini tidak berada dalam kem.

Kalau media arus perdana pun SPR tidak ada kuasa menyekatnya berkempen selepas jam 12 malam sebelum mengundi, apakah SPR mampu memberi arahan untuk tidak membenarkan pihak tentera membuat aktiviti luar kem pada hari mengundi. Saya minta SPR ukur kail (joran) sendiri. Jika kail panjang sejengkal bagaimana SPR mahu menduga laut yang dalam, Tan Sri.

Setelah 12 kali pilihanraya umum dan 11 kali pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum 2008 baru sekarang SPR menyedari bahawa sistem undi pos tidak telus.

Himpunan Bersih 2007 telah mendesak dihapuskan undi pos namun SPR mendiamkan diri sahaja. Sebenarnya Pemuda PAS telah mewujudkan kumpulan pemantau undi pos ini sejak PRK Bagan Pinang seterusnya dilebarkan kepada rakan-rakan PR di Hulu Selangor dan Sibu.

Pemuda PAS berjaya memberi gambaran kepada rakyat Malaysia bahawa terdapat ruang manipulasi yang terlalu besar dalam sistem undi pos. Kemuncaknya adalah di Sibu, Sarawak. Sama ada menang atau kalah,ruang manipulasi undi pos tetap terdedah kepada sesiapa yang mahu menggunakannya.

Di Sibu ejen PR telah berjaya menggunakan senjata BN untuk menghunus balik ke perut BN. Itulah saya katakan “Senjata sudah makan tuan di Sibu”. Apakah apabila senjata undi pos sudah tidak dapat digunakan oleh BN, baru SPR menyedari undi pos sudah tidak telus?

Ke mana perginya ketelusan undi pos selama 12 kali pilihanraya sebelum ini? Tan Sri, itulah hakikat demokrasi negara kita yang kononnya menjadi kebanggaan dunia. Jika tidak, masakan pula SPR boleh menolak pemerhati bebas dari luar negara .

Tan Sri,

Secara kesimpulannya saya penuh yakin selagi ruang manipulasi berpihak kepada BN, SPR tidak berupaya merubahnya. Bukan salah Tan Sri, bukan salah Suruhanjaya tetapi yang bersalah adalah kumpulan yang mahu terus berkuasa walaupun ditolak oleh rakyat.

Oleh itu Pemuda PAS sedang berusaha untuk mengadakan Himpunan Bersih 2 sebelum pilihanraya ke-13. Pemuda PAS mendesak jika kerajaan Malaysia tidak mempastikan pilihanraya ke-13 berjalan dengan telus maka suatu himpunan besar-besaran akan diadakan.

Saya mencadangkan himpunan ini di adakan sejurus selepas Perdana Menteri membubarkan Parlimen. Jika Perdana Menteri tidak mahu rakyat berhimpun di Istana Negara selepas Parlimen dibubarkan maka pastikan Reformasi terhadap SPR perlu dibuat segera. Kerajaan hendaklah mempastikan :

1. Penggunaan dakwat hitam bagi setiap pengundi yang telah mengundi.
2. Undi pos sedia ada hendaklah dimansuhkan dan ditukar dengan sistem yang lebih adil.
3. Bebaskan media membuat laporan yang adil.
4. Daftar pemilih hendaklah dibersihkan.
5. Membenarkan pemerhati antarabangsa mengawasi perjalanan pilihanraya umum.
6. Terdapatnya mekanisma mengesahkan pemilik sebenar kad pengenalan pengundi.

Yang paling penting adalah rakyat Malaysia berhak untuk melihat pilihanraya yang adil dan saksama. Jika Barisan Nasional (BN) menang atau kalau mereka akan berpuas hati.

Begitu juga jika Pakatan Rakyat (PR) menang atau kalah mereka akan berpuashati. Jika ada pihak tidak berpuashati terhadap pilihanraya ke-13 dikuatiri keadaan politik negara tidak akan stabil dan ianya akan merugikan rakyat dan negara Malaysia tercinta ini.

Suhaizan Bin Kayat,
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Pusat.

Bekas mufti Johor: Mufti Wilayah tidak wajar haramkan ESQ

KUALA LUMPUR, 9 Julai — Barisan Panel Syariah ESQ Leadership Center mempersoalkan tindakan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang mengharamkan program motivasi kendalian syarikat itu berkuat kuasa bulan lepas.

Salah seorang anggota panel itu, Datuk Noh Gadut mempertahankan tiada unsur penyelewengan dalam program syarikat itu kerana barisan Panel Syariah yang ditubuhkan sejak September lalu berfungsi untuk memantau dan menasihati perjalanan ESQ Leadership Center dari semasa ke semasa.

“Sebagai seorang bekas mufti perlu ada etika disiplin yang harus dilaksanakan untuk menjelaskan kekeliruan yang berlaku.

“Ada beberapa etika yang sepatutnya menjadi panduan bagi seorang mufti ataupun ulama terutamanya ketika bercakap,” kata beliau yang juga bekas mufti Johor.

Pandangan itu juga selari dengan kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang dikeluarkan di Ipoh hari ini.
Kata beliau program itu tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam selain tidak mempunyai unsur-unsur yang membawa kesesatan.

Beliau berkata program itu juga tidak ada kena mengena dengan fahaman liberalisme dan pluralisme.
Menurutnya muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 16 Jun lepas memutuskan bahawa ESQ tidak bertentangan dengan akidah dan fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah.

Bekas mufti Johor seterusnya menegaskan seorang ulama perlu bertindak dalam memberikan dakwah melalui bimbingan dan nasihat bukannya menghukum sebagaimana disaksikan dalam kes ESQ sekarang.

“Tugas dakwah bukan untuk menghukum, jadi sebagai ulama kita perlu berhati-hati ketika bercakap.

“Jadi dakwah adalah untuk membimbing dan menasihati bukan menghukum. Selain itu seorang ulama tidak boleh ada sifat hasad dengki kerana ia boleh membawa kepada berlakunya fitah,” katanya ketika sidang media ESQ Leadership Center di sini.

Fatwa pengharaman terhadap pelatihan ESQ dikeluarkan oleh Wan Zahidi yang mencakupi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Beliau merupakan satu daripada 14 mufti yang ada di negara ini.

Wan Zahidi yang mengeluarkan fatwa bulan lalu bahawa ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa oleh syarikat berkenaan dan apa-apa ajaran yang seumpama dengannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam kerana mengandungi ajaran-ajaran yang boleh merosakkan akidah dan syariah Islam.

Sehubungan itu Noh menegaskan, seorang ulama perlu mencari keadilan dan kebenaran bukannya mencari populariti.

“Kita mesti memberikan khidmat nasihat dengan baik malah perlu berusaha untuk merapatkan jurang hubungan.
“Selain itu, sebagai ulama kita perlu tegas dalam mencari keadilan dan bukannya mahu mencari populoriti.
“Ini kerana padangan yang disampaikan melibatkan orang awam, jadi ulama perlu mengelakkan daripada bercakap perkara-perkara yang boleh menimbulkan masalah,” katanya.

Selain Noh, panel syariah tersebut turut terdiri daripada Datuk Mustafa Abdul Rahman (bekas ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), Tan Sri Abdul Kader Talip (bekas mufti Wilayah Persekutuan), Datuk Syeikh Hasbullah Abdul Halim (bekas mufti Kedah) dan Dr Adnan Mohamed Yusoff (Dekan Fakulti Pengajian Al-Quran dan Sunah, Universiti Sains Islam Malaysia).

Noh berkata segala keputusan yang hendak dibuat sepatutnya perlu melalui perbincangan meja bulat bukan bersendirian.

“Ini kerana pandangan dua orang lebih baik daripada seorang dan pandangan tiga orang lebih baik daripada dua orang.
“Jadi kita tidak boleh membuat keputusan secara bersendirian. Selain itu perlu juga ada keterbukaan iaitu perlu menghormati orang lain.

“Jangan bertelagah, nanti kita berpecah dan pihak yang berkepentingan pasti akan mengambil kesempatan,” katanya.
Syarikat berkenaan mengendalikan latihan modal insan, dengan menggunakan kaedah yang melibatkan intelektual, emosional dan spiritual.

Program itu disediakan dengan aktif di beberapa negara di Asia dan Eropah, termasuk di Malaysia sejak 2006.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan sentiasa memantau program-program motivasi yang didapati menyeleweng daripada ajaran Islam bagi mengelak berlakunya kerosakan akidah.

Jamil menjelaskan jabatan-jabatan berkaitan termasuk Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Jakim sedang menyiasat perkara itu meskipun penguatkuasaannya tidak melibatkan negeri-negeri lain.

Sementara itu, Mustafa berkata panel tersebut manyangkal dakwaan bahawa wujud unsur penyelewengan dan kesesatan dalam program motivasi syarikat itu.

Beliau berkata sehingga kini Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan tidak menghalang pelaksanaan ESQ dan program tersebut berjalan seperti biasa di 13 negeri selain Wilayah Persekutuan.

“Panel syariah ESQ juga menghadiri dan memantau program ESQ dari semasa ke semasa.

“Malah pihak panel turut menyemak buku utama ESQ dan selepas meneliti panel mendapati ia tidak membawa ajaran yang menyeleweng daripada ajaran Islam.

“Oleh yang demikian kami barisan panel menyokong sepenuhnya perjalanan progra

Haram ESQ: Dr Asri ingatkan tentang Talibanisasi

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin (bawah) mengingatkan umat Islam di negara ini tidak terlalu melulu mengharamkan sesuatu tanpa mencari alternatif dan jalan penyelesaiannya terlebih dahulu.

"Jangan 'Talibanisasikan' (mengikut pendekatan Taliban) negara ini.

"Berhati-hatilah dengan pengharaman sesuatu perkara dan hak-hak rakyat," katanya ketika diminta mengulas isu pengharaman modul program motivasi anjuran ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ).

Berita Harian hari ini melaporkan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh menandatangani warta yang mengharamkan program motivasi ESQ mengikut subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan 1953), selepas perbincangan dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak.

Mengikut warta yang dikeluarkan, ia diharamkan kerana mendukung fahaman liberalisme, iaitu memahami dan mentafsir nas agama dan fahaman pluralisme yang mengajar semua agama adalah sama.

Bagaimanapun, Ketua Panel Syariah ESQ Datuk Mustafa Abdul Rahman yang juga bekas ketua pengarah Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) pula dilaporkan menyangkal dakwaan wujud unsur penyelewengan dan kesesatan dalam program syarikatnya.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, membandingkan tindakan terbaru mufti itu dengan pengharaman Yoga suatu ketika dahulu, Dr Asri mempersoalkan pengharaman sesuatu secara menyeluruh sedangkan "kadang-kadang terdapat ruang bagi memperbaikinya".

"Mungkin pejabat mufti Wilayah Persekutuan ada hujah-hujahnya sendiri. Tetapi kalau boleh dibaiki (ESQ), kita baikilah. Masalah-masalah teknikal ini boleh dibetulkan. Ada jalan." katanya.

Ulama muda Umno: Ikuti sendiri program ESQ

Beliau yang juga penyarah kanan di Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, tindakan sebegitu boleh menyebabkan perasaan fobia terhadap agama Islam dalam masyarakat.

"(Akibatnya) orang beranggapan (dalam) agama ini semua tidak boleh. Sebenarnya banyak yang boleh, yang tidak boleh itu sikit sahaja.

"Kalau banyak tidak boleh, macam mana kita hendak hidup," katanya.

Sementara itu, ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahaya - yang baru memohon menjadi ahli dalam sebuah majlis penyerahan borang kepada presidennya Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini - berkata selain meneliti kandungan ESQ, pihak berkuasa perlu melihat pada method penyampaiannya.

"Kedua-dua (kandungan dan method penyampaiannya) kena benar. Sekiranya ESQ bertepatan, kami dokong. Sekiranya salah satu dari menyimpang kami bantah," katanya.

"Hendak mengatakan ESQ benar atau salah secara pasti, wallahu'alam. Tetapi yang diwartakan itu (berdasarkan) kandungannya, bagaimana dengan method?"

Sehubungan itu, Fathul mencadangkan, untuk berlaku adil kepada semua pihak, pengharaman itu hendaklah dibawa berbincang semula bagi menilai semula hujah-hujah yang telah dikemukakan.

"Perkara sebegini sepatutnya ada perbincangan dengan semua pihak. Wakil daripada ESQ sendiri patut dijemput dan membentangkan (tentang program mereka).

"Kalau boleh, anjurkan program pada ilmuan Islam sendiri untuk menilainya (sama ada menyimpang atau tidak)," katanya kepada Malaysiakini.

Mashitah Rasmi Mesyuarat Wanita UMNO Jerlun Ulas Jakim akan teliti semula program ESQ

JERLUN, 9 Julai —Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan meneliti semula program motivasi anjuran ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ) yang diharamkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kerana dikatakan mendukung fahaman liberalisme.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata Jakim akan meneliti dan mendalami modul ESQ terlebih dahulu untuk melihat dengan lebih jelas apa yang disifatkan sebagai menyeleweng itu.

"Kita akan semak semula modul itu kerana mereka (ESQ) ini peniaga, jadi kita tidak mahu menyekat rezeki orang, tetapi kita akan semak, jika benar ada penyelewengan yang berlaku, kita terpaksa ambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Jerlun di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengharamkan modul program berkenaan kerana ajarannya didapati menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam.

Katanya, Jakim juga mempunyai rekod berhubung program yang dikendalikan ESQ.

"Program itu masih diteruskan dan hari ini, kita tidak boleh mengatakan sama ada ia sah atau halal kerana selepas ini, kita tidak tahu apa yang mereka buat, jadi kita akan memantau dari semasa ke semasa," katanya.

Mashitah berkata beliau percaya keputusan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengharamkan modul ESQ bagi membimbing atau mengelakkan pemesongan akidah.

"Masyarakat kita memang mudah sangat terikut dengan sesuatu perkara, tambahan pula perkara yang melibatkan kesedaran akidah. Tetapi kita perlu menjaga supaya ia tidak terseleweng daripada akidah.

"Kita akan ambil langkah awal untuk mengelakkan perkara itu berlaku kerana ia boleh melibatkan penyelewengan akidah yang lebih dahsyat jika dibiarkan," katanya. — Bernama

PAS Fokus Strategi Hadapi PRU-13 - Retreat 3 hari di PD

KUALA LUMPUR, 9 Julai — Dari Kota Baru, pemimpin-pemimpin PAS sedang menuju untuk menghadiri retreat tiga hari di Port Dickson bermula malam ini - bagi menyusun strategi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Sesi pemukiman diadakan sebulan selepas PAS mengadakan muktamar tahunan ke-56 di Kota Baru, Kelantan.

Dua minggu lalu rakan mereka, Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengadakan retreat di Shah Alam.

“Sesi retreat kali ini memfokus pada persiapan PAS mengadapi pilihan raya umum akan datang... perbincangan ini susulan perbincangan dalam muktamar bulan lalu,” kata Pengarah Pemukiman Salahuddin Ayub ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS memberitahu, pihaknya akan membincangkan secara menyeluruh persiapan bagi memperkemaskan jentera parti itu agar dapat menghadapi pilihan raya umum ke-13 dengan kemas.

Ketika ditanya sama ada pertemuan tiga hari ini akan menghasilkan kerangka pelan tindakan menghadapi pilihan raya umum, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen berkata:

“Tidak, tidak. Yang itu kita akan bincang dan hasilkan kemudian.”

Berdasarkan hasil muktamar bulan lalu, The Malaysian Insider difahamkan PAS akan mengeluarkan kerangka strategi itu selepas bulan Ramadan yang bermula Ogos ini.

Muktamar Tahunan PAS Ke-56 bulan telah meluluskan pelan tindakan 15 strategi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Salah satu strategi ialah mendapatkan sejuta pengundi baru.

Dalam ucapan dasarnya pada muktamar itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menekankan bahawa secara umumnya, semua organisasi parti termasuklah jentera pilihan rayanya perlulah diperkemaskan di semua lapisan peringkat untuk berhadapan dengan pilihan raya umum ke-13.

Difahamkan pemukiman kali ini hanya memfokus satu agenda iaitu pilihan raya umum ke-13.

Sementara itu, salah seorang ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Mujahid Yusof Rawa memberitahu, pertemuan hujung minggu ini akan memfokus agenda persiapan menghadapi pilihan raya umum.

“Sebahagian besar perbincangan retreat akan memfokus strategi menghadapi pilihan raya dan pendekatan untuk memperkemaskan jentera parti... latihan, modul dan sebagainya.

“Apa pun bila bercakap tentang pilihan raya sudah pasti kita tidak boleh elak daripada membincangkan urusan organisasi yang bersangkutan,” kata beliau.

Mengenai pelan tindak induk atau blueprint menghadapi pengundi-pengundi Melayu dalam realiti semasa, Mujahid juga berkata, aspek itu akan dibincangkan secara menyeluruh kali ini bersama isu-isu lain.

“Kita kena membincangkan sokongan pengundi melibatkan undi masyarakat pelbagai kaum secara bersama... sokongan orang Melayu, Cina dan India,” kata beliau ketika ditanya sama ada PAS akan memfokus ke atas usaha meningkatkan sokongan pengundi Melayu.

Aspek ini juga mendapat perhatian ketika muktmar lalu.

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi juga mengesahkan tumpuan kali ini lebih kepada langkah menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Saya tidak pasti fokus sebenar tetapi saya yakin kami akan membincangkan persiapan menghadapi pilihan raya umum susulan isu yang diputuskan ketika muktamar,” katanya.

Menurut Nasrudin, Dewan Pemuda PAS akan membentangkan pendekatan tersusun untuk menarik pengundi-pengundi muda yang masih belum mendaftar sebagai pemilih.

Nasrudin juga berkata pihaknya akan membentangkan program Gempa iaitu gerakan mendaftar pemilih dan ahli baru.

“Kami akan membentangkan kempen Gempa ini di sesi pemukiman ini dan kami juga akan membincangkan secara terperinci pada mesyuarat bulanan Dewan Pemuda PAS esok,” katanya.

Saman RM480 Juta Firma Aeroangkasa Terhadap Kementerian Pertahanan Ditolak

KUALA LUMPUR: Syarikat aeroangkasa Langkawi R&D Academy Sdn Bhd hari ini gagal dalam tuntutan saman bernilai RM480 juta terhadap kerajaan Malaysia dan dua lagi berhubung kontrak untuk menaik taraf pesawat pejuang Northrop F5 Tiger.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Wahab Patail menolak saman tersebut dan memerintahkan syarikat itu membayar RM20,000 kos guaman kepada defendan iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Menteri Pertahanan dan kerajaan.

Penghakiman bertulis akan dikeluarkan Jumaat depan.

Pada 6 April lepas, Hakim Abdul Wahab (sekarang merupakan Hakim Mahkamah Rayuan) telah meneliti dokumen yang difailkan oleh kedua-dua pihak dan dengan persetujuan mereka, beliau memutuskan keputusan kes itu akan berdasarkan penghujahan bertulis mengenai isu-isu yang dibicarakan tanpa memanggil saksi.

Langkawi R&D memfailkan saman tersebut berhubung penamatan kontrak manakala defendan dalam pernyataan pembelaannya mendakwa syarikat itu gagal untuk memberi perkhidmatan dan kontrak itu diberi kepada pihak lain.

Plaintif menuntut ganti rugi RM48 juta untuk penamatan kontrak tersebut dan menuntut RM432 juta bagi ganti rugi kehilangan kontrak pada masa akan datang, ganti rugi teladan, faedah, kos dan relif-relif lain.

Dalam saman yang difailkan pada 2005, syarikat itu menyatakan telah menandatangani perjanjian dengan defendan pada 11 Jan 2001 bagi kerja-kerjapeningkatan taraf pesawat pejuang berkenaan.

Menurut perjanjian, defendan akan membayar sebanyak RM4.8 juta setahun untuk tempoh maksimum 10 tahun dan jika terdapat pelanggaran perjanjian oleh plaintif, defendan harus memberi notis bertulis yang munasabah dan penamatan hanya boleh dibuat selepas 30 hari notis itu.

Syarikat itu berkata ia telah melantik CAS Ltd sebagai sub-kontraktor untuk perkhidmatan menaik taraf pesawat itu tetapi telah menghentikan perkhidmatan syarikat itu pada 26 Januari 2002 kerana tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh CAS Ltd.

Langkawi R&D Academy mendakwa defendan tanpa pengetahuan plaintif telah mengadakan perbincangan dengan CAS Ltd untuk mengambil-alih perkhidmatan dan plaintif telah dihalang memasuki pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Butterworth untuk meneruskan tugasannya.

Plaintif menyatakan pada 21 Mei 2002, akhbar The Malay Mail melaporkan CAS Ltd telah memperoleh kebenaran daripada pihak defendan untuk meneruskan kerja-kerja menaik taraf pesawat tersebut.

Syarikat itu mendakwa menerima surat penamatan kontrak daripada defendan pada 6 September 2002 untuk menamatkan perjanjian itu atas alasan bahawa plaintif gagal mengemukakan bon pelaksanaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kontrak ditandatangani dan gagal menghantar satu unit 'flyable technology demonstrator' sebelum 15 Oktober 2001, sebagaimana diperuntukkan perjanjian itu.

Bercakap kepada media, pengasas Langkawi R&D Academy Mohammad Abdullah, berkata beliau akan merayu terhadap keputusan itu. - BERNAMA

Kematangan Zahid Jawab Isu Scorpene Jadi Tandatanya



Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi isu pembelian kapal selam Scorpene tidak perlu di bawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana pembelian kapal selam itu dibuat mengikut prosedur yang sepatutnya.

Malah kos pembelian kapal selam buatan Perancis bernilai kira-kira Euro1 bilion pada tahun 2002 itu mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.

Sepertimana dilaporkan Bernama, ketika mengulas mengenai pembelian kapal selam itu yang dilaporkan oleh sesetengah media membabitkan pembayaran komisen bernilai kira-kira Euro114 juta kepada sebuah syarikat di Malaysia.

"Pembelian dibuat mengikut apa yang ditetapkan prosedur, semua langkah diikuti sebaik-baiknya," kata Ahmad Zahid baru-baru ini.

Jawapan Ahmad Zahid menggambarkan sikap tidak matang sebagai seorang Menteri yang sepatutnya peka dengan kegelisahan dan suara rakyat yang prihatin dengan isu rasuah membabitkan wang rakyat.

Kita mengharapkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mengaku ‘mendahulukan rakyat dan mengutamakan prestasi’ supaya ‘buat serupa cakap’ dan bukan ‘cakap tak serupa bikin’.

Adakah Ahmad Zahid mengharapkan rakyat akan menarik nafas lega mendengar kenyataan beliau mengenai kes kapal selam tak menyelam itu?

Kita ingin melihat sikap yang lebih telus, matang dan profesional daripada Menteri Pertahanan jika benar segalanya mengikut prosedur dan tiada ‘hanky panky’ dalam pembelian luar biasa yang menarik perhatian satu dunia itu.

Apa yang ditakutkan beliau jika tiada apa yang ingin disorokkan daripada SPRM dan rakyat 1Malaysia?

Ulasan GB

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, begitulah sebutan namanya sekarang. Oh, dah ada Ph D, kurniaan UPM walaupun ada di kalangan akademis amat meragui kurniaan tersebut.

Namun yang terserlah mentaliti, sikap dan pertuturannya tidak melambang beliau seorang yang mempunyai Ph D.

GB masih ingat di suatu masa seorang Datuk Bandar bernama Datuk Elyas Omar yang menggunakan "Dr." dipangkal namanya sedangkan beliau bukan seorang pemegang Ph D ataupun seorang bekas pelajar perubatan.

Akhirnya terbongkar, memang sahih beliau tidak ada ijazah berkenaan, maka diarahkan beliau menanggalkan gelaran itu daripada namanya. Mujur ada pangkat Datuk, jadi ramai tak perasan mengenai ketiadaan sebutan Dr lagi pada namanya.

Begitulah, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan cuma ada diploma dan bukan ijazah Sarjana Muda Undang-undang. Musa Hassan didakwa memberikan pengakuan palsu berhubung kelayakannya pada perbicaraan kes rasuah Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Menurut laporan polis yang dibuat oleh peguam Anwar, R Sivarasa, Musa, pegawai penyiasat dalam kes itu memberitahu mahkamah ketika itu bahawa dia mempunyai ijazah sarjana muda dalam undang-undang.

Bagaimanapun, dalam satu lagi perbicaraan yang membabitkan kes rasuah bekas Pengarah Sisatan Jenayah Perdagangan, Bukit Aman, Ramli Yusuff pada tahun 2009, Musa memberitahu mahkamah dia memiliki “diploma dalam undang-undang dan pengajian pengurusan”.

“KPN telah memberikan kenyataan palsu dengan mengatakan dia memiliki ijazah undang-undang ketika disoal balas dalam kes Anwar, sedangkan hakikatnya dia hanya mempunyai diploma dalam undang-undang,” kata Sivarasa.

Itu sebab kita lihat mentaliti, tindakan dan pertuturannya tak sampai ke darjat yang didakwanya.

Kenapa tidak boleh berkawan dengan RPK?.. Dari Perspektif Ahli UMNO.

Artikel ini dipetik dari sebuah blog penyokong UMNO iaitu blog ASPAN ALIAS, ini adalah pandangan beliau dalam isu Raja Petra..

Pandangannya lebih rasional dari pemimpin-pemimpin UMNO yang memegang jawatan Menteri, rasanya kalau pemimpin-pemimpin UMNO berpandangan sebegini, Raja Petra mungkin tidak akan melarikan diri ke London..


*******************************************

Di antara banyak-banyak isu yang menjadi polimik besar diMalaysia ialah isu berhubung dengan Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang kini menetap diLondon. Ada pihak yang mempersoalkan bagaimana RPK boleh tinggal diLondon sedangkan beliau bukan orang kaya.

Pihak tertentu telah menuduh RPK dibiayai oleh PKR hidup diKota Raya Kosmopolitan London dan mereka meminta pihak berkuasa menyiasat apa-apa perhubungan diantara RPK dan PKR.

Pihak yang berpolitik dangkal meminta RPK dipastikan tidak mendapat pembiayaan dari PKR dan mereka menjadikan isu ini sebagai isu yang sangat besar, sedangkan banyak isu yang lain yang perlu diambil berat, bukannya isu Raja Petra.
Jika pun benar PKR membiayai perbelanjaan penghidupan RPK diLondon dan Manchester, diUnited Kindom, dimana kah letak kesalahannya dan apa pula dosa yang dilakukan oleh PKR?

Bagi saya parti PKR boleh membelanjakan dana mereka mengikut kehendak dan keperluan parti itu. Dana yang ada dalam PKR itu adalah dana mereka, kenapa pula kita yang sibuk mempersoalkan cara mereka berbelanja?

Seperti kita membelanjakan RM 78 juta untuk membiayai APCO dalam usaha menaikkan imej negara dimata dunia dan seluruh masyarakat antarabangsa pihak kita tidak perlu mengambil tahu bagaimana parti itu membelanjakan sumber kewangannya dan kepada siapa parti itu membelanjakannya.

Balasubramanium pernah mengaku dan menunjukkan bukti yang beliau pernah mendapat pembiayaan hidup diluar negara denagn menunjukkan salinan document yang menunjukkan penerimaan sebanyaj RM750 ribu dari keluarga PM sendiri. Kenapa kita tidak menjadikan isu itu sebagai isu dikalangan kita?

PKR adalah sebuah parti halal dan RPK pun seorang manusia seperti kita: bezanya RPK tidak mudah terpengaruh dengan segala isu yang kita sendiri menghadapi dengan begitu parah sekali.

DAN satu lagi yang kita perlu bertanya kepada diri kita sendiri; wajarkah kita menuduh RPK adalah orang yang tidak mungkin mampu hidup diUK kerana negara itu sangat mahal kos penghidupan?

Siapa pula yang menyiasat kekuatan ekonominya dan apa yang menyebabkan pihak kita berfikir yang RPK tidak layak tinggal disana? RPK bukan hidup kesaorangan dalam dunia ini kerana RPK masih ada ahli-ahli keluarga yang besar.

Beliau bukan seorang yang melarat dan perlukan bantuan pihak lain. Tetapi seperti yang saya katakan awal tadi jika pun PKR mampu dan bersetuju untuk membiayai beliau saya sedikitpun tidak nampak kesalahannya.

Jika RPK itu memberikan sokongan kepada PKR dan rakan-rakan mereka dalam PKR itu merupakan pilihan beliau. Beliau berhak untuk menyokong sesiapa yang beliau sokong.

Saya sendiri bersahabat baik denga beliau dan jika saya ada kesempatan keLondon saya sendiri akan berusaha untuk mencari beliau untuk berjumpa bagi mendengar khabar sebagai seorang sahabat.

Saya ahli UMNO beliau mungkin ahli kepada parti lain tetapi itu tidak sedikit pun akan menjadi isu untuk kami berpecah dan saya sememangnya menunjukkan rasa hormat saya kepada beliau. Kami sudah lama berkawan dan saya tidak buang kawan semata-mata kerana pemikiran sempit politik kita.

Jika saya berkesempatan saya ingin menemui ahli keluarga beliau terutamanya menemui Marina isteri beliau yang juga sahabat rapat kepada saya.

Jika kita berterusan utuk menjadikan isu ini berpanjangan, maka rakyat akan menganggap pemimpin kita merupakan pemimpin yang mempunyai pemikiran sempit yang hanya memikirkan isu politik semata-mata.

Hendak berkawan sesiapa pun terpaksa bertanya dahulu kepada UMNO dan pemimpin kita. Dengan orang itu boleh, dengan orang ini tak boleh.

Sekarang kita hidup dizaman dalam mana manusi sudah mampu berfikir; hanya pemikiran pemimpin kita sahaja yang tidak selari dengan pembangunan pemikiran manusia sejagat pada hari ini.

Kita masih menyimpan prasangka terhadap sesiapa yang berkawan dan berhubungan dengan pihak yang kita tidak gemar.

Dengan menjadikan RPK sebagai isu dipihak kita maka secara langsung kita mengakui yang RPK mempunyai pengaruh yang mempunyai ‘consequence’ yang besar dalam arena politik tanahair kita yang memungkin kita akan jatuh tersungkur dalam PR13 nanti.

Mahu tidak mahu kita terpaksa terima hakikat itu. Saya tidak mahu terlibat untuk memanjangkan isu ini kerana ianya akan menjejaskan kredilibiliti pihak kita sendiri.

RPK berhak tinggal dimana sahaja dan sesiapa juga tidak melakukan kesalahan jika membantu beliau tinggal diLondon jika ada pihak yang jujur untuk membantu beliau dan beliau perlukan bantuan.

Tetapi saya tidak percaya yang beliau memerlukan tanggungan pihak lain untuk tinggal dimana-mana kerana beliau adalah dari keluarga yang baik, lebih baik dari ramai diantara kita disini.


Aspan Alias

Lima Tahun Dibunuh Baru Peguam Negara Mahu Tubuh Inkues... Lembab Pejabat AG Nie...


Oleh Frederick Luccas

KUALA LUMPUR 9 Julai - Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mempersoalkan tindakan lembab pejabat Peguam Negara (AG) yang mengarahkan satu inkues menyiasat dijalankan terhadap kes kematian Norhayati Awang, seorang jururawat yang mati dibunuh lima tahun lalu.

Norhayati, 28, yang bekerja sebagai jururawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah dijumpai mati dibunuh pada 13 Ogos, 2005 di dalam kereta Kancil milik adiknya yang diletak di dalam kawasan hospital.

Menurut keterangan saksi mangsa yang merupakan anak sulung daripada 10 beradik dilihat bertengkar dengan seorang individu di dalam kereta sebelum itu.

Individu tersebut yang dipercayai teman lelakinya ditahan dan walaupun semua bukti dan kenyataan saksi menunjukkan kemungkinan Norhayati dibunuh oleh individu tersebut tetapi polis telah membebaskannya tidak lama kemudian.

"Kenapa baru hendak menubuhkan inkues? Kalau baru beberapa minggu tidak apa lagi sebab apa-apa bukti organik seperti mayat, kesan darah dan sebagainya masih lagi boleh disiasat tetapi ini sudah lima tahun, tiada apa-apa yang tinggal untuk disiasat," tegas Gobind pada sidang media di parlimen Rabu lalu.

Beliau menjelaskan pada 1 Oktober 2007 polis telah mengumumkan satu pasukan khas akan ditubuh untuk menyiasat perkara ini tetapi malangnya selepas tiga tahun, baru pejabat Peguam Negara mula bertindak menubuhkan inkues.

"Saya ingin bertanya, kenapa adakan inkues hanya selepas New Straits Times memaparkan isu ini? Adakah AG terlepas kes ini untuk lima tahun lalu?," tanya Gobind yang tidak dapat menerima logik menunggu tempoh selama lima tahun untuk dijalankan inkues punca kematian Norhayati.

Jelas Gobind lagi, Seksyen 339 Kanun Keseksaan memberikan kuasa kepada Peguam Negara untuk mengarahkan majistret untuk mengadakan penyiasatan berhubung punca dan sebab terhadap mana-mana kes kematian yang disyaki pembunuhan.

"Ini cukup untuk memberi AG kuasa pada masa itu juga, tetapi tidak digunakan.

"Saya mengalu-alukan tindakan AG mengarahkan satu inkues tetapi perlu ditegaskan bahawa kelewatan sepert ini, lima tahun, tidak boleh diterima. AG perlu menjawab kepada rakyat Malaysia, apa sebab mendiamkan diri selama ini?

"Adakah inkues ini hanya untuk memuaskan hati rakyat dan memberikan polis satu lagi alasan untuk menjustifikasikan polis yang gagal bertindak?" tanya beliau.

MB Selangor Kekal Pengerusi Pakatan Selangor

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai pengerusi Pakatan Rakyat Selangor walaupun beliau telah melepaskan jawatan ketua PKR negeri, kata ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap kepada pemberita di satu majlis di Shah Alam malam ini, ketua pembangkang itu berkata ia tidak seberat jawatan rasmi parti dan Khalid akan memperkukuh hubungan antara PKR, DAP dan PAS di Selangor.

Majlis itu anjuran kerajaan negeri bagi mengiktiraf anugerah kepimpinan kepada Khalid oleh University Queensland. Turut hadir ialah naib presiden PKR, Azmin Ali yang mengambil alih jawatanketua PKR Selangor dari Khalid.

Namun ada pihak yang menganggapnya sebagai satu majlis "perpisahan" untuk Khalid, yang terpaksa melepaskan jawatan berkenaan kepada Azmin, yang dilihat sebagai satu langkah kompromi untuk memperbaiki hubungan antara mereka berdua.

Keretakan itu menjadi begitu jelas apabila pentadbiran Khalid dikritik hebat dalam kongres nasional parti itu di Kota Bharu Mei lalu.

Salah satu kritik terkuat adalah mengenai birokrasi di negeri itu, yang didakwa oleh sesetengahnya, telah menghalang pembangunan di Selangor.

Menyentuh mengenainya hari ini, Anwar mendesak Khalid menumpukan kepada langkah mempercepatkan proses pembangunan negeri itu memandangkan beliau kini tidak lagi dibebani dengan tugas-tugas parti.

"Perang dengan Umno umpama satu 'perang dingin' yang hanya boleh dimenangi dengan bantuan rakyat... Saya telah meminta Khalid untuk memahaminya dan memberikan perhatian untuk mempercepatkan program pembangunan," katanya.

Pengadil Itali, Robert Rosetti buat keputusan kontroversi Umumkan PERSARAAN

JOHANNESBURG 9 Julai - Pengadil Itali, Robert Rosetti yang membuat keputusan kontroversi membenarkan gol ofsaid Argentina pada pertemuan dengan Mexico di pusingan kedua Piala Dunia, mengumumkan persaraan dalam bidang pengadilan.

Akhbar Itali, Le Republica mengesahkan Rosetti akan memikul tanggungjawab menjaga barisan pengadil di Divisyen Dua (Serie B) Itali.

Rosetti dilaporkan berkata, keputusan itu tiada kena mengena dengan keputusan kontroversi yang dilakukan semasa mengadili perlawanan Argentina dan Mexico.

Presiden FIFA, Sepp Blater telah memohon maaf kepada pegawai Mexico atas kesilapan itu dan Rosetti tidak lagi dipilih mengadili perlawanan seterusnya.

Dia yang berusia 42 tahun mungkin berpeluang mengadili kejuaraan Eropah 2012 kerana umur persaraan yang ditetapkan oleh FIFA ialah 45.

Dia juga bertanggungjawab mengadili perlawanan di Euro 2008 lalu. - AP

Karpal & TG Nik Aziz Boleh Tutup Mulut Sat Tak..??


oleh AnakKedah

Pesanan aku kepada Nik Aziz & Karpal Singh baik hangpa dua orang kunci mulut sat boleh tak... tak payah dok layan berita yg dok keluar kat UTUSAN nie... hangpa diam ja lah kerana memang kerja puak2 media nie nak bagi kita semua pening kepala dan pikiaq pasal benda nie...

walaupon hakikatnya tak ada apa dah yg nak dipikiaqnya... pada aku dua-dua org hangpa betul... seorang bercakap basa on PERLEMBAGAAN NEGARA & seorang lagi bercakap base on AGAMA ISLAM... jadi dua-dua betul yg dok pening pikiaq akan masalah nie sekarang UMNO/BN saja...

depa masih sekarang belum menyatakan dengan pasti depa nak NEGARA ISLAM atau TIDAK sedangkan perjuangan mereka laungkan adalag demi AGAMA BANGSA & NEGARA... seperi apa yg Karpal dok bising kenapa dia masih tak terima negara islam ialah tidak ada dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA akan hal ini..itu pasal dia tak boleh terima MALAYSIA NEGARA ISLAM... tetapi dah telinga bebal masih dok buat bebal je lah kerja UMNO/BN nie...

jadi kalau dua orang tokoh nie masih dok layan akan isu ini...kira termakan la umpan media nak spin akan isu ini...oleh itu aku mintak sekali lagi baiklah hangpa 2 org kunci ja lah mulut sebentar tak payah layan lagi jika isu ini ditimbulkan.....

nak best sikit jika media dok tanya cuba jawab balik yg dok bising dan kalut tanya kami negara ISLAM nie kenapa UMNO BN tak mau bawak ke parlimen usulkan akan usul MALAYSIA NEGARA ISLAM utk di masukkan dalam PERLEMBAGAAN NEGARA...??




Adakah PRU 13 Pada Februari 2011? Nampak Gaya Kerajaan BHN Akan Buat Awal, Dah Makin Terserlah Ke Arah Tu....

dap.gif Fail:Lambang keadilan.png
Membaca berita Utusan ini - seolah-olah saya dapat membaca apa yang tersimpan di dalam kota minda DS Najib. Menjanjikan duit raya kepada semua peneroka tanah rancangan Felda merupakan satu tanda atau signal awal bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir. Menjanjikan "satu kejutan" - DS Najib dilihat sudah boleh mencongak bilakah tarikh pilihanraya yang terbaik untuk melakar kejayaan dan kemenangan. Mungkin saya terlalu awal menghitung teka-teki ini. Namun demikian, pilihan raya Sarawak bisa sahaja dilakukan pada bila-bila masa sahaja daripada sekarang - kerana tempoh tamat rasminya adalah Jun 2011.

Kebiasaanya, pilihan raya Sarawak tidak akan menunggu sehigga saat-saat akhir, maka ramai pemerhati mengesyaki paling lewat, pilihan raya Sarawak akan diadakan pada awal tahun hadapan. Di sisi lain pula, ramai juga pemerhati politik percaya bahawa pilihan raya Sarawak akan diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-13, memandangkan iklim politik di Sarawak yang semakin berubah sejak DAP merampas kerusi parlimen Sibu baru-baru ini.

Bagi mengelakkan sentimen kekalahan BN yang mungkin agak banyak di Semenanjung daripada menular masuk ke Sarawak dan memberi kesan pengundian di sana. Maka, secara teorinya - pilihan raya perlu diadakan serentak, sekali gus mengurangkan kekuatan pembangkang dari segi tumpuan. Secara teknikalnya ia nampak sangat relevan dan objektif - namun tidak semestinya tepat. Jesteru itu - di bawah ini saya paparkan rasa hati,firasat dan cakap-cakap rakan UMNO saya baru-baru ini berkenaan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 akan diadakan.

1. Tarikh Pembubaran Parlimen : Penghujung Januari 2011

2. Tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 : Awal Februari 2011

3. Hampir semua calon BN/UMNO yang menang dalam Pilihan Raya ke-12 dikekalkan, kerana DS Najib tidak mahu mengambil risiko kekalahan, seandainya memilih calon baharu yang kurang dikenali.

Walauapa pun alasannya. Untuk lebih tepat, kita harus menunggu ucapan dasar DS Najib di Perhimpunan Agung UMNO Oktober depan. Mungkin pada waktu itu - teka-teki Pilihan RayaUmum ke-13 bakal terjawab. Wallahualam.
azlishukri.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.