Akibat kelalaian 2 Wanita Singapura Masuk Malaysia Tanpa Cop Passport Ditahan dan Diarah Bogel Serta Lakukan Ketuk Ketampi.. Kini Kes Sampai Putrajaya



Jabatan Imigresen Johor telah menjalankan siasatan berhubung dakwaan dua wanita Singapura yang mereka dipaksa ketuk ketampi dan bercangkung dalam keadaan berbogel oleh anggota jabatan berkenaan.

Kedua-dua wanita itu dilapor ditahan awal pagi 9 Jun lalu, atas dakwaan cuba masuk ke Malaysia secara tidak sah.

"Kita telah menjalankan siasatan dan sudah menyerahkan laporan (berhubung insiden itu) kepada ibu pejabat imigresen di Putrajaya hari ini.

"Tunggulah keputusan daripada ibu pejabat imigresen dan kementerian," kata pengarah Imigresen Johor, Mohd Nasri Ishak ketika dihubungi Malaysiakini.

Mohd Nasri bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu kenyataaannya bercanggah dengan keputusan ibu pejabat.


singapore customs nude squat 130611Akhbar harian berbahasa Cina di Singapura - Lianhe Zaobao, melaporkan kejadian itu berlaku pada awal pagi 9 Jun lalu apabila dua wanita berkenaan memandu menyeberangi Tambak Johor dari republik itu.

Mereka menuju ke Johor Bahru dengan tujuan untuk makan malam tetapi secara cuai dan lalai melalui kaunter imigresen tanpa mengecop passport masing-masing.

Atas kesilapan itu, mereka ditahan dan didakwa sebagai pendatang asing dan dikurung di lokap di Pontian, Johor.

Wanita yang menggunakan nama samaran Lin Li Li, memberitahu akhbar itu, dia dan rakannya Zhan Ting Ting, juga nama samaran, kemudiannya diarahkan supaya menanggalkan semua pakaian mereka dan melakukan ketuk ketampi sebanyak 10 kali.

Selepas selesai melakukannya, mereka diberi pakaian tahanan dan mendakwa digari dan dikurung di bilik tahanan yang cukup memilukan.

RM3.5 juta Duit Rakyat Dibelanjakan, Kos Iklan Sokong Projek Email 1Malaysia Tricubes.. Kerajaan Anggap Amat Kecil....

Soalan No: 94

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : PUAN TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH)
TARIKH : 13 JUN 2011 (ISNIN)
SOALAN

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta Perdana Menteri menyatakan kos perbelanjaan siri advertorial Economic Transformation Programme (ETP) dalam akhbar sejak ETP dilancarkan. Memandangkan email 1Malaysia adalah inisiatif swasta, kenapakah Kerajaan perlu membelanjakan wang untuk menyiarkan advertorial Truths and Lies about My Email untuk mempertahankan projek email 1Malaysia pada 6 Mei 2011.

NONE

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Secara menyeluruh, sejak Program Transformasi Ekonomi (ETP) dilancarkan pada bulan Oktober 2010, sebanyak 36 advertorial ETP disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan (pelbagai bahasa). Ini menelan belanja sebanyak RM 3.5 juta dan dianggap amat kecil perbelanjaan tersebut jika dibandingkan dengan faedah-faedah yang telah diperoleh daripada wujudnya ETP ini dari segi peningkatan Pendapatan Negara Kasar (GNI), pelaburan daripada sektor swasta dan juga peluang pekerjaan yang diwujudkan untuk mencapai status Negara maju menjelang tahun 2020.

Pihak kerajaan mangambil pendekatan untuk member maklumat yang terkini kepada rakyat mengenai Program Tranformasi Ekonomi. Maklumat ini disediakan melalui pelbagai media termasuk media cetak untuk rakyat membuat penilaian tersendiri tentang program serta status perlaksanaan program yang telah diumum oleh YAB Perdana Menteri. Maklumat diberi bertujuan untuk memastikan bahawa fakta yang benar dan tepat diberi kepada rakyat.

Sebagai contoh, salah satu tanggapan yang salah dan mula tersebar di media online, facebook, twitter dan lain-lain lagi adalah bahawa Kerajaan akan mengeluarkan perbelanjaan besar untuk memulakan projek MyEmail ini. Sama sekali kenyataan ini adalah tidak tepat dan saya ingin menekankan bahawa pihak Kerajaan tidak akan mengeluarkan walaupun satu sen untuk projek ini.

Kerajaan memainkan peranan sebagai fasilitator terhadap initiative syarikat-syarikat swasta dalam projek-projek permulaan (Entry Point Projects/EPP). Oleh itu, kerajaan harus menunjukkan bahawa ianya komited terhadap member sokongan terhadap syarikat-syarikat yang terlibat. Ini dapat meningkatkan tahap keyakinan bukan sahaja daripada syarikat-syarikat dalam Negara, malahan pelabur-pelabur asing terhadap kerajaan Malaysia.

Lebih-lebih lagi, sekiranya pihak yang tidak bertanggungjawab tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan dan fakta-fakta yang salah, pihak kerajaan tidak perlu ke hadapan untuk menerangkan keadaan yang sebenar dan contoh paling baik kita dapat lihat daripada ini adalah apabila cerita-cerita yang sama sekali tidak tepat dikeluarkan mengenai MyEmail tersebut, dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) bagi pihak kerajaan harus megambil tindakan secepat mungkin untuk memperbetulkan kenyataan-kenyataan salah itu.

Datuk Ismail Kamus Di Tahan Di Wad ICU Hospital Gleanegles Ampang... Doakan Semoga Beliau Sihat Kembali..


Tuan Guru Dato Ismail Kamus sekarang ini berada di wad ICU, Hospital Gleanegles Ampang.

Mohon semua sahabat mendoakan semoga ALLAH memberikan kesihatan yang baik dan dapat menyampaikan ceramah kembali.



Inilah 7 Perkara Tuntutan BERSIH 2.0


BERSIH 2.0 yang akan menganjurkan himpunan aman pada 9 Julai nanti menuntut reformasi terhadap 7 perkara iaitu :-
  • Pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21
  • Reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar
  • Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali
  • Capaian media aliran utama untuk parti pembangkang
  • Tempoh kempen minimum 21 hari
  • Kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya
  • Menghapuskan rasuah pilihan raya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.