Gambar2 Terhempasnya Sebuah Jet Pejuang F-18 ke Bumi... Kebakaran Besar Melibatkan Kompleks Pangsapuri


Jet pejuang tentera laut Amerika Syarikat (AS) jenis F-18 terhempas sebaik berlepas awal pagi ini dan menimpa kawasan kompleks pangsapuri di Virginia sehingga menyebabkan kebakaran besar.
Nahas itu bagaimanapun tidak meragut sebarang nyawa tetapi dilaporkan sembilan cedera setakat ini. Kedua-dua juruterbang pesawat dilaporkan sempat menarik butang kerusi anjal untuk keluar dari pesawat sebelum terhempas di kawasan padat penduduk di timur kawasan peranginan popular Pantai Virginia.
Kapten Tentera Laut AS, Mark Weisgerber berkata, nahas itu disebabkan masalah mekanikal pada pesawat.
Gobenor Virginia, Bob McDonnell memberitahu stesen CNN, beliau amat bersyukur kerana ia sesuatu yang ajaib apabila nahas pada pagi Jumaat itu tidak membabitkan sebarang nyawa yang terkorban.
Datuk Bandar Virginia, William Sessoms berkata, setakat ini sembilan cedera termasuk dua juruterbang terbabit dan kini dirawat di hospital.

Beberapa saksi pula berkata, pesawat tiba-tiba menjunam dengan tumpahan minyak pesawat yang bersebar dari udara yang mungkin menyebabkan kebakaran yang besar.
“Saya lihat bangunan pangsapuri mula runtuh,” kata saksi, Zack Zapatero kepada CNN.
“Saya tidak melihat seorang pun berlari keluar dari bangunan tetapi saya diberitahu kebanyakan yang mendiami pangsapuri berkenaan adalah warga pesara. Saya amat bimbang ketika itu,” katanya.
“Sukar untuk mempercayainya. Namun pihak berkuasa bertindak cepat apabila segera tiba di tempat kejadian. Ketika inipun kita dapat mencium bau minyak yang kuantitinya sangat banyak di kawasan nahas,” kata seorang lagi saksi, Jon Swain.

Kes Anak Menteri: CCTV Kini Di Tangan Pihak Polis

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung insiden pergaduhan yang dikaitkan dengan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz kini berada dalam tangan polis Brickfields.

Mohamad Nedim Mohd Nazri AzizRakaman insiden melibatkan Nedim Mohamad, pengawal peribadinya dan pengawal keselamatan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur kini sampai kepada pegawai penyiasat, dedah sumber.

Pihak berkaitan mengesahkan kepada Malaysiakini, kes itu masih disiasat walaupun ketua polis daerah Brickfields sebelum ini mendakwa ia telah selesai.

Menurut sumber lagi, polis terkejut melihat rakaman itu apabila "lebih daripada dua orang", termasuk Nedim, terlibat memegang dan menyerang penyelia keselamatan berusia 50 tahun itu.

Ini boleh mewujudkan komplikasi dalam klasifikasi polis yang meletakkan kes itu sebagai kesalahan kecil - 'menyebabkan pergaduhan' bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan, denda RM1,000 atau kedua-duanya.

Video Panas Terkini!!! Bila PERKASA Mengamuk Dan Ganggu Majlis PKR Di Alor Setar




Sekumpulan 50 orang, yang memakai baju-T hitam yang bertulis perkataan 'Perkasa', mengganggu program PKR di Alor Setar hari ini.


Mereka tiba kira-kira jam 5 petang dan cuba masuk ke dalam orang ramai yang berkumpul untuk menyaksikan pelancaran pusat komuniti PKR Alor Setar di tengah-tengah bandar tersebut.

Ketua Pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan berucap pada kira-kira jam 5.30 petang.

Apabila kekecohan bermula, pengunjung Sentosa Mall di situ bergegas keluar untuk melihat apa yang sedang berlaku.


NONEBeberapa individu terperangkap dalam keadaan kelam kabut di situ apabila penyokong PKR mula menolak keluar kumpulan tersebut.


Seorang peniaga dari pusat membeli-belah tersebut yang berada di tengah-tengah orang ramai berkata, dia hampir terkena pukulan di kepalanya dengan sebatang kayu sepanjang 0.6m.

Ray Ching, 28 (kiri) berkata apabila dia cuba untuk menghalang beberapa lelaki mara ke dalam orang ramai, seorang lelaki yang memakai baju-T bertulis 'Perkasa' mengangkat kayu hendak memukulnya.

Bagaimanapun, katanya, pukulan itu tidak mengenai kepalanya kerana dia sempat menyekatnya dan menolak lelaki itu dengan tangannya.

Ray - peniaga telefon bimbit - memberitahu Malaysiakini bahawa dia memarahinya lelaki itu dan menyuruhnya beredar dari situ, dan lelaki menjerit balik perkataan 'babi'.

Alhamdulillah... Datuk Dr Haron Din Makin Pulih Jalani Pembedahan Pintasan Jantung di Hospital Stanford


Haron Din jalani pembedahan pintasan jantung di AS, stabil
SHAH ALAM - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din semakin pulih selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Stanford, San Francisco empat hari lalu.

Menurut laman web Darussyifa’, Haron menjalani pembedahan pada 2 April lalu. Pembedahan yang mengambil masa selama 10 jam itu diketuai oleh Dr Robert C Robinson.

“Haron telah sedar hari ini, bagaimanapun beliau perlu diberi ubat sedatif yang kuat berikutan kehilangan banyak darah,” memetik laporan laman web itu.

Sementara itu, laporan blog anaknya Hana Haron berkata, mereka diberikan peluang melawat ayahnya yang menunjukkan reaksi positif.

"Kami dibenarkan masuk berperingkat dua orang pada satu-satu masa.

"Babah boleh mengeluarkan suara, bagaimanapun masih tidak boleh melakukan banyak pergerakan, tetapi sempat bertanya sudah berapa lama beliau tidak sedarkan diri," katanya dalam entri blognya.

Difahamkan Haron yang juga pengasas Darussyifa’ semakin stabil tetapi masih perlu masih dirawat di unit rawatan rapi.

Haron telah berangkat ke San Francisco pada 18 Mac lalu dan dijangka berada di sana selama sebulan kerana perlu menjalani beberapa sesi rawatan selepas pembedahan.
|Sinar Harian

Panas!!! Bila Bekas Menteri Persoalkan Cara Laporan PSC Dibentang Dan Diluluskan Di Parlimen.. Wajarkan Himpunan BERSIH Diadakan...

Kadir berkata mustahil pilihan raya yang bebas boleh diadakan dalam keadaan sekarang. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 6 April — Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menyambut baik usaha Transformasi Politik yang dilaungkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, namun menegaskan cara laporan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) berkaitan penambah baikan pilihan raya dibentang dan diluluskan menimbulkan persoalan.
Menurut beliau, cara di mana laporan minoriti yang cuba dibentangkan ditolak juga turut menimbulkan persoalan serius berkenan keikhlasan kerajaan terhadap proses transformasi tersebut.
“Amanah menyambut baik kenyataan Najib yang mahukan pilihan raya akan datang dijalankan dalam situasi yang adil dan bersih, dan menolak untuk dipilih berdasarkan penipuan.
“Namun begitu, cara PSC membentangkan laporannya di Parlimen dan diluluskan tanpa bahas dan juga cara dimana laporan minoriti yang dibentangkan pula ditolak mentah-mentah adalah sesuatu yang membimbangkan dan menimbulkan persoalan yang serius tentang keikhlasan kerajaan,” jelas Abdul Kadir dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya lagi, situasi berkenaan telah menambahkan keresahan dalam kalangan rakyat yang mana kemudiannya menjurus kepada perhimpunan Bersih 3.0 yang bakal dianjurkan pada 28 April.
“Tambahan pula tidak had waktu ditetapkan dalam laporan PSC tersebut tentang bilakah cadangan-cadangan tersebut akan dilaksanakan.
“Semuanya ini menimbulkan keresahan di kalangan rakyat yang amat sangat yang mana memberi justifikasi untuk diadakan Bersih 3.0,” katanya.
Beliau turut menyatakan rasa terkilan apabila dua daripada cadangan Amanah berkenaan kebebasan media arus perdana, dan menolak penggunaan agensi keselamatan dan entiti berkaitan kerajaan seperti GLC untuk berkempen tidak mendapat perhatian Putrajaya.
“Mustahil kita boleh mengadakan pilihanraya yang bebas dan bersih dalam keadaan sekarang ini, dalam suasana sekarang ini,” tegasnya.
“Amanah yakin cadangan-cadangan tersebut boleh dilaksanakan dengan mudah jika terdapat kesungguhan dan keikhlasan dari pihak kerajaan. Ianya tidaklah rumit untuk dilaksanakan,” tambahnya.
Malah, beliau sekali menegaskan, pilihan raya akan datang tidak seharusnya dijalankan selagi Suruhanjaya Pilihan Raya, PSC, dan Putrajaya belum selesai mengkaji cadangan tersebut sepenuhnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.