Polis tidak rancang kaji semula saman ekor - Ketua Trafik

KUALA LUMPUR 9 Julai – Polis tidak merancang untuk mengkaji semula saman ekor ekoran rungutan orang ramai mendakwa tidak menerima notis saman, yang kebanyakannya timbul akibat mereka tidak mengemas kini alamat masing-masing.

Ketua Trafik Persekutuan, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, polis menyediakan saluran mudah untuk pemeriksaan saman seperti khidmat pesanan ringkas (SMS 32728) atau akses internet (www.myeg.com.my).

"Bukankah sudah diberitahu, orang ramai yang sudah berpindah perlu beritahu pada kita atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenai alamat baru itu dalam masa seminggu,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Abdul Aziz mengulas mengenai rungutan pelaksanaan saman ekor menyusahkan orang ramai kerana tidak menerima notis saman.

Beliau berkata, tindakan menyenaraihitamkan pemilik kenderaan itu bukan untuk menghukum tetapi bertujuan memberi pengajaran kepada mereka untuk lebih bertanggungjawab.

Kebanyakan saman dikeluarkan kerana memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat dan polis mempunyai bukti seperti rakaman gambar kesalahan sebelum mengeluarkan saman berkenaan.

Sejak Sept 2009, pihaknya telah mengeluarkan notis saman kepada lebih 2.5 juta pengguna jalan raya dan tempoh notis juga memadai untuk pesalah membayar sama bagi mengelak daripada disenarai hitam. – Bernama

2 comments:

  1. KESIAN KAT ORANG KAMPONG KENA BAYAR SAMAN. PEGAWAI BESAQ TAK PA LA, NI, LEPAIH SUBUH PAKAT DOK PI MENYEMBAH POKOK GETAH DAH, NASIB TAK HUJAN, KALAU HUJAN, KENA BAYAQ SAMAN PULA, BAKI TINGGAI BERAPA DUIT, ALAMAT TAK MAKANLAH ANAK BINI DIRUMAH, ALAMAT TAK SEKOLAH LAH ANAK-ANAK. MACAM TU JUGA ORANG BUAT BENDANG, LA NI BENA PERANG DOK SERANG PADI, KENA BELI RACUN ULAT, SATU RELONG MAU RM350, LEPAIH TU KENA BAYAR SAMAN EKOR PULA, TIADA MAAF BAGI MUA RM300, BENA PERANG GELAK BESAQ, SEBAB PETANI TAK BOLEH BELI RACUN, BAYAQ SAMAN POLIS PULA. TEROPONG JANGAN TAK TEROPONG!

    ReplyDelete
  2. sy rasa macam tak adil saman tuh dikenakan atas penama kereta... kerana tak semestinya orang yang memandu itu memandu kenderaannya sendiri. boleh jadi kenderaan pinjam atau curi.. so 4me ianya secara tidak langsung telah menginaya pihak yg tidak bersalah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.