Datuk Nassier Wahab Meninggal Dunia

Datuk Nassier Wahab meninggal dunia


KUALA LUMPUR: Penyanyi era 80-an Datuk Nassier Wahab meninggal dunia kira-kira jam 12.45 pagi Khamis di Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC), Petaling Jaya, lapor Astro Gempak.



Berita tersebut dikongsi rakan karib Allahyarham, Zur Eda yang juga teman seangkatannya dalam industri hiburan tanah air menerusi perkongsian di aplikasi Whatsapp.

“Innalillahi-wainnaillah-hirojiun... Dukacita dimaklumkan Datuk Haji Nassier Wahab baru sahaja menghembuskan nafasnya terakhir pada pukul 12.45 pagi di UMSC.
“Mohon sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama roh para solihin,” tulisnya ringkas.





Sementara itu, seorang lagi teman seangkatan Nassier dari zaman popularnya, iaitu Azizul Khamis turut berkongsi khabar duka itu menerusi akaun laman sosialnya.

"Allahu Akbar. Al-Fatihah dengan bacaan untuk sahabat saya... Dato’ Nassier Wahab baru saja menghembuskan nafas terakhirnya malam ini tadi."

"Al-Fatihah.. Semoga rohnya tenang di sana," kata Azizul menerusi hantaran Facebook.




Pada 1 Jun lalu, Nassier, 57, pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kirinya, setelah mengalami kesakitan sejak lima tahun lalu di bahagian gusi.


Selepas pembedahan tersebut, penyanyi lagu Sekali Aku Jatuh Cinta itu berehat buat satu tempoh sementara tahap kesihatannya kembali  pulih.



Terdahulu, pada April 2018, Nassier pernah dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang kelenjar dan ketumbuhan pada leher.



Allahyarham pernah menyertai program realiti Gegar Vaganza (GV) musim kedua pada tahun 2015, dan berjaya mendapat tempat keempat keseluruhan.



Allahyarham juga pernah menjadi salah seorang selebriti jemputan untuk membacakan berita Komuniti AWANI, program yang menyampaikan kisah-kisah masyarakat di Astro AWANI.


LIVE Malaysia vs Cambodia Sukan SEA 2019- Jom Saksikan

 LIVE 

Malaysia vs Cambodia 

Sukan SEA 2019






sorotan GOL

PRESIDEN PAS: SEMBAH TAKZIM PEMASYHURAN KDYMM YANG DI-PERTUAN AGONG XVI





Merafak sembah dan menjunjung kasih di atas permasyhuran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI.

Patik, pimpinan dan sekalian ahli PAS mendoakan KDYMM Sultan Abdullah sentiasa berada dalam peliharaan Allah dan bersemayam di takhta kebesaran dengan penuh kedaulatan, bagi memayungi rakyat dengan hidayah dan Syariat Ilahi.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Dirgahayu Tuanku.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

PULAK!! PRK CH: Umno Didakwa Rasuah Kanak-Kanak Dengan Gula-Gula



Pengendali Facebook Kami Sayang Tun Mahathir telah memuat naik beberapa gambar memaparkan Ketua Puteri Umno Malaysia, Zahida Zarik Khan memberikan gula-gula kepada kanak-kanak Orang Asli berikutan tularnya gambar wanita PH memberi wang kepada pengundi di Cameron Highlands, semalam.
Merekan menyifatkan pemberian itu sebagai satu rasuah kerana ia diberikan sewaktu kempen pilihan raya kecil (PRK) berjalan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.