Untuk makluman semua,hari ini 10 Disember 2011,kita bakal menyaksikan fenomena yang indah terjadi prosesnya iaitu gerhana bulan penuh bermula Jam 7.30 malam ini yang berlaku buat julung kalinya.
Bersempena fenomena ini,Masjid Negara dan masjid serta surau di kebanyakan tempat menganjurkan solat sunat gerhana bulan yang diikuti dengan khutbah untuk mengajak umat Islam menghargai kesempatan diberi Allah melihat akan kekuasaan-Nya.
Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada Jun lalu.Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik saja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Jika gerhana yang lalu berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.
Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan iaitu sekitar jam 8.30 malam.
Bulan akan berada dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam. Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.
Video Live Streaming Fenomena Gerhana Bulan Penuh Live dari Sabah
Video Live Streaming Gerhana Bulan Penuh,bermula 7.30 malam 10 Disember 2011 dari Planetarium Negara Klik sini
Berikut merupakan panduan untuk menunaikan solat gerhana bulan atau matahari Klik Sini