Pemangku Jurulatih Skuad Kenari Bagi Tahun 2012 Sudah Dilantik.. Jom Lihat Siapa Beliau???

Tugas Wan Jamak Wan Hassan selaku ketua jurulatih bola sepak akan diambil alih oleh jurulatih Piala Presiden Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusof.
Ini dilakukan berikutan penggantungan Wan Jamak oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selama tujuh perlawanan kerana didapati bersalah mengkritik keputusan pengadil ketika Kedah menentang Perak dalam perlawanan akhir kempen Piala Malaysia buat Kedah pada 28 September lalu.
Nizam Adzha MOHD NIDZAM ADZHA PEMANGKU KETUA JURULATIH KEDAH 2012
Gambar Mohd Nidzam Adzha Yusof
Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib berkata, sepanjang tempoh penggantungannya, tugas Wan Jamak akan diambil alih Mohd Nidzam yang akan turut mengekalkan tugasnya sebagai jurulatih pasukan Piala Presiden.

kedah1993 MOHD NIDZAM ADZHA PEMANGKU KETUA JURULATIH KEDAH 2012
GAMBAR KENANGAN SKUAD KEDAH 1993
“Saya harap dia (Mohd Nidzam) dapat membantu pasukan Kedah sepanjang tempoh itu,” katanya kepada pemberita semasa majlis memperkenalkan pemain baru Kedah bagi Lima Malaysia musim depan di Sri Mentaloon di sini hari ini.
“Ia dilihat baik untuk skuad Kenari kerana kita mempunyai banyak pilihan pemain yang bagus. Selepas ini Mohd Nidzam juga perlu fokus kepada mencungkil bakat baru untuk diserap ke dalam pasukan utama,” tambah Hamdan. – Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.