TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

ADUN Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Boleh Hadir Sidang DUN Kedah Esok.. Mahkamah Persekutuan Ketepikan Keputusan Mahkamah Rayuan...


Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan permohonan ADUN Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sharif menghadiri Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang akan bersidang esok.

Keputusan itu mengketepikan penangguhan keputusan oleh speaker DUN Kedah Dr Abdul Isa Ismail, yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan pada 2 November lalu.

Keputusan sebulat suara oleh Mahkamah Rayuan, dua minggu lalu itu bertujuan mengelakkan apa-apa keputusan yang dibuat oleh DUN - terutamanya semasa pembentangan bajet bulan ini - boleh diisytiharkan batal dan tidak sah jika mahkamah mendapati Abu Hasan bukan lagi seorang ADUN.

Keputusan Mahkamah Persekutuan tiga anggota panel hari ini adalah juga sebulat suara. Ia diketuai oleh Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Inilah Wajah Isteri Baru Penyanyi Hattan Yang Akhiri Zaman Dudanya Pada 11.11.11 Yang Lalu

 

Enam tahun menduda, akhirnya penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Rendang Tak Berbuah’ ini telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Jumaat lalu.
Memilih tarikh cantik, 11.11.2011 sebagai hari bahagia mereka, majlis nikah tersebut diadakan secara tertutup namun meriah dengan kehadiran hampir 100 orang keluarga terdekat dan teman rapat kedua pengantin baru ini termasuklah anak tunggal Hattan, Adam Iman, 13.

Dengan hanya sekali lafaz, Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, selamat dinikahkan selepas solat Isyak di kediaman keluarganya di Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Sah bergelar suami, Hattan mengucap syukur kerana dapat disatukan dengan wanita yang berjay membuka pintu hatinya setelah sekian lama hidup ‘solo’.
Meskipun gembira dengan kehadiran suri baru dalam hidupnya, Hattan nyata tidak terburu-buru dan masih belum bersedia memperkenalkan isteri barunya yang dikatakan berusia awal 30-an itu kepada umum.
 
Siapakah gerangan isteri Hattan masih menjadi tanda tanya, namun beberapa keping foto yang diperolehi daripada forum cari (kredit) juga dari Nurizspace.com (kredit), barangkali sedikit sebanyak mampu mengintai seraut wajah suri baru Hattan ini.

Felda Mencuba Kali Kedua Jual Tanah Peneroka... Jom Bongkar!!!

KUALA LUMPUR, 14 Nov: Cadangan menyenarai Felda Global Ventures Holding Sdn Bhd di Bursa Malaysia pada pertengahan 2012 merupakan cubaan kedua 'menjual tanah peneroka', kata bekas pegawai Bank Negara, Dr Rosli Yaakob.

Bercakap pada sidang meja bulat anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) di Pejabat Agung PAS semalam, Rosli berkata cubaan pertama dibuat pada tahun 2004 di zaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Ketika itu ujarnya, Tun Mahathir membawa idea untuk menyenarai Felda Holdings Berhad ke Bursa Malaysia namun gagal setelah ditentang hebat oleh peneroka.


“Nampaknya cadangan ini menggantikan cadangan Tun Mahathir untuk menyenaraikan Felda Holdings Berhad pada 2004, namun dibantah peneroka Felda. Kalau dulu Felda Holdings Berhad dicadangkan tapi kali ini syarikat yang memiliki 49 peratus saham dalam Felda Holdings Berhad pula dicadangkan,” katanya.



Mengulas lanjut, Rosli berkata, apa yang lebih dibimbangi adalah nasib peneroka selepas ini yang bakal kehilangan tanah akibat dari penyenaraian tersebut.


"Penyenaraian ini jika berlaku bermakna mendedahkan tanah milik peneroka felda kepada bukan peneroka dan pelabur asing.


"Ianya ibarat seperti menjual angsa yang mengeluarkan telur emas," katanya dihadapan kira-kira 20 orang yang turut serta dalam sidang meja bulat itu.


Selain Rosli, turut serta sebagi panel adalah bekas penolong kanan pengarah Kastam Malaysia Razman Ramli manakala pengerusi sidang itu adalah Presiden Anak, Mazlan Aliman.


Projek gali kubur peneroka


Sementara itu, bekas naib presiden kanan Felcra Datuk Ramleli Buyong menyifatkan penyenaraian Felda Global Ventures Sdn Bhd di Bursa Malaysia sebagai “projek gali kubur peneroka.”


Katanya, ianya merupakan satu projek 'berniat jahat' yang hanya akan memangsakan peneroka dengan memberi janji 'kekayaan sementara' kepada mereka.


Sambil menceritakan apa yang pernah berlaku kepada peserta Felcra, beliau tidak menolak nasib sama akan menimpa peneroka felda jika penyenaraian itu benar berlaku.


“Saya teringat gerakan dalam Felcra ketika itu Datuk Hamzah Zainuddin (pengerusi Felcra), saya dan kumpulan saya menentang keras cadangan itu.


“Penyenaraian adalah jahat, ia projek menggali kubur peneroka. Dalam penyenaraian biasanya orang kata untuk cari modal tapi sebenarnya nak tampung biawak hidup yang ada," katanya.

Skandal NFC: Tak Perlu Bergantung Kepada Kenyataan Khairy, Pakatan Rakyat Perlu Maklumat Yang Lebih Efisyen...

Skandal NFC Tak Perlu Bergantung Kepada Kenyataan Khairy

PENULIS begitu bangga kerana akhirnya sesuatu yang besar dan gempar berjaya juga dizahirkan hasil kerja keras pimpinan Pakatan Rakyat lanjutan dari Laporan Audit 2010 berhubung dengan National Fedlot Center (NFC) ini.
 
Walaupun Laporan Audit tersebut tidak menyatakan sebarang penyelewengan, tetapi sekurang-kurangnya dengan pendedahan pelbagai kelemahan berhubung pengurusan projek tersebut, tanggapan rakyat terhadap kewibaan kerajaan BN jelas semakin menunjukkan penyusutan.
 
Jika selepas ini trio Pakatan Rakyat (YB Saifudin, Sdra Rafizi dan YB Zuraidah) berjaya mengukuhkan dakwaan ke atas Shahrizat dan NFC berhubung dengan pembelian kondo di Bangsar itu dengan menyertakan bukti yang lebih kukuh dibanding sekarang (hanya bergantung kepada sehelai kertas biasa), penulis yakin UMNO akan berada pada tahap terendahnya sejak PM Najib mengambil alih.
Walaupun begitu, penulis lihat, Pakatan Rakyat terlalu bergantung kepada kenyataan yang diberikan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin untuk mengukuhkan dakwaan-dakwaan yang dikenakan ke atas NFC dan Shahrizat.  Kebanyakkan media pro Pakatan Rakyat seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider juga menggunakan kenyataan Khairy sebelum diulas kemudiannya oleh ketiga trio yang disebutkan di atas.
 
Sebagai contoh mengesahkan pembelian kondo oleh NFC tapi atas tujuan pelaburan.  Memang diakui ia punya nilai berita tersendiri, tapi soalnya siapa Khairy untuk memberi pengesahan sedemikian?
 
Walaupun setakat ini pendekatan itu nampak berjaya tapi perlu diingat Khairy bukan jurucakap kementerian terbabit mahupun NFC.  Justeru kenyataannya ini bukanlah kenyataan rasmi tapi lebih kepada menjalankan tugasnya sebagai Ahli Parlimen BN sahaja.
 
Bahkan dia juga mengakui di dalam akhbar Utusan Malaysia bahawa kenyataannya di Parlimen berkenaan isu ini hanyalah berdasarkan siasatan dan pembacaan yang dilakukannya sendiri!!!
 
Tidak kurang juga yang melihat, Khairy begitu vokal kerana Ladang NFC di Gemas terletak dalam kawasan parlimen sepupunya sendiri, Dato Shaziman Mansor merangkap Menteri Kerja Raya dalam pentadbiran Najib.
 
Jadi kenapa pula Pakatan Rakyat terlalu memberikan liputan kepada kenyataan Khairy sedangkan ia diketahui kurang kredibiliti dengan itu maklumat yang disebutkan itu boleh dipertikaikan.  Kalau dalam UMNO/BN pun peranan dan cakap Khairy kurang diberi perhatian, kenapa kita pula kelihatan bersungguh menggunakan kenyataannya?
 
Seolahnya pemimpin Pakatan Rakyat kurang inisiatif sendiri untuk mendedahkan isu ini kepada rakyat sedangkan kitalah yang mula-mula sekali meledakkan isu ini sehingga menggegar kepimpinan kerajaan BN, jangan sesekali kita lupakan itu.
 
Penulis berharap, kepimpinan Pakatan Rakyat lebih memberi kepercayaan dan ruang kepada pemimpin kita sendiri untuk tampil dengan pendedahan-pendedahan yang lebih berani lagi dalam isu NFC ini.  Jangan ada sedikit ruang dan peluang pun untuk anasir luar seperti Khairy ini merosakkan kegemilangan kita.
 

Panas!!! Inilah Wajah Artis Yang Dikata Hangat Bercinta Dengan Tengku Mahkota Johor...

Untuk permulaan, kami mohon maaf sekiranya ada kesilapan dari segi protokol untuk menulis tentang kerabat diraja. =)
 
Hari ini secara rasminya Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail menyertai dunia Twitter dengan dengan memegang handle @HRHJohor2.

Rakyat Malaysia khususnya orang-orang Johor kini boleh berinteraksi secara terus dengan Tunku Ismail melalui Twitter yang dikenali dengan sifat berjiwa rakyat.

Tapi apa yang lebih menarik perhatian kami adalah tweet pertama Tengku Mahkota Johor yang ditujukan kepada kekasihnya, aktres Fazura. Sweet!


Walaupun baru hari pertama tapi nampaknya ramai yang berminat untuk bersama-sama dengan Tunku Ismail dalam laman Twitter. Buktinya kurang dari 24 jam, Tunku Ismail telah mendapat lebih daripada 700 orang pengikut (follower). Selamat datang, Tunku Ismail ke dunia Twitterjaya! =)

P/s: Nampaknya hari ni Fazura dan Tunku Ismail menyambut anniversary mereka. Tengoklah apa yang disediakan oleh Tunku Ismail buat wanita yang dicintainya. Manisan! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search