Bila Nak Balas Surat Jemputan Debat ?


PULAU PINANG, 2 Mac: Sampai ke saat ini, surat untuk jemputan mengadakan 'Debat Perdana' yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat pada 22 Februari lepas kepada Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP), Rizal Faris Mohideen, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Karim dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno negeri, Norman Zailan tidak dijawab.

DPMPP dan GPMS terus sembunyi kuku selepas sahaja surat dikemukakan berbanding sebelum ini melalak riuh rendah menuduh Ketua Menteri, Lim Guan Eng bersikap zalim, kuku besi kepada peniaga Melayu manakala surat yang dihantar kepada Pemuda Umno pula dibalas dengan dikoyak di depan media.

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Amir Ghazali ketika dihubungi mengesahkan kebaculan ketiga-tiga individu terbabit kerana tidak berani ke depan untuk menceritakan apa yang terbuku di hati mereka.

"Sebenarnya kita masih menunggu surat sehinggalah 7 Mac ini. Jika seandainya mereka tidak membalasnya bermakna apa yang disuarakan hanyalah mainan Umno yang tidak senang dengan kelebihan yang ada pada Kerajaan Pakatan Rakyat berbanding parti yang menjadi naungan mereka sebelum ini," tegasnya.

Tambah beliau yang juga Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), masih ada lima hari untuk mereka menjawabnya.

Pemuda Pakatan Rakyat tetap menunggu surat itu kerana berharap dapat berhadapan dengan individu yang tidak suka dengan ketrampilan kerajaan sekarang yang mengamalkan dasar Cekap, Akauntabiliti dan Telus (C.A.T).

Ujar Amir, program yang dijangka diadakan pada 7 Mac nanti bermula pukul 9.00 malam di Tapak Ekspo Seberang Jaya tetap berjalan seperti biasa jika ketiga-tiga individu tersebut tidak menunjukkan kelibat masing-masing.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.