Gempaq!!! Harimau Jantan Terlepas Dari Kurungan Di Zoo And Night Safari Di Taiping.. Jom Terjah!!!


Seekor harimau jantan terlepas daripada kurungannya di Zoo Taiping and Night Safari di Taiping, tengah hari ini.
Pengarah zoo, Dr Kevin Lazarus berkata Harimau Malaya itu terlepas daripada kurungannya ketika kerja penyelenggaraan dilakukan oleh pekerja baharu.
"Kejadian itu berlaku ketika harimau tersebut berada di kurungannya di bahagian belakang, bukan berlaku di bahagian kurungan untuk pameran awam. Ia terhentak pintu kurungan itu dan pintu tersebut terbuka secara tiba-tiba," katanya.

Harimau berkenaan kemudian ditembak ubat pelali namun ia melarikan diri ke hutan berhampiran kurungan itu dengan melompat tembok zoo setinggi 1.8 meter, katanya.
Dr Lazarus berkata haiwan itu dijumpai di hutan berhampiran dan ia ditembak sekali lagi dengan pelali sebelum dapat ditangkap semula pada pukul 3 petang.
Sebanyak 30 orang termasuk kakitangan zoo, anggota Bomba dan polis terlibat dalam usaha mencari harimau yang berusia hampir 16 tahun dengan berat kira-kira 300 kilogram dan dua meter panjang tersebut, katanya. – Bernama
- TMI

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.