SEPATUTNYA!!! TPM TS Muhyiddin Minta Rakyat Beri Peluang PM Hj Najib Berehat Dan Bercuti Di Luar Negara, Mengapa? Jom Terjah!!!

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin minta rakyat jangan bimbang kerana beliau akan pastikan bencana banjir dalam negara ditangani sebaik mungkin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Disember, 2014.




Rakyat diminta memberi peluang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berehat dan bercuti di luar negara walaupun negara ketika ini menghadapi bencana banjir di pantai timur, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan perdana menteri itu berkata, tidak perlu mempertikaikan Najib yang kini dilaporkan bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama kerana beliau sebelum ini sudah bekerja kuat mentadbir negara.
"Bagi masa dia rehat, dia sudah bekerja terlalu keras. Dia cuma manusia biasa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan Krismas di Full Gospel Tabernacle di Subang Jaya, hari ini.

Gempaq!!! Harimau Jantan Terlepas Dari Kurungan Di Zoo And Night Safari Di Taiping.. Jom Terjah!!!


Seekor harimau jantan terlepas daripada kurungannya di Zoo Taiping and Night Safari di Taiping, tengah hari ini.
Pengarah zoo, Dr Kevin Lazarus berkata Harimau Malaya itu terlepas daripada kurungannya ketika kerja penyelenggaraan dilakukan oleh pekerja baharu.
"Kejadian itu berlaku ketika harimau tersebut berada di kurungannya di bahagian belakang, bukan berlaku di bahagian kurungan untuk pameran awam. Ia terhentak pintu kurungan itu dan pintu tersebut terbuka secara tiba-tiba," katanya.

Alamak!!! PM Haji Najib Dikritik Hebat Kerana Menghabiskan Masa Bermain Golf Bersama Presiden Amerika Di Hawaii.. Ini Jawabnya!!!


Dikritik hebat kerana menghabiskan masa bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii ketika Malaysia dilanda banjir teruk, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau sudah menghubungi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara bagi membincangkan perkara itu.

Perdana menteri berkata beliau meminta timbalannya mempertingkatkan lagi usaha membantu mangsa banjir terutama di kawasan yang terjejas teruk dan berisiko tinggi.

Allahu Rabbi!!! (Gambar2) Sadis Sungguh: "BOM" Meletup Di Sebuah Rumah Di Taman Ria Mesra, Ragut 3 Nyawa.. AL-Fatihah!!!



GURUN: Petang tadi satu kejadian ngeri telah berlaku di Taman Mesra Ria, Gurun apabila 8 buah rumah musnah dipercayai kerana terjadi satu letupan yang besar di sini. Letupan ini telah mengorbankan seorang anggota tentera, anak perempuannya berumur lapan tahun dan  seorang ahi keluarnya yang lain.

Bagaimanapun kenyataan yang di dapati adalah berbeza kerana pihak bomba mengatakan letupan berlaku adalah kerana tong gas dan lain pula menurut saksi di sana, mereka mengatakan bom tangan yang berada di dalam sebuah kereta.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.