Ambilan Daripada : Blog Pak Teh: Guruku Ajarku Politik
- http://arisawang.blogspot.com/
Setahun ada 365 hari. Sehingga sekarang sudah 25 tahun. Jika Sehari RM4.30 di bayar (lebih murah dari harga minimum sekotak rokok 20 batang - RM6.20). Jika ini dibuat secara istiqamah benda tu dah jadi hak milik pun!!!.
365 hari, kali dengan 25 tahun sama jugak dengan 9,125 hari. Harga yang kena bayar ialah RM39,600 termasuk faedah.
Tak percaya??? Cuba tekan mesin kira (calculator). RM39,600 bahagi dengan 9,125 hari sama jugak dengan RM4.33726027397 (Empat Ringgit Tiga Kupang jika digenapkan).
Itulah harga Perumahan Awam Mergong Taman Wira, Alor Setar yang telah menjadi riuh rendah oleh Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar dalam demontrasi yang di Ketuai oleh Anak Syed Yunan iaitu Syed Hafiz sebagai Timbalan Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Padang Blok A, Taman Wira Mergong (Tempat Agih Kanji). Bashah tak nampak pun.... pi mana, sepatutnya dialah yang kena jadi juara takkan nak bagi kat Mahadir Khalid kut.
Perumahan Awam Mergong, Taman Wira mula diduduki pada tahun 1985 iaitu 25 tahun yang lalu. Sepatutnya hari ini semua peduduk di Taman Wira tu dah dapat hak milik mereka masing jika kutipan sewa beli dilakukan dengan sempurna oleh KCS UMNO (Bahagian Perumahan), Exco UMNO dan MB UMNO sejak sebelum Mac 2008.
Sudahlah urusan kutipan tidak diurus dengan sempurna, syarat tanah masih lagi pertanian, punya la terok UMNO memerintah Kedah selama 51 tahun. Kenyataan ini memang menyakitkan kepada pemimpin UMNO yang mendengarnya, tetapi itulah hakikatnya.
Tetapi nasi masih belum menjadi bubur, insyaAllah seluruh penduduk Taman Wira yang ada tunggakan hutang yang sedikit panas kerana di layoq oleh pemimpin UMNO Bahagian Alor Setar akan kembali tenang.
Yang penting, penjelasan yang sewajarnya perlu diberikan kepada seluruh penduduk, bahawa sesiapa yang melangsaikan tunggakkan hutang sewa beli mereka yang sudah tidak terlalu banyak itu, seterusnya melakukan proses ubah syarat tanah di pejabat tanah maka rumah dan tanah yang diduduki itu menjadi hak milik masing-masing. Maksud jadi hak milik, boleh jadi pusakalah.
Ada geran cek ooiii.......... sapa tak mau, silap-silap sesak boleh sandar bank untuk buat modal bisnes ke..... apa ke.......
Kiah kaum ibu UMNO yang masuk TV3, kata dia tak mampu bayar sampai makan nasi dengan kicap je. Malam tadi aku pi la round tengok kawasan Taman Wira tu termasuk rumah Kiah yang makan nasi dengan kicap tu. Astro ada, rumahpun dah buat tambahan, kereta pun ada............ aku rasa dia silap cakap kut, bukan makan nasi dengan kicap tetapi makan nasi dengan lauk ayam masak kicap.
Walaupun begitu............ bila ditanya kepada penduduk, "Apa pandangan jika urusan menuntut semula hutang diserah kepada bank", jawapan yang diterima ialah, "Tidak setuju.... dan meminta Kerajaan Negeri mengkaji semula dan membuat penyusunan semula kaedah pembayaran".
Aku terjumpa jugak dengan bekas JKKK yang nak isytihar masuk PAS selepas ini, dia menyebut dalam tinjauannya sekitar 60% hingga 70% penduduk tidak setuju jika diserah kepada bank dan mereka juga tidak setuju dengan cara Pemuda UMNO Bahagian membuat demontrasi kerana masalah datang daripada mereka (UMNO) sejak 25 tahun lalu, kerajaan Pakatan sekarang ini cuma sedang mencari jalan hendak memberi hak milik rumah itu kepada penduduk dan jugak hendak mendapatkan semula tunggak hutang untuk membuat rumah lain kepada mereka yang masih memerlukan rumah.
"Tolong bawa mai Mat Sabu, kita buat ceramah, insyaAllah saya akan isytihar masuk PAS dalam majlis tu bersama dengan 80 orang ahli UMNO yang saya dah kutip setakat la ni.... rasa boleh tambah lagi." sambung bekas JKKK tu penuh semangat.
Aku dok fikir, "Hebat orang tua ni, bersyarah kat aku pulak... nampak lebih cerdik dari Pemuda UMNO Bahagian, tu..... baru kata nak masuk PAS, kalau masuk lagi cerdik apa?.
Dia jugak minta, "Pasai bank-bank tu tak payah dok sebut la, dia boleh bagi kesan politik, yang penting macam mana Pejabat Perumahan tu boleh bertindak seperti bank dengan berkesan, orang tak marah punya. Sebut bank je semua penduduk jadi seram sejuk".
"Kepada tujuh orang yang tak pernah bayar duit sewa beli, sejak azali tu, kami setuju ambik tindakan kat depa" celah salah seorang yang duduk di gerai depan Insaniah.
Seorang lagi mencelah (rasa aku nama dia Zul Che Harun), "Masalahnya sekarang UMNO tinggai taik, PAS yang kena basuh.... bila PAS nak basuh Pemuda UMNO mai hasut penduduk jangan basuh".
Apapun mereka adalah rakyat terbanyak yang perlu diberi pendidikan, teguran dan kasih sayang dari sebuah pemerintahan yang berlandas Islam yang suci. Segala kekusutan yang ditinggalkan oleh pemerintahan UMNO dan BN jangan lah diulangi oleh penggubal dasar dan pelaksana tugas bahagian perumahan.
Selamat mendapat Hak Milik Rumah setelah bayaran yang sebenarnya hanya Empat Ringgit Tiga Kupang sehari, di langsaikan oleh 1,982 unit penyewa beli Perumahan Awam Mergong, Taman Wira terdiri dari blok A, B, C, D dan E.
Bayar jangan bayar!!!