Insiden Di Kampung Hilir Tandop, Kubang Rotan Keenganan Polis Mengambil Tindakan Dipertikai... Ini Ceritanya..

ALOR SETAR: Seorang kerani kewangan mempertikai polis kerana enggan mengambil tindakan terhadap seorang lelaki yang didakwa sengaja melanggar abang ipar dan keretanya dalam satu insiden di Kampung Hilir Tandop, Kubang Rotan di sini pada 12 Julai lepas.

Zuraida Abdul, 30, dari Kampung Chapa, Alor Mengkudu di sini juga tidak berpuas hati terhadap polis yang mengklasifikasikan insiden kira-kira 11.30 malam itu sebagai kes trafik walaupun terdapat unsur cubaan membunuh.

Beliau mendakwa seorang lelaki memandu sebuah kereta dan dengan sengaja melanggar abang iparnya, Farwis Shabuddin, 36, menyebabkan peha kirinya cedera parah dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selama lima hari.

"Sebelum kejadian, kami yang berada di rumah kakak saya terdengar bunyi deruman kereta menyebabkan Farwis keluar untuk mengalih kereta tetapi beliau terus dilanggar lelaki itu dan mengenai peha kirinya.

"Setelah dilanggar Farwis berlindung di belakang kereta namun lelaki itu merempuh kereta saya pula berkali-kali," kata Zuraida kepada pemberita semasa ditemui di rumah keluarganya di Kampung Chapa, pada Isnin.

Menurutnya beliau terus menghubungi polis dan sebuah kereta peronda tiba selepas dua jam berjaya memberkas lelaki tersebut yang mendakwa dia mabuk dan dibelasah orang kampung.

"Yang hairannya polis tidak menahan lelaki itu atau membuat ujian alkohol sebaliknya menghantar beliau ke bahagian kecemasan HSB dan dilepaskan begitu saja," dakwa Zuraida.

Katanya beliau kemudiannya membuat laporan polis kira-kira 2 pagi, 13 Julai di bahagian jenayah tetapi diminta membuat aduan di bahagian trafik kerana mereka mengklasifikasikannya sebagai kes trafik. "Saya tidak berpuas hati dan sekali lagi membuat aduan di bahagian jenayah pada siang hari 13 Julai manakala Farwis membuat aduan pada 17 Julai sebaik keluar HSB namun sehingga hari ini lelaki itu bebas tanpa sebarang tindakan.

"Saya juga tidak berpuas hati kerana polis yang berjanji datang mengambil kereta di rumah untuk ujian kimia tidak menunaikan janji lalu saya sendiri membawa kereta itu ke Balai Polis Alor Setar pada 15 Julai lepas," kata Zuraida.

Ketua Trafik Polis Alor Setar, DSP Mohd Sham Abdullah tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan kenyataannya berhubung isu ini.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Kerabat DiRaja Kedah (PKDK) Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya yang menziarah mangsa hari ini, berharap pihak berkenaan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.

"Orang ramai akan mempersoalkan pihak polis selagi mereka tidak berpuas hati atau mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat bukti ada unsur-unsur jenayah," katanya.

-BERNAMA

Bantahan Keras - Kerajaan Cadang Tubuh Majlis Perundingan Media, Mesyuarat Pertama Telah Gagal...

Wakil media arus perdana menyuarakan bantahan keras ke atas cadangan kerajaan untuk menubuhkan Majlis Perundingan Media (MPM) dalam mesyuarat rundingan pertama yang diadakan hari ini.

Seorang daripadanya, Nuraina Samad berkata beliau serta beberapa orang pengarang lain membantah cadangan berkenaan kerana ia dilihat sebagai satu lagi bentuk kawalan ke atas akhbar.

"Mereka kata ianya majlis perundingan tapi sebenarnya majlis ini hanyalah satu lagi bentuk kawalan," kata editor pengurusan dan penulis blog terkenal itu.

azlanSedangkan media hari ini sudah bergelut dengan dengan soal kredibiliti dan undang-undang sedia ada seperti Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, katanya ketika ditemui Malaysiakiniselepas mesyuarat tersebut.

Beliau turut mempertikaikan mengapa pegawai kanan perdana menteri perlu hadir di majlis berkenaan sedangkan wakil media dalam talian tidak hadir.

Turut disuarakan dalam mesyuarat berkenaan ialah kegelisahan daripada pengarang akhbar yang bimbang sekiranya cadangan penubuhan majlis berkenaan akan terus menjejaskan persepsi pembaca, katanya.

"Bagaimana majlis ini akan dapat membantu jualan akhbar?" soalnya.

Mesyuarat sulung itu dihadiri antara lainnya pengerusi BernamaDatuk Abdul Rahman Sulaiman, pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Meor Kamarul Shahid serta wakil pengarang dari akhbar berbahasa Cina -- Kumpulan Sin Chew.

Lapor balik pada kerajaan

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh ketua setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf itu sepatutnya membariskan sekurang-kurangnya 80 orang pengarang kanan daripada organisasi media cetak dan elektronik, mengikut kertas cadangan yang dikemukakan kepada wakil media sebelum ini.

Kamaruddin juga mengakui, pertemuan yang diadakan hari ini merupakan satu "kegagalan" namun beliau gembira kerana pengarang berkenaan tetap menyuarakan pendapat mereka.

azlanJelasnya, kerajaan bercadang untuk menjalankan perbincangan secara berperingkat-peringkat dan mesyuarat hari ini melibatkan sebahagian besar pengamal media cetak.

"Selepas ini baru kita panggil media baru, tapi dengan media cetak pun sudah gagal... Saya lapor balik kepada kerajaanlah.

"Ini hanya untuk dapatkan maklum balas tapi saya mahu yakinkan bahawa majlis ini bukan untuk mengawal tapi hanya majlis rundingan. Ia tiada kuasa eksekutif," katanya lagi ketika ditemui Malaysiakini di majlis sama.

Jelasnya, idea untuk menubuhkan majlis media telah dibincangkan sejak tahun 1970-an namun sehingga kini tidak berhasil.

"Sebab itulah kita berharap dengan adanya mesyuarat ini, ia akan membuka jalan kepada penubuhan satu majlis media. Kita cuma mahu menolong, lain tak ada.

"Apa yang kita mahu, supaya (media) ada badan pengawal sendiri... Tapi buat masa ini ianya agak sukar. Tiada orang yang mengambil langkah pemula, jadi kita mahu ada perbincangan dahulu," katanya lagi.

Pendedahan Apa Disebalik Lawatan PM Najib Ke Kedah Pada 26 Syaaban Nanti???

Oleh Mummy Rokiah

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan makan tengah hari bhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhkdCzksKlNS2P1sayr-YVRgbqO9OoS_0EX7QAIt30t5a2V0z8LV2sRKAsjkpwSctkNgfAEXyuoFQvCPDrPWWa_qwUt1rago4TZKse4DkeePv_bdxQuH1R0bJJ8eu3OX0yobGRfm-B5Onc1/s400/Mee+Goreng+Mamak.jpgersama-sama rakyat Kedah sempena lawatan beliau ke negeri itu Khamis ini”.

Acara makan tengah hari masakan kampung dalam program kenduri itu dijadualkan di Padang Awam Guar Chempedak dan dijangka dihadiri 10,000 orang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata lawatan rasmi sehari Perdana Menteri itu bermula dengan lawatan pada sebelah pagi ke Masjid Taman Wira Mergong dibina oleh Kerajaan Pusat sebanyak RM1.2 juta.


Ahmad Bashah berkata, Perdana Menteri kemudian akan bertemu orang ramai di tapak Pasar Tani Taman Wira, berdekatan masjid tersebut dan bersarapan bersama mereka di gerai di pasar tani berkenaan.

"Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pula mengadakan pasar tani mega di Taman Wira, selama tiga hari berturut-turut mulai Rabu ini sempena sambutan ketibaan Ramadan," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau berkata Perdana Menteri akan menghadiri majlis bersama masyarakat Cina di Sekolah Menengah Keat Hwa, Jalan Kuala Kedah serta sambutan 100 tahun penubuhan sekolah tersebut dan selepas itu menghadiri kenduri rakyat di Padang Awam Guar Chempedak.

"Semua hadirin akan duduk secara bersila bersama Perdana Menteri pada majlis jamuan ini. Pada majlis ini juga upacara menaikkan kain rentang gergasi Barisan Nasional (BN) akan dilakukan," katanya.

Pada sebelah petang, Perdana Menteri dijadual menghadiri perjumpaan dengan 10,000 belia di Stadium Mini Pendang dan diikuti pertemuan dengan rakan facebook beliau di Hotel Holiday Villa, Alor Setar.

Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur, Najib akan menyertai jamuan makan malam bersama-sama 3,000 orang di Dewan Wawasan Jitra yang terbuka kepada orang ramai. - BERNAMA

Realitinya lawatan Najib ke Kedah bukannya bertemu rakyat Kedah tetapi hanya indah khabar dari rupa dengan berlegar-legar bersama konco-konco UMNO sahaja untuk menguatkan politik mereka.

Lawatan ke Taman Wira hanya untukmemulihkan kekuatan YB Datuk Ahmad Bashah yang ‘ratingnya’semakin menjunam kerana janji-janji lama hanya tinggal janji.

Lawatan ke Guar Chempedak untuk meletak tapas asas Senator Jamil Khir sebagai calun yang disebut-sebut dalam PRU13 yang akan datang.

Perjumpaan dengan 10,000 belia di Pendang hanyalah untuk memberi nafas politik kepada Datuk Rozai Shafian yang sedang tercungap-cungap seperti nyawa ikan dalam akuarium yang kehabisan air.

Hakikatnya pertemuan ini seharusnya di luar dari ‘inner circle’ UMNO di mana ketika ini hamba rakyat Kedah semakin hari semakin terasa kejauhan dengan Najib PM mereka.

Manakala kecintaan kepada Ustaz Azizan pulak semakin hari semakin bertapak di hati dan jiwa nurani mereka.

Kesimpulannya DS Najib masih lagi gagal membaca kehendak jiwa rakyat Kedah kerana masih dikongkong juak-juak UMNO yang hanya pandai mencium tangan Perdana Menteri tetapi tidak pandai mencium tangan rakyat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.