Kemalangan Ngeri: Pemandu Lotus Berpantang Maut Sebelum Ajal, Kereta Lotus Rosak Teruk

MUAR: Meskipun keseluruhan badan kereta mewah jenis Lotus yang dipandunya berkecai dan hanya tinggal rangka, seorang lelaki terselamat daripada maut selepas terbabas melanggar bukit di Kilometer 147.2 Lebuhraya Utara Selatan dekat Pagoh di sini, awal petang tadi.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa, Lim Lik Wie, 40, dipercayai berasal
dari Johor Bahru cedera parah manakala anjing peliharannya mati di tempat kejadian.
Sebelum kejadian, dia yang dipercayai memandu laju kenderaan berkuasa tinggi itu.


Foto
PEMANDU cedera di beberapa bahagian badan dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan kecemasan.

Hangat!!! (Video) Wacana Sinar Siri Ke 24: Kejutan Ekonomi Selepas PRU13


Membawa tajuk 'Kejutan Ekonomi Selepas PRU13', Sinar Harian menampilkan barisan panelis yang tidak asing lagi, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Malaysia (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed dan pakar ekonomi dari Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Amir Hussin Baharuddin.

DI kala semua jari menuding ke arah kerajaan ekoran kemelut ekonomi negara yang semakin meruncing, bebanan hidup yang terus menekan rakyat, desakan demi desakan daripada pakatan pembangkang, muncul satu karakter yang layak digelar anak jantan.

Rakan seangkatan beliau seboleh-bolehnya mengelak menjawab persoalan ekonomi yang disifatkan membunuh namun, hari ini, pentas wacana Sinar Harian siri ke-25 yang mengangkat tajuk ‘Kejutan Ekonomi Selepas PRU13’ menjadi saksi apabila Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed tampil berdepan dengan masyarakat.

Keberanian beliau disifatkan sebagai anak jantan oleh moderator wacana kali ini, Dr Maszlee Malik.

Hangat Terkini!!! Akhirnya Perdana Menteri Umumkan Letak Jawatan.. Jom Terjah!!!


Perdana Menteri Tunisia, Ali Larayedh akan meletak jawatan dan menyerahkan kuasa kepada pentadbiran sementara, sebagai salah satu janji beliau kepada pembangkang untuk meletakkan demokrasi di negara ini kembali ke landasan sebenar.

Hong Leong Bank Berhad Nafi Dakwaan Tidak Benarkan Solat Di Surau Cawangan Bagi Kakitangan Bank, Tapi.. Jom Terjah!!!


Hong Leong Bank Berhad hari ini menafikan dakwaan ia tidak membenarkan sesetengah anggota Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (Nube) beragama Islam menunaikan solat di surau cawangannya di Kelantan dan Kuantan.

Dalam kenyataan akhbarnya, bank itu secara tegas berkata ia sentiasa menghormati semua amalan agama dan menyokong kebebasan beragama.

"Anggota Nube berkenaan bukan staf cawangan tertentu itu dan oleh demikian mereka tidak boleh memasuki kawasan keselamatan di mana terletaknya surau dan bilik kebal utama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.