Siapakah Artis Melayu Hasil Program Realiti TV Yang Buat Maksiat Di Pulau Peranginan Popular Di Seberang? Jom Terjah...

Gosip ini memang panas, amat panas kerana ia melibatkan bekas artis rancangan realiti yang belum pun setahun jagung, sudah pandai membuat onar di negara orang. Kalau disebut nama, memang orang kenal sangat. Apatah lagi rancangan realiti tersebut baru sahaja tamat penyiarannya di sebuah televisyen swasta.

Al-kisahnya, sekumpulan artis rancangan realiti ini diberikan tugasan untuk menjalani rakaman di sebuah pulau peranginan popular di negara seberang. Apabila mereka tiba di sana, seperti biasa jadual yang padat dengan urusan imigresen & sebagainya membuatkan mereka keletihan.

Dalam keletihan, krew produksi yang bertugas sama ingin merehatkan minda dengan berjalan-jalan di sekitar pulau peranginan tersebut. Namun, apabila mereka mengajak si lelaki (peserta rancangan realiti) ini, dia menolak dengan alasan untuk berehat di bilik hotel. Nak dijadikan cerita, si wanita (peserta rancangan realiti) turut memberikan alasan yang sama. Orang yang mengajak tidaklah mengesyaki apa-apa, fikir positif katakan.

Tetapi, sudah ditakdirkan tuhan nak tunjuk peel pasangan rancangan realiti ini. Seorang peserta, biarlah kami namakan sebagai X naik ke bilik hotel. Apabila pintu dibuka, dia terkejut melihat si wanita ini sudah menghempap tubuh si lelaki ini. Lagaknya, seperti baru nak bermadu mesra menyedut kemanisan sesama sendiri. Kalau ikutkan, sejak dari awal musim rancangan realiti pun, kedua-dua pasangan ini sudah menunjukkan interest yang mendalam terhadap satu sama lain.

Mungkin masih bermukadimah, kedua-dua pasangan ini kantoi dalam keadaan lengkap berpakaian. Haih, andailah sudah tertanggal semua, bertambahlah dosa 2 orang anak Melayu ini.

Kami geleng kepala, sedih melihat artis yang baru nak naik terjerumus dalam kancah maksiat. Apa pun tak boleh!

Nota: gambar sekadar hiasan.

Trio Datuk T Mengaku Bersalah - Kes Dedah Video Lucah, Sabit Kesalahan Penjara & Denda

Trio Datuk T (dari kanan) Ahli Perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Bendahari Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim hadir di Mahkamah Majistret, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat berhubung tuduhan menayangkan secara terbuka adegan lucah iaitu hubungan seks antara lelaki dan perempuan.

KUALA LUMPUR: Trio Datuk T mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan melibatkan pendedahan video seks yang dikatakan mirip seorang pemimpin pembangkang.

Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Shuib Lazim didakwa secara bersama menayangkan bahan lucah iaitu video seks adengan seorang lelaki dan wanita secara terbuka.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pula didakwa secara berasingan atas tuduhan bersubahat dengan mereka untuk melakukan kesalahan tersebut.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, 21 Mac lalu di bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara, Taman Tasik Perdana, Persiaran Mahameru di sini.

Pendakwaan terhadap Shazryl Eskay dan Shuib dibuat mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan Akta 574 manakala pertuduhan terhadap Abdul Rahim dibuat mengikut seksyen sama yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama bagi persubahatan.

Jika sabit kesalahan, semua mereka boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selepas pengakuan tertuduh direkodkan, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Kamaludin Md Said mengemukakan bahan bukti termasuk satu peranti USB yang mengandungi rakaman video tersebut.

Video hitam putih yang mempunyai tempoh durasi selama 20 minit juga ditayangkan di mahkamah dengan beberapa adengan dilajukan ke hadapan.

Video2 Jaringan - Tahniah Pasukan Negara Menang Dengan Tentangan Hebat Lubnan 2-1, Pujian Buat Penjaga Gol Malaysia


Gol Irfan Fazail minit ke 9

Gol kedua Wan Zack minit 41


Fuhh..cemas giler di separuh masa kedua selepas skuad Olimpik negara terpaksa bermain dengan sepuluh orang apabila pemain tengah, Gary Steven Robbat telah dilayangkan kad kuning kedua yang menyebabkan beliau dibuang padang selepas menjatuhkan pemain Lubnan.


Para pemain negara meraikan kejayaan gol pertama hasil jaringan Md Irfan Fazail dalam perlawanan pusingan kedua kelayakan Olimpik 2012 awal malam tadi.
Namun, bekalan dua gol awal di separuh masa pertama nyata memberi kelebihan buat skuad Ong Kim Swee untuk terus berada di hadapan sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil dari Jepun, Toma Maasaki dan keputusan berkesudahan skuad Olimpik negara benam pasukan Olimpik Lubnan 2-1.

Gol pertama Malaysia dijaringkan di minit awal permainan menerusi rembatan menarik pemain tengah, Mohd Irfan Fazail pada minit ke-7. Gol Mohd Irfan itu terus memberi momentum buat rakan-rakannya untuk terus mengasak kubu lawan yang mula nampak goyah dan tertekan.

Skuad Malaysia mula memperlahankan rentak dan permainan kedua-dua pasukan nampak seimbang sesekali membuat percubaan ke arah pintu gol dengan beberapa peluang tersasar.

Semangat anak buah Samir Saad terus jatuh apabila Wan Zack Haikal Wan Nor terus menambah gol skuad negara apabila menolak mudah bola ke arah pintu gol Lubnan menewaskan penjaga gol, Dakramanji Mohamad hasil hantaran cantik Gary Steven Robbat yang boleh dikatakan bertaraf Liga Inggeris (EPL).

Nyata gol kedua skuad negara terus melemahkan semangat anak buah Samir Saad sehingga tamat separuh masa pertama.

Di separuh masa kedua, Lubnan lebih banyak menguasai permainan apabila rentak pemain negara terencat selepas Gary Steven Robbat terpaksa keluar padang pada minit ke-50 kerana menerima kad kuning kedua selepas cuba mengasari pemain Lubnan.

Rentak anak buah Ong Kim Swee terus terbantut dan bermain secara bertahan menerima asakan bertubi-tubi pemain Lubnan.

Jentera di bahagian tengah nyata terasa kehilangan Gary Steven Robbat terus diasak dan memaksa Khairul Fahmi Che Mat berhempas pulas menyelamatkan pintu gol daripada dibolosi sehinggalah asakan bertali arus Lubnan akhirnya membuahkan hasil untuk merapatkan jurang 2-1 hasil jaringan Chadi Atie selepas kekalutan berlaku di depan pintu gol negara.

Menyedari sukar untuk menyekat corak permainan Lubnan, Kim Swee merombak percaturan untuk mengelak daripada terus dibocori dengan memasukkan Abdul Shukor Jusoh, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Md Izzaq Faris Ramlan.

Beberapa gerakan daripada Haidar menyebabkan barisan pertahanan negara kucar-kacir dan beberapa percubaan bahayanya hampir mengundang padah buat skuad negara namun aksi cemerlang Khairul Fahmi depan pintu gol menidakkan percubaan penyerang lawan membolosi pintu gol hingga ke wisel penamat sekaligus membantu negara meraih kemenangan penting 2 -1 hingga 90 minit permainan dan tiga minit masa tambahan.

Malaysia melangkah ke pusingan seterusnya kelayakan Olimpik 2012 pada September depan selepas berjaya mara dalam saingan peringkat kumpulan zon Asia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.