Maklumat Terkini!!! Perhimpunan Bantah GST... Jom Terjah!!!

Perhimpunan haram bantah GST akan diadakan di Jalan Raja

KUALA LUMPUR: Perhimpunan membantah cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang telah dilabelkan sebagai haram oleh pihak polis, akan diadakan di Jalan Raja dan bukannya di padang Dataran Merdeka seperti yang dirancang sebelum ini.

Jurucakap jawatankuasa perhimpunan itu, S. Arutchelvan (gambar)  berkata ini adalah kerana padang itu ditutup untuk proses menaik taraf padang, seperti yang diberitahu oleh pihak polis sebelum ini.

“Kami telah mengadakan pertemuan dengan pihak polis pagi ini dan memberitahu mereka bahawa kami akan berkumpul di Jalan Raja kerana kita mahu berbuat demikian di sekitar Dataran Merdeka.

TuDiaa!!! Helah Presiden Amerika Menjelajah Asia Termasuk Malaysia Terbongkar.. Jom Terjah!!!

Blogger Sayuti Omar mendakwa lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Jepun, Korea, Malaysia, Filipina adalah perjalanan untuk mencari kekuatan dan sokongan.

Katanya perjalanan Obama bukan untuk melihat keindahan panorama di Asia.

“Amerika begitu takut kepada China yang bangkit dalam kuasa perdagangan baru. Sebagai sebuah negara yang membentuk empayar, Obama dapat merasakan apa akan berlaku untuk 50 dekad akan datang,” katanya dalam posting terbaharu blognya www.msomelayu.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.