(Gambar2) Suasana Terkini Di Kediaman Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat... Solat Jenazah Jam 10.00 Pagi Esok


Makluman:
Solat jenazah ayahanda tuan guru akan didirikan pada jam 10am pagi esok (Jumaat) 13 Februari 2015 di masjid Tok Guru, Pulau Melaka.
Semoga perjalanan tuan puan dari jauh dan dekat diberkati oleh Allah. Harap patuhi segala arahan bagi mengekalkan keselesaan buat semua dan perjalanan ayahanda menuju tuhannya.
Terima kasih.
Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Anakanda
23 Rabiul Akhir 1436H/12 Februari 2015
Gambar sekitar kediaman Mursyidul Am Pas, 
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu malam ini.





Al Fatihah: (Sedih & Pilu) Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat Kembali Ke Rahmatullah 9.45 Malam Tadi..




KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka, di sini, kira-kira jam 9.45 malam tadi.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira satu jam sebaik tiba di rumahnya, selepas keluar daripada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

TERKINI!!! Kesihatan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Merosot Lepas Jalani Rawatan Ulser, Moga Allah SWT. Beri Kesembuhan...




KOTA BHARU - Kesihatan bekas Menteri Besar Kelantan dilaporkan merosot hari ini  selepas menjalani rawatan ulsernya kelmarin, demikian kata anaknya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Nik Abduh berkata, doktor yang merawatnya di Unit Rawatan Rapi (ICU)  Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sedang berusaha menstabilkan Mursyidul Am Pas itu kembali.

Allahu Rabbi!!! (Wajib Baca) Jerat Maut Kelayakan Baru Pinjaman, Hidup Di Bawah Kemampuan.. Jom Terjah!!!



Ramai kakitangan kerajaan yang mulutnya terlopong melihat kelayakan baru ini.
 

Air liur mula meleleh... hati meronta-ronta
Ye lah.. dulu tak mampu beli harga rumah yang macam tu..
sekarang dah mampu beli.


Apa lagi.. gelojak jiwa membara!


Bagi yang bergaji asas RM 2,000, dulu cuma mampu jeling harga rumah berharga sehingga RM255K sahaja.


Apartment kos rendah, kos sederhana, atau teres subsale di kawasan yang agak jauh dari bandar.


Tapi sekarang bila kelayakan pinjaman sudah naik, mereka sudah boleh jeling rumah berharga sehingga RM320K.


Lebih banyak pilihan dan mungkin sudah boleh beli rumah teres dua tingkat subsale jika lokasi jauh sedikit dari pusat bandar.


Al Fatihah!!! Pengulas Sukan Tersohor Negara, Datuk Hasbullah Awang Kembali Kerahmatullah Di IJN


KUALA LUMPUR: Pengulas sukan veteran negara, Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada Khamis.

Allahyarham menghembus nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU) IJN pada pukul 12.20 tengah hari ini.

Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke kediamannya  di Seksyen 32 Bukit Naga, Shah Alam pukul 3 petang Khamis.

Beliau merupakan seorang pengulas sukan di Malaysia yang kini bertugas di Astro Arena sejak Januari 2014 setelah menamatkan khidmat di RTM.

Hasbullah memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1 dan pernah menjadi pembantu dalam mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong.

Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era semi-pro pada awal 1990-an.
Personaliti kelahiran Teluk Intan, Perak itu juga pernah menyumbang suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.

Terkini!!! Layanan Di Penjara Kepada DS Anwar: Hanya Tilam Dan Bantal Diberikan.. Jom Terjah!!!


SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilayan sama seperti banduan lain di Penjara Sungai Buloh.

Sumber dalaman Penjara Sungai Buloh yang enggan namanya didedahkan berkata, Anwar hanya akan dibekalkan bantal dan tilam di dalam sel yang menempatkannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.