Rombakan Exco Kedah Perkara Biasa : Ahmad Kassim


ALOR SETAR- Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyambut baik usaha Barisan Nasional (BN) yang yakin untuk mendapatkan semula Kedah pada pilihan raya akan datang ketika melihat Menteri Besar akan mengadakan rombakan Exco.

Pengerusi Perhubungan PKR Negeri, Ahmad Kassim berkata, sekiranya BN ingin mengambil alih pentadbiran Kedah, BN perlulah bertanding pada pilihan raya yang akan datang dengan cara terbaik.

Menurutnya, hasrat BN yang ingin mentadbir semula Kedah itu juga perlulah dilakukan dengan cara demokrasi dan sopan tanpa menimbulkan masalah kepada rakyat.

“Rombakan yang akan dibuat oleh Menteri Besar itu adalah perkara biasa untuk memantapkan pentadbiran dan pastinya tindakan tersebut dibuat atas alasan tertentu.

“Tindakan Menteri Besar untuk merombak Exco turut dilakukan di mana-mana apabila tiba masanya tetapi sekiranya BN menganggap hal ini mampu memberikan kemenangan kepada mereka pada pilihan raya yang akan datang, baguslah,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, apa yang perlu dilakukan oleh BN sekiranya mahu memenangi pilihan raya yang akan datang adalah bertanding dengan cara yang betul demi kepentingan dan menjaga kebajikan rakyat.

Ahmad berkata, diharapkan sekiranya BN dapat mentadbir Kedah, mereka perlulah menjauhkan diri daripada rasuah, tidak bersikap zalim kepada rakyat dan mentadbir negeri dengan baik.

Beliau berkata, bertukar pentadbiran Kerajaan Negeri adalah adat dalam politik namun perkara itu perlulah dilaksanakan dengan cara yang betul.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.