Hong Leong Bank Berhad Nafi Dakwaan Tidak Benarkan Solat Di Surau Cawangan Bagi Kakitangan Bank, Tapi.. Jom Terjah!!!


Hong Leong Bank Berhad hari ini menafikan dakwaan ia tidak membenarkan sesetengah anggota Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (Nube) beragama Islam menunaikan solat di surau cawangannya di Kelantan dan Kuantan.

Dalam kenyataan akhbarnya, bank itu secara tegas berkata ia sentiasa menghormati semua amalan agama dan menyokong kebebasan beragama.

"Anggota Nube berkenaan bukan staf cawangan tertentu itu dan oleh demikian mereka tidak boleh memasuki kawasan keselamatan di mana terletaknya surau dan bilik kebal utama.

"Ini adalah dasar keselamatan standard mana-mana institusi kewangan di mana tiada siapa, kecuali staf cawangan berkenaan, dibenarkan memasuki kawasan keselamatan," kata kenyataan itu.

Bank itu menegaskan bahawa semua pekerja beragama Islam dibenarkan menunaikan solat, tanpa sebarang prejudis atau gangguan. - Bernama

Itu penafian pihak Hong Leong.. tapi aku tak faham apa benda yang dinafikannya itu.. baca apa dakwaan Timbalan Presiden Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE)ini..

KUALA LUMPUR 9 Jan - Timbalan Presiden Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE), Abdul Jamil Jalaludeen hari ini menggesa campur tangan agensi kerajaan yang berkaitan dalam menyelesaikan isu penafian hak pekerja islam di Hong Leong Bank.
Abdul Jamil menegaskan bahawa sekiranya perkara seperti ini tidak diselesaikan dengan kadar segera, tidak mustahil jika ianya turut menjadi ikutan pihak perbankan lain yang ada di negara ini.
"Para pekerja bank (Hong Leong) tidak dibenarkan menggunakan surau bermula 2 November, dan ini adalah salah satu penafian hak. Jika perkara ini dibiarkan, semua bank akan melakukan perkara yang sama selepas ini, dan ia sangat merisaukan memandangkan ia berlaku di Malaysia.
"Apa yang kita mahu adalah campur tangan dari pihak-pihak berkenaan untuk menyelesaikan perkara ini," katanya dalam satu sidang media anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang diadakan di Villa Puteri di sini hari ini.
Abdul Jamil turut menambah, setakat ini dua laporan telah dibuat kepada Jabatan Agama Islam di Kuantan dan Kelantan, di samping satu laporan polis di Kuantan supaya isu-isu seperti ini diberi perhatian serius oleh pihak berkenaan.
"Kita harap isu-isu kepenggunaan seperti ini akan diberi perhatian yang serius kerana ia melibatkan agama islam.
"Kita tidak boleh benarkan seorang CEO Singapura (Hong Leong) untuk terus menindas dan menidakkan hak untuk beribadat rakyat Malaysia yang beragama Islam, dan ada sesetengahnya telah dipecat," ujarnya.
Katanya, perkara ini sedang diusahakan oleh NUBE dan telah dibawa kepada perhatian SUHAKAM, Kementerian Sumber Manusia, penghantaran memorandum kepada pimpinan negara dan juga Pemuda UMNO.
Abdul Jamil juga menafikan bahawa isu yang cuba dipertahankan ini berupa suatu unsur provokasi, di mana NUBE hanya memperjuangkan hak-hak pekerja bank terutamanya yang telah dipecat dan bukan salah satu badan atau pertubuhan politik.
"Jumlah keseluruhan kakitangan yang dipecat berjumlah 27 orang, 25 orang daripadanya adalah pekerja islam, yang membawa kepada 90peratus lebih.
"Apabila isu ini diadukan, pihak bank akan menafikannya namun kami ada bukti dan fakta hanya perlu datang dan bersemuka dengan kami dan kami telah bawakan isu ini kepada pihak JAKIM," ujarnya.
Terdahulu, kes ini mendapat perhatian apabila di laman Facebook NUBE, melaporkan, bank yang dimaksudkan adalah Hong Leong Bank telah bertindak biadap dan menafikan hak orang Islam untuk menunaikan solat di premis mereka ~ RakyatNews

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.