“Innalillahi-wainnaillah-hirojiun... Dukacita dimaklumkan Datuk Haji Nassier
Wahab baru sahaja menghembuskan nafasnya terakhir pada pukul 12.45 pagi di
UMSC.
“Mohon sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan kita doakan semoga roh
Allahyarham ditempatkan bersama roh para solihin,” tulisnya ringkas.
Sementara itu, seorang lagi teman seangkatan Nassier dari zaman popularnya,
iaitu Azizul Khamis turut berkongsi khabar duka itu menerusi akaun laman
sosialnya.
"Allahu Akbar. Al-Fatihah dengan bacaan untuk sahabat saya... Dato’
Nassier Wahab baru saja menghembuskan nafas terakhirnya malam ini tadi."
"Al-Fatihah.. Semoga rohnya tenang di sana," kata Azizul menerusi
hantaran Facebook.
Pada 1 Jun lalu, Nassier, 57, pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan
pada rahang kirinya, setelah mengalami kesakitan sejak lima tahun lalu di
bahagian gusi.
Selepas pembedahan tersebut, penyanyi lagu Sekali Aku Jatuh Cinta itu berehat
buat satu tempoh sementara tahap kesihatannya kembali pulih.
Terdahulu, pada April 2018, Nassier pernah dimasukkan ke hospital untuk
menjalani pembedahan membuang kelenjar dan ketumbuhan pada leher.
Allahyarham pernah menyertai program realiti Gegar Vaganza (GV) musim kedua
pada tahun 2015, dan berjaya mendapat tempat keempat keseluruhan.
Allahyarham juga pernah menjadi salah seorang selebriti jemputan untuk
membacakan berita Komuniti AWANI, program yang menyampaikan kisah-kisah
masyarakat di Astro AWANI.
0 comments:
Post a Comment