Inilah Wajah Isteri Baru Penyanyi Hattan Yang Akhiri Zaman Dudanya Pada 11.11.11 Yang Lalu

 

Enam tahun menduda, akhirnya penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Rendang Tak Berbuah’ ini telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Jumaat lalu.
Memilih tarikh cantik, 11.11.2011 sebagai hari bahagia mereka, majlis nikah tersebut diadakan secara tertutup namun meriah dengan kehadiran hampir 100 orang keluarga terdekat dan teman rapat kedua pengantin baru ini termasuklah anak tunggal Hattan, Adam Iman, 13.

Dengan hanya sekali lafaz, Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, selamat dinikahkan selepas solat Isyak di kediaman keluarganya di Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Sah bergelar suami, Hattan mengucap syukur kerana dapat disatukan dengan wanita yang berjay membuka pintu hatinya setelah sekian lama hidup ‘solo’.
Meskipun gembira dengan kehadiran suri baru dalam hidupnya, Hattan nyata tidak terburu-buru dan masih belum bersedia memperkenalkan isteri barunya yang dikatakan berusia awal 30-an itu kepada umum.
 
Siapakah gerangan isteri Hattan masih menjadi tanda tanya, namun beberapa keping foto yang diperolehi daripada forum cari (kredit) juga dari Nurizspace.com (kredit), barangkali sedikit sebanyak mampu mengintai seraut wajah suri baru Hattan ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.