Berita Sah Dan Sahih!!! Penyanyi Era 70-an, Latif Ibrahim Meninggal Dunia Di IJN Petang Tadi... Al Fatihah..

latif_ibrahim



Penyanyi era 70an, Latif Ibrahim meninggal dunia hari ini pukul 6.05 petang di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Berita sedih itu disahkan oleh adik Allahyarham iaitu Datuk Khatijah Ibrahim.


Jenazah Allahyarham kini berada di IJN dan akan dibawa ke kediaman Allahyarham di No 1, Jalan AU 3/16B, Taman Keramat, Kuala Lumpur dan dijangka akan dikebumikan pada malam ini juga.


Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari IJN pada Sabtu lalu.
Penyanyi yang juga pelakon filem itu dikenali dengan lagu Nora dan filem seperti Sumber Ilhamku.


Pelakon teater Terima Kasih Cinta itu masih belum menerima baki bayaran setelah dipentaskan genap setahun yang lalu di Istana Budaya.


Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi saat duka ini dan takziah daripada kami. Al-Fatihah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.