Terkejut!!! LED Dalam Kompleks Bandaraya Alor Setar Harga RM800 Ribu Tapi Dibeli Dengan Harga RM2.9 Juta.. Ada Sapa2 Nak Siasat???

leh: Tok Senapi


WARGA Bandaraya Alor Setar mesti biasa tengok screen tv gergasi yang terletak dalam kompleks MBAS. LED (Light Emission Display) ni dibeli oleh Kedah Communications & Event Sdn Bhd merupakan anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kedah di zaman BN. Masa tu Dato' Seri Mahdzir Khalid adalah MB.

Ia hanya digunakan dalam beberapa bulan bulan, lepas tu terus lingkop (jahanam) sampai ke hari ni tak boleh digunakan lagi. Nak repair tak boleh, nak tolak kat kelin botoi pun tak laku. Sebabnya LED yang dibeli tu adalah barang 'second hand'. Mengikut nilaian semasa, harga pasaran sewaktu dibeli ialah RM800 ribu.

Mengikut rekod dalaman, sebutharga LED tersebut yang diterima oleh KCE ialah RM1.4 juta. Ia sudah terlalu tinggi. Tetapi tahukah anda berapakah harga yang dibeli? Harganya ialah RM2.9 juta... ulang sekali lagi RM2.9 juta!!!

Aneh, bagaimana pihak pengurusan KCE boleh membeli dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga yang ditawarkan? Depa ni gila ka apa? Ha, gila kena kat depa...

Dari mana depa dapat RM2.9 juta tu? Siapakah Ahli Lembaga Pengarah KCE? Apakah peranan Jasni Shafie (TV3), Zahir Senapiah (TV3) dan Zahari Morad dalam KCE? Siapakah pemilik Tanjung Nusa? Nak tau cerita selanjutnya... tunggu selepas ini.

Kesilapan Guru - Tertayang Filem Lucah Secara Tidak Sengaja Semasa Pembelajaran Multimedia Dari Laptop Guru


GUNUNGKIDUL: Seorang guru yang mengajar mata pelajaran Multimedia di sebuah sekolah di Wonosari didakwa tertayang filem lucah dalam kelas, lapor sebuah portal akhbar di Indonesia, Isnin lepas.

Dikatakan ketika video aksi lucah itu tertayang, para pelajar kelihatan tertanya-tanya apakah ianya merupakan topik pembelajaran oleh guru berkenaan, namun keadaan itu tidak disedari guru berkenaan kerana sedang sibuk membetulkan peralatan tayangan.

Akhbar Radar Jogja melaporkan, guru yang berpangkat AP itu dikatakan tidak sengaja menayangkan filem lucah kepada pelajarnya namun yang pasti, guru berkenaan telah menyimpan klip video lucah dalam laptopnya.

Berdasarkan cerita yang dilaporkan Radar Jogja, ketika guru berkenaan mahu memulakan pengajarannya, dia mengeluarkan laptopnya dan disambungkan ke projektor (alat pemancar).

Mungkin kerana tidak perasan file yang diklik pada laptopnya, guru itu terus menekan butang untuk tayangan sehingga akhirnya secara tidak sengaja aksi lucah dari laptopnya terus terpapar pada skrin tayangan dalam kelas.

Ketika itu semua pelajar berada dalam serba salah dan guru berkenaan tidak sedar klip itu tertayang kerana sedang asyik menguruskan peralatan untuk persiapan mengajar.

Walaupun dilaporkan klip berkenaan tidak terlalu lama tertayang, namun dilaporkan guru berkenaan terkejut menyedari skrin tayangan terpapar filem lucah dan ianya telah disaksikan para pelajarnya sendiri.

Menurut beberapa pelajar yang terbabit, guru berkenaan dikatakan kaget dengan kejadian itu dan terus keluar dari kelas dengan tergesa-gesa dalam keadaan menahan malu kerana klip lucah berkenaan tertayang dan ianya berpunca daripada laptopnya.

Kemudian Radar Jogja berjaya mendapat penjelasan daripada guru berkenaan.

Guru itu mengaku dan telah meminta maaf atas kejadian yang tidak disengajakan itu. Sambil mengaku yang dia tidak tahu menahu dalam laptopnya ada filem lucah.

Selepas mengetahui kesilapan itu, guru berkenaan dikatakan terus menutup video berkenaan.

“Saya berharap masalah ini tidak terus tersebar meluas kerana ia akan memberi imej buruk kepada sekolah.

“Ini semua tidak disengajakan dan kekeliruan sudah diselesaikan,” jelas guru berkenaan.

PAS Kedah Mungkir Janji ?? Janji Manifesto PRU 12 Untuk Beri RM300 Untuk Warga Emas Tak Tertunai... Jom Bongkar Siapa Yang Kata?

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata


Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah Dato’ Jamil Idross dalam satu ceramah politik di Kuala Kedah berkata, PAS mungkir janji. Dalam manifesto pilihanraya dulu janji nak bagi dekat warga emas RM300 seorang. Bila menang haram tak bagi pun.

Bang Men oii, hang ambik tang mana ‘manifesto PAS’ tu. Aku belek manifesto PAS hak ori ataih bawah, depan belakang tak jumpa pun ayat yang hang pi dok ceramah depan 255 orang ahli UMNO masuk UMNO baru-baru ni.

Ada dua kemungkinan dari kenyataan bohong Bang Men tu:

1) Bang Men bersyarah depan orang UMNO, dia anggap jenih UMNO ni kalau kata buah gheyang tu taik kambin pun depa akan makan, sebab pecaya bulat-bulat apa pemimpin atas depa kata. Maknanya, Bang Men anggap ahli UMNO ni buleh ditipu bila-bila masa.

2) Dia tak pernah tengok pun manifesto PAS jadi dia minta manifesto tu kat Sobri Sudin. Jadi manifesto hak dia baca tu karya Sobri Sudin yang telah direka & putarbelit, bukan manifesto hak ori punya. Untuk maklumat Bang Men tak dak dalam manifesto PAS janji nak bagi warga emas seorang RM300.

Fitnah, tipu, bohong, putarbelit dah jadi rukun UMNO. Kalau rakyat masih nak percaya UMNO sama macam pakat ikut depa pi terjun kolam taik. Jangan jadi bodoh.

Bekas Menteri Tempelak Peguam Negara Tidak Cekap : Kes PKFZ Ditangguh

May 03, 2011


KUALA LUMPUR, 3 Mei . — Tun Dr Ling Liong Sik yang berhadapan dengan tuduhan berkaitan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) hari ini secara terbuka berkata tidak harus ada sebarang kelewatan dalam perbicaraan sehingga menyebabkan tertuduh ‘menderita’.

Justeru, bekas menteri pengangkutan ini menuding jari ke arah Jabatan Peguam Negara atas penagguhan terbaru kes beliau sehingga awal Ogos ini.

Dr Ling (gambar), 67, bekas presiden MCA mendakwa ketidakcekapan agensi itu tidak sewajarnya menyebabkan pihak lain menderita.

“Anda tidak boleh membiarkan seseorang itu menderita hanya disebabkan anda tidak cekap,” kata Dr Ling kepada pemberita di pekarangan mahkamah hari ini.

Kesnya ditangguhkan sehingga 1 Ogos.

Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah dari pasukan pendakwaan berkata, pihaknya telah mengenal pasti 23 dokumen mesyuarat Kabinet, bertarikh antaar 24 Mac 1999 dan 4 Julai 2007, tetapi memerlukan masa untuk mendapatkan kebenaran daripada pelbagai kementerian bagi mengklasifikasikan semula dokumen-dokumen berkenaan.

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi yang tidak puas hati dengan hujah itu mengingatkan pasukan pendakwaan bahawa penagguhan kali ini adalah yang terakhir.

“Sembilan bulan sudah berlalu. Saya kecewa (pasukan) pendakwaan belum bersedia lagi, sembilan bulan dan mereka masih belum dapat membekalkan dokumen-dokumen yang saya perlukan untuk membela diri saya.

“Apabila kali pertama saya dituduh Julai tahun lalu, saya dikenakan tuduhan yang dirangka dengan baik... saya fikir mereka mempunyai dokumen-dokumen yang (mereka gunakan) untuk mengenakan tuduhan,” kata Dr Ling.

Dokumen-dokumen itu termasuk minit mesyuarat Kabinet, jawatankuasa Kabinet dan pasca-Kabinet mengenai projek PKFZ diklasifikasikan sebagai rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Tahun lalu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, dokumen-dokumen itu akan dikeluarkan pada pertengahan Januari 2011.

“Saya percaya saya tidak bersalah dan saya mahu menghadapi kes ini untuk membersihkan nama saya,” kata Dr Ling.

Pada 30 November lalu, kes Dr Ling dpindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dari Mahkamah Sesyen.

Ketika itu beliau juga berkata mahu mempertahankan dirinya dan mahukan satu perbicaraan yang cepat.

Beliau menghadapi pertuduhan penipuan terhadap kerajaan Malaysia dengan mengelirukan Kabinet mengenai pengambilan tanah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Klang.

Menurut pertuduhan utama, beliau didakwa menipu Kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

Terma-terma dalam perjanjian termasuk:

a) saiz tanah 999.5 ekar atau 43,538,200 kaki persegi;

b) harga pembelian tanah RM25 satu kaki persegi yang berjumlah keseluruhan RM1,088,456,000;

c) tempoh pembayaran balik berdasarkan “pembayaran tertangguh” 15 tahun dengan kadar faedah 7.5 peratus setahun (jumlah RM720,014,600).

Dr Ling dituduh menipu Kabinet dengan memberikan kebenaran untuk membeli tanah itu mengikut terma-terma dengan secara tidak jujur menyembunyikan fakta bahawa penilaian oleh Jabatan Perkhidmatan Penilaian dan Hartanah, Kementerian Kewangan bagi tanah itu adalah RM25 kaki persegi untuk tempoh pembayaran balik selama 15 tahun, termasuk kupon dan faedah yang boleh dikenakan untuk tempoh pembayaran tersebut.

Dengan itu, beliau mendorong Kabinet untuk memberikan kebenaran dengan pembelian tersebut, sedangkan Kabinet tidak akan memberikan kebenaran jika fakta-fakta telah dimaklumkan kepada jemaah menteri.

Menurut pertuduhan itu, penipuan dilakukan dengan diketahui beliau (Dr Ling) yang boleh menyebabkan kerugian kepada kerajaan Malaysia, di mana beliau ada kepentingan dalam urusan berkaitan penipuan itu dan beliau terikat dengan undang-undang untuk melindunginya.

Dr Ling didakwa melakukan kesalahan itu antara 25 September dan 6 November 2002 di Level 4, Pejabat Perdana Menteri di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Jika sabit kesalahan, Dr Ling boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya.

Dr Ling juga menghadapi satu pertuduhan pilihan menipu kerajaan dengan mengelirukan Kabinet mengenai pengambilan tanah untuk projek yang sama di tempat dan masa yang sama.

Mengikut pertuduhan pilihan, beliau boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terkini!!! Inilah Wajah Bakal Suami Nurul Syuhada Nurul Ain,Pengacara Majalah 3 Yang Bakal Bernikah Julai Depan

Nurul Syuhada bersama kekasihnya, Raja Amir. Mereka merancang untuk bernikah pada Julai depan.

AMPANG: Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 27, mengesahkan akan mendirikan rumah tangga dengan seorang pegawai bank pada Julai depan.

Nurul menjelaskan, lelaki yang dimaksudkan ialah Raja Amir Raja Azwa,29, yang dikenalinya sejak dua tahun lalu.

“Insya-Allah, kami merancang untuk berkahwin pada Julai depan. Kami akan maklumkan kepada pihak media apabila tiba waktunya,” kata Nurul ringkas.

Nurul membuat pengakuan tersebut ketika ditemui pemberita semasa menghadiri majlis doa selamat dan pelancaran buku Sanggul karya jurusolek Zulfazli Suhadi di restoran Intai-Intai, Jalan Hulu Klang di sini, Ahad.

Antara selebriti yang hadir ialah penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana.

Pada majlis itu Nurul dan Raja Amir tidak dapat mengelak gambar mereka dirakamkan jurugambar tetapi memberi kerjasama untuk menjelaskan mengenai hubungan yang terjalin.

Bagaimanapun Nurul tidak dapat menceritakan secara terperinci mengenai kisah cinta mereka atas sebab-sebab tertentu selain prosedur yang harus di patuhi sebagai personaliti TV3, sebelum membuat sesuatu kenyataan.

Bagaimanapun menurut Nurul dia bahagia dengan hubungannya itu dan berharap ia berjalan dengan baik.

Katanya, rombongan merisik telah dilakukan pada Januari lalu dan kedua-dua belah pihak telah menetapkan untuk melangsungkan majlis bertunang dan akad nikah serentak pada Julai depan.

“Saya tidak boleh nak komen banyak. Cukuplah sedikit maklumat itu,” pinta Nurul.

Pengacara itu sebelum ini pernah dikaitkan dengan angkasawan kedua negara, Mejar Dr Faiz Khalid tetapi hubungan mereka tidak bertahan lama.


Umno Hanya Alat MCA, Kenapa Buat Baik Dengan MCA? Adakah MCA Boleh Perjuangkan Islam?... Tinggalkan BN, Masuk Pakatan

May 02, 2011

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Datuk Seri Najib Razak petang ini mengelak daripada diheret dalam debat berhubung bantahan MCA, yang mengenakan syarat ke atas pelawaan beliau kepada PAS agar menyertai Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri (gambar) mempelawa PAS menyertai BN tetapi Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semalam menutup pintu dengan mendakwa parti Islam itu mesti menggugurkan dasar negara Islamnya.

“Anda tahu, saya tidak mahu sertai polemik mengenai negara Islam sebab ada pelbagai tafsiran mengenai negara Islam,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Dr Chua menutup pintu menyertai BN kepada PAS kecuali ia sanggup menggugurkan prinsip-prinsip negara Islamnya terlebih dahulu.

Dr Chua berkata Najib sedar bahawa partinya tidak akan menerima PAS menukar Malaysia menjadi sebuah negara Islam.

“Pendirian MCA adalah sangat jelas bahawa kami tidak akan menerima PAS dalam usaha mereka menjadikan negara ini negara Islam. Kami tidak akan menerima yang itu dan Perdana Menteri juga memang sedar akan pendirian MCA ini,” kata beliau.

“Mereka boleh menyertai BN jika mereka sanggup menggugurkan dasar menjadikan negara ini sebagai negara Islam,” kata beliau.

Kelmarin, Najib berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jikapun tidak memutuskan untuk tidak menyertai BN.

Sehubungan itu Perdana Menteri mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam Pakatan Rakyat, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada DAP.

Najib berkata, pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu.

“Kita lihat poster di sini (Terengganu) ‘PAS ganti Umno’, realitinya ‘DAP ganti PAS’, di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), PAS berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP,” kata beliau.

“PAS, cukuplah dalam Pakatan Rakyat, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari Pakatan,” kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong.

Selain itu, Najib yang juga Presiden Umno dilaporkan mempelawa PAS agar menyertai BN dengan berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?

“Hadi, cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat Kuala Terengganu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.