TGNA Akan Memimpin Solat Hajat Buat Anwar


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat akan memimpin solat hajat anjuran Pakatan Rakyat (PR) Shah Alam di Stadium Melawati pada malam ini bermula jam 7 malam.
Menurut Pengarah Program, Harris Bakar, solat hajat ini memohon kepada Allah melindungi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada fitnah dan konspirasi jahat terhadapnya.
Turut diadakan ceramah perdana untuk menerangkan isu semasa termasuk kepincangan, penyelewengan, konspirasi dan niat jahat Umno-Barisan Nasional ( BN) dalam memporak-perandakan PR.
Antara panelis yang akan memberi cermahanya ialah Datuk Seri Anwar, Datuk Nik Aziz, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, dan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Selangor, Syed Shahril Syed Mohamud.
Orang ramai juga diminta membawa sejadah untuk solat hajat tersebut.

JOM PAKAT-PAKAT PI.... KALAU TAK DAPAT PI KITA BUAT KAT SURAU SECARA BERJEMAAH. FITNAH SEMAKIN DAHSYAT... AKHIR ZAMAN.

Mengapa Ini Terjadi... Salah Siapa

Menyingkap kenangan kepandaian yang susah untuk diajar

UMNO Kelantan Gagal: Himpunan Syok Sendiri

Dah Lena Ka Bang Brahing....

Bermodalkan RM15 dan sehelai T-Shirt UMNO Kelantan cuba menarik perhatian rakyat untuk menafikan hak rakyat Kelantan terhadap royalti minyak lima peratus yang sepatutnya diberikan oleh kerajaan pusat yang dipimpin Najib.

Dalam ceramah yang diadakan semalam yang dihadiri tidak sampai 200 orang, Mustapa Mohamed, Awang Adek dan Ibrahim Ali cuba mengsongsangkan fakta sebenar isu royalti yang hangat diperkatakan di seluruh Kelantan malahan menjadi isu nasional kini.

Sebelum ini, Ku Li dengan anjuran Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) bersama Kerajaan Negeri Kelantan mengadakan ceramah isu royalti minyak di Stadium Muhammad Ke-IV yang berjaya menarik hampir 80,000 rakyat bagi mendengar penjelasan sebenar kandungan perjanjian royalti yang ditandatangani pada 1975 oleh Petronas dan Kerajaan Negeri Kelantan.

Alhamdulillah... Rumah Tergendala, Kini Siap



Beberapa pemilik rumah di pangsapuri Taman Ukay Bistari di Hulu Kelang yang sudah tujuh tahun menunggu kerana pembinaannya tergendala, hari ini bersyukur kerana akhirnya dapat mendiami rumah sendiri.

Riak wajah ceria mereka jelas terpancar selepas kerajaan Selangor berusaha menyiapkan projek perumahan itu, yang terbengkalai sejak tahun 2003.

"Siapa yang tidak seronok dapat rumah sendiri. Itu yang diidam-idamkan selama ini. Mak cik berasa lega dengan kemudahan yang diberikan.

"Siapa yang tidak suka. Inilah saat yang diidam-idamkan," kata Norziah Nurajin yang ditemui sebelum perasmian program pemulihan perumahan terbengkalai di Hulu Kelang pagi ini.

Pelancaran program tersebut disempurnakan oleh Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Ukay Bistari.

Beliau turut menyampaikan kunci rumah kepada penduduk di Hulu Kelang dan Puchong yang berjaya memiliki rumah melalui skim pemulihan perumahan terbengkalai di negeri itu.

Kira-kira 300 hadirin termasuk pembeli dari taman berkenaan dan dari Saujana Puchong hadir dalam majlis tersebut.

Norziah, 52, yang sebelum ini merupakan penduduk setinggan di Kampung Pasir Tambahan, melahirkan rasa gembira dan tersenyum apabila dia menerima kunci rumahnya selepas tujuh tahun menunggu.

Sementara seorang lagi pembeli Haliza Che Harun turut melahirkan rasa yang sama dengan Norziah selepas lama menunggu untuk menduduki di rumah sendiri.

Haliza, 40, yang dite
mani dua anaknya di majlis tersebut, turut memuji kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang berusaha membantu membolehkan beliau dan keluarganya menetap di situ.

Menurutnya beliau akan berpindah dari rumah sewanya di Taman Permata dekat Hulu Kelang, selepas menerima kunci daripada kerajaan negeri.

Manakala Abu Samat Abdul Razak, 40, mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Selangor yang berusaha untuk membantu penduduk di taman itu menyiapkan rumah mereka yang terbengkalai sejak 2003.

Beliau juga menempelak kerajaan terdahulu yang menurutnya "tidak membantu rakyat" untuk menyiapkan rumah mereka yang terbengkalai.

"Kerajaan sebelum ini banyak tidur. Tidak membantu rakyat. Rumah banyak terbengkalai. Mereka menipu rakyat sebelum pilihan raya. Selepas pilihan raya, mereka tidur," katanya ketika ditemui di majlis tersebut.

Abu Samat yang ketika ini menetap di Pangsapuri Sri Nilam di Ampang berkata sebelum ini beliau risau selepas tiga pemaju masih gagal menyiapkan pangsapuri tersebut.

Bagaimanapun beliau berasa lega kerana pemaju yang dilantik oleh Pakatan Rakyat dapat berbuat demikian.

"Pakatan Rakyat betul-betul membantu rakyat," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk di situ memberi reaksi yang berbeza apabila tidak berpuas hati kerana ketiadaan bekalan air dan lif yang tidak berfungsi.

Aminah Othman, 46, yang ditemui Malaysiakini selepas pelancaran program tersebut berkata walaupun berbangga dengan kehadiran ketua pembangkang tetapi masalah tersebut harus diselesaikan segera.

Aminah yang sudah mendiami rumahnya kira-kira sebulan yang lalu, kerana mendakwa pemaju tidak membayar sewa kepada pemilik rumah yang disewanya, berharap kerajaan Selangor bertindak segera untuk menyelesaikan masalah bekalan air dan lif yang tidak berfungsi

Sementara itu, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Ir Iskandar Samad ketika ditemui pemberita, berjanji pihaknya akan menyelesaikan masalah tersebut dalam masa seminggu.

"Penduduk tidak akan masuk selagi tidak lengkap dengan kemudahan ini," katanya.

Taman Ukay Bistari dan Saujana Puchong adalah antara 141 kawasan perumahan yang terbengkalai di negeri terbabit yang membabitkan kos pemulihan projek berkenaan dianggarkan bejumlah RM 5 bilion merangkumi hampir 5,000 unit rumah.

Program itu diselia oleh jawatankuasa khas yang dipengerusikan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan dijalankan melalui sumbangan modal dan kepakaran dari syarikat swasta.

Jawatankuasa itu pula diletakkan di bawah jawatankuasa induk yang turut

dianggotai exco perumahan, pihak berkuasa tempatan dan juga wakil penduduk.

Sementara itu, dalam ucapannya, Anwar berkata, lebih 140 projek rumah terbengkalai di negeri itu adalah diwarisi dari kerajaan terdahulu.

Katanya kerajaan Selangor akan berusaha untuk mempercepatkan projek terbengkalai di Selangor walaupun beliau tidak menjanjikan keseluruhannya pada tahun ini.

"Kita tidak menjanjikan (semua projek terbengkalai) untuk siap dalam tahun ini, tapi kita ikhlas (menolong) memberi tempat (kepada pembeli).

"Kita berjanji, tidak ada habuan wang daripada pemaju dan kita tidak akan mengkhianati rakyat," katanya.

Dalam ucapannya juga Anwar yang juga ketua umum PKR menjelaskan masalah projek perumahan terbengkalai juga mempunyai kaitan dengan keadaan ekonomi di negara ini.

"Ekonomi kita tidak berada dalam keadaan kukuh. Pelabur tidak yakin dengan institusi dan sistem (di Malaysia). Suatu ketika dahulu pertumbuhan ekonomi negara kita mengatasi negara seperti Singapura dan Thailand.

"Dan dari segi persaingan ekonomi, kita berada di tangga kedua, tapi sekarang kita masih rendah. Ini berpunca daripada kurang upaya pemimpin negara untuk meyakinkan pelabur luar untuk menguruskan ekonomi negara," kata Anwar yang juga bekas menteri kewangan.

Dalam ucapan itu juga, Anwar menyatakan berjanji akan mendapatkan sijil pengesahan penduduk (CF) di projek perumahan Taman Ukay Bistari minggu hadapan.

"CF belum dapat lagi, hanya (sijil) sementara sahaja daripada Majlis
Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Kalau Isnin ini dapat surat, minggu itu juga diluluskan. Kalau tidak lulus, saya akan turun lagi. Saya berjanji," katanya.

Sebelum itu, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Ir Iskandar Samad menolak tanggapan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa jawatankuasa khas yang ditubuhkan "tidak ada gigi" untuk mengenalpasti dan menyelia projek terbengkalai di negeri itu

Kata Iskandar yang juga timbalan pesuruhajaya PAS Selangor berkata, jawatankuasa tersebut sebenarnya mempunyai tanggungjawab penuh kepada kepadanya selaku exco yang terlibat.

"Segala apa yang dilakukan akan dilaporkan kepada Exco dan perlu juga mendapat kebenaran daripada saya terlebih dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab ucapan wakil persatuan penduduk Taman Ukay Bistari, yang dikenali Dr Rafick yang berucap sebelum itu yang menyatakan jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri adalah "organiasasi longgar" dan "tidak ada gigi" kerana tidak berada di bawah agensi kerajaan.

Dr Rafick berharap kerajaan Selangor dari Pakatan Rakyat berperanan sebagai satu kerajaan yang lebih baik daripada kerajaan terdahulu.

"Kerajaan kini, jika tidak selesai masalah rakyat dan (mengambil kira)
pandangan orang ramai, maka ia tidak banyak beza dengan kerajaan sebelum ini. Tunjukkan keyakinan kepada rakyat," katanya.

Beginilah... Akibat Paip Bocor

BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL

... Beginilah keadaan sebuah kereta jenis Kia Picanto yang dipandu seorang wanita selepas terjunam dalam sebuah lubang sedalam semeter akibat paip bocor di Jalan Abdullah, Indera Mahkota, Kuantan kira-kira jam 8.30 pagi, semalam. Wanita berusia 30-an hanya cedera ringan selepas sempat diselamatkan oleh orang ramai. Seorang saksi, Mohd Amin Mat Razali, 29, berkata kereta mangsa dipercayai dipandu laju dan memasuki limpahan air di atas jalan akibat paip bawah tanah yang bocor sebelum terbabas ke dalam sebuah lubang di kiri jalan.

Budin- Pi Mai (2x) Tang Tu : Bernikah Pulak


GEORGETOWN: Pelakon komedi dan penyanyi, Abdul Rahim Muda atau Imuda, 50, selamat bernikah dengan Zabarina Mushadi Ali, 28, dengan sekali lafaz akad kira-kira jam 11 pagi di Masjid Negeri Pulau Pinang tadi.

Benarkah Ini Kelebihan Bercium???

Gambar-gambar hiasan

Ahli perubatan mendapati bahwa berciuman baik untuk kesihatan... .
Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan berciuman bagi kesihatan?

* Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita.

Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung perminit.

* Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.

* Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi.

* Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.
lagi... kelebihan berciuman .....

1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini.

2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahwa dengan berciuman bergairah tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan.

4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.

5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang bergairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.

8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu mengurangi sakit.

SEKADAR LIHAT.. JANGAN CONTOHI JIKA BUKAN MAHRAM

'TANGAN GHAIB' di belakang Najib: Rosmah nafi


Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyangkal persepsi bahawa beliau adalah 'tangan ghaib' di sebalik keputusan dan tindakan yang diambil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selama ini.

"Saya pun pernah dengar tentang (persepsi) itu, tapi ia bukan sesuatu yang saya berasa sensitif kerana ini bukan perkara yang betul.

"Boleh jadi saya ni bising sikitlah, bak kata orang putih saya gregarious... saya suka kepada kawan-kawan, Datuk Najib ni boleh jadi dia 'reserve' sikit.

"Tapi tidak semestinya kalau Datuk Najib itu reserve saya yang buat keputusan... jenis saya kalau saya tak puas hati saya cakap, tapi bila habis habislah, saya tak simpan dalam hati," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika diwawancara dalam rancangan Hello Malaysia kendalian BernamaTV di Wisma Bernama semalam.

Rosmah berkata walaupun Najib seorang yang tidak banyak bercakap tetapi beliau tidak harus dipandang rendah.

"Saya selalu bagi tau kepada mereka jangan 'underestimate' Datuk Najib, dia memang tak marah tapi jangan bagi sampai dia marah, kalau dia marah itulah tahap tiada maaf bagimu.

"Datuk ni memang tak cakap banyak tapi apa yang berlaku di sekelilingnya dia simpan dalam kepala. Kalau saya betul pun dia tegur kalau saya tak betul pun dia hentak kaki, saya takut," katanya.

Rosmah berkata beliau bertindak sebagai rakan baik suaminya dan sentiasa memberikan motivasi dan kata-kata semangat kepada perdana menteri.

"Apa yang mustahak saya dan Datuk Najib mempunyai hubungan yang rapat di mana kami juga berbincang kalau ada masalah, kami juga ketawa dan kami juga suka bergurau sebab adalah penting untuk beliau sebagai seorang pemimpin tidak terlalu stres.

"Jadi bila dia balik ke rumah kita tengok televisyen bersama, keluar makan bersama, 'in short we are best friends' (pendek kata kami adalah sahabat karib)," katanya.

Beliau berkata sebagai isteri, beliau sentiasa menjaga keperluan suaminya di rumah seperti makan minum, pakaian dan kesihatan.

"Bila dia (Najib) ada di rumah saya takkan keluar rumah melainkan saya ada program yang lain. Saya juga pastikan Datuk Najib sihat dengan bersenam di
gimnasium.

"Selain itu, saya pastikan beliau tidak akan runsing iaitu beliau tidak akan fikirkan perkara remeh temeh kerana beliau seharusnya fokus segala pemikirannya kepada rakyat dan negara," katanya.

- Bernama

Ibu kucing sanggup susukan anak tupai..

PELIK TAPI BENAR

SEEKOR kucing bernama Tita menyusukan seekor tupai walaupun haiwan itu berlainan spesis.

Tita, kucing milik Encik Ruben Gaviria, yang tinggal di bandar Envigado, Colombia.

Encik Gaviria berkata beliau telah menyelamatkan tupai yang ketika itu cedera semasa menjumpainya di sebuah taman yang berdekatan dengan rumahnya minggu lalu. -- Reuters.

Akhbar Utusan putar belit kenyataan Presiden PAS


KUALA LUMPUR, 19 Feb: Akhbar Umno, Utusan Malaysia telah mengambil kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam konteks yang salah ketika menyiarkan berita bertajuk "Umno mula alami perubahan yang baik - Hadi" dalam keluarannya semalam, 18 Februari.

Jelas ia semacam bertujuan untuk melagakan Abdul Hadi dengan para pemimpin PAS yang lain kononnya Abdul Hadi bersedia untuk bekerjasama dengan Umno termasuk dalam isu perkongsian kuasa dan kerajaan perpaduan.

Jelas, apa yang dimaksudkan oleh Abdul Hadi adalah berbeza.

Berikut adalah kandungan penuh wawancara yang disiarkan dalam akhbar Harakah pada bil 1514, 15-18 Februari 2010 di muka surat N10 yang bertajuk 'Tiada percanggahan dengan MB Kelantan - Presiden PAS'.

S: Datuk Seri, boleh perjelaskan sedikit apa yang dikatakan percanggahan pendapat antara Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz dengan Presiden PAS dalam isu perbincangan PAS dengan Umno?

J: Sebenarnya, tidak ada percanggahan antara saya dengan Tuan Dato’ Nik Abdul Aziz dan tidak ada pemisahan antara agama dengan cara hidup dalam Islam. Agama dengan politik dengan sosial dan sebagainya. Apa sahaja masalah dalam dunia ada kaitan dengan agama. Di mana, Tuan Guru Nik Aziz bercakap dalam konteks ‘ad-deen’ (agama dengan cara yang menyeluruh) dan saya mungkin menyentuh aspek-aspek tertentu. Sebenarnya, tidak ada percanggahan antara saya dengan Tuan Guru Nik Aziz.

S: Ini bermakna, apa yang diperkatakan orang tentang berlaku percanggahan itu jauh sekali berlakunya?

J: Tidak…kita mesti memahami agama mengikut definisi Islam dari perkataan ‘ad-deen’ yang disebut al-Quran oleh Tuhan. Berbeza dengan agama yang diterjemahkan ‘religion’ dalam bahasa Inggeris atau agama dalam bahasa ‘Sanskrit’. Di mana, Islam adalah ‘ad-deen’ bukan sahaja agama, bukan sahaja ‘religion’ termasuk di dalamnya cara hidup ‘way of life’ yang termasuk di dalamnya politik, ekonomi, sosial dan segala perkara yang berkait dalam urusan kehidupan manusia secara individu dan masyarakat, secara bangsa dan antarabangsa, secara globalisasi.

Berkait dengan segala aspek yang menjadi tanggungjawab manusia di atas muka bumi ini. Apa yang disebut oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz ialah tentang surat yang dihantar kepada Perdana Menteri. Surat itu menyatakan PAS sedia berbincang dengan Umno dalam aspek Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini sebagai satu penyelesaian cara hidup bagi negara kita. Setelah kita melihat kegagalan-kegagalan yang dialami dalam negara kita talu-bertalu.

Kita mengalami masalah politik yang belum selesai. Masalah ekonomi, masalah sosial yang makin hari makin parah. Sepatutnya, dibincang apakah penyelesaiannya. PAS boleh mengemukakan cadangan-cadangan penyelesaian secara Islam. Dalam hal ini, kita mengambil sikap yang terbuka dan boleh berbincang dengan semua pihak termasuk dengan kerajaan sendiri. PAS pernah melibatkan diri dengan forum Islam. Bukan sahaja melalui Parlimen, melalui Dewan Undangan Negeri (Dun).

Bahkan, PAS pernah menyertai Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen). PAS pernah menyertai apa sahaja forum secara khusus yang diatur oleh kerajaan. Termasuklah yang terkini dalam isu kalimah Allah. Di mana, PAS telah menghantar wakil dalam perbincangan dengan IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia) dan kita mengemukakan pandangan kita sebagaimana dalam al-Quran dan Hadis Nabi SAW. Sebagaimana yang dinyatakan oleh ulama-ulama dalam kitab yang banyak yang dikarang oleh mereka.

S: Tuan Guru, adakah kaedah bagi penyatuan tersebut kerana isu perbincangan antara Umno-PAS telah lama tetapi tidak pernah menjadi kenyataan?

J: Masalah penyatuan ini kita hendaklah faham. Di sana ada perkara yang manusia wajib bersatu, ada perkara yang harus bersatu dan ada perkara yang haram bersatu dan tidak boleh bersatu sampai bila-bila. Perkara yang haram bersatu antara benar dan salah, adil dan zalim, antara haram dan halal, antara iman dan kufur, antara Islam dan jahiliah.

Perkara yang prinsipal, perkara yang konsep, yang diputuskan oleh al-Quran, yang ada nas. Di mana, dalam hal ini tidak boleh disatukan sama sekali antara perbezaan yang berlaku dengan manusia. Ini tidak boleh kita satu, perkara yang ‘tabie’, perkara yang naluri. Dan di sana, ada perkara yang boleh disatukan. Perkara yang menjadi kepentingan bersama, yang menjadi tujuan bersama, keadilan untuk semua. Hak kebaikan untuk semua, menolak keburukan untuk semua. Walau pun persepsinya berbeza itu boleh dibincangkan. Perkara yang boleh disatukan ada, perkara yang boleh diraikan antara satu sama lain, tolak ansur itu ada dan ini perlu dilihat.

Kita tidak boleh melihat secara menyeluruh sebagai satu prinsip yang beku, yang jumud, yang tidak boleh rungkai. Oleh sebab itu, PAS bersdia untuk mengadakan perbincangan dalam perkara yang boleh dirungkai, yang boleh diselesaikan secara ‘ijtihad’, secara kebijaksanaan yang berpandukan kepada prinsip-prinsip ‘fleksibel’ yang ada dalam al-Quran, yang diajar oleh Nabi kita Muhamad SAW.

S: Dahulunya, PAS pernah kata Umno kafir. Dalam isu penyatuan ini macam mana hendak betulkan keadaannya?

J: Kita (PAS) tidak pernah menentukan si anu bin si anu kafir. Kita (PAS) menyataka batas-batas iman dan kufur. Saya sendiri mengarang sebuah buku tentang Aqidah Muslim. Dan Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan kitab Mustika Hadis. Jilid yang pertama yang menyatakan batas-batas Iman dan Kufur.

Di sana, ada dinyatakan ada perkara-perkara yang boleh membatalkan iman seseorang, yang membatalkan Islam seseorang dan mungkin mereka yang melakukan secara jahil adalah berdosa. Dan kita (PAS) tidak boleh menentukan siapa-siapa jadi kafir melainkan melalui Badan Kehakiman secara Islam yang sah. Dalam Islam ada hukum dan undang-undang orang yang murtad. Dengan sebab itulah, mesti melalui Badan Kehakiman Islam yang kita (umat Islam) kena faham. Apa yang kita (PAS) sampaikan adalah secara ilmu.

Kita (PAS) tidak menafikan ada di kalangan masyarakat kita yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, yang menghina hukum hudud, yang menghina hukum qisas. Dan ada di kalangan pemimpin kerajaan yang tidak perlu saya sebut namanya yang mengatakan sekiranya dilaksanakan hukum hudud akan jadi huru-hara.

Jika laksanakan hukum Islam ramai orang Islam yang kudung (potong tangan). Ini hukum yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran. Mungkin mereka mengatakan demikian kerana jahil dan jika kerana jahil dia berdosa kerana tidak belajar. Tetapi, jika dia kata dengan pengetahuan dia, dengan tahu dia sebagai seorang Islam dan tiba-tiba dia menafikan hukum Allah. Ini boleh merosakkan aqidah (Islam) dia. Dan menjadi tanggungjawab kitalah (PAS) menyampaikan. Alhamdulillah, kita (PAS) telah berjaya menyampaikan mesej kita (Islam) sehingga hari ini Umno tidak boleh mendedahkan kesilapan kita dalam masalah ini.

Apa yang berlaku ialah anjakan paradigma dalam Umno sendiri yang tidak lagi mengatakan politik suku agama suku. Dan tidak lagi menghina hukum-hukum Islam, tidak ada lagi budaya dalam Umno. Ini kejayaan yang dapat kita (PAS) laksanakan. Ini kejayaan dakwah yang kita (PAS) sampaikan bagi menyedarkan umat kita, bangsa kita dalam perkara (batas iman dan kufur) ini. Sepatutnya, kita tidak boleh bertelingkah dalam masalah ini dan PAS sendiri pernah minta diadakan muzakarah secara ilmu.

Dalam PAS ada Majlis Syura Ulama’ PAS dan dalam Umno ada Biro Agama Umno. Dan kerajaan sendiri mempunyai Majlis Fatwa, ada mufti-mufti dalam kerajaan, ada IKIM ada macam-macam. Jika dalam Umno ada mereka yang membawa ijazah PhD dalam bidang Islam. Dalam PAS juga ada dan dengan sebab itu perbincangan secara ilmu adalah penting.

Walau pun demikian, saya melihat telah berlaku anjakan paradigma dalam Umno tidak lagi mengatakan agama berpisah dari politik. Ini satu perubahan yang positif dan apa yang penting kita terjemahkan secara praktikal dan dilaksanakan dengan cara yang baik. Antaranya, sekurang-kurangnya memberi ruang kepada negeri-negeri yang dipimpin oleh PAS dan Pakatan Rakyat.Tidak ada gangguan-gangguan dari segi semangat federalisma.

Apa yang berlaku ialah mereka (Umno-BN) telah melanggar semangat dan konsep federalisma yang diamalkan, tidak menghormati keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) termasuk pilihan raya di Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

Bila pakatan Rakyat telah menubuhkan kerajaan, mereka (Umno-BN) mesti menghormati keputusan ini tetapi seolah-olah tidak berlaku penghormatan terhadap keputusan ini. Ini suatu hal yang lain dari prinsip Islam. Dengan sebab itu, perbincangan Islam secara ‘usuli’ secara asas perlu antara PAS dengan Umno yang merupakan ada di kalangan Islam disemua pihak.

Jadi perbincangan secara ilmu sangat penting. Dan PAS telah meneroka, apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menjemput kami (PAS) menghadiri perjumpaan dengan IKIM dan saya sendiri hadir dalam majlis itu bersama dengan wakil PAS dalam persidangan itu dan kita (PAS) telah mengemukakan pandangan- pandangan kita (PAS). Ini suatu perkembangan yang sangat positif dan kita (PAS) bersedia untuk hadir jika dibuka ruang untuk kita (PAS) menghadirinya.

Ambilan: Harakah Daily
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.